Friday, July 29, 2011

Lawak Terhebat Semester Ini



Assalamualaikum :)

Petang tadi lepas habis kelas pukul 5 aku online. Heck, aku macam 24 jam online je kot bukan lepas pukul 5 petang je T__T Laman social network yang paling wajib dilayari setiap kali online adalah Facebook. Benda ni pun aku perolehi daripada FB juga. Sila bersedia dengan LAWAK TERHEBAT TAK HENGAT DUNIA.

Macam kenal tak minah dalam Profile Picture ni siapa? Aku rasa macam kenal. Ehh entah macam mana pulak boleh ada dalam friend requests aku.

Bulatkan mata dan hayati gambar beserta nama tertera. Watermark tu akulah yang cipta.

I was like, "Waterpark?!!" (What the f**k versi sopan-santun. ITU GAMBAR AKU DALAM KERETA NAK BALIK KAMPUNG TAHUN LEPAS DUDUK BACK SEAT PUN PAKAI SEAT BELT ALA-ALA PENUMPANG BERHEMAHLAH KONON!!!!

Gambar aku, nama pun stok CHOMOT jugak just tak ada 'H', dan kenapa perlu add aku? Konpius den ni haa.

Menaip pun kena ada bukti. Masih tak percaya? Datang sini face-to-face dengan gwa.


Dengan perasaan terkejut masih berbaki, aku approve SI BUDAK COMOT ni dengan niat nak tengok apa ada dekat profile dia. I mean, HER wall, HER photo albums, blablabla (gaya seorang stalker terhebat di planet Marikh)


And this is what I got! (mulut ternganga, mata bulat) Drama queen sungguh.


Memang dia ni suka buat gambar orang lain and gambar kartun, baby comel-comel anyonyo anyonyo as Profile Picture. Takde gambar sendiri ke dik? Tapi bila gambar kau sendiri diletakkan bersebelahan dengan gambar Heliza Helmi si mata boooolat, kartun comel-comel, baby stok rasa nak cubit-cubit pipi sampai berdaghah, tidakkah kau akan rasa ini suatu penghargaan dan terasa comel juga? 
Err okay sila jangan baling aku ke luar tingkap muehehe :D




Bukti aku tidak menipu dan aku memang comel menaip dengan benar.


To my amazement, tengok SI BUDAK COMOT ini ohhh kapel rupanya dengan BUDAK PEREMPUAN yang lain. Eh? Aku yang taip ini juga rasa pelik, bukan kamu semua sahaja yang pelik. Dan.... Default Picture si kekasih hatinya juga seperti ku kenal tapi di mana ya. Sila usha.



Gambar ini pula pernah mendapat tempat di hatiku sobsobsobs menjadi Profile Picture si Melin Chomot tu hah.

Okay aku mengaku ini memang bukan gambar aku. Caption hanya mengada-ngada. Aku pun Google je gambar ini, sebab tu aku tak watermark gambar ni sebab gambar ni bukan gambar aku. Faham kan? Tapi macam mana boleh SAMA dengan gambar di atas sebentar tadi? Kebetulan? Menakutkan -.-

Selepas setiap inci profile budak ini aku godek, ini langkah seterusnya yang diambil.


Aku kan curious orangnya, jadi langkah seterusnya ini diaplikasikan.

Kalau rasa diri sendiri rabun tahap meraba-raba kalau tak ada bantuan penglihatan dan tahap curious sama tinggi macam aku, klik dekat gambar.

Lawak tak lawak? Lawak kan! Celah manalah comel gambar aku tu. Macam budak retarded je aku tengok.

Ada lagi gambar. Banyak betul gambar entry kali ni kan.

klik gambar atas ni lelaju kalau nak tengok magik :)

Aku rasa kejadian ini SANGAT LAWAK sebab aku yang tak famous langsung ni pun ada orang nak buat gambar aku as profile picture. Terharu mak noks :'). Eida Comot, anda orang kedua menggunakan gambar saya semata-mata sebagai profile picture selepas boyfriend saya. Terima kasih. (Or perlu ke?)

Perlu ke aku block ataupun report Eida Comot ni? Atau gelak je berdekah-dekah? 
Pandangan diperlukan kadar segera.

PS: Esok ada dinner budak Science. Can't wait! Eksaited bebona :D


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Thursday, July 28, 2011

Siapa Yang Tak Suka Barang Percuma?

Assalamualaikum semua :)

Ding dong. Telefon bimbitku berbunyi menandakan satu pesanan ringkas diterima. Lantas aku yang kepenatan dan juga kelaparan ini menyeluk poket beg sekolahku lantas mengeluarkan telefon bimbitku lantas terus 'unlock keypad' dan lantas membaca mesej tersebut. Berapa banyak 'lantas' daaaaaaaaa. Kalau aku buat karangan SPM Bahasa Melayu macam ni confirm kertas jawapan aku kena renyuk dengan pemeriksa.

Salam nur dtg upknr ambl brg pos
            *sila baca dengan muka skema


Wah baru aku tahu ada sistem SMS bagitahu bungkusan yang kau dapat dah terperuk lama dekat Unit pengurusan Kolej heheh. Sungguh noob.

Aku dah sampai SM5, blok kolej aku baru message tu sampai. Grrr sungguh tidak considerate. Lalu Budak Chomot ini pun membakar kalori di dalam badan dengan berjalan 27 batu menuju ke destinasi yang dimaksudkan. Kalau hari-hari macam ni sumpah aku kurus tinggal rangka sahaja, dengan naik turun tangga yang tinggi macam Gunung Everest. Merungut tak sudah-sudah. Cuba bersyukur sikit. Terdiam.


Pendekkan cerita je lah. Mesti kau orang muak nak baca entry berjela-jela dan langsung tidak berilmiah ini. Aku pun malas jugak nak taip banyak-banyak ni. Kira mutualism jugalah dekat sini kan. Heheh.


Inilah 'bungkusan' yang sampai ke tangan den ni haa:
#frontal view
Perhatikan tarikh. Memang dah lama berkepam dekat pejabat UPK tu gamaknye.

#back view

Ohh baru teringat, hadiah contest yang aku menang hari tu rupanya. Saguhati je pun, namun bersyukur tahap gaban sebab aku punya peluang nak menang pertandingan hatta pertandingan lari dalam guni, lucky draw sangatlah rendah. Selalu kalau ada cabutan bertuah nombor aku tak selalu naik dan kalau dapat pun hadiah tak seberapa compared to basikal, pakej perlancongan, duit seriban blablabla. Tengok nampak lagi ketidakbersyukuran aku astaghfirullahalazim ampunnnn.


Tapi aku rasa makin aku meningkat dewasa, aku makin bertuah. Hehe. Alhamdulillah rezeki anak-anak (bila masa pula aku ada anak melainkan anak tekak serta anak tudung?)


Anyway a lot of thanks to Sis Keysha yang chomel lote anyonyo anyonyooo (bukan bodek sebab nak suruh anjurkan banyak-banyak contest lagi and make sure muka Budak Chomot ni sentiasa jadi pemenang setiap contest yang akan datang hehe tapi kalau nak buat juga apa salahnyewwwwwwwwww ;) )







Selepas itu harus dibuka dengan rakus bak orang Somalia bila dapat makanan.

Taraaaaaaaa! Selama dua minggu benda ini terperuk di dalam ruangan yang sempit sekarang mama bagi kamu bernafas dengan penuh keselesaan ye :D



Haah betul lah tu, selendang. Orang Pilah panggil shawl muehehe.

Tapi sebenarnya pura-pura je terkejut pattern dia ala-ala fierce bukan main kalau harimau bintang nampak aku pakai ni pun dia mesti salah anggap aku ni sepupu-sepapat dia kot. Sebab aku kalau dah excited seluruh inci sampul pos ekspres tu aku belek dan terjumpalah ini....

Hehe dah boleh jadi FBI aku ni, perasan benda kecik-kecik yang orang tak pandang pun.

 Lepas tu cepat-cepat lari-lari anak tergedik-gedik nak terus try. Hamboiiii assignment takde pulak teruja sampai bilik terus siapkan T___T

Nah hadap combination shawl dan baju kurung yang dipakai penuh dengan corak-corak. Meghiah sungguh!




I LOVE THIS SHAWL! Comfortable, senang pakai, dan saya sukalah sebab dia BESTTTTTTTTTT! Benda free siapa tak suka beb! (rujuk tajuk entry)

Okay sebagai penutup ramai-ramai kena sebut ayat di bawah.

THANK YOU SIS KEYSHA! LAIN KALI BUAT CONTEST LAGI! LAIN KALI BAGI HADIAH BANYAK-BANYAK DEKAT BUDAK CHOMOT LAGI! HEHEHE.

*Kalau kau orang betul-betul sebut secara kuat, lantang dan berdiri tegak aku belanja makan angin. Caranya senang je. Meh datang sini meh UiTM Kuala Pilah join aku nganga mulut bawah kipas, makan anginlah tu. Okbye!






Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Monday, July 25, 2011

WORDLESS MONDAY | Hanya di The Belog Chomot Sahaja Yang Ada | Edisi Gila Kuasa


Entry ini berlangsung di atas katil Kolej Kediaman UiTM Cawangan Negeri Sembilan (Beting) SM5. Ditaip oleh budak rebellious yang masih tidak berpuas hati dengan cuti yang telah habis dan terpaksa meneruskan sesi assignment bertimbun-timbun sampaikan jari kaki pun buat graph Physics. Sendiri punya hak nak percaya ke tak. I ni orang yang tak memandang enteng pendapat orang lain uweksss muntah berbaldi.

Gambar-gambar di bawah ini berlangsung semalam yang membengangkan hati, memenatkan badan, menyakitkan bahu, melenguhkan kaki, kalau boleh semua anggota badan serta organ-organ dalaman pun nak bekerjasama.


Abaikan 'muka eksaited nak balik kampus kesayangan' itu.
Abaikan bahu aku yang bidang nanti you'alls jatuh chenta dengan kegagahan I.
Perhatikan inner syria biru yang mengada-ngada itu.


Kegedikan apakah ini? o.0


Okay masih gedik lagi. 
T__T Menangis sambil hentak-hentak kaki stok minta pelempang



Selepas itu MESTI KENA buat muka bengang 


Tapi nasib baik dapat makan Burger King yeayyy!
Konyang pun konyangg.
Sorry aku tak pergi kursus photography sebab tu angle gambar tak chantek.
Mintak ampun.

Itu sahaja ceritanya. TAK BERFAEDAH LANGSUNG KAN? BUANG MASA 3 MINIT JE BACA ENTRY NI SAMBIL TUNGGU BLOG LOADING ngehngeh padan muka.

Bye bye nak tidur. Itu je lah kerja aku pemalas sungguh.




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Saturday, July 23, 2011

Sesi Keluh-Kesah Bersama Mak Esah

Hey guys! Hey girls! Opss terlupa bagi salam pula.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH! *sambil buat muka comel yang tak chomel mana malah chomot lagi

Hi, how are you? (jangan risau tak ada virus dekat sini okeh)

Seperti tajuk yang you all baca, ehh memang betullah kita akan mengeluh berkati-kati berdozen-dozen berbakul-bakul

1. Esok sudah mahu pulang ke negara penuh lembu yakni Bandaraya Kuala Pilah yang kos hidupnya lebih tinggi mengalahkan hidup dekat KL iaitu Kota London bukan Kuala Lumpur. Cuti dengan ini tak pernah cukup. Sepanjang 3 semester study sini tak pernah lagi aku semangat nak balik kampus. Jadi selepas ini harus cari special boyfriends serta scandalicious serta spare part bertingkat-tingkat untuk menambahkan keterujaan pulang ke KP sedemikian. Boleh enggak? Okay yang di sana tu jangan makan hati, orang di sini gurau jewwwwwww gurau sikit pun tak boleh touching 34345 saatlah macam ni.

2. Assignments bertimbun-timbun tidak disiapkan lagi. Haihhh kenapalah MELIN CHOMOT dan MALAS itu sangat berkawan baik tak faham aku. Duduk seminggu dekat rumah huha huha tidur terkangkang air liur basi meleleh online sampai lebam tengok TV juga sampai bengkak. Konon-konon nak belajar memasak daripada Mama namun hampehhh. Macam mana nak jadi isteri solehah begini? Tak payah jawab pun takpe weh. Selepas itu quiz test berderet-deret macam anak ayam (kenapa mesti anak ayam?) wehhh aku tak study lagilaaaaa! lepas tu sentap tengok status FB rakan seperjuangan yang study di rumah. Aku? Hanya bawak buku Calculus, lab manual Chemistry serta test pad dan langsung tak berusik sejak Jumaat lepas. Memang minta pelempang.

3. Sabtu depan ada dinner SCICIS. Baju dah ada, just kena alter sikit ikut kreativiti nasib baik kekreatifan aku adalah macam Hana Tajima sikit uwekkkkkkks muntah berdarah maks. Namun jerawat makin membiak-biak macam kena pam-pam di pipi kiri juga di dahi. Kenapalah tak timbul dekat ketiak ke belakang ke paha ke at least boleh bertutup. Macam mana nak hasilkan ilusi kulit muka yang flawless disimbahi lampu neon yang glamour? Sentap mak tahu!

4. Aku perlukan side income. Susahlah macam ni. Memandangkan aku memang dah tak boleh bendung perbelanjaan sendiri, aku kena ada sumber kewangan yang lebih. Duit PT sudah menyusut ehh malulah asyik meminta-minta duit daripada mak abah. Jadi pihak Nuffnang please take note dan kurniakan aku earning melimpah ruah sampai beriban-riban. Jeleslah diri ini tengok blogger-blogger seperti J.Lo Zulaikha dan Cik Apple Buah-buahan itu dapat 4 angka sebulan ehh memanglah heaven buat sesi ternak lemak dapat duit terpijak macam tu kannn. Chehh berangan je aku padahal belog tak ada orang singgah sobsobsobs T__T

Demikianlah sahaja sesi kita untuk kali ini. Eh lupa pulak nak panggil Mak Esah join sekaki. Bukan main khusyuk tengok bola ye. Lain kalilah Mak Esah ye.

Anda-anda yang lain kalau nak join mengeluh juga dipersilakan dengan red carpet yang tak red sangat dekat blog penuh lebah ni. Jangan risau lebah ni baik-baik stok tak sengaaaaaat orang. Mengeluh adalah baik untuk kesihatan. Babai iloveyoumuahmuahmuah XD

Lari!!!!!!!!!!!!!!!!


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, July 20, 2011

Contest Shawl Dan Aku ;)

Assalamualaikum. Selamat hari Rabu.

Okay kali ini nak join contest lagi. Cuti-cuti ni bosan duduk rumah marilah mengisi masa senggang dengan join contest yawww! Chehh, bukan nak mengulangkaji pelajaran. Harapanlah kan nak tengok aku duduk diam-diam dekat meja belajar menelaah buku Biology bukannya magazine CLEO muehehe (^,+)V

Dan contest yang terpilih kali ini merupakan

#boleh tekan sekuat hati dekat gambar kalau nak pergi dekat belog tuan empunya contest (^,^)

Nak cakap awal-awal, aku ini bukanlah seorang yang expert bab melilit-lilit membelit-belit shawl selendang pashmina atas kepala. Main suka hati je lilit asalkan ada rupa orang bukan rupa beruang errr. Selekeh chomot jangan cakaplah kan. Jadi sebelum aku tepek gambar aku bersama shawl aku nasihatkan kau orang tutup mata dahulu.

3

2

1

Okay dah boleh bukak mata. Lariiiiiiiiiiiiiii.

Inilah dia gambar tak seberapa yang mampu dipertaruhkan.



HAHA macam harapan tipis je nak menang kan? Tapi takpelah just nak memeriahkan contest ini sahaja.

Jadi kalau anda semua nak join, dipersilakan. Dengar cerita hadiah berkaitan hari raya, jadi kepada sesiapa yang tak sabar nak raya walaupun puasa tak habis ganti lagi diwajibkan join! Suka hati aku je nak bagi hukum wajib kan?

Oklah babai. Nak mandi hekhek :D



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Tuesday, July 19, 2011

Apa Ada Dalam Mailbox I?

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua pembaca (^,^)

Semua orang sihat? Kalau sihat, Alhamdulillah. Kalau tak sihat, pandai-pandailah pergi klinik berhampiran, check ye. Masing-masing dah besar kan muehehe. 
Sopan betul aku kali ini. Ada yang berminat nak jadikan menantu? Err, abaikan (-.-')

That day I ada join satu giveaway tau. Kejap nak check balik.
Hah, click sini. Nak join? memang tak dapek ah den nak nolong, sebab dah tarikh tutup pun mueheheh.
Dan hari berganti hari seriously macam terlupa pulak pasal benda ni. I'm sorryyyyyyyyyy (gaya Amir Maharaja Lawak pujaan hati wekkkk)
Sampailah petang tadi, check mailbox dekat depan rumah, taraaaa, ada benda ni pula:


























Belakang pulak belakang pulakkkkkkk! *batak






























Ohh dari Blog Zieyra Sarel's Sulley rupanya. Opss kantoi dah koyak awal-awal.
Rakus sungguh (=.=")


Apa isi dekat dalam?


Isyyy, bawak-bawaklah bersabar ye! Padahal time bukak envelope ni aku yang eksaited lebih heheh


Jeng jeng jeng!





Frontal view



Back view

Sila abaikan jari berinai ibarat pengantin baru lepas malam pertama. Ehh memang dekat voucher tu ada url blog aku. Kau hadooo? Nan hadooo! Sila sentap secara pukal sekarang ngehngehngeh.

Yeahh, IT'S A VOUCHER! Voucher from Discreet at Farenheit 88.
Yeayyy! Alhamdulillah (^,^)

Mula-mula eksaited benau sampai ingatkan free 3 ladies' apparel worth RM99 tauu. Lepas tu tunjuk dekat daddy (perghh daddy tu muehehe) sambil meloncat-loncat, daddy kata,

Bukan freelah. Purchase. See the word PURCHASE? Maknanya beli mana-mana tiga helai baju dengan harga RM99.
Err malu den. Terus rasa nak pack barang semua pergi daftar kursus Bahasa Inggeris huhu. Miscommunication je lah weh, jangan gelakkan I okeh? *tutup muka malu


Tapi ok what this voucher. Thanks again sis! Lain kali bagi voucher banyak-banyak lagi eh, nak hadiahkan satu store pun takpe. Boooo.




















#boleh usha banyak lagi dekat http://www.fahrenheit88.com (^,^)

Tengok tu tengok tuuuu! Chantek chantek bukan? *drooling
Gelap mata, eh silap rambang matalah I macam ni!

Ada mana-mana blogger nak teman I membeli-belah tak? Kalau nak offer tanggung semua perbelanjaan pun I on je. Muehehe.

Okaylah awak-awak semua. Nampaknya sampai sini sahaja dulu. Ketemu lagi di lain entry.














Jom ikut I merempit! Vroom vroom *pulas-pulas minyak
Heheh saje je nak eksyen dah boleh bawak motor. Belajar tak sampai setengah jam je weh *popping collar

Bye! :D

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Sunday, July 17, 2011

Para Lelaki Sekalian, Ke Manakah Perginya Sikap GENTLEMAN Anda?

Aku rasa kalau kau baca tajuk entry pun dah boleh faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni kot.


Aku bukan pendiskriminasi jantina, aku bukan anti-lelaki, tapi situasi yang memaksa aku menghasilkan entry menghentam kaum Adam ini! (Perhatikan struktur ayat aku, drama queen bukan? Sue me muehehe)


Okay mari kembali serious.


Anda (aku bertanya kepada kaum Hawa), pernahkah anda mengalami/ternampak/terdengar cerita/terbaca/ dan ter-apa-yang-dirasakan- berkaitan dengan situasi-situasi sebegini?


1. Berebut lif dengan segerombolan lelaki (lelakilah kot aku rasa, takkan aku nak check seluar sorang-sorang ewww) untuk menaiki lif walhal tangga tersedia terbentang luas nun di sebelah sahaja. Terpaksalah berhimpit-himpit dengan mereka dan tup-tup, "chehh, tingkat 3 pun nak naik lif ke? Pondan betul!"
Yang perempuan ni kadang-kadang kena beralah naik tangga walhal kelas dekat tingkat enam sampai terhuyung-hayang berpeluh-peluh habis lemak terbakar semua, yang kurus kering macam aku ni lagilah turun berat badan nampak tak aku yang lebih-lebih bengang sebab benda ni jadi dekat kampus aku! Grrrrrrrrrrrrrrrr.


2. Dalam train, selamba katak je mamat tu masuk ladies' coach siap duduk mengangkang tiga seat lepas tu perempuan mengandung anak dua berdiri betul-betul depan mata dia. Pergh pelakon terbaik terus buat-buat tidur siap berdengkur bagai. Kena sound dengan penumpang wanita lain tahu pulak malu buat muka terkulat-kulat.


3. Budak perempuan terjatuh sebab lantai licin habis makanan dia bersepah boleh pulak lelaki tu ajak kawan-kawan dia tolong? Yeah, tolong gelak dan tolong tengok.


4. Keluar date dengan girlpren pandai pulak bawak dekat restoran mewah-mewah.  Makan sikit dah kenyang, cover macho lettew. Agak-agak waiter nak sampai hantar bil pura-pura pergi toilet. Alih-alih si girlpren jugak yang kena bayar kann.


5. Pernahkah anda diperlekehkan oleh LELAKI bila anda berjaya buat something yang konon-kononnya kalau SI LELAKI tu yang buat akan jadi lebih awesome? Senang cerita dia yang paling hebat walhal cakap je berdegar-degar macam yang pernah aku kupas dekat entry ini?


Kalau semua anda(perempuan sahaja) jawab YA atau PERNAH, anda(lelaki) nak jawab apa?


Tinggalkan hujah anda di ruangan komen.


Okbai. Banyak nyamuklah malam ni. Ada tak lelaki yang sanggup cari nyamuk tu habis-habisan tepuk sampai berdaghah nyamuk-nyamuk tu supaya aku boleh tidur aman malam ini? Err, ok bye lagi sekali.



Wujud lagikah lelaki seperti ini? Kuang kuang kuanggg *sound effect sila buat sendiri*




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Saturday, July 16, 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Assalamualaikum. Makin lama makin rakus rasa nak join semua GA, contest, segmen dan segala bagai. Hehe. Tak menang pun takpe, just bagi support untuk blogger takpe kan? (^^,) Cuba bayangkan kalau kita buat segmen, GA, contest tak ada orang nak join. Sadis tak sadis weh? Rasa nak terjun tutup hidung dari puncak Eiffel Tower doh. Ok hiperbola di situ dan bunuh diri itu BERDOSA BESAR tahu!


Dan kali ini tergerak hati dan jari nak join satu GA ni. Ini pun sebab ada blogger yang tag, Hafrizzul Hafiz (<--click sebagai bukti aku tak tipu muehehe)


Meh tepek banner GA ni sekejap :)




Photobucket

#terus tekan dekat banner chomel dekat atas ni kalau nak join ;)


Lepas tu kena mention apa hadiah untuk buat kau orang lebih bersemangat nak join GA ni.



Hadiah Giveaway:
  • 5
  •  hadiah utama dari Bandung dan Korea.
  • 10
  •  hadiah saguhati dari Bandung.
  • 1
  •  hadiah istimewa untuk peserta yang tag paling ramai. ( Fridge Magnet dari Korea)

Menarik kan menarik bukan? And jangan lupa semak syarat-syarat kelayakan untuk join GA ni and terus join kalau yakin dah tepati semua syarat tu dekat SINI!

Nak buat percubaan tag paling ramai blogger, mana tahu nasib baik boleh menang kan ngehngehngeh.

Jadi mangsa-mangsanya adalah blogger dari SAHABAT BLOGGER lah! Muehehe ;D

Tak larat nak tag dah sobsobsobs. Siapa-siapa nak merelakan diri sendiri di-tag buat je lah satu entry macam ni ye. Hehe. Okbai!

STATUS HARI INI: Dah dekat rumah yawwwww ;)



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Thursday, July 14, 2011

Spontaneous Thursday #1 | Perghh First Time Buat Ni And Teruja Gila Bukan Sebab Ni Tapi...


UiTM Negeri Sembilan Cawangan Kuala Pilah Kampus Beting (macam tak boleh panjang lagi kann ==') --> Pilah Street, Kuala Pilah --> KTM Seremban --> KTM Rawang --> RUMAH!!!


 Terserlah bukan keterujaan aku?


Mana tidaknya selepas berminggu-minggu berhempas pulas dengan assignment menimbun test quiz berderet sakit sihat sakit sihat balik dua minggu LDK, akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba. MID SEM BREAK SEMINGGU. Oklah tu daripada tak ada langsung. Hakikatnya seminggu bercuti pun tak akan cukup jua nanti. Bercutilah sangat, still assignment berlambak kottt


Hari ini merupakan kelas paling heaven sekali sampai terskip kelas Kimia sebab tidur lena bukan main I'm sorry missssss sumpah lain kali akan buat lagi hehe. Namun malam ini ada test Kimia pula doakan saya berjaya di medan pertempuran ye. Namun demikian esok kelas habis pukul 5 petang mintak-mintaklah madam lecturer yang baik hati lagi jelita akan meghabiskan kelas awal ataupun lebih bagus cancel je terus. Sila aminkan doa aku ni. Kalau tak terpaksalah anak dara mak aku ni mengharungi kegelapan malam seorang diri, heck kite ada gas pemedih mata jangan kacau kite tau!


Mood terkini: Berapa banyak beg aku nak jinjit esok ni? --"






Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Tuesday, July 12, 2011

Suka Suka Zaman Sekolah! :D

SELAMAT HARI SELASA!


Nak join contest lagi! Sejak dah menang (walaupun saguhati) satu contest ni, rasa bertuah nak join contest lain tu terlebih-lebih maka jadi over confident pulak teehee :D


Jadi nak join contest ini:



#klik pada banner di atas untuk terjah ke belog tuan punya contest :D


cara cara dan syarat syarat
contest ini :
1. kene ade blog.

2. follow blog syazoneznat.blogspot dan like page 'Ini Belog Suka Hati' di Facebook bagi memudahkan sebarang maklumat di sampaikan.

3. buat satu enti bertajuk 'Suka Suka Zaman Sekolah'

4. copy and paste cara cara dan syarat syarat contest ini berserta gamba berikut ke dalam entri anda.

5.upload at least satu (1) gambar suka suka zaman sekolah anda, dan ceritakan apa yang best sangat pasal zaman sekolah anda itu.

6. tinggalkan link entri anda itu di ruang komen, atau pun di page Ini Belog Suka Hati di Facebook.

#yang tulisan font biru ni semua copy paste sahajeeeee yeeeeee :DD


 Dan gambar yang aku pertaruhkan jeng jeng jeng



ce teka aku yang mana satu *wink ;)

Zaman persekolahan saya paling awesome sebab:
- saya duduk asrama jadi saya jumpa ramai kawan-kawan yang hebat lagi bombastik lagi menceriakan dan selalu buat saya happy
- sekolah saya dekat dengan Teluk Cempedak (TC), Kuantan [rujuk gambar di atas]
Jadi bila ada event apa-apa, kalau gambar kat atas ni masa gathering LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) berdisiplin sangatlah aku ni kan kami main air dekat pantai, buat istana pasir, panjat-panjat batu, main ting-ting, kau hadooo? Nan hadooo! Tiba-tiba berlagak muehehe sorry
- time ni lah mula kenal istilah outing, fly, pergi cinema pakai baju batik blahblahblah. Paling heaven sebab bila keluar outing petang Jumaat boleh turun Kuantan yang ada 3 megamall, memang taklah kan balik asrama on time pukul enam. Satu-satunya MRSM dalam bandar hikhikhik bahagia youuu
- saya ada cikgu-cikgu yang sangat cool, cantik-cantik, hensem-hensem muehehe

DAN BANYAAAAAAAAAAAK LAGI!

Kalau saya menang saya cerita pasal sekolah saya lagi okeh? Rindu sebenarnya nak jejak sekolah saya ni balik sobsobsobs.

Oklah babai. Setiap homo sapien yang baca entry ini diwajibkan mendoakan kemenangan saya tau! Hehe :D



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Monday, July 11, 2011

Entry Pendek #3



Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab sayanggg muahmuahmuah :-***

Tak nak merepek meraban panjang sangat. Badan letih, mata mengantuk.

Nak tukar imej baru boleh tak?

Macam ni je:


#abaikan sepah-sepah dekat belakang tuu. Student busylah katakan :D

Lately ni rasa malas betul nak tepek foundation moisturizer dekat muka. Pakai bedak compact je and kadang-kadang tak pakai langsung. Calit eyeliner dengan lip balm sikit je. Kalau malas sangat muka basi tak conteng apa-apa bahan kosmetik pun selamba je meneruskan hidup. Jerawat berkumpul macam nak bentuk parut dekat pipi pun dah persetannirrojimkan dah.

Tiba-tiba terasa tudung bawal hitam sangat cool. Malas mahu lilit-lilit shawl belit pashmina sana belit sateen shawl sini, cucuk peniti dekat kepala berdaghahh semua.

BIARLAH JADI EXTRA CHOMOT PLUS PLUS PLUS PUNNN

Tahap heartless gila-gila ni.

SOMETIMES SIMPLICITY IS THE BEST. SIMPLE-SIMPLE PUN COOL KENA MAINTAIN OKAY MUAHAHA :D


Wassalam. Night and sleep tight :) 


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Sunday, July 10, 2011

FOLLOWERS versus PAGEVIEWS!





Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua penghuni alam.
Bertemu lagi kita dalam rancangan chomot-chomot-suka-hati-aku-je-kan-bajet-pengacara-TVlah-pulak-kannn. Heheh :D


Tadi aku belek-belek Formspring.

Selain mendapat soalan ini,


#klik dekat gambar kalau tak jelas

Ehh chantek sikit jari kau menaip tu okeh? Apehal pulak aku ni lesbo tak nampak ke aku ni straight mencintai lelaki-lelaki kacak tampan bergaya sobsobsobs. Ini nak touching ni! :'(

Lupakan itu, fokus dekat sini pulak:



#boleh klik jugak gambar ni untuk resolusi lebih memuaskan hati :)



Jadi untuk menjawab soalan, marilah menghuraikan permasalahan ini.

FOLLOWERS SAYA RAMAI/BANYAK, TETAPI KENAPA PAGEVIEWS SEDIKIT?

Meh sini cikgu terangkan. (Perasan otai walhal tak sampai setahun mempunyai akaun Blogger wuwuwu, namun sharing is caring tak gituwwwwwww? Ok aku sudah semakin gedik nampaknya)

Apa itu PAGEVIEWS?

Pageviews adalah pengiraan berapa banyak halaman/page itu dilihat atau dilawati.Katakan visitor anda datang ke halaman utama(main page),jadi ia dikira 1 page view.Kemudian,visitor itu menekan atau pergi ke page lain misalnya About Me,itu dikira sebagai 1 lagi page views.Dengan membahagikan jumlah page views dengan jumlah unique visitors,anda boleh mendapat tahu berapa banyak page yang telah dilawat oleh seseorang visitor.

#copy-paste je ni weh. Credits to http://2dayblogger.com muahmuahmuah ;)

Adakah anda semua faham? Kalau tak faham sila angkat tangan ye.

Harus kita ketahui, followers ramai bukan menjanjikan 100% jumlah pageviews yang hebat kebaboom dan earning Nuffnang, Adverlets, Innity berjuta-juta RM.
Dan tidak semestinya blog yang mempunyai kurang daripada 100 followers tidak berpeluang mendapat pageviews tinggi. Maybe blog sedemikian mempunyai ramai silent readers yang tak boleh nak follow sebab tak ada akaun Bloggerlah kan. 

Mengapa pula begitu?
Ini adalah kerana tidak semua follower itu betul-betul mengikuti perkembangan blog anda. Ini realiti. Siapa setuju angguk kepala. Nak tanya ni, blogger mana yang baca semua update blog yang mereka follow yang appear dekat dashboard? 1, 2, 3 blah blah blah. Tak ramai rasanya. Ada certain blogger hanya follow blog yang mereka minat dan setiap entry dibaca dengan penuh bersungguh-sungguh (hiperbola je kan ayat aku), so no wonderlah kalau mereka baca semua entry dekat dashboard tu. Tapi blogger lain? *bunyi cengkerik

Kebanyakan blogger, termasuk aku, hanya memilih nak baca entry berdasarkan tajuk entry yang menarik minat dan updates daripada blog-blog favourite sahaja. Ini menyumbang kepada "follow, tapi tak ikut". Wah, aku buat term sendiri, tepuk sikit tepuk sikit. Hee. 

Kes-kes ini biasanya terjadi apabila kaedah "you follow me, I follow you back lah!" diamalkan. Siapa tak nak followers ramai bai? Time blogwalking follow blog sebanyak yang mungkin dan tinggal ayat keramat tersebut di shoutbox lalu tunggu 10-20 minit untuk di-follow semula. #finger cross

Tapi dekat sini bukanlah aku nak cakap blog yang memiliki ramai followers itu bukannya ada orang baca pun! Jahat sungguh mulut aku jika berkata demikian. Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini adalah, apabila kau orang update satu entry, tidak semestinya kelimaribu-limaribu followers anda membaca entry anda itu. Faham? Aku pun kadang-kadang confuse dengan apa yang aku taip ni *nanges T___T

Penting ke pageviews ni?

I think it depends on the blogger himself/herself. Ada blogger yang sebelum taip entry dia dah target "hari ni je aku nak pageviews 5000, tak nak lebih tak nak kurang". Ramai juga blogger yang menulis suka-suka dan tak ambil tahu pun pageviews, hits, UV semua ni. Pageviews ni aku rasalah, kalau salah tolong betulkan aku ye, untuk kepuasan sendiri dan maybe affect earning ads company yang korang daftar macam Nuffnang, Innity, Adverlets, di mana blog dengan traffic yang tinggi dan maintain, earning akan lebih. Dalam kes Nuffnang, pageviews juga menyumbang dalam Buffered Earning.

Bagaimana nak attract followers baca entry dan sekaligus menaikkan pageviews?
-pastikan entry berkualiti dan tak merepek lebih
-guna tajuk gempak-gempak
-perhatikan keywords yang banyak orang cari, dan membawa ke blog anda. Dari situ tulis satu entry berkaitan itu. Manalah tau ramai orang search dekat Google "BERSIH 2.0" dan bila kau selit words tu dalam entry kau, probability untuk sampai ke blog kau adalah jugak kan. Muehehe.
-ping entry dekat semua tempat yang anda rasa boleh ping. Hehe. Share dekat FB, twitter, kelab komuniti blogger dan sebagainyaaaaaa.
-buat entry mengikut isu semasa. Jangan fokus kepada personal life sahaja melainkan anda ni tahap artis macam Lady Gaga dan Brutney Spears.
-jaga bahasa dan penggunaan ayat. TAK PERLU NAK SHORTFORM SANGAT YEWWWWWWW.


Apa-apa pun teruskan berbelog! Heheh. 
Kalau niat ikhals nak blogging, pageviews tu tak payah kejar sangat pun takpe. Pageviews tu yang kejar blog korang nanti. Hehe.

Okbye! Nak study, esok ada test Biology. Much love 








Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)