Saturday, July 23, 2011

Sesi Keluh-Kesah Bersama Mak Esah

Hey guys! Hey girls! Opss terlupa bagi salam pula.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH! *sambil buat muka comel yang tak chomel mana malah chomot lagi

Hi, how are you? (jangan risau tak ada virus dekat sini okeh)

Seperti tajuk yang you all baca, ehh memang betullah kita akan mengeluh berkati-kati berdozen-dozen berbakul-bakul

1. Esok sudah mahu pulang ke negara penuh lembu yakni Bandaraya Kuala Pilah yang kos hidupnya lebih tinggi mengalahkan hidup dekat KL iaitu Kota London bukan Kuala Lumpur. Cuti dengan ini tak pernah cukup. Sepanjang 3 semester study sini tak pernah lagi aku semangat nak balik kampus. Jadi selepas ini harus cari special boyfriends serta scandalicious serta spare part bertingkat-tingkat untuk menambahkan keterujaan pulang ke KP sedemikian. Boleh enggak? Okay yang di sana tu jangan makan hati, orang di sini gurau jewwwwwww gurau sikit pun tak boleh touching 34345 saatlah macam ni.

2. Assignments bertimbun-timbun tidak disiapkan lagi. Haihhh kenapalah MELIN CHOMOT dan MALAS itu sangat berkawan baik tak faham aku. Duduk seminggu dekat rumah huha huha tidur terkangkang air liur basi meleleh online sampai lebam tengok TV juga sampai bengkak. Konon-konon nak belajar memasak daripada Mama namun hampehhh. Macam mana nak jadi isteri solehah begini? Tak payah jawab pun takpe weh. Selepas itu quiz test berderet-deret macam anak ayam (kenapa mesti anak ayam?) wehhh aku tak study lagilaaaaa! lepas tu sentap tengok status FB rakan seperjuangan yang study di rumah. Aku? Hanya bawak buku Calculus, lab manual Chemistry serta test pad dan langsung tak berusik sejak Jumaat lepas. Memang minta pelempang.

3. Sabtu depan ada dinner SCICIS. Baju dah ada, just kena alter sikit ikut kreativiti nasib baik kekreatifan aku adalah macam Hana Tajima sikit uwekkkkkkks muntah berdarah maks. Namun jerawat makin membiak-biak macam kena pam-pam di pipi kiri juga di dahi. Kenapalah tak timbul dekat ketiak ke belakang ke paha ke at least boleh bertutup. Macam mana nak hasilkan ilusi kulit muka yang flawless disimbahi lampu neon yang glamour? Sentap mak tahu!

4. Aku perlukan side income. Susahlah macam ni. Memandangkan aku memang dah tak boleh bendung perbelanjaan sendiri, aku kena ada sumber kewangan yang lebih. Duit PT sudah menyusut ehh malulah asyik meminta-minta duit daripada mak abah. Jadi pihak Nuffnang please take note dan kurniakan aku earning melimpah ruah sampai beriban-riban. Jeleslah diri ini tengok blogger-blogger seperti J.Lo Zulaikha dan Cik Apple Buah-buahan itu dapat 4 angka sebulan ehh memanglah heaven buat sesi ternak lemak dapat duit terpijak macam tu kannn. Chehh berangan je aku padahal belog tak ada orang singgah sobsobsobs T__T

Demikianlah sahaja sesi kita untuk kali ini. Eh lupa pulak nak panggil Mak Esah join sekaki. Bukan main khusyuk tengok bola ye. Lain kalilah Mak Esah ye.

Anda-anda yang lain kalau nak join mengeluh juga dipersilakan dengan red carpet yang tak red sangat dekat blog penuh lebah ni. Jangan risau lebah ni baik-baik stok tak sengaaaaaat orang. Mengeluh adalah baik untuk kesihatan. Babai iloveyoumuahmuahmuah XD

Lari!!!!!!!!!!!!!!!!


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

4 taiko kawasan bagi amaran:

Anonymous said... BALAS

entry mengeluh sedunia kot? haha

SyedMuzzamir said... BALAS

colorful betul blog dia . berpinar mata datuk . by the way buat lah contest aku dan songkok .. khas untuk lelaki .. hehehe ..

Efa Nur said... BALAS

hehehe..seronok baca..
semoga hepy elwez k :D
efa dtg folow sini :)

Jom Terjah Sini :)

MIMIE AIZA said... BALAS

haishh kalau ckp pasal duit mmg nak mengeluh sampai 7 hari 7 malam.. hahaha