Tuesday, May 10, 2011

Bercinta Tak Perlulah Obses Sangat!



Hello readers. May you have a nice day.

Sebelum tu, jom layan lagu ni nak?

Kalau tak nak pun aku paksa jugak! Huahuahua.


WALI BAND _ EGOKAH AKU




Lirik lagu Egokah Aku by Wali Band


Ku… tak pernah merasa

Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku


Kini semua berlalu

Karena engkau tak memilihku


Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Dah habis layan dah?

Lagu ni best, memang best. Video clip pun macam ala-ala scary gitu.

Tapi aku nak tekankan lirik dia yang tang ni hah:
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Apahal der sampai nak mintak umur orang pendek just sebab jealous kalau mamat or minah yang kau sayang gila-gila tu bersama dengan orang lain?
Or other word OBSES?
Bukan OBES yeh.

Maybe ada yang akan cakap, "lirik lagu je derr. Tak payahlah emo sangat!"
Tapi perasan atau tidak situasi ini memang terjadi. Dalam masyarakat Melayu kita ni pun banyak aku nampak. Antara sedar atau tidak je.

Situasi #1

I risaulah dengan boyfriend I tu. Call asyik tak angkat, mesej tak pernah nak balas. Mesti ada perempuan lain ni!


Pernah dengar tak dialog ini?
Tak kisahlah dengar time dalam bas ke, member mengadu dekat korang ke, or korang yang cakap sendiri? Huahuahua. 
Aku rasa perempuan selalu macam ni. Lelaki aku tak tahulah pulak kan.
Doubt tak habis-habis. Bukankah cinta itu perlukan kepercayaan?
Wah, aku jiwang di malam hari sebegini.


Lepas ni jangan bising bila boyfie anda jawab macam nak tak nak je.
Muhasabah diri anda yawww.

The point I try to make here is, tak perlulah everytime nak call, message or jumpa your lover. Konon-konon macam aku mau di sampingmu selalulah.
Gelimat gelimat. Baru boyfriend girlfriend weh. Belum LAKI BINI lagi.
Give spacelah, jangan sampai kekasih sendiri rimas dengan perangai sebegitu.
Tak pasal-pasal kena tinggal pulak kang. Tak ke sadis -.-

Situasi #2

Semalam kan I date dengan boyfie I. Best sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Dia cakap I LOVE YOU dekat I beratus-ratus kali dah I rasa. I rasa macam perempuan paaaaaaaaaaaling bertuah dalam planet Marikh ni tau. Dahlah boyfie I tu handsome macam Pak Jabit blah blah blah blah...

Tahu tak perangai kau ni annoyying nak mamp!

Jeng jeng jeng.
Cuba bayangkan bila berhadapan makhluk-makhluk begitu obses dengan their partner ni.
Tak ke rasa macam nak bako je dua-dua, si girlfriend dengan si boyfriend sekali ambik korang!
Orang lain pun ada boyfriend, bukan dia sorang je dalam dunia yang berkapel-kapel bagai ni.
I mean bukanlah tak boleh nak cerita pasal relationship korang langsung, just berpada-padalah.
Jangan sampai member sendiri rimas beb. Kalau tiba-tiba rasa macam kena pulau dengan kawan sendiri tu faham-fahamlah ye, kalau still buat perangai macam ni.

Situasi #3

You sayang I tak? Kenapa you sayang ehh? Habis tu kenapa you asyik pandang perempuan murahan tu tadi je. You syok dekat dia eh? You jangan cari pasal dengan I tau! Kalau I tahu you ada perempuan lain siaplah you! I blablablablabla....!!!!


Yang you main-main mata dengan Kak Limah tadi tu kenapa hah?!!

Weh aku yang perempuan ni pun berbulu kalau dengar dialog macam ni.
Yes, cemburu tandanya sayang, tapi kalau terlampau cemburu tak ke membuatkan your partner rimas lemas bak lagu Ruffedge tu?
Sampai ada satu kes yang aku tahu minah ni stalk FB mamat yang juga boyfriend dia, kalau dia dapat tahu mamat ni chat, komen status or gambar perempuan lain, mengamuk habis-habisan si minah ni.
Adoiyaiii. Takde privacy langsung. Kalau aku dekat tempat mamat tu memang aku cekik-cekik je minah camni.
Salah ke kalau si boyfie nak berkawan? Tapi yang si minah tu komen-komen dengan lelaki lain takde hal pulak. Bukan bermakna si boyfie dia tu tak sayang dia kan?
Ok aku rasa aku ni dah macam lelaki dah taip macam ni -.-'


Trust is the main aspect in building LOVE.
Dah macam Dr. Love kan aku? Teehee ;D

Kesimpulannya, bercinta tak perlulah sampai nak obses sangat, sampai nak spy your partner buat apa keluar dengan siapa. Cemburu biar bertempat. Aku takdelah nak cakap aku ni girlfriend yang bagus sangat pun apa ke, but I know the limit. And I know how it feels being treated like that. Chewahh.
Cukup dengan bersahaja, and kalau nak control sangat si lelaki tu, ajak kahwin cepat-cepat.
Barulah macam relevan sikit bila dah nama suami isteri nak jadi queen contorl pun takpe. 

Oklah babai.

PS: Aku tak perli siapa-siapa. Yang makan ubat gegat akan rasa pahitnya.



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

16 taiko kawasan bagi amaran:

Rafidah Farhana said... BALAS

Ni ea rahsia percintaan antara benua?
Huhuhu.

Azmira Yusoff said... BALAS

Ades . tergigit hujung anak tekak pulak . hahah .. yap kdg2 sy GILA kan byfie sy . .. sy rindu kn dia -_-. muhahahahah ...SY SOKONG ENTY AWAK . pdn muke sy kne perli . hahahahah ... bukan obses.. cume hilang kawalan jewww ...hahahha .:)

Hamiza Hamidon said... BALAS

ubat gegat pahit ke ? HAHA

mad khaz said... BALAS

betol,trust is the biggest thing to defend and secure.

Budak Chomot said... BALAS

@Rafidah Farhana
Huahuahua. Tak payah nak CINTA ANTARA BENUA sangatlah.
Malu mak tau nokss. Hee

Budak Chomot said... BALAS

@Azmira Yusoff
Eh ehh, saya tak berniat pun nak buat sis tergigit hujung anak tekak. Hee. Just untuk renungan bersama :)

Budak Chomot said... BALAS

@Hamiza Hamidon
Pahitlah awok rase. idak penahle pule awok mencube.

[ apexogamy ] said... BALAS

ubat gegat manis lah.. err.. haha,
obsessed.

Mohd Ridhuan said... BALAS

setuju sangat2...
cinta jangan terlalu obses...

aznilussy said... BALAS

erkkk..hahaha

zacky ~786~ said... BALAS

hahaha..~ btol3.. tp lg bgs xpayah couple langsung.. lg bagus... trus kahwin kn senang :) bercinta lepas kahwin.. halal pn halal.. kn3..

::yartHaryati:: said... BALAS

twu xpeh wak.. nak jelez memanjang pedehal.. rilex sudaa.. bkn confirm lagi pun kan.. huahuahuaa..

ain nadzirah said... BALAS

nice one!! 100% agree with this entry!!

bercinta berpada-pada cukuplah kn, jgn obses sgt sebb tkot nanti pasangan kite tue rimas. yer idak?

nadia natasya said... BALAS

whoooaa sumpah post cool gila ;)
agak laa better single kot :DD
weeee :DD
datang follow sini :DD
blog comel sgt !

m!3yr4h_LolLy said... BALAS

suka la entry nie.. hee

zaza said... BALAS

haha..suka ayat2 u..
mmg kekadang meluat dgn ppuan yg xabis2 dok cite pasal bf and cemburu buta xtentu pasal..
and gediks xtentu pasal..