Sunday, July 17, 2011

Para Lelaki Sekalian, Ke Manakah Perginya Sikap GENTLEMAN Anda?

Aku rasa kalau kau baca tajuk entry pun dah boleh faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni kot.


Aku bukan pendiskriminasi jantina, aku bukan anti-lelaki, tapi situasi yang memaksa aku menghasilkan entry menghentam kaum Adam ini! (Perhatikan struktur ayat aku, drama queen bukan? Sue me muehehe)


Okay mari kembali serious.


Anda (aku bertanya kepada kaum Hawa), pernahkah anda mengalami/ternampak/terdengar cerita/terbaca/ dan ter-apa-yang-dirasakan- berkaitan dengan situasi-situasi sebegini?


1. Berebut lif dengan segerombolan lelaki (lelakilah kot aku rasa, takkan aku nak check seluar sorang-sorang ewww) untuk menaiki lif walhal tangga tersedia terbentang luas nun di sebelah sahaja. Terpaksalah berhimpit-himpit dengan mereka dan tup-tup, "chehh, tingkat 3 pun nak naik lif ke? Pondan betul!"
Yang perempuan ni kadang-kadang kena beralah naik tangga walhal kelas dekat tingkat enam sampai terhuyung-hayang berpeluh-peluh habis lemak terbakar semua, yang kurus kering macam aku ni lagilah turun berat badan nampak tak aku yang lebih-lebih bengang sebab benda ni jadi dekat kampus aku! Grrrrrrrrrrrrrrrr.


2. Dalam train, selamba katak je mamat tu masuk ladies' coach siap duduk mengangkang tiga seat lepas tu perempuan mengandung anak dua berdiri betul-betul depan mata dia. Pergh pelakon terbaik terus buat-buat tidur siap berdengkur bagai. Kena sound dengan penumpang wanita lain tahu pulak malu buat muka terkulat-kulat.


3. Budak perempuan terjatuh sebab lantai licin habis makanan dia bersepah boleh pulak lelaki tu ajak kawan-kawan dia tolong? Yeah, tolong gelak dan tolong tengok.


4. Keluar date dengan girlpren pandai pulak bawak dekat restoran mewah-mewah.  Makan sikit dah kenyang, cover macho lettew. Agak-agak waiter nak sampai hantar bil pura-pura pergi toilet. Alih-alih si girlpren jugak yang kena bayar kann.


5. Pernahkah anda diperlekehkan oleh LELAKI bila anda berjaya buat something yang konon-kononnya kalau SI LELAKI tu yang buat akan jadi lebih awesome? Senang cerita dia yang paling hebat walhal cakap je berdegar-degar macam yang pernah aku kupas dekat entry ini?


Kalau semua anda(perempuan sahaja) jawab YA atau PERNAH, anda(lelaki) nak jawab apa?


Tinggalkan hujah anda di ruangan komen.


Okbai. Banyak nyamuklah malam ni. Ada tak lelaki yang sanggup cari nyamuk tu habis-habisan tepuk sampai berdaghah nyamuk-nyamuk tu supaya aku boleh tidur aman malam ini? Err, ok bye lagi sekali.



Wujud lagikah lelaki seperti ini? Kuang kuang kuanggg *sound effect sila buat sendiri*




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

14 taiko kawasan bagi amaran:

azalia hjsalleh said... BALAS

dh x de istilah ladies first

yunZatie said... BALAS

haha..gentle cam cibekkkkk..emo jap

MisS BubBLe said... BALAS

yup..! mai nak habaq bagi satu crita, penah tunggu bus utk pulang hostel, then kontraktor bus suruh sy naik bus depan penuhkan bus depan dulu..juz only me, becoz my fren sume dh naik bus blakang..tak dapat nak lari ikut jela pk cik tu suruh kn, then bila naik kena lak duduk tepi laki..dia p letak beg dia then mengomel bila sy ckp nk duduk..then si lelaki ni juz alih kaki sikit, suruh sy msuk duduk tepi tgkap..lansung tak bangun then suruh sy msuk mcm tu je, mmg tak de hati lnsg..bile duduk tepi laki ni, sabau jela..dia duk mengomel mcm2 kat kwn dia..macamlah sy ni nk mngurat dia..tak gntleman lnsg!..grr~

Anonymous said... BALAS

itu sbb dia bukan lelaki sejati...x maskulin....-lelaki sejati berkata-..^^

Adam Sahaja said... BALAS

buka semua kaum "ADAM" macam tu..adam tak macam tu ok..ikut jenis lelaki juga...ada yang nak nampak hebat smpi snggup malukan pompuan. ada yang baik dan sebaliknya.

ada yang tak suka mengalah dan ada yang suka tengok orang lain susah..

tetapi apa yang pasti tak semua lelaki macam tu..

Pha Is said... BALAS

memang tak dinafikan sekarang ni memang wujud jenis lelaki2 yg macam tu... tapi tak semua...

arip zuhdi ben said... BALAS

http://aripzuhdiben.blogspot.com/2011/07/para-perempuan-sekalian-ke-manakah.html

Melin said... BALAS

@azalia hjsalleh
Memang susah sangat nak dengar term tu zaman sekarang ni -.-'

Melin said... BALAS

@yunZ
Tau takpeeeeeeeeeee. Tuihh

Melin said... BALAS

@~bUih-bUih ciNta~
Isy sampai macam tu sekali. Selalunya macam tu lah, bila duduk seat sebelah dia sebab dah tak ada seat lain, bukan nak menggedik dengan dorang. Grrr bengang pulak dengar cerita you ni

Yatt S. said... BALAS

yang first tu selalu. ekarang ni lelaki dah tak berapa nak gentleman sangat. gentelman ada lah. haha ;)

Awak Curang. Semua Salah Saya
Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?

nuurellajamuri said... BALAS

biaselahh laki zaman sekarang..tp tak semua laki camtu :) ade yg terlebih gentleman sampai rase rimas lakk..tak gitu?

Rafidah Farhana said... BALAS

Muahaha ! Kita mengalami kepupusan sang gentleman.. Nampaknya aku tak berboyfriend la lepas ni :P

Diari Si Froggie said... BALAS

adesh!! kalau lah mcm tu..x teringin nk buat jadi suami. ekeke..
tak semua kot mcm nie..kadang2 ada 2-3 perangai je yg melekat. susah nak cari yg btol2 perfect..