Thursday, June 30, 2011

SEGMEN BUDAK CHOMOT | REVIEW JANGAN TAK REVIEW! : Review Blog #3: !!!okuyun!!! :)

Seperti yang dijanjikan. Nak review blog seterusnya yang join SEGMEN INI.
Maaf berjuta lemon sebab lambat sebab hidup gwa tak berapa nak menentu sekarang ni. Bini lari rumah, kereta kena tarik, anak kucing demam (semua ni auta belaka untuk menutup kesalahan)
Harap anda semua yang budiman maafkan saya blogger-baru-tak-berapa-baru-sangatlah ni.


Cut off the craps, mari ke agenda utama perbincangan kita ini.


Mempersembahkan BLOG BERTUAH KALI INI (buat sendiri sound effect kasi saspens :D)


Terasa chomel pula sebut nama blog ini dengan nada kuat dan berulang-ulang.
Sebut banyak-banyak kali 89 harakat sampai kena lempang dengan jiran sebelah rumah ye teehee. Kenapalah aku suka menyajikan cadangan-cadangan yang menjengkelkan? Sobsobsobs sedih dengan perangai sendiri (-.-)

Tuan punya blog sila tampil ke muka pengadilan di ruangan komen dan beritahu sekalian alam apakah maksud okuyun ini. Sekian terima kasih. Curious ni tau :)

Ehh kenapa aku tak tepek gambar blog ini? Makin teruk nampaknya penyakit nyanyuk aku ini T___T

Suka colour background blog ni. Sejuk je mata yang rabun ni pandang :D

Jadi marilah klik pada gambar di atas untuk terus berhubung dengan owner blog sedemikian. Jadi follower, klik juta-juta kali dekat advertisements yang ada, komen-komen jangan romen-romen dekat entry beliau dan segalanya yang berkaitan. Ini dia kakak kawasan dah bagi amaran. Lu goyang tak bai?

Masa untuk blog loading

Honestly macam agak lambatlah sayang. Sorry to say. Internet tak lembab pun tapi still ambil masa yang agak lama untuk fully loading. Ini tak best bro. Berdasarkan pemerhatian dan pengamatan yang mendalam (lihat ayat poyo sudah keluar) mungkin disebabkan widget daripada SCM Music Player dekat betul-betul atas blog ni. Namun demikian (ini ayat skema pula) nasib baik kata-kata berunsur kerohanian diiringi muzik slow yang keluar instead of bunyi-bunyian rock kapak heavy metal black metal segala metal yang ada. Terpulang kepada owner blog nak kekalkan atau tukar kepada MP3 music player yang lain yang lebih cepat loading :)


Content 

Overall okay. Tapi lagi super mantap kalau tak guna short form sangat dan banyakkan letak gambar untuk menarik perhatian readers.

Lagu dalam blog? 

Dah ulas :)

Design blog 

Nice. Colour cantik, lembut je. Comel omel sahaja rasa nak makan laptop sendiri. Muehehe psycho sungguh :D

Berapa lama dah berblogging?

April 2010 beliau start blogging. Macam mana I tahu? Adelahhhhhhhhhhhhh *sambil buat muka gedik

Blogger ini seorang yang...

-rajin update blog
-ceria plus happy-go-lucky kot. Sebab tengok semua gambar dia senyum bukan main lebar lagi. Muehehe. Bagus bagus :)
-memerlukan kunjungan anda di blog beliau! Heheh ada gaya iklan komersial tak?

Itu je kot rasanya. Tak banyak sangat nak komen. 
So hai awakkk! Kitew dah review blog awak ni! Agak-agak nak belanje kitew makan Kenny Roger's pun kitew terima je lepas ni. Hehe.

Jom terjah blog ini. Peace :) 




PS: Claim laptop free masing-masing dekat sini :)








Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #2



INI MEMANG BETUL-BETUL WORDLESS!




Sesiapa yang berjaya mengemukakan point aku letak gambar ni sila pergi ke kedai runcit dan mintak dekat pak cik kedai tu choki-choki sepaket.


Lepas tu bayar sendirilah ye. Muehehe.

SALAM ISRA' MIKRAJ :)


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Tuesday, June 28, 2011

Kalau Kau Still Tak Rasa Jengkel (Annoyed) Dengan Situasi-situasi Ini, Kau Memang Super Cool Yang Amat! [Bahagian Dua]

Apa pasal tiba-tiba bahagian dua ini? Nampak sangat kau bukan pembaca tegar mahupun subscribers atau stalker terhebat di alam semesta TBC (The Belog Chomot) ini. Klik sini untuk baca bahagian pertama. Haha kan dah kena tipu, bukan klik situ, tapi SINI :D


Nak cakap pasal benda-benda annoying kena jadi annoying juga. Tak gitu? Sabar je lah kau orang yang tersesat membaca entry budak mengada-ngada ni kan? Muahaha suka aku :D


Baiklah kita start.




On your mark, get set, go!





EHH SORRY TERBUAT KORANG ANNOYED PULAK! TEEHEE :D

1. Bila pagi-pagi kau dah mengeliat lompat bintang tekan tubi 100x untuk memulakan hari kau yang indah (indahlah sangat), kau pun mengambil tuala sambil menyanyi riang. Kau masuk bilik air untuk mandi dan apabila paip air dibuka, AIR KARAT YANG KELUAR INSTEAD OF AIR BERSIH DAN SUCI MURNI or could be worse TAK ADA AIR! What the eff? Tapi bagi kes yang aku nak sebut ni AIR KARATlah sebab aku menghadapinya pagi tadi. Nak tak nak kau terpaksa mandi tanpa menghiraukan keadaan dan warna air tersebut sebab kau dah lambat dan kau bersiap punyalah lama sampai kawan sekelas pun akan merungut menunggu kau. Nasib baik air dekat sinki bersih dan adalah rupa air semulajadi jadi kau boleh mencuci muka dan menggosok gigi dengan aman dan tidak rasa bersalah. Lepas ni kalau aku balik rumah Mak aku terkejut kenapa rambut aku berwarna merah keperangan, aku nak jawab "air dekat kampus karat"
Jimat sudah kos untuk kau dye rambut, cool juga ya. Namun still ANNOYING juga.


2. Situasi bila kau dengan girlfriends dan rakan-rakan baik berjalan berpimpin tangan bergelak ketawa riang bersama bergosip sakan dengan nada suara yang high-pitch dan teruja, tiba-tiba ada mamat muka jerawat batu menyampuk "Hah tu lah pasal!", "Betul betul betul!" tanpa rasa bersalah dan memberi salam sejahtera. Dan kau berperasaan seperti, "ada aku cakap dengan kau ke?" namun tak terluahkan lalu diganti dengan pandangan jengkel yang kosong terhadap kumpulan pelaku jenayah sedemikian. ANNOYING BUKAN?


3. Orang yang cakap macam tak ada pendirian. Sekejap itu sekejap ini. Ehh kalau aku sepak muka kau pun macam best kan? Boleh tak stick dekat satu benda je? Yang buat kerjanya kau, yang ngomong serupa keling itu hanya pandai mengarah. ANNOYING BUKAN?


4. Kau order makanan dekat Anjung mana-mana tempat makan sambil tengok menu yang tertera. Bila makana dah siap kau dengan tersengih-sengih kambing keluarkan duit dari purse dan hulur duit RM3.00 nak bayar nasi goreng ayam yang kau pesan tadi. Tiba-tiba, "eh dikkk, RM4.50lah". Kau pun dengan muka inesen membalas "eh, dekat whiteboard tu tulis RM3.00 je?" "Oh tu salah tulis tu, RM4.50 sebenarnya" jawab si peniaga sambil senyum-senyum apa kau ingat seronok sangatlah kan? Nak tak nak kau kena bayar je takkan nak cancel and perut pun dah berdenyut-denyut kebuluran. Namun otak ligat berfikir mungkin itu suatu taktik, semua orang kena macam tu, ingat dah murah tapi mahal juga sebenarnya. Dan cuba bayangkan orang yang hanya ada RM3.00 sahaja dalam poket? Macam mana mereka mahu bayar? Considerlah sikit. ANNOYING BETUL!


5. Pekerja kedai yang asyik mengekor ke mana kau pergi di dalam kedai tempat kerjanya. Woi, muka aku ni macam pencuri sangat ke? Tak cukup dengan CCTV berlambak-lambak nak mengekor belakang bontot aku lagi? Kalau MNG ke Zara ke Roxy ke takpe jugak, ni kedai baju Heng Liao sahaja. Grrr. Customers need privacy okay? Cadangan aku kau cakap dekat member seperjuangan "ehh, memang aku suka ada orang ikut aku membeli-belah kalau boleh sampai fitting room pun ikutlah sekali eh" dengan nada kuat kalau bawak microphone pun lagi bagus. Grrrr.


6. Line wifi yang macam shit. Kau dah download movie sampai 96% and tiba-tiba "No internet connection". Apa kau rasa? Ehh memang sukalah kan. Bukan tak ada broadband, tapi nak jimat quota 5GB tiap-tiap bulan makanya operasi muat turun mestilah menggunakan sumber internet yang percuma tapi macam harammmmmmmmmmmmmmmmmmm.


7. Couple yang meraba-raba tangan masuk dalam baju seluar dalam panggung wayang. Kau ingat aku dekat belakang ni tak nampak? Eh lepas tu ada pula shawl atas kepala tutup aurat, takut pula dosa freehair kan? Tak faham aku. Memalukan sungguh. Nak tegur takut diapa-apakan jadi terpaksa membenci dengan hati sahaja. Astaghfirullahalazim.


8. Tengah nak memahamkan Physics dalam kepala hotak, budak-budak dekat kelas sebelah bising macam tahap budak kelas belakang dekat sekolah teruk-teruk. Terjerit-jerit. Terkinja-kinja lelaki perempuan. Weh, dah pegang title budak universiti kot. Behavelah sikit. Padanlah muka kena sound kannn. Annoyed betul aku!


9. Lelaki gatal dan miang keladi yang gatal minta nombor telefon budak perempuan yang naif di bus station ataupun megamall. Eh nombor katil hospital kau tak mintak pulak kan?


10. Pinjam barang orang buat macam harta sendiri, ehh MEMANG AKU SUKA



Annoying tak minah pipi berjerawat ni snap pic tepi pintu konon-konon ayu lettew? :DD

Bye bye. Nak tidur mimpi indah, tak nak mimpi yang annoyed. 
Love you all muah muah muah ketat-ketat.

TAK PAYAH NAK ANNOYING SANGAT!


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Saturday, June 25, 2011

Kenapa Aku Cakap Blogger Lelaki Senang Nak Dapat Followers Berbanding Blogger Perempuan?

Tajuk macam tak boleh nak kontroversi lagilah kan? Eh kontroversi ke?
Pergi tanya dekat Mak Jemah yang duduk corner lot tu kontroversi tak tajuk entry aku kali ini.
Dan jutaan terima kasih kepada yang terus klik dekat tajuk entry aku dekat dashboard disebabkan curious nak tahu kenapa.


BLOGGER LELAKI LEBIH SENANG DAPAT FOLLOWERS BERBANDING BLOGGER PEREMPUAN?
Bincangkan.

Tadi aku ambil peperiksaan percubaan SPM Bahasa Melayu peringkat Asia Tenggara keluar tajuk ni, hah ambik kau terkulat-kulat aku nak jawab.
Baiklah aku mengaku di sini secara terang-terangannya aku menipu -.-
Pertamanya adakah waktu begini merupakan trial SPM (Asia Tenggara pulak tu, fail bab penipuan doh kau Melin T__T) walaupun aku mempunyai seorang adik perempuan Tingkatan 5 yang single jadi jangan minta nak berkenalan dengan dia kecuali kalau kau betul-betul tampan berdada bidang plus six pack OMG dan mempunyai jutaan dolar US di dalam akaun. Tahap kekiutan confirmlah ikut kakak sulungnya yang tengah menaip ni kan, namun aku lebih comel plus sopan santun mungkin? Dah sudah jangan throw up dekat sini, kotor blog I nanti nyahh.


Keduanya umur aku sudah 19 walaupun tak genap lagi, heck kau jangan anggap aku repeat SPM. Terasa terhina aku tahu tak?


Baiklah enough with that crap thingy, back to the topic. Ewah kau cakap Bahasa Albania doh :D


Meh sini aku ulang balik tajuk yang akan kita kupas bak epal sejurus selepas ini


KENAPA BLOGGER LELAKI LEBIH SENANG DAPAT FOLLOWERS BERBANDING BLOGGER PEREMPUAN?


Daripada mana aku dapat hipotesis ini? Mudah jawapannya. Daripada pemerhatian bai. Ada mata yang rabun tapi gedik tak nak pakai spectacles lantas disumbatkan dengan lensa fake berwarna-warni lalu perhatikan keadaan di alam blogging ini yaww.


ALAM REALITI
Siapa cakap PEREMPUAN LEBIH RAMAI DARIPADA LELAKI sila angkat tangan, tegak je tinggi-tinggi tak payah mengada nak angkat tangan macam Usop Wilcha.


Yeahh, you're wrong!


*klik dekat gambar untuk tumbesaran berganda. Aku buta IT so tak reti nak enlarge gambar sobsobsobs. Btw credits to http://utusan-malaysia-online.com/




Terbukti kini lelaki lebih ramai. Tak percaya? Percayalah! 


Kenapa dekat Universiti perempuan lagi ramai?


Tanya aku buat apa. Maybe ramai dekat pusat serenti, sekolah juvana, penjara, jadi KL Gangster ke apa ke mana aku tau. Ehh jangan serang aku pula lepas ni. Aku tahu yang baca entry ni tak tergolong dalam golongan yang disebut, kan kan? *tarik nafas, takut pulak aku kena hentam nanti weh. Muahaha* Eh ramai je lelaki educated wey, golongan profesional semua tu. Jadi ini entry bukan berat sebelah nak melagakan lelaki perempuan ye. Aku matang *sambil buat muka serious


ALAM BLOGGING

Perempuan lebih ramai mempunyai blog. Tak obvious lagi ke? Ce blogwalking sekarang? Dalam 10 blog berapa blog je yang ownernya lelaki? Tak sampai 5 kan?
Jadi tersimpul erat di sini bahawa blogger perempuan lebih ramai.


Hal ini adalah mungkin kerana: (ayat karangan keluar)
-golongan lelaki merupakan perahsia yang tidak akan menggembar-gemburkan kehidupan sehariannya kepada umum melalui blog. Tengoklah, berapa kerat je blog personal lelaki? Yang dok gebang dalam blog hari ni dia buat apa, makan apa, pakai baju colour apa? Tak banyak kan? Rare sangat. Most blog lelaki membincangkan pasal bola, gadget, cerita lucah, Maharaja Lawak. Boringggg.
-golongan lelaki bukan sepanjang masa menghadap laptop. Kalau bosan tahap gaban pun mungkin mereka akan keluar main bola cuci-cuci mata kot entah aku tak tahu aku bukan lelaki, jangan tanya aku lagi full stop


Jadi bila seorang lelaki itu create account dalam Blogger, lantas menjadi addicted untuk menaip entry hari demi hari, PROBABILITY UNTUK BELIAU MENDAPAT BILANGAN FOLLOWERS RAMAI ADALAH LEBIH TINGGI DARIPADA BLOGGER PEREMPUAN.


1. TAHAP KETERUJAAN BLOGGER PEREMPUAN UNTUK FOLLOW BLOG LELAKI

Bila blogwalking, tinggal jejak dekat Shoutmix, CBox dan segala jenis mak nenek chat box di blog, kalau jumpa blog lelaki mesti macam "Ehh blogger lelakilah!" Biasanya perempuanlah macam ni, kalau spesis lelaki tapi bernafsu songsang tu mungkin juga kot. Nak-nak lagi kalau si blogger lelaki type handsome bak model tepek muka besar-besar banyak-banyak dekat blog. Blogger perempuan mana yang tak nak follow bai? Weh aku cakap terus-terang ni. Sama jugak macam blogger lelaki yang follow blogger perempuan yang cun-melecun sebab nak stay update dengan daily life dia, nak tengok gambar dia yang chomels chomels. Agree? Extra point kalau si blogger tu single. Ehh memang blog ni kadang-kadang boleh jadi tempat cari jodoh jugak ke hape muehehe :D


Dan aku personally follow blog Budak Lelaki Sebelah Pintu sebab owner blognya handsome. Kenyataan berani mati ni weh teehee :D


Eh tercuri gambar pula. Sorry En. Hizami Rahim. Muehehe.

Tapi kau orang jangan ingat aku syok dekat mamat ni pulak tau. Aku kan dah bertunang hehehe. Just aku nak tunjuk satu contoh blogger handsome dengan bilangan followers yang ramailah. Tapi mamat ni tak depends on rupa semata-mata je, blog beliau memang best pun so no wonderlah ramai minat kann.


2. BLOG LELAKI GEMPAK-GEMPAK SEBAB MOST LELAKI HEBAT BAB HTML CODING, DESIGN, BLAH BLAH BLAH. AKU TAK HEBAT SEBAB AKU BLOGGER PEREMPUAN ERR


Contoh terbaik gwa boleh bagi: TENGOK BLOG LELAKI NI HAH!

Blog mamat ni sangat kreatif sebab beliau pakai Flash kalau tak silap aku. Aku kan noob bab-bab ni. Dengan kartun-kartun bukak buku semua tu buat blog beliau menarik dan nampak unik. And berduyun-duyunlah nak follow kan?


Satu lagi BLOG NI HAH. Design superb yang amat dan banyak tutorial pulak tuuu.


Bukan nak kata blog perempuan selekeh-selekeh, blog aku sorang je yang chomot sebenarnya sobsobsobs. Tapi aku nak buat point macam ni, suka hati akulah kan? Muahaha.


Dan sebab-sebab lain anda boleh tambah sendiri. Kita bertukar-tukar fikiran ye kanak-kanak, yang tak puas hati dengan statement aku pun boleh berdebat dekat sini *ewahhh sambil hunus keris


Kesimpulan yang boleh aku simpul kat sini, tak kisahlah blogger lelaki ke perempuan, sama je. Kita support satu sama lain. Tak payah gaduh-gaduh masam muka sebab followers lagi ramai ke, traffic lagi tinggi ke, earning Nuffnang lagi banyak ke, semua tu rezeki masing-masing.

SIAPA LAGI NAK SUPPORT BLOGGER KALAU BUKAN BLOGGER SENDIRI

So keep on blogging, bloggers! *semangat tiba-tiba :DD




UPDATE: SEBENARNYA TADI AKU TER-PUBLISH ENTRY NI TAPI TAK SIAP LAGI. ADA PULAK 3 4 ORANG YANG KOMEN. KORANG TAK PELIK KE ENTRY AKU TERGANTUNG? MUEHEHE. INTERNET MACAM SHIT, PUBLISH LAJU PULAK. HAIHHH.


Till the next entry bye bye!


PS: Sorry bloggers yang join segmen review blog aku hari tu. Aku busy sikit sekarang ni. InshaAllah aku akan review blog kau orang balik. Jangan risau. Chill je :D




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Sabtu Tanpa Kata, Biarlah Gambar Sahaja Berbicara (Wordless Versi Bahasa Melayu)


Walaupun tajuk memerlukan GAMBAR TANPA KATA tapi kalau aku nak berkata-kata juga nak buat macam mana kan? Sendiri buat rule sendiri langgarrrrr.
Taikolah konon. Ape pon tak boleh!

AKU ADA GAMBAR DENGAN CAPTAIN JACK SPARROW! KAU HADOOOOOOOO? NAN HADOOOO! WALAUPUN NAMPAK MACAM SUAMI ISTERI TENGAH GADUH DAN AKU KELIHATAN SEPERTI SI ISTERI YANG ANNOYING, ADA AKU KISAH? MUAHAHA :D

Dah memang annoyinglah kan buat CAPS LOCK plus BOLD plus LARGE font kan?
Sabor jelahhh :D

Credits to Mohammad Yunus si budak Photoshop terhebat. Boleh klik dekat nama kalau nak bodek dia buatkan satu untuk kau, free of charge punya. Muahaha suka hati aku je. Oklah babai den nak tidur, esok ada ceramah. Ehh memang aku suka pergi ceramah kan *tangan dekat pinggang buat muka paling menakutkan kau boleh buat*

Toodles! :D


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Friday, June 24, 2011

Entry Pendek #1

ADAKAH AKU SEORANG YANG SANGAT CHILDISH?
AKU NI TAK MATANG KE?
SALAH KE ANAK SULUNG BERPERANGAI MANJA DAN KEANAK-ANAKAN?


BOLEH KE JUDGE SOMEONE BASED ON THEIR LOOKS AND BEHAVIOURS?
WALAUPUN KAU TAK BETUL-BETUL KENAL HATI BUDI DIA DULU?

OPINIONS NEEDED, LIKE A.S.A.P

THANK YOU


Saja letak gambar senget tak nak bagi kau orang spot benda merah trang tang tang dekat pipi tuuu. Hehe. Motif sangat :D



Melin Chomot

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Thursday, June 23, 2011

Pilah Street Date

Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab sayang!
(sila baca kuat-kuat dalam satu nafas sahaja)


Jari malas nak menaip, layankan jelah gambar-gambar kat bawah ni ye sayang-sayangs sekalian :)



Perghhh bukan senang nak bergambar dengan senior Part 5 ni kann. I ni kan junior chomot-momot jewww. Hehe. Klik sini nak pergi blog Sis Melly yang dah nak pindah sobsobsobs --> EHH KLIK SINI JANGAN TERLAJAK PULAK! :D


Tambah pulak lagi sorang senior Bahagian Lima. Ehh malulah I macam ni.
Nampak tak muka I malu-malu tu? Eheh gedik :D
Klik sini pulak nak usya blog Sis Biha --> SINI SINI SINI! :D


Kami Taiko! Lu kasi gwa mati dulu baru gwa diamlaaaa!
Ada beran? Ngehngehh :D


Bajet comel lettew buat mulut macam tuuuuuuu. 
Padahal tengah kepedasan lepas tu you all perasan tak nasi banyak lagi tu? Isy isy isyyy makan tak pernah nak habis T___T

Ni masa malam Selasa. Last minute plan. Pilah je kottttttttt -.-

NOTA BAWAH: Boleh tak nak selalu berjimba-jimba makan-makan usha-usha tak payah fikir apa-apa? Serious sangat penat sekarang dengan macam-macam dugaan yang menimpa. Aku tak kuatlah nak hadapi semua benda ni. Hmphhh.

Ok bye. Have a nice day! :D



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Monday, June 20, 2011

Bila Enam Anak Dara Ke Seremban, Makanya...

ENTRY PENUH DENGAN GAMBAR. KALAU ALLERGIC TENGOK GAMBAR SYOK SENDIRI TAK PAYAH BACA PUN TAKPE. I DON'T MIND. YANG NAK TERUSKAN MEMBACA JUGAK I SAYANG YOU'ALLS KETAT-KETAT SEKETAT SELUAR I YANG DAH MAKIN KETAT SEBAB I DAH MAKIN GEMUK. ERK. MUAH MUAHH.


Jadi seperti yang dirancang adalah dalam sepurnama perancangannya (kalau tak tipu tak sah, I'm sorry!) maka bertolaklah anak-anak gadis kepada ibu bapa masing-masing ini ke Seghomban (Seremban je sebenarnya)


Ini cerita hari Sabtu. Tarikh? kejap nak check calendar.
Hah, 18 Jun 2011.


Jadi malam sebelum itu, Jumaat malam Sabtu, haruslah overnight di bilik rakan seperjuangan untuk memastikan tidak kelewatan kebangunan. Aku ni dah kenapa sebenarnya (-.-") Tengok movie A Little Thing Called Love yang sangat sweet dan asyik terjerit-jerit bukan sebab apa, sebab si Mario Maurer itu handsome nak mamp. Awhhhhhh. Falling in love. Gedik gedik gedik.


Nak tempek gambarlah jugak. Bukan apa, aku kan baik. Kesian kau orang kena Google pasal si dak Mario tu pulak, jadi aku tolong Google Imagekan untuk korang lepas tu upload dekat sini. Baikkan aku? Hehe.



Handsome kan boyfriend I? Ok fine tiba-tiba nak mengaku boipren kau dah kenapa kan. Menurut hasil kajian I, dia ni mix Thai-Germany ohh-patutlah-handsome-gila-babeng tapi GAY! What the eff? -___-
(Aku tak tahulah betul ke tak kann)

Ehh ini semua bukan objektif utama entry aku kali inilah.

Maka dipendekkan cerita tapi still tak pendek-pendek sebab aku ni drama queen suka buat cerita panjang-panjang, kami pun bersiaplah di pagi Sabtu yang hening tersebut.

Weh pinjam iron. Baju aku kedut sikitlah ni.

Ehh kau ada blusher! Nak try nak try *maka ditonyoh-tonyoh ke pipi nasib baik tak berubah jadi badut

Cepatlah buat shading dekat hidung aku!

Dah siap. Maka mesti ambil gambar.


Ehh ni ikut ketinggian ke hape? Cheh bajet paling tinggi :D



Tak payah nak tabik sangatlah kannnnn


Jangan tiru aksi ini. We all profesional jadi takpe.
Lori lalu pun tak sanggup nak langgar. Heheh.

Actually masa ni tengah tunggu taxi. Punyalah lama. Pakcik taxi pun makeup jugak kott.


Punyalah serious muka call pak cik taxi. Yang si Dahlia ni aku tak tahu motif dia apa. Sengal! Si Fatin kat belakang susah betul nak diajak bergambar sekali. Huhu.

Dipendekkan cerita lagi, kitorang naiklah taxi menuju ke Pilah Station. Nama nak glamour je kan padahal... -___- Empat orang dekat belakang dan sekali lagi bontot pinggul aku menjadi mangsa kesempitan.


Dalam taxi pun nak camwhore jugak. Sabor jelahhh :D


Inilah Pilah Station yang aku gembar-gemburkan


Time ni tengah tunggu dua orang lagi.
Beli tiket awal-awal lepak-lepak sambil menyaksikan dua tiga buah bas ke Seremban bergerak T___T



Dalam bas dah! Muehehe.
Belakang sekali, tepi sekali, kanan sekali. Best gilaa gwa tidur sampai mimpi-mimpi Mario Maurer derr. Hahah.

To make it short, here we are! SEREMBAN 2!

Bas sampai Terminal One and ambik taxi lagi pergi JJ Seremban 2.
Not badlah, RM10 bahagi 3 orang. Jauhnya macam dari kampus ke Pilah tapi RM12. Isy isy isyy. lepas tu taxi baru colour biru pulak tu. Woot woot. Batak sekejap.

Sampai je JJ, perut lapar mintak diisi. Breakfast makan roti je kot wehh.
Tapi usha tiket movie dululah kann. 


Konon comel lettew ambil gambar dekat poster movie budak-budak?
Sedarlah sikit tahun depan kau dah genap 20 tahun wehh -___-


My simple outfit of the day.
Belum makan lagi perut dah gendut. WHAT THE HEYY?


Tiba-tiba terasa macam dewasa pula dalam gambar ni. Muehehe.

JOM MAKAN WEH, AKU LAPARRR!

Teruslah menyerbu Secret Recipe sebab dah lama (lamalah sangat) tak membaham Chocolate Indulgence. Lepas tu bawak pergi Pizza Hut. Rutin biasa.
Kidnap makanan dari tempat lain bawak makan kat tempat lain. Don't try this at home.


Cik Dahlia tu bengang betul sebab saiz lain gila walhal harga sama. Tak tahulah memang macam tu ke apa. Last-last bedal je apa yang ada.


Muka bangga culik Secret Recipe ke Pizza Hut tanpa rasa bersalah :D


Budak tiga orang ni share pizza yang ni. Tapi aku bedal jugak.
Cheese dia terbaik dari ladang oh, melimpah ke ladang gandum.



Yang ni Cik Dahlia punya. Aku tibai jugak.
Time tengah panas nak melecur mulut I tauu.



Aku punya ni je. Individual meal. Kelihatan sungguh self-centered di situ.
Add-ons pun tak ambik, penjimat cermatlah katakan. *tangan di dada mata ke atas
Hell no, yang ni pun makan dua slices je, dua slices lagi tapau bawak balik. Cepat je kenyang.




Dah kenyang barulah boleh shopping tanpa gundah gulana.
Gambar ni dekat Skinfood. I tak beli pun. Sobsobsobs.

Eh ehh, nak dekat pukul 1.30lah. Jom tengok movie!!!

Movie apa? Jeng jeng jeng.





SUPER 8!

Baru tau nak faham gambar poster ni kena sengetkan kepala 90 darjah. Maka terteleng-telenglah kanak-kanak ini. Bayangkan sendiri. Comel kan. Muehehe.

Bestlah jugak. Daripada 5 bintang aku rate 4 bintang. Sinopsis? Cari sendiri. Malas nak buat. Heheh.
Tapi berbaloilah tiket RM12 tengok movie ni :)

Lepas tu sambung jalan-jalan. Masuk situ masuk sini. Tapi beli sikit je. Ngehngehngeh.

Apa yang dibeli? Ini je. I bukan anak Tan Sri dan tidak ditaja oleh mana-mana sugardaddy pun kan. Duit PT pun parents pegang masuk bulan-bulan sebab nanti sejarah lama berulang di mana tak sampai sebulan RM2000 dah habis. Sobsobsobs. Jadi haruslah berbelanja dengan berhemah! Teehee


1) Note book: Student mana yang tak perlukan note book bukan? Lagi lagi student yang rajin macam aku ni haa. Uhuk uhuk. Mula-mula tengok RM3.60, ehh murah je terus dengan rakus ambil bayar. Bayar-bayar ambik kau, RM8.60 rupanya hanya untuk buku garis-garis sedemikian. Grrr. Semua salah price tag yang membuatkan 8 kelihatan seperti 3 (or aku yang salah tengok? -__-)

2) L'OREAL Paris White Perfect Facial Foam: Tengok macam best and affordable and aku tak pernah pakai pencuci muka L'oreal. Terasa dewasa pula tiba-tiba. Muehehe. Selalu sangat tukar facial wash sebab nak tau skin aku sesuai dengan brand apa. Hopefully yang ni lah kan :)

3) ellianto Oil Free Liquid Foundation in 02 Sand Beige: Ohh aku sekarang dah macam jatuh chenta dengan products ellianto ni haa. Hari tu beli eyeliner perghh terbaik cakap lu. Suka sangattt! *gedikgedik Foundation aku memang menanti hari nak habis je so aku usha-usha foundation ni macam best and 50% less kot. Mestilah beli kalau tak menyesal di kemudian hari! teehee :D

4) SIMVUE Colour Bigger Eyes in Hazel: Ini aku suka. Yeay mata baru yeayy!
RM80 for 3 months siap dapat casing and solution sekali. Tapi actually aku nak cari hazel yang macam coklat muda tu tapi dapat ni pulak. Yang ni stock colour coklat nak dekat-dekat hitam tu. Takpelah sebab bila pakai tak nampak fake dengan garisan colour tu, mata pun makin besar yeayy! Nantilah aku post gambar aku bermata baru ye kawan-kawan :)

5) Buku log kecil: Nak buat buku log procedure sebelum masuk lab Chemistry :)

6) Seventeen magazine Jun 2011: My favourite magazine ever! Tak kisahlah aku dah nineteen tapi still nak baca Seventeen. Peduli apa aku, duit aku. Nanti dah anak empat lima orang pun nak baca juga magazine ni. Wekkk :P



Saya minat sangat dengan HAZAMA AF! Saya suka sangat bila beliau menang AF9 baru-baru ni. Saya bergolok gadai jual tanah semua semata-mata nak undi beliau sorang. Sedihlah lepas ni AF dah tak ada. Tak bermakna sudah hidup saya selepas ini. "Petikan temubual ke atas Mak Joyah"

Budak rajin membaca dan MPH tidak dapat dipisahkan. Heheh.

Lepas tu macam gian pulak nak karok, nak karok dekat Green Box macam mahal pulak and dalam 2 jam. Time tu dah pukul 4 lebih, so takut balik lambat pulak kan. Jadi keputusan dicapai untuk karok hanya dekat karaoke jamban. First time ni beb!


Berkaraoke dengan penuh penghayatan


Suara aku entah apa-apa sebab aku selesema serta sakit tekak (alasan)

Lepas tu baru nyanyi dalam tiga lagu, nak pilih lagu keempat. Stuck. Hang. Segalanya yang sewaktu dengannyalah! Ciss. Macam-macam kitorang buat still tak boleh. Yang peliknya bayar ikut lagu. 9 lagu, sorang tiga lagu. What the fish betul. Lepas tu dah tensi takde mood nak melalak dah, terus gerak -___-



Memang jamban betul wa cakap lu!

Jadi blah blah blah beli makanan Big Apple, McD, burger Jusco, ice blend Each A Cup, The Chicken Rice Shop. We all pun baliklahhh. Cerita tamat.

HAHA. Tak berilmiah langsung entry ni kan. Harap panjang lebih 400 words dah boleh hantar untuk assignment BEL311 je kan? Muehehe.

Tapi overall hang out ini sangat best sebab boleh merapatkan silaturahim sesama rakan (skemanya aku) serta menyusutkan duit di dalam purse masing-masing T___T.

Penat jangan cerita sampai nak taip entry ini pun kaki dua-dua belah sakit gila T___T
Nak ponteng kuliah esoklah. Ok bye! :D












Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Friday, June 17, 2011

Mengapakah Adinda?

SILA BERSIAP SEDIA DENGAN PERSOALAN YANG MELAMPAU-LAMPAU DALAM SATU MASA! JANGAN CAKAP AKU TAK BAGI AMARAN!




1. Kenapa aku malas mandi?


2. Kenapa perut aku asyik minta makanan walhal baru 464453 saat telan nasi goreng plus sambal pedas nak mamp?


3. Kenapa aku suka peluk teddy bear? Habis berjangkit bau busuk dia dekat I tau.


4. Kenapa aku asyik tukar profile picture dekat Facebook?


5. Kenapa aku dan laptop & broadband tak dapat dipisahkan?


6. Kenapa cadar katil aku tak pernah tegang?


7. Kenapa susah sangat nak nampak aku duduk diam-diam dekat meja belajar menelaah pelajaran?


8. Kenapa aku suka gelak?


9. Kenapa double chin aku tak hilang-hilang?


10. Kenapa aku tak boleh kawal pengeluaran duit daripada ATM dan purse?


11. Kenapa aku suka sangat merepek lepas tu aku sendiri tak faham apa yang aku repekkan? -.-"


12. Kenapa aku suka mengabaikan fakta yang aku sedang demam lantas makan ais krim, telan air batu, minum air sejuk?


13. Kenapa aku selalu dicop sombong? Sobsobsobs.


14. Kenapa aku suka pakai eyeliner sangat-sangat?


15. KENAPA YUYU ZULAIKHA FOLLOW BLOG AKU?!!




Pengsan -____-




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

WORDLESS FRIDAY | EDISI SUKA HATI AKU









PS: It's Friday Friday Fridayyyy. FRIDAY JUGA TIDAK MAHU KETINGGALAN UNTUK MENJADI WORDLESS. AYUH SAHUT CABARAN INI! :D


Ehh PS nombor dua pun ada juga: SEORANG REMAJA TIDAK COOL TANPA JERAWAT. SEKIAN TERIMA KASIH.




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, June 15, 2011

HELP NEEDED A.S.A.P!

Just a quick update. Nak mengadu dengan kau orang semua yang sudi baca.
I love you muah muah muahhh.


SIAPA BOLEH TOLONG?


Disebabkan tangan dua belah yang gatai tak gheti nak dok diam-diam, HTML code telah digodek-godek secukup rasa, lepas tu jeng jeng jeng, padan muka aku.
Nak betulkan tak reti pulak. Wuwuwu. Tensionlah kite macam ni T___T


Apa yang tak betul dekat the belog chomot ni?


Kalau korang peka mesti kau orang perasan


BENDA PELIK NOMBOR SATU



Buntangkan mata pada benda yang dibulat-merahkan tersebut.
Apa kejadah ada script pulak atas header ni? -___-"
Hari itu lebih kelakar, ini kira boleh tahan lagi, script panjang bagai atas header, setelah di-delete masih ada pula begini.

HELP ME, MACAM MANA NAK REMOVE? -.-

BENDA PELIK NOMBOR DUA


Kenapa navigation bar boleh beralih arah ke sini pula?
Main kejar-kejar pulak ye. Aipp, cubit kang!

HELP ME, MACAM MANA NAK BAWAK NAVBAR NI NAIK ATAS SEPERTI NORMAL OR KALAU SENANG DELETE JE TERUS NAVBAR INI? -___-

BENDA PELIK NOMBOR TIGA

Blockquote kita dah hilang T___T

So kite pun nak buat barulah. Kite plan nak ikut tuto ni:


Tutorial kat situ CHOMEL SANGATTTTTT! So kita kan tak boleh resist tengok benda chomel-chomel ni walaupun diri sendiri chomot, hehe, kite pun terujalah ikut tuto and kite tersilap kot. Tanpa preview, terus save template. Nampak tak rakusnya kite? -.-

Lepas tu blockquote tak muncul-muncul, and yang tak diundang pulak muncul.

Ni hah:


Apa ni? Kite mana tau!
So lepas nak edit apa-apa je kat HTML code, keluar benda ni. Sob sob.

HELP ME!

BENDA PELIK NOMBOR TIGA

Yang ni pun satu, kalau kau orang check balik, semua entry macam entah-apa-apa jadinya, semua jadi allignment center.

Padahal tengah menaip dekat NEW POST ni semua kite susun elok-elok, allign left, allign right. Certain je yang kite buat allign center. Tapi kite syak ada something jugak dekat HTML code yang buat semua jadi allign center macam sekarang ni. Buruk kan buruk kan?

HELP ME LAGI SEKALI -___-

Dan disebabkan semua benda inilah, mood kite nak berblogging makin hilang.
Jadi tak best nak update entry baru dah. Nak fix tak reti sebab ilmu IT di dada kurang.

Jadi nak minta jasa baik blogger-blogger yang lebih berpengalaman, yang prihatin sekalian, yang comel-comel semuanya (tak bodek ni, percayalah!) tolong Melin boleh tak? Kembalikan mood berblogging ini yeahh! nak review blog lagi, tergendala jugak sebab benda-benda ni. Tensi tensi.

Boleh komen dekat entry ni apa yang patut Melin buat untuk fix semua problem ini.
Boleh PM dekat FB kalau nak tolong tengok-tengokkan blog melin yang bermasalah sekarang ni. Nanti Melin bagi email dengan password. jangan hack sudahlah ye!

Please please please, pretty please with cherry on top.

Kalau nak tolong renovate balik overall blog ni and mintak bayaran pun takpe.
(Ni memang dah desperate sangat ni)
Tapi kalau nak bagi free pun takpe lagi I suka. Hehe.

OKlah itu sahaja. Nak mengadu dekat siapa yang sudi baca sampai ke sini.
Dahlah demam, tsk tsk tsk. Kesian I kan? Assignment berlambak, kelas malam lagi. *merungut sambil buat muka comel untuk menarik simpati

Hehe. Dah bye. Nak rest sekejap. Pening. Nasib baik lab cancel petang ni sebab semua lecturer meeting.

YOUR COOPERATIONS ARE HIGHLY APPRECIATED. MUAHXXX.

xoxo,
BUDAK SAKIT YANG TENSION,
MELIN CHOMOT :)


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)