Sunday, May 29, 2011

Gwa Budak Part 3!

Yes semester break dah tamat yakni sudah melabuhkan tirainya.
Sigh tak payah nak sigh sangatlah.
Walaupun buat 354655 status dekat FB "aku tak nak balik, aku nak cuti lagi!" pun kau still kena pulang ke tempat selayaknya kau berada juga. 
Dan itu semestinyalah kan terjadi dekat aku -___-




Well, packing last minute yang menyebabkan berdozen-dozen benda tertinggal.
Sejadah, kain batik nak buat alas iron sebab takde ironboard (aku tak pandai pakai kain batik okay), baju seluar shawl favourite, dua bentuk cincin dan sebagainyalah.
Haihh. Ini kena balik hujung minggu ni untuk ambil barang-barang itu!
Alasan semata-mata


Aku berjaya dapat duduk kolej, bunyi macam aku berjaya selamatkan orang daripada dibunuh je kan?
Bilik lama, rumah lama sem lepas.
Pelajar baru (PB) ramai gila weh. Patutlah muka tidak familiar serta bersiar-siar di sekitar kampus dan gedung Econsave memakai kad matriks kertas macam budak sekolah tu, tapi warna kuning sikit kalau aku tak silap.
Budak-budak baru nak kenal dunia. Teehee.


Enough dengan mengumpat orang.
Walaupun ada benda yang terjadi tak mengikut kehendak aku tadi, yang menimbulkan kebengangan serta kekecewaan (orang yang rapat dengan aku je tahu apa), tapi aku still bersyukur.
Everything happens for a reason.
Aku kena belajar untuk jadi lebih kuat. Yeahh *genggam tangan letak kat dada dengan muka penuh keazaman


Dan esok bermulalah sesi pembelajaran aku (kalau lecturer masuk di minggu pertamalah) sebagai seorang kanak-kanak girang Bahagian Tiga.
Dah daftar kelas baru, so azam kenalah baru.
Nak dapat Dean List. Well, aku tak pandai macam kau kau kau dan ehh kau juga, sehingga 2 sem terlepas mendapatkan Anugerah Dekan sedemikian. *sigh again
Macam mana nak rembat ANugerah Naib Canselor ni? -___-
Tapi aku bolehhhhhhhhhhh! Nak berubah jadi rajin, ulat buku, geeklah sem ni.


Kesian kau orang baca azam yang sama tiap sem tapi tak kesampaian jugak kan
*sigh untuk kali ke32423
Eh, banyak betul aku mengeluh. Kata nak jadi kuat sekuat Tiger Biskuat.


Aku tinggalkan korang dengan gambar hasil kamera termahal di angkasapuri
(aku tipu)



Nak buat muka taiko sambil buat jari biar matching dengan tajuk entry tapi aku terlupa yang aku dah makin tua. Ingatkan I baru darjah 2 you -.-



Mak aku cakap aku memang suka camwhore dalam kereta sejak dari dalam perut lagi. Kalau ada orang hala kamera kat mak aku time mengandungkan aku, dan lokasi adalah di dalam kereta, cepat-cepat aku keluar sambil buat peace.
Lantak ekaulah nak percayo ko tidak -___-


Overall daripada sesi photoshoot syok sendiri ini, aku paling suka ini gambar lah habibi maulana sekalian!
Dah jadi profile picture dekat FB dan weh, suka hatilah nak tepek dekat blog juga! Broadband aku!
Rasa macam aku gadis ayu yang dah siap sedia untuk dirisik je. Kan kann?
Okay, nah pisau, dah boleh bunuh aku sekarang jugak!




Muka bengang sebab Angah cilok ikan keli dia masa lunch.
Dasar dua budak paling gemuk di alam semesta 


Bebear dan cadar biru barunya.
Eh memang beli cadar ni ada tulisan Melin Chomot Pornography Photography tu sekali.
Apa tak cukup cool ke?



PS: Weh masuklah segmen aku! mentang-mentang aku bukan BEN ASHAARI (aku tak linkkan pun korang mesti kenal dia punya) kau orang tak layan segmen aku tu kan? Merajuk 234jam -___-


Tapi yang dah join tu THANKSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.
Hiperbola nampaknya di sini. Kau oranglah manusia paling comel aku pernah jumpa! Awh sila terharuuuuuuu.


Out.


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

12 taiko kawasan bagi amaran:

amna said... BALAS

kelakar la..
ape pun good luck utk sem baru. kami baru nk start cuti :D

NARDtheNERD said... BALAS

eh dah stat sem?
awalnyaaaa.
:))

Melin said... BALAS

@amna
HAHA. Kelakar ke.
Untunglahhhhhhhhhhh cuti. Sobsobsobs -.-

Melin said... BALAS

@NARDtheNERD
Ini semua gara-gara short sem! Grrr

apeXogamY said... BALAS

isk3.. ape nak jadi.. yg penting, ade PB yang cun2,, bagi lah ye..hohoho :D

Melin said... BALAS

@apeXogamY
Bagi? Cari sendirilah baru thrill wey! Muehehe :DD

anumuchan said... BALAS

Salam. moshi2..singgah jalan2 bw sini~
Dah lama tak bw ni rindu pulak :)
btw, nice blog~
Visit dari frommetoyou
Arigatou (^____^)

Kekunci Merah said... BALAS

huhu... study rerajin k..kejo dean tu.wajib!!

Fariz Reza [FR] said... BALAS

{^_^]

Melin said... BALAS

@アヌム ちゃん
Wsalam. Thanks, will visit your blog back :)

Melin said... BALAS

@RUZZEZANIE
Eh mesti, nak kejar kejar dan terus kejar ni. *muka penuh semangat. Hehe. Wish me luck! :)

Melin said... BALAS

@Trainer Fariz
:)