Tuesday, May 03, 2011

Hai Encik Semester Break Yang Kacak Lagi Bergaya! ;D

Ini cerita Sabtu 30 April 2011
Lambat update. Lama do aku peram dalam Draft -___-




Entry ini banyak gambar. Tak percaya scroll bawah.


.
.
.
.
.
.
.

Untuk permulaan aku hidangkan gambar ni. Dah terbaca "hidangkan" tu jangan pulak kau siap sedia ambil sudu garpu, pakai napkin bagai, JANGAN.
Masuk Buletin Utama pukul 8 malam yang tiap-tiap hari ada dekat TV3 tu pulak,

Seorang remaja mati mampus meninggal dunia kerana tertelan laptop

Kenapa remaja?
Sebab aku rasa belog tak semenggah super chomot aku ni mostly dibaca oleh para remaja. Kalau yang tak berapa nak remaja tu, bacalah the belog chomot! Nescaya secara automatiknya anda kelihatan muda remaja tak payah makan Innershine dah. Ngee.

Ini dia gambar yang aku gembar-gemburkan sejak 30 saat yang lepas.





Dude, can't you see that?
Nope, bukan muncung ikan ke itik aku tu, bukan.
Eh, bukan jugak muka yang terpancar cahaya keimanan tu. Well, sebenarnya saje je snap pic dekat tempat lighting gila babeng sebagai salah satu medium membuatkan jerawat-jerawat yang berleluasa dengan hebatnya kelihatan kurang ketara. 

Nampak tak barang-barang dekat belakang aku tu?
Barang-barang yang "bapak ah, banyaknya. Kau ni nak pindah rumah ke apa? Apasal tak angkut sekali je locker beserta katil SM5 4312 tu?"

Err. Ok. Aku angkut barang-barang segala khazanah alam ni balik rumah.
Yep, BALIK RUMAH.
BALIK RUMAHHHHHHHHHHHH.
Bukan Hantu Kak Limah Balik Rumah ye.
Melin Chomot yang nak balik rumah ni baii.

SEMESTER BREAK IS COMING TO TOWN YAWW!

Hajat nak lompat-lompat bintang, menjerit sekuat hati, tapi tak kesampaian sebab Paper Physics merangkap last paper susah nak mati baiii. -____-
Di kala dah merdeka, keluar dari dewan peperiksaan tu, 
inilah dialog aku dengan Dahlia Razali ketika itu:

DR: Marilah kita repeat beramai-ramai ye sem hadapan.
BC: Waaa. Susah gila bai, dahlah sejuk gila bai. Uhuk uhuk.
DR: Memang tak boleh susah lagilah kan paper tadi. Dahlah macam tak sempat je 2 jam tu.
BC: Wei, dapat C pun cukuplah.

Tiba-tiba dengan tak diundang Pak Guard masuk interframe

Haa, betullah tu! Botui botui *BETUL dialek nogori macam ni eh?

Tak diundang betul Pak Guard ni. Takut rindu letewww.
Sebulan takkan menyaman kanak-kanak UiTM ni dah. Hihi.


Dipendekkan cerita, my family dah tunggu dekat Anjung dah! Yeayy!


Makan-makan, borak-borak, melepaskan rindu dendam. Perghh.
Takde apa yang lebih bahagia selain berjumpa dengan insan-insan tersayang. Ngee. Tension dekat kepala otak semua hilang wa cakap lu.


Dan dengan itu, marilah kita pulang! Bye bye Pilah, Lembu Kerbau.
Next semester kita jumpa lagi. InshaAllah :)




Actually my parents dengan adik aku yang kecik dari Melaka, ambil Angah. Study dekat MRSM Alor Gajah. Jadi selepas itu ambillah aku dekat ceruk Kuala Pilah ni.


Bila dalam kereta, berwebcamming sendiri amatlah tidak digalakkan.


Kerana inilah hasilnya:




Tarik telinga gajah Budak Buncit! Nakal sangat naaa. :DD



Nah ambik kau! Kepada orang yang selalu cakap mata aku BULAT, macamlah mata kau bentuk HEART, BINTANG KEJORA bagai. 
Cukup BULAT tak? Hee.



Makhluk asing mendarat. Aiyokk tak tahu!




Hah, tidur pun Budak Buncit ni. Boleh aku conquer webcam sorang-sorang!



Haruslah mengheret Bebear bersama-sama. Bebear ye bukan Bieber.
Tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia okay.
Si Budak Buncit ni memang suka manja-manja dengan kakak dia yang chomel ni. Eh, chomot. Rindu leteww. Nak landing-landing pulak. 



Balik bercuti pakai kad matriks do. Boleh dijadikan ikon UiTM aku ni. Haha.
Padahal malas nak bukak sebab pakai kad matriks dalam shawl.
Kalau nak bukak kad matriks kena bukak shawl dan akan mengambil masa yang lama. Masa itu emas tahu tak? Hee.



Eh ehh terkejut pulak! Kad matriks aku rupanya! Hee.
Yang si Budak Buncit ni senyum-senyum pulak, nampak sangat tidur tipu-tipu. Chehh. -___-



Okay buat muka chomel sikit.
Mana tau Prince William masuk meminang ke nanti. Uwekkkkkkkk :D




Kita sudahi sesi berwebcamming-macam-tak-pernah-jumpa-webcam-sebab-tu-excited-bebenau ini dengan menembak Bebear. Kebaboom!

Aku personally lagi suka snap pic pakai webcam dan kamera murah sahaja.
Nak tahu kenapa?
Sebab megapixel rendah. Semakin rendah megapixel, semakin rendah kadar jerawat parut dekat muka untuk kelihatan di dalam gambar. 
Hee. Faham tak hipotesis aku?
Nampak tak flawless je muka mak noks?
Kalau pakai DSLR ambik kau, nampak jelas jerawat bersepah-sepah. Agaga.

Jalan jam gila babeng do. Apa semua orang nak pulang ke kampung mahupun bandar halaman ke hari tu? -___-
Jadi marilah kita berborak panjang, menyanyi sakan di dalam kereta yeh.
Aktiviti camwhore juga tidak dilupakan.


Mak :)


My little sis, eh silap younger. Dia bukan lagi KECIK dari aku pun.
Ngehngehngeh.
Apa kau ingat ni iklan Colgate ke hah?


Abah :)
Berhenti dekat R&R mana entah aku tak ingat



GEDIK memang nama tengah aku.
Ada menyusahkan hidup nyah-nyah sekalian ke noks? Hahah



Sampai rumah adalah dalam pukul 10 malam.
5 jam perjalanan kot. -___-
Termasuk singgah dekat Tesco Extra Selayanglah tapi. Hehe.

Dan pashmina ini berjaya aku rembat. Sila ucapkan tahniah untuk aku.



Mata tuu, mata tuu, trademark baii.
Dengan eyeliner smearnya. Uhuk uhuk.



Haruslah try pashmina baru dengan beraksi innocent depan cermin
Suruh orang lain snapkan semua tak layan. Sobsobs.
Maka berterima kasihlah dengan terciptanya TIMER di kamera handphone murah ini dan tadaa!
Ambik kau muka budak selalu ditindas.  


Dah ada pic innocent, marilah bergaya taiko pula.
Barulah balance.
Ada gaya "gua bukan taiko, tapi gua mau gegar lu punya tempat" tak?

Baiklah gwa mau tidur.
Esok gwa update lagi yeh.
Tata titi tutu.

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

12 taiko kawasan bagi amaran:

Rafidah Farhana said... BALAS

WHOOA! selamat bercuti!
Psst: pashmina lawwooooo!

Cenh said... BALAS

hai melin :) yg R&R tu bukan dekat beranang ke? macam laa. hehe

Liza Razak said... BALAS

comel gile picture webcam tuh...hehe

Budak Chomot said... BALAS

@Rafidah Farhana
Yeayy! Cuti! Hihi.
Pashmina baru sehh. Saje mau show off. Haha :D

Budak Chomot said... BALAS

@Cenh Haah! Beranang!
Baru ingat! Peka sungguh anda yeh. Hee :D

Budak Chomot said... BALAS

@Liza Razak
Chomot sudahh. Teehee :D

dd said... BALAS

hoit budak buncit, ko nak lari dari along ke bawak beg2 sampai penuh satu kete cam tu.

tetaufiq said... BALAS

tweet cini ;)

Budak Chomot said... BALAS

@dd
Cis. Hang memang suka mengantoikan mak eh.

Budak Chomot said... BALAS

@tetaufiq
Ini Blogger, bukan Twitter. Hee

wanie m'nJ said... BALAS

mak aih, pose sakan kau kan. haha

wei2, aku follow blog ni. heeeeeeee~

ada masa, konvoi kat blog aku meh!

Budak Chomot said... BALAS

@wanie m'nJ
Haha. mestilah derr.
Okay :)