Tuesday, May 10, 2011

TIPS | Cantik Dengan Beras :)







BERAS


Atau bahasa orang putihnya, RICE


Ni rupanya yeh anak-anak:



Jangan asyik mentekedarah nasi je, tapi tak tahu rupa beras dan tak pernah masak nasi ye anak-anak!




Nama saintifik: Oryza sativa


(nampak sangat aku search pakai Google lepas tu copy-paste dekat sini)


Sekarang kita, perempuan, lelaki pun bolehhh, jadi cantik dengan beras!


Boleh buat tagline iklan TV tak? Banyak pulak budget aku kan.


Meh meh nak cecite sedikit sebanyak pasal Encik Beras ni. Yang kita selalu telan bila dah jadi nasi ni. Ada jugak orang yang kunyah-kunyah beras oh!
Member aku pun ada. Apa rasanya eh? Ada macam pop corn, chickedis semua tu tak?


TIPS 1 | HAPUSKAN JERAWAT YANG MEMBELENGGU FIKIRAN DENGAN BERAS :)



Lepas ni tak payah rungsing dengan JERAWAT dah. InshaAllah :)


Kepada anak-anak dara yang selalu merungut bila mak suruh masak nasi, (ada ke? Ke aku sorang je buat macam ni? -___-) jangan berkelakuan sebegitu lagi! Tak baik tau. And lagi satu, kita boleh menghilangkan jerawat menggunakan air basuhan beras!


Ye, tidak syak lagi.
Cara-caranya adalah seperti berikut:


1. Ambil periuk nasi. Bawak dengan kedua-dua belah tangan ye. Bukan junjung di atas kepala atau menggunakan kaki. Hilang keayuan tau nyah!
2. Letak beras ke dalam periuk nasi. Sukatan adalah mengikut bilangan ahli keluarga. Suka hati aku je kan. Macam dalam family aku 5 orang, jadi 5 cawan beras digunakan. Satu orang, satu cawan beras. Adil kan begitu? Teehee.
3. Bawa periuk nasi ke sinki. Digalakkan mengguna air masak ataupun air bertapis yeh. Tapi nak basuh beras je kot. Nak pakai air paip pun bolehh.
Tapi make sure time nak letak air untuk masak nasi tu pakai air bertapis. Wah, dah macam pakar nutrisi dah aku ni.
4. Basuh, godek-godek beras itu sekuat hati. *tipu je Ini adalah untuk memastikan segala kotoran daripada beras itu keluar ye. Jadi tidaklah kamu semua makan nasi dengan ulat beras, stapler, blah blah blah.
5. Air basuhan beras yang kedua, sapukan ke muka macam ala-ala facial cleanserlah. Air basuhan beras yang pertama akan menyebabkan gatal-gatal di muka kerana kotoran daripada beras akan terus direct ke muka anda. Ewww. Jadi air basuhan kedua lebih bersih dan selamat digunakan pada muka :)
6. Lakukan sekerap yang mungkin. Maknanya mesti sentiasa volunteer untuk masak nasi untuk melakukan aktiviti ini. Anda akan nampak hasilnya. Jerawat akan mengecut dan kulit muka akan kelihatan lebih segar, berseri dan bersih.
Mudah saja bukan. Murah pulak tu. Nah, boleh cuba sekarang juga! Teehee :D


TIPS 2 | KILATKAN KUKU JUGA DENGAN BERAS :)



Shiny tak kuku mak?
Hah, perasan. Ini bukan kuku Budak Chomot. Harap maklum.


Cara-caranya lebih kurang sama macam TIPS 1, jadi dengan membasuh beras dalam proses nak masak nasi, dua benefit boleh dirangkul! Yeayy yippie!


Masa menggosok dan menggodek-godek beras itu untuk menghilangkan kotoran, secara langsung kuku anda akan dikilatkan dekat beras!


Alah, macam buffer kukulah. Taraa! Nak jugak letak gambarlah kan. Hee.



Ehsan Google Images


Tapi versi tradisional dan murahlah.


SELAMAT MENCUBA!
SEMOGA BERJAYA!


PS: Kalau dapat lihat perubahan lepas amalkan tips ini, sila inform yeh. Hee. Teruja nak share dengan anda semua ni tau. 


Bye bye. Wasalam.
















Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

16 taiko kawasan bagi amaran:

Anonymous said... BALAS

6t nak try la.. heeeeeeeee :)

Melle Abadi said... BALAS

okay fes time aku tahu kalau godek2 tangan kat beras boleh buat kuku berkilat, profit!

Blog User said... BALAS

Saya rajin masak nasik tapi tak berkilat pun.hahaha.melin tipu!
*kantoi di situ, belanja piza seketul!*

Lela S said... BALAS

beras byk benefit.woooo! since bedak sejuk pn buat dr beras.hak3

Melin said... BALAS

@nureenina
Try jangan tak try! Try jangan tak try! Kalau menjadi belanja makan ehh? Hee :D

Melin said... BALAS

@melle amir
Memanggg! trylah derr!
Lepas ni kuku gerenti shiny samapi cahay matahari pun boleh terpantul!

Melin said... BALAS

@Rafidah Farhana
Takde takde, awak tak cukup rajin ni!
Awak yang kena belanja beli baju dekat Zara! Hahah

Melin said... BALAS

@LaiLA s~
Err, bedak sejuk buat daripada beras eh? -.-'

Unknown said... BALAS

wah! hebattt!! info terbaikkk! buat jugak cume tak rajin... byk hal nk setel... ahaha

A.w said... BALAS

wahh tips yg baguss ni.....

ieda maris said... BALAS

nak try y jerawar tu punye... nie ha ade 2 bijik y jadik sasaran.. =)

Elie Lily said... BALAS

lepas ni ramailah anak dara turun dapur, masak nasi!
hahahha

Nonie said... BALAS

nonie rjim mkn nasik..xberseri pun..hihi
nasi tu dtg dr beras jgk kan.hihiih

Unknown said... BALAS

nice tips. tapi naib baik kite xde cerawat sgt :p

kalau sudi tolong 'LIKE' eyfa kat sini

http://www.malaysia-ikea.com/bedroom_story/?deeplink=gallery&entry=266

thanks :)

nadia natasya said... BALAS

nanti nak try lah !

Teena Tna said... BALAS

Pernah jugak try, tp lama2 tu malas dah...