Showing posts with label musics. Show all posts
Showing posts with label musics. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Bercinta Tak Perlulah Obses Sangat!



Hello readers. May you have a nice day.

Sebelum tu, jom layan lagu ni nak?

Kalau tak nak pun aku paksa jugak! Huahuahua.


WALI BAND _ EGOKAH AKU




Lirik lagu Egokah Aku by Wali Band


Ku… tak pernah merasa

Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku


Kini semua berlalu

Karena engkau tak memilihku


Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Dah habis layan dah?

Lagu ni best, memang best. Video clip pun macam ala-ala scary gitu.

Tapi aku nak tekankan lirik dia yang tang ni hah:
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Apahal der sampai nak mintak umur orang pendek just sebab jealous kalau mamat or minah yang kau sayang gila-gila tu bersama dengan orang lain?
Or other word OBSES?
Bukan OBES yeh.

Maybe ada yang akan cakap, "lirik lagu je derr. Tak payahlah emo sangat!"
Tapi perasan atau tidak situasi ini memang terjadi. Dalam masyarakat Melayu kita ni pun banyak aku nampak. Antara sedar atau tidak je.

Situasi #1

I risaulah dengan boyfriend I tu. Call asyik tak angkat, mesej tak pernah nak balas. Mesti ada perempuan lain ni!


Pernah dengar tak dialog ini?
Tak kisahlah dengar time dalam bas ke, member mengadu dekat korang ke, or korang yang cakap sendiri? Huahuahua. 
Aku rasa perempuan selalu macam ni. Lelaki aku tak tahulah pulak kan.
Doubt tak habis-habis. Bukankah cinta itu perlukan kepercayaan?
Wah, aku jiwang di malam hari sebegini.


Lepas ni jangan bising bila boyfie anda jawab macam nak tak nak je.
Muhasabah diri anda yawww.

The point I try to make here is, tak perlulah everytime nak call, message or jumpa your lover. Konon-konon macam aku mau di sampingmu selalulah.
Gelimat gelimat. Baru boyfriend girlfriend weh. Belum LAKI BINI lagi.
Give spacelah, jangan sampai kekasih sendiri rimas dengan perangai sebegitu.
Tak pasal-pasal kena tinggal pulak kang. Tak ke sadis -.-

Situasi #2

Semalam kan I date dengan boyfie I. Best sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Dia cakap I LOVE YOU dekat I beratus-ratus kali dah I rasa. I rasa macam perempuan paaaaaaaaaaaling bertuah dalam planet Marikh ni tau. Dahlah boyfie I tu handsome macam Pak Jabit blah blah blah blah...

Tahu tak perangai kau ni annoyying nak mamp!

Jeng jeng jeng.
Cuba bayangkan bila berhadapan makhluk-makhluk begitu obses dengan their partner ni.
Tak ke rasa macam nak bako je dua-dua, si girlfriend dengan si boyfriend sekali ambik korang!
Orang lain pun ada boyfriend, bukan dia sorang je dalam dunia yang berkapel-kapel bagai ni.
I mean bukanlah tak boleh nak cerita pasal relationship korang langsung, just berpada-padalah.
Jangan sampai member sendiri rimas beb. Kalau tiba-tiba rasa macam kena pulau dengan kawan sendiri tu faham-fahamlah ye, kalau still buat perangai macam ni.

Situasi #3

You sayang I tak? Kenapa you sayang ehh? Habis tu kenapa you asyik pandang perempuan murahan tu tadi je. You syok dekat dia eh? You jangan cari pasal dengan I tau! Kalau I tahu you ada perempuan lain siaplah you! I blablablablabla....!!!!


Yang you main-main mata dengan Kak Limah tadi tu kenapa hah?!!

Weh aku yang perempuan ni pun berbulu kalau dengar dialog macam ni.
Yes, cemburu tandanya sayang, tapi kalau terlampau cemburu tak ke membuatkan your partner rimas lemas bak lagu Ruffedge tu?
Sampai ada satu kes yang aku tahu minah ni stalk FB mamat yang juga boyfriend dia, kalau dia dapat tahu mamat ni chat, komen status or gambar perempuan lain, mengamuk habis-habisan si minah ni.
Adoiyaiii. Takde privacy langsung. Kalau aku dekat tempat mamat tu memang aku cekik-cekik je minah camni.
Salah ke kalau si boyfie nak berkawan? Tapi yang si minah tu komen-komen dengan lelaki lain takde hal pulak. Bukan bermakna si boyfie dia tu tak sayang dia kan?
Ok aku rasa aku ni dah macam lelaki dah taip macam ni -.-'


Trust is the main aspect in building LOVE.
Dah macam Dr. Love kan aku? Teehee ;D

Kesimpulannya, bercinta tak perlulah sampai nak obses sangat, sampai nak spy your partner buat apa keluar dengan siapa. Cemburu biar bertempat. Aku takdelah nak cakap aku ni girlfriend yang bagus sangat pun apa ke, but I know the limit. And I know how it feels being treated like that. Chewahh.
Cukup dengan bersahaja, and kalau nak control sangat si lelaki tu, ajak kahwin cepat-cepat.
Barulah macam relevan sikit bila dah nama suami isteri nak jadi queen contorl pun takpe. 

Oklah babai.

PS: Aku tak perli siapa-siapa. Yang makan ubat gegat akan rasa pahitnya.



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Friday, May 06, 2011

Inilah Aku Apabila Sedang Bosan



Aku bosan. Itu satu fakta. Maka terhasillah post tak semenggah ini.
Aku jumpa dari blog mana entah.
Layankan jelah... 



Ini bukan muka bosan. Ini muka kekenyangan.
Muka mintak penumbuk 8 das pun bolehh.


Rules:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press next for your answer
3. YOU MUST WRITE THAT SONG'S NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. tag 5 friends.
5. everyone tagged must do the same thing.
6. have fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Lucky - Britney Spears



Kan aku dah kata LUCKY memang nama tengah aku -___-




Apa tak cukup jelas? Klik dekat gambar untuk membantu penglihatan



HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Cun Saja - Sleeq



Tengok, playlist pun cakap aku CUN. Muahahaha jom muntah ramai-ramai

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Melepasmu - Drive



Aik, bila pulak lagu ni ada dalam playlist gwa? Kantoi aku suka layan lagu indon jiwang.

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Like A G6 - Far East Movement (FM) feat. The Cataracs & Dev



Seriously, jangan dengar lagu ini. "Like A G6" actually merujuk kepada "Like A Jesus".
Sila Google sebab aku dah hilang link blog yang aku baca haritu mengenai ini.
OK, aku delete lagu ni sekarang.


Deleted.

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal - Fotograf



Tengok. Lagu jiwang keluar lagi.
Memang aku hidup tak nak ucap selamat tinggallah kan -___-

WHAT'S YOUR MOTTO?
Kau Ilhamku - Man Bai



Ehem ehem. Teehee :D

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Mahligaimu Dari Air Mataku - Lestari



Heh, pathetic sungguh

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
My Boo - Usher



Muahahaha :D

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
1,2,3,4 - Plain White T's



Memang macam kanak-kanak chomot setiap masa kira one two three four

WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
Waka waka - Shakira



Hampeh betul. Sorry Mak Abah. Semua ini adalah random.
SIla salahkan playlist. Kita bakor je!

WHAT IS 2 + 2?
We'll Be Alright - Travie Mccoy



Maksud tersirat: Kalau tak tahu 2+2 berapa pun takde hal derrr :D

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Dia Milliku - Yovie & Nuno



Memanglah best friend aku milik aku kan?
Eh, bukan eh? -___-


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Already Gone - Kelly Clarkson



Yeah, suka. Lirik dia sweet (^,^)

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Bad Romance - Lady Gaga



Err? -___-"""


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Billionaire - Travie McCoy feat. Bruno Mars



Travie McCoy lagi.


SIAPA TAK NAK JADI BILLIONAIRE WEHHH?!!! Or aku dorang je mata duitan dekat sini -___-

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Silly Lilly - Bunkface

Hah, ambik kau!

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Cukup Indah - Aziz Satar, ehh Alif Satar

Tenkiu tenkiu. Mak memang indah pun. Hahaktuihh!

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
We No Speak Americano - Yolanda Be Cool

What the hey?

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Fifteen - Taylor Swift

Apa kena mengena? Jangan pertikaikan aku dah 19 nak dengar lagu untuk budak 15 tahun.

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Haven't Met You Yet - Michael Buble

Aku memang takut strangers. Hee

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Hold My Hand - Maher Zain

Itulah BIGGESY SECRET aku. Terima kasih.

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
I Got Over You - Daughtry

Nak bagitahu aku dengan Chris Daughtry satu tarikh lahir. Huahuahua.

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
It's Alright, It's Ok - Ashley Tisdale

Kawan aku mestilah OK!

HOW WILL YOU DIE?
Jodi (Jomblo Ditinggal Mati) - Wali Band

Aku tiap kali dengar lagu ni pasti tergelak. Macam Indon sangat weh. Hahah.

WHAT MAKES YOU LAUGH?
Key To My Heart - Jessica Jarrell

Apa haln ya nak gelak kan?

WHAT MAKES YOU CRY?
Love Like This - SS501

Eh ehh, tiba-tiba tersesat lagu Korealah pulak kan

DOES ANYONE LIKE YOU?
Menyesal - 6ixth sense

Adakah sesiapa yang menyukai aku sekarang akan menyesal di kemudian hari?
Cis -___-

WHAT HURTS RIGHT NOW?
Lucky - Jason Mraz feat. Colbie Cailat

Dah dua lagu LUCKY dah ni wey. Lepas ni kena ada orang composekan lagu LUCKY baru pulak.
Melin Chomot nak nyanyi.

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Never Again - Kelly Clarkson (dah dua kali jugak Kelly Clarkson ni, haihh)

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Nobody - Wonder Girls

Tak nak tak nak. Aku still berdegil guna tajuk entry aku di atas ni jugak.

Habis pun kau. Takde kerja betul minah sorang ni.
Aku nak cancel rules yang kena tag 5 orang tu.
Suka hatilah, blog aku. 
Dengan ini sesiapa yang rasa diri dia bosan tahap gaban macam aku jugak dan sedang bercuti semester sekarang ini, janganlah nak membongak banyak assignmentlah apelah. 
Sahut cabaran dengan buat post sebegini. Ayuh bloggers!

Chiao. Assalamualaikum. Lu fikirlah sendiri.

PS: Aku sokong Nabil jadi Maharaja Lawak



Inilah Nabil. Kalau tak kenal tak tahulah nak cakap apa.

Bye bye lagi sekali.


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Sunday, April 24, 2011

Movie Marathon Tatkala Examination Week

Assalamualaikum. Hai korang :)
All work and no play makes Jack a dull boy
All play and no work makes Jack a lazy boy

Spot the differences, readers.


Hebat tak aku permulaan entry dah sajikan idiom bagai. Mentang-mentanglah esok paper BEL 260. BEL 260 ini macam lebih kurang Englishlah. Eh, bukan macam lebih korang. Ayat apa yang aku guna ni? -____- Memang English pun.


Relax ah derr. Esok English je. Kacang goreng. Pejam mata pun boleh jawab. Tulis pakai jari kaki pun bolehhh.

*kata-kata dari seorang insan di muka bumi yang fana ni


Cis, tak beragak betul. Tahulah kau tu hebat. Tak macam aku ni, cakap English pun tunggang-langgang. Ada hati nak ambil EST pulak masa SPM dulu.
Nasib baik dapat A jugak. Err, perlu ke nak mention -____-


Apa-apa pun berbalik kepada tajuk entry,


This is what we did last night. 




Dapat agak? Tungguuuuuuuuuuuuu. Hee :D




*Lama tak dengar lagu "Last Night" by Keyshia Cole featuring P Diddy.
Serious lama gila. Jadi haruslah search dekat YouTube video clip tersebut lantas menyanyi dengan pitching yang lari. Dengan mengabaikan broadband yang terkedek-kedek. Peduli apa aku. *heartless



Aku tak tengok pun sambai habis. Biasalah line laju nak mamp kan. So aku tak tahu video ni ada adegan-adegan yang inappropriate ataupun tak. Korang semua dah besar kan. Kalau nampak benda-benda tak elok tu, tutup mata ye. Nanti tak berkat final exam. Wah, ustazah Melin. Hee :)

**Untuk menghadapi paper BEL, haruslah belajar English melalui movie yeh.
Yang ni takde mana-mana lecturer yang suruh. Aku yang hasut diri sendiri bersama member-member lain. Tulah korang. Lain kali jangan dengar hasutan aku. Hahah.

Bertempat di bilik aku masa Part 1, bermodalkan lappy aku yang tak secanggih mana berserta 1 movie daripada folder Videos aku, dan 2 movies daripada pen drive seorang lagi hamba Allah.

Bermulalah...

MOVIE MARATHON TATKALA EXAMINATION WEEK!!!

Wah, teruja tak teruja tak?

Dengan burger ayam special yang bapaklah-lama-gila-nak-tunggu-siap-aku-sempat-buat-kek-lagi-tau-tak (aku pandai buat kek ke?) dan juga jajan-jajan yang tidak baik untuk kesihatan ya anak-anak, movie dimulakan.

Turn the lights off please.

Masa ni dah bajet-bajet dalam TGV Cinemas dah wa cakap lu.
*versi Kuala Pilahlah -___-

Presenting...

MOVIE 1: THE DISASTER MOVIE


[picture courtesy: Google Images]

Cerita ni memang bangang. Ntah apa-apa. Siapa ntah yang syorkan tengok movie yang satu ni! (Padahal aku) Memang takde motif, budak-budak bawah 18 baik tak payah tengoklah. Kitorang dah lebih 18, jadi takpe. Hahah. Movie ni lebih kurang macam Scary Movielah. Yang macam eww eww disgustingnya. Tengok just untuk release tension bolehlah. Gelak-gelak bagai. Memang kitorang jelah yang buat pencemaran bunyi semalam ketawa berdekah-dekah tak hengat.

Movie ni banyak perli-perli. Imitate watak-watak dalam filem-filem Hollywood sedia ada. Bapak ah. Kung Fu Panda, Enchanted, The Chronicles of Narnia, Iron Man, semua adalah.


[picture courtesy: Google Image jugak]

Amy Winehouse pun kena bahan oh dalam movie ni. Hihi.

Next!

MOVIE 2: 3 IDIOTS

Oh ok fine. Aku baru tengok movie ni. Fine. Lambat. Fineee. -___-

Aku jarang tengok cerita Hindustan sebab lama weh, paling kurang 3 jam kan.
Selalu kalau aku tengok pun aku tidur ataupun aku fast forward.

Namun TIDAK bagi movie ini. Ececehh.


[memang semua sumber daripada Google Imageslah kan]


Sumpah best gila babeng cerita ini. Bestlah. Memang seronok sangatlah. Tak percaya pergi download or curi daripada folder movies rakan anda dan tengok sekarang! Kalau cakap tak best memang something's wrong do dengan korang.

Movie ni best sebab:

-banyak mesej. Sepanjang adalah dalam 3 jam cerita ni kau akan rasa macam,
"Haahlah, betul betul betul!" Aku rasa eloklah student lebih-lebih lagi yang nak exam macam aku ni tengok movie ni. Sarat dengan motivations. Tapi best. Buat korang berfikir. Aku pun tiba-tiba rasa semangat gila nak belajar kuat-kuat masa tengok cerita ni. Sekejap jelah, huhu. 
-lawak gila ok! Dari mula sampailah habis memang gelak jelah kitorang kan. Lawak bukan lawak bodoh pun, lawak pandai.
-Sedih pun sedih jugak. Movie ni memang ajar pasal true friendship lah. Sanggup buat apa sahaja demi kebaikan kawan. Macam "Wah bestnya kalau ada kawan macam diorang ni, lagi-lagi Amir Khan, dahlah handsome". Hee. Tengok, aku dah gatal dah. Huhu.


[siapalah aku tanpa Google Image]

Apa tak handsome ke?!
 Siapa rasa Amir Khan ni handsome sila angkat tangan macam saya~ Hee ;D

Kesimpulannya, 3 Idiots memang best! Yang tak tengok lagi cepat-cepatlah tengok eh. Huhu. All is well :)

MOVIE 3: 50 FIRST DATES



Movie ni aku tak berapa tengok sangat sebab mengantuk bai. Dah pukul 2 a.m kot masa tu. Tapi tengok jugaklah. Kira macam tengok, tidur, bangun tengok baliklah.

Korang layan drama Seribu Kali Cinta dekat Akasia tak?

Alah, yang Kamal Adli dengan Intan Ladyana berlakon tu. Alah yang ni lah:


Apa kaitan 2 movies ni? Korang tanya aku?

Konsep 2 movies ni sama, iaitu:

Heroin dua-dua cerita ini menghidapi situasi di mana diorang punya short term memory tak tahan lama. Tapi long term memory ok. Boleh Google kalau tak faham apa tu short term dengan long term memory. Tapi aku rasa most orang tahu kan. Dua-dua heroin jadi macam tu lepas accident. Means that diorang face satu hari, lepas bangun tidur, lupa terus apa yang jadi semalam. Benda ni berterusanlah sampai menyusahkan daily life diorang. Datanglah pulak hero kat kawasan rumah heroin tu and fell in love with her. Borak-borak, gelak-gelak, dah macam masing-masing jatuh cinta, esoknya si heroin tak ingat apa-apa langsung. Sadis doh. Ending? Tengoklah sendiri. Hehe.

Memang Seribu Kali Cinta ni copy idea 50 First Dates nilah. Aku syak macam tu lah. Yelah kan. Takkan Hollywood yang tiru Malaysia. Lagipun 50 First Dates tu dah lama dah, dalam tahun 2004. Dalam 80% jugaklah persamaan yang ada. 

Tapi overall, 50 First Dates ni memang best. Lawak pun lawak, sedih pun jugak, kesian kot kalau jumpa orang macam tu. Sindrom apa ntah, tak ingat pulak.

OKlah aku dah sakit tengkuk taip entry ini. Err, apa kaitan sakit tengkuk dengan taip entry? Layankan jelah aku ni. Bye bye. Nak prepare untuk paper esok. Wish me luck bebeh. Good luck jugak pada yang nak ambil exam dalam waktu terdekat ni. Jangan nak layan movie macam aku   je. Heheh.

Bye bye. Tata. Adios. Assalamualaikum :)


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Monday, March 28, 2011

Justin Bieber dan the belog chomot | Apa Kaitannya?


JUSTIN BIEBER?
the belog chomot?
JUSTIN BIEBER?
the belog chomot?
JUSTIN BIBIR * ehh Bieber * 
the belog chomot

Arghhhhhhhhhhhh! Apa kaitan semua ni?

Nak tau tak nak tau tak?


Cuba teka cuba teka.





Ni Justin Bieber kesayangan korang tu...
* scary duh kau jelir-jelir lidah macam tu. Behave lah weyy!




Ni header baru the belog chomot...


Err.


Hah, sekarang cuba relatekan!
Gunakan logik anda.

Eh tidak tidakk.
Justin Bieber dan Melin Chomot bukanlah scandal ye.
Tak main lah budak-budak belum baligh ni.
* perasan lah kau. dia kenal kau pun tidak =,=
Dan kami juga bukan business partner mahupun join venture ye.

Tapi...

Saje nak bagitau

Saje nak menunjuk-nunjuk *riaknya aku. Astaghfirullahalazim

Tadaa!



Klik lah klik lah dekat gambar! Teehee :D

NEW BUFFERED EARNING YAWW!

Alhamdulillah. Tak putus-putus dapat BE baru.
Thanks Nuffnang!
Sayang Nuffnang selalu lah! 
* ohh, time ni lah baru nak sayang eh? hehe ;D


So, kepada die-hard-fan a.k.a kipas-susah-mati JUSTIN BIEBER sekalian
Watch out! He's coming to Asia!
To be exact SINGAPORE!
Whoaaa!



And you, you, you, and you too have the chance to win :


5 Top Winners
VIP treatment

•VIP concert tickets
•2 return Firefly air tickets
•5 star hotel accommodation
•Make over session
•Chauffeur services

5 Runner-Up winners

Tickets | Transport | Accommodation 
•VIP concert tickets
•Coach transfer
•Hotel accommodation

Too cool yeah?

SO, HURRY UP!

This is the steps you should do!

Step 1

Text JB to 2016 to purchase three (3) pre-determined CallerTunes™ by Justin Bieber at RM9.00 to stand a chance of winning!

Step 2
Follow the instructions in our text replies to send Justin Bieber CallerTunes™ to your friends and family.

Step 3
Users with the most CallerTunes™ sent to their friends and family will win.


HURRY! Competition ends 8 April 2011!

SO, WHAT ARE YOU WAITING FOR, BABY?



CLICK AT THE BANNER ABOVE, OR AT THE SIDEBAR OF THIS BLOG, FOR FURTHER INFO :)


Justin Bieber Pictures, Images and Photos

I'm waiting for ya! Wee :D


PS: Ada bakat tak aku jadi promoter? Peace bebeh! :DD

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)