Thursday, July 28, 2011

Siapa Yang Tak Suka Barang Percuma?

Assalamualaikum semua :)

Ding dong. Telefon bimbitku berbunyi menandakan satu pesanan ringkas diterima. Lantas aku yang kepenatan dan juga kelaparan ini menyeluk poket beg sekolahku lantas mengeluarkan telefon bimbitku lantas terus 'unlock keypad' dan lantas membaca mesej tersebut. Berapa banyak 'lantas' daaaaaaaaa. Kalau aku buat karangan SPM Bahasa Melayu macam ni confirm kertas jawapan aku kena renyuk dengan pemeriksa.

Salam nur dtg upknr ambl brg pos
            *sila baca dengan muka skema


Wah baru aku tahu ada sistem SMS bagitahu bungkusan yang kau dapat dah terperuk lama dekat Unit pengurusan Kolej heheh. Sungguh noob.

Aku dah sampai SM5, blok kolej aku baru message tu sampai. Grrr sungguh tidak considerate. Lalu Budak Chomot ini pun membakar kalori di dalam badan dengan berjalan 27 batu menuju ke destinasi yang dimaksudkan. Kalau hari-hari macam ni sumpah aku kurus tinggal rangka sahaja, dengan naik turun tangga yang tinggi macam Gunung Everest. Merungut tak sudah-sudah. Cuba bersyukur sikit. Terdiam.


Pendekkan cerita je lah. Mesti kau orang muak nak baca entry berjela-jela dan langsung tidak berilmiah ini. Aku pun malas jugak nak taip banyak-banyak ni. Kira mutualism jugalah dekat sini kan. Heheh.


Inilah 'bungkusan' yang sampai ke tangan den ni haa:
#frontal view
Perhatikan tarikh. Memang dah lama berkepam dekat pejabat UPK tu gamaknye.

#back view

Ohh baru teringat, hadiah contest yang aku menang hari tu rupanya. Saguhati je pun, namun bersyukur tahap gaban sebab aku punya peluang nak menang pertandingan hatta pertandingan lari dalam guni, lucky draw sangatlah rendah. Selalu kalau ada cabutan bertuah nombor aku tak selalu naik dan kalau dapat pun hadiah tak seberapa compared to basikal, pakej perlancongan, duit seriban blablabla. Tengok nampak lagi ketidakbersyukuran aku astaghfirullahalazim ampunnnn.


Tapi aku rasa makin aku meningkat dewasa, aku makin bertuah. Hehe. Alhamdulillah rezeki anak-anak (bila masa pula aku ada anak melainkan anak tekak serta anak tudung?)


Anyway a lot of thanks to Sis Keysha yang chomel lote anyonyo anyonyooo (bukan bodek sebab nak suruh anjurkan banyak-banyak contest lagi and make sure muka Budak Chomot ni sentiasa jadi pemenang setiap contest yang akan datang hehe tapi kalau nak buat juga apa salahnyewwwwwwwwww ;) )







Selepas itu harus dibuka dengan rakus bak orang Somalia bila dapat makanan.

Taraaaaaaaa! Selama dua minggu benda ini terperuk di dalam ruangan yang sempit sekarang mama bagi kamu bernafas dengan penuh keselesaan ye :D



Haah betul lah tu, selendang. Orang Pilah panggil shawl muehehe.

Tapi sebenarnya pura-pura je terkejut pattern dia ala-ala fierce bukan main kalau harimau bintang nampak aku pakai ni pun dia mesti salah anggap aku ni sepupu-sepapat dia kot. Sebab aku kalau dah excited seluruh inci sampul pos ekspres tu aku belek dan terjumpalah ini....

Hehe dah boleh jadi FBI aku ni, perasan benda kecik-kecik yang orang tak pandang pun.

 Lepas tu cepat-cepat lari-lari anak tergedik-gedik nak terus try. Hamboiiii assignment takde pulak teruja sampai bilik terus siapkan T___T

Nah hadap combination shawl dan baju kurung yang dipakai penuh dengan corak-corak. Meghiah sungguh!




I LOVE THIS SHAWL! Comfortable, senang pakai, dan saya sukalah sebab dia BESTTTTTTTTTT! Benda free siapa tak suka beb! (rujuk tajuk entry)

Okay sebagai penutup ramai-ramai kena sebut ayat di bawah.

THANK YOU SIS KEYSHA! LAIN KALI BUAT CONTEST LAGI! LAIN KALI BAGI HADIAH BANYAK-BANYAK DEKAT BUDAK CHOMOT LAGI! HEHEHE.

*Kalau kau orang betul-betul sebut secara kuat, lantang dan berdiri tegak aku belanja makan angin. Caranya senang je. Meh datang sini meh UiTM Kuala Pilah join aku nganga mulut bawah kipas, makan anginlah tu. Okbye!






Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

5 taiko kawasan bagi amaran:

NADIA RAJAMI said... BALAS

wahh..memang kaler leopard neh.. hehe

Syafiqah Hashim said... BALAS

woww! best nya hadiah tu! shawl tu sumpah cantik gilerrrrr~
jeles! jeles!!!!
bg kat pika lahh..ngehehee..

Melin said... BALAS

@Dea
Leopard sebenar terus makan hati lepas ni gamaknya. Hehe

Melin said... BALAS

@Syafiqah Hashim
Heheh memang best! Alaaa mana boleh bagi Pika, Pika kan dah banyak shawl, tauke shawl lah katakan hehe :D

kaizen said... BALAS

wahhh!!! menang contest...

*barang free?? ape tuh?? hehehehe

latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban-or-Disaster