Thursday, July 07, 2011

Ini Entry Terkejut Dan Tak Disangka-sangka Tau!

Assalamualaikum. Selamat hari Khamis pembaca tersayang ;)


Apa khabar semuaaa? Ada sihat adik manes?


Bersyukurlah banyak-banyak kalau kau orang sihat walafiat boleh lompat bintang 10000 kali dalam masa 3 minit, boleh mengumpat dengan penuh bersemangat, boleh online tak hengat dunia. Semua tu nikmat yang kadang-kadang kita tak hargai pun. Mengumpat pun nikmat ke weh? -.-


Aku taip macam ni sebab aku sedang DEMAM. Yeahh kesian aku kan -.-''
Jadi satu hari tak pergi kelas. Actually semalam petang lepas lab Bio aku dah pergi klinik, doctor dah bagi ubat semua. Takdelah teruk mana pun. Aku actually pening kepala tahap gaban dan ini antara perbualan aku dengan Encik Doktor UiTM N9:


Doc: Ye dik. Sakit apa?
Aku: Pening kepalalah doc. Kadang-kadang rasa macam nak pitam. Nak bangun pun tak larat sobsobsobs (sobsobsobs tu aku saja tambah muehehe)
Doc: Tak cukup tidurlah ni. Selalu tidur pukul berapa?
Aku: Standard pukul 1-2 pagi. Paling awal pun pukul 12.
Doc: Mana boleh macam tu. Tidur kena cukup. Sebab tu lah pening kepala tu. Temperature pun makin naik ni. *sambil tulis something kat fail pesakit aku
Aku: Nak buat macam mana, assignment banyaklah doc. (Penipu padahal tidur lambat sebab online main game semua. Sorry doc! Hehe)
Doc: Ohh biasalah student kan. Tapi tidur makan semua kena jaga jugak. Ada muntah tak?
Aku: Ada rasa nak muntah tapi tak muntah-muntah pulak (entah apa-apa kan aku muahaha jom gelakkan aku)
Doc: Oklah awak kena rest banyak-banyak. Jangan lupa makan ubat.
Aku: Ok thanks doctor.
KENAPA AKU TAK MINTA MC???? GRRRRRRRR


Actually aku bajet-bajet tak naklah ponteng kelas sebab esok (hari ini, Khamis 7 July) ada quiz Chemistry, lab Physics, lab Chemistry, HBU bagai. Konon pelajar cemerlang lettew. And to be worse petang semalam hujan (walaupun tak lebat mana) dan aku ni gaya macam orang sihat cergas semua pergi pasar malam belakang kolej borong semua benda yang boleh beli. Heck. Kena hujan satu. Lepas tu tak selera nak makan. Perut meragam. Cissss.


Cukuplah dengan kisah hidup aku. Ini pun tak mandi-mandi lagi dan petang ni nak pergi klinik mintak MC satu hari pulak. (Kalau doctor tu nak bagi MC seminggu pun I terima je nyahhh muehehe). Doakan aku selamat pergi selamat balik, doakan aku berjaya buat muka kesian depan doctor tu and berjaya merangkul MC (Medical Certificate bukan Melin Chomot heheh).


Entry terkejut? Berbalik kepada tajuklah kan.


Ini semua pasal ini bai!



#sila kelik pada gambar untuk bagi dia besar maaa

CIK EPAL BLOGGER FAMOUS AMOUS RETIS VAVA VOOM TU DATANG BELOG CHOMOT AKU NI?????!


Erk. Sikit lagi nak tertelan ubat demam aku satu plastik time aku saja-saja usha page Nuffnang aku tadi.


Tak kenal Cik Epal? Kau memang bukan blogger sejati weh!


Blogger otai ni weh, jangan main-main. Dah lama berkecimpung dalam arena blogging ni. Nak compare dengan aku memang kecik jelah aku kann, aku kan blogger baru yang still melukut dekat tepi gantang, yang tak ramai perasan kewujudan blog kanak-kanak ribena aku ni wuwuwuwu. 


Thanks tau Cik Epal sebab singgah the belog chomot kita ni! Terharu tauuu I love you muahmuahmuah. Tak kisahlah you baca entry I ke, singgah macam tu je ke, tersesat di alam maya je ke, tetap mak excited nokssss! Muehehe gedik kan aku.


Jom terjah blog Cik Epal yang famous ni, aku rasa ramai dah tahu blog dia tapi still aku nak capture gambar and buat link jugak! 



#belog ini juga tersenarai dalam Bloglist "Belog Favourite Sepanjang Zaman" aku kat kanan ni kalau kau orang perasan :D

Hari tu Yuyu Zulaikha follow belog aku (aku cerita dekat SINI), hari ini Cik Epal singgah (tak nak follow ke? muehehe), mana tahu esok lusa Obama ke Maria Ozawa ke Choi Siwon ke baca blog aku jugak kan? Choyyyyyyyy! Berangan!

Thanks tau semuaaaaaaa. Followers, silent readers setia yang lain jangan makan hati tau! Tak ada unsur pilih kasih langsung di sini. Just eksaited lebih je, aku kan budak chomot berhingus lagi that's whylah cepat bebeno teruja. SAYANG SEMUA ORANG KETAT-KETAT MUAHMUAHMUAHHH AMBIK KAU AKU TAK MANDI LAGI NI. Hehe.

Oklah babai. Nak mandi nak mandi nak pergi klinik nak pergi klinik malasnyewww dahlah panas. Wuwuwu. T___T

Bye! Wasalam :)







Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

6 taiko kawasan bagi amaran:

Scha Nazri said... BALAS

fuyooo. pemess tuuuu!


Please lah, boys and girls!

lalalililulu said... BALAS

best2!

[wani_mn] said... BALAS

yes!!! cik epal pun pernah dtg saya. eksaited gila kot. siap folo lagi.


tp PANGGG!!! MIMPI JE...

Rafidah Farhana said... BALAS

Pergghh ! Kan dah kata.. U ni retiiissss ! :P

Nina Athirah said... BALAS

besnyer!!dah tu pulak kak yuyu folo belog akak!!daebaklah!!

Melin said... BALAS

@syAzAnA
Hah Cik Epal tu memang famous amous! :D