Sunday, July 10, 2011

FOLLOWERS versus PAGEVIEWS!





Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua penghuni alam.
Bertemu lagi kita dalam rancangan chomot-chomot-suka-hati-aku-je-kan-bajet-pengacara-TVlah-pulak-kannn. Heheh :D


Tadi aku belek-belek Formspring.

Selain mendapat soalan ini,


#klik dekat gambar kalau tak jelas

Ehh chantek sikit jari kau menaip tu okeh? Apehal pulak aku ni lesbo tak nampak ke aku ni straight mencintai lelaki-lelaki kacak tampan bergaya sobsobsobs. Ini nak touching ni! :'(

Lupakan itu, fokus dekat sini pulak:



#boleh klik jugak gambar ni untuk resolusi lebih memuaskan hati :)



Jadi untuk menjawab soalan, marilah menghuraikan permasalahan ini.

FOLLOWERS SAYA RAMAI/BANYAK, TETAPI KENAPA PAGEVIEWS SEDIKIT?

Meh sini cikgu terangkan. (Perasan otai walhal tak sampai setahun mempunyai akaun Blogger wuwuwu, namun sharing is caring tak gituwwwwwww? Ok aku sudah semakin gedik nampaknya)

Apa itu PAGEVIEWS?

Pageviews adalah pengiraan berapa banyak halaman/page itu dilihat atau dilawati.Katakan visitor anda datang ke halaman utama(main page),jadi ia dikira 1 page view.Kemudian,visitor itu menekan atau pergi ke page lain misalnya About Me,itu dikira sebagai 1 lagi page views.Dengan membahagikan jumlah page views dengan jumlah unique visitors,anda boleh mendapat tahu berapa banyak page yang telah dilawat oleh seseorang visitor.

#copy-paste je ni weh. Credits to http://2dayblogger.com muahmuahmuah ;)

Adakah anda semua faham? Kalau tak faham sila angkat tangan ye.

Harus kita ketahui, followers ramai bukan menjanjikan 100% jumlah pageviews yang hebat kebaboom dan earning Nuffnang, Adverlets, Innity berjuta-juta RM.
Dan tidak semestinya blog yang mempunyai kurang daripada 100 followers tidak berpeluang mendapat pageviews tinggi. Maybe blog sedemikian mempunyai ramai silent readers yang tak boleh nak follow sebab tak ada akaun Bloggerlah kan. 

Mengapa pula begitu?
Ini adalah kerana tidak semua follower itu betul-betul mengikuti perkembangan blog anda. Ini realiti. Siapa setuju angguk kepala. Nak tanya ni, blogger mana yang baca semua update blog yang mereka follow yang appear dekat dashboard? 1, 2, 3 blah blah blah. Tak ramai rasanya. Ada certain blogger hanya follow blog yang mereka minat dan setiap entry dibaca dengan penuh bersungguh-sungguh (hiperbola je kan ayat aku), so no wonderlah kalau mereka baca semua entry dekat dashboard tu. Tapi blogger lain? *bunyi cengkerik

Kebanyakan blogger, termasuk aku, hanya memilih nak baca entry berdasarkan tajuk entry yang menarik minat dan updates daripada blog-blog favourite sahaja. Ini menyumbang kepada "follow, tapi tak ikut". Wah, aku buat term sendiri, tepuk sikit tepuk sikit. Hee. 

Kes-kes ini biasanya terjadi apabila kaedah "you follow me, I follow you back lah!" diamalkan. Siapa tak nak followers ramai bai? Time blogwalking follow blog sebanyak yang mungkin dan tinggal ayat keramat tersebut di shoutbox lalu tunggu 10-20 minit untuk di-follow semula. #finger cross

Tapi dekat sini bukanlah aku nak cakap blog yang memiliki ramai followers itu bukannya ada orang baca pun! Jahat sungguh mulut aku jika berkata demikian. Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini adalah, apabila kau orang update satu entry, tidak semestinya kelimaribu-limaribu followers anda membaca entry anda itu. Faham? Aku pun kadang-kadang confuse dengan apa yang aku taip ni *nanges T___T

Penting ke pageviews ni?

I think it depends on the blogger himself/herself. Ada blogger yang sebelum taip entry dia dah target "hari ni je aku nak pageviews 5000, tak nak lebih tak nak kurang". Ramai juga blogger yang menulis suka-suka dan tak ambil tahu pun pageviews, hits, UV semua ni. Pageviews ni aku rasalah, kalau salah tolong betulkan aku ye, untuk kepuasan sendiri dan maybe affect earning ads company yang korang daftar macam Nuffnang, Innity, Adverlets, di mana blog dengan traffic yang tinggi dan maintain, earning akan lebih. Dalam kes Nuffnang, pageviews juga menyumbang dalam Buffered Earning.

Bagaimana nak attract followers baca entry dan sekaligus menaikkan pageviews?
-pastikan entry berkualiti dan tak merepek lebih
-guna tajuk gempak-gempak
-perhatikan keywords yang banyak orang cari, dan membawa ke blog anda. Dari situ tulis satu entry berkaitan itu. Manalah tau ramai orang search dekat Google "BERSIH 2.0" dan bila kau selit words tu dalam entry kau, probability untuk sampai ke blog kau adalah jugak kan. Muehehe.
-ping entry dekat semua tempat yang anda rasa boleh ping. Hehe. Share dekat FB, twitter, kelab komuniti blogger dan sebagainyaaaaaa.
-buat entry mengikut isu semasa. Jangan fokus kepada personal life sahaja melainkan anda ni tahap artis macam Lady Gaga dan Brutney Spears.
-jaga bahasa dan penggunaan ayat. TAK PERLU NAK SHORTFORM SANGAT YEWWWWWWW.


Apa-apa pun teruskan berbelog! Heheh. 
Kalau niat ikhals nak blogging, pageviews tu tak payah kejar sangat pun takpe. Pageviews tu yang kejar blog korang nanti. Hehe.

Okbye! Nak study, esok ada test Biology. Much love 








Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

17 taiko kawasan bagi amaran:

Effa CuRio said... BALAS

yup.. sangat setuju.. =)

apeXogamY said... BALAS

yup2..sangat setuju jugak.. :D

hafrizzul hafiz said... BALAS

agree with you la melin..
adat lah dunia blogging.. memang mcm tu..
ape2 pun.... gudluck for ur exam

Ku Azhar said... BALAS

btl2...tp ku bc kowt smua update kt dashboard..hehehe...

Azlan Strider said... BALAS

fuh..penjelasan yang sungguh jelas..hehhe..but at the end pageviews VS followers depends on the blogger yang mana satu dia dia nak kejar..nak kejar dua dua pun leh gak..btul tak??hehehe

Regards,
-Strider-

Melin said... BALAS

@Effa CuRio
Yeahhh give me five! :D

Melin said... BALAS

@apeXogamY
HAHA dia nak jugakkk :D

Melin said... BALAS

@hafrizzul hafiz
Tu lah pasal. Nak buat macam mana memang dah macam tu kan.

Thanks HH :)

Melin said... BALAS

@Ku Azhar

Haha. baguslah Ku macam tu. Salute! :)

Melin said... BALAS

@Azlan Hasan

Sangat jelas eh? Fuhhh berbaloi penat taip dan fikir. Hehe. Yeahh sangat betul. Semua di tangan blogger tu sendiri.

NADIA RAJAMI said... BALAS

agreee..tu la psl, follower beratos2, tpi pV xsampai seratos pon... :P

FarizAtie said... BALAS

agree melin...tq sudi menyinggah..:)

Amanda Eltiqaz said... BALAS

amboi...bkn main pnjang lebar explain..skrg bru sy faham. tapi sy mmg tak pndai nk follow2 org sgt..hope adalah yg sudi follow sy..huhu...

anyway..sy suka blog chomot! ^^

----- ----- said... BALAS

owh.......

Melin said... BALAS

@Dea
Sebab tu lah followers dan pageviews tak selari *sighh

Melin said... BALAS

@miszatie
Okay :)

Melin said... BALAS

@Amanda Eltiqaz
Hehe boleh pulak macam tuu. Mesti ramai nak follow punya :)