Monday, May 16, 2011

Apa Ada Pada Rupa?

Hai korang! Eh lupa, Assalamualaikum!
Jawab tau jangan tak jawab :)


Semasa entry ini ditulis ditaip, saya sedang menonton telemovie "Sanggul Beracun"


Sebentar, nak tempek gambar sekejap.





Erra Fazira sebagai Siti Aminah

Eh, lawa gila kan Erra? Yang ni masa Siti Aminah ni dah cantik.



Yang ni pulak keratan akhbar pasal telemovie ni, aku Google je.
Bukan aku yang baca, jadi aku tak tahu apa yang ditulis. Huahuahua

Gambar besar tu masa Erra Fazira @ Siti Aminah ni belum cantik lagi.

Ntah apa-apa kan ayat aku? -.-'

SINOPSIS 

 Sanggul Beracun digarap berdasarkan mitos Siti Aminah yang popular di kalangan orang Johor.

“Ini bukan cerita seram atau apa, tapi cerita ini berdasarkan penderitaan Siti Aminah yang ditinggalkan oleh ibunya yang malu untuk mengaku mempunyai anak.

“Siti Aminah dibesarkan oleh bapa yang akhirnya meninggal dunia. Sejak itulah dia hidup sendirian dan menempuh semua cabaran.

“Apabila menjadi cantik, dia tidak takbur cuma dia tidak sabar untuk menamatkan syarat yang ditetapkan,” ungkai Erra tentang perjalanan cerita Sanggul Beracun.

Turut berlakon dalam Sanggul Beracun adalah Sabri Yunus, Haryanto Hassan dan Kaza Saisi.

Eh memang aku salin-tampal sebijik sejibanlah kan. Dasar pemalas nak taip tapi tak sampai hati nak biarkan blog terkontang-kanting tanpa update. -.-

Kesimpulannya untuk kekal cantik, Siti Aminah ni kena bunuh 100 suami. Scary kan scary kan? 

Malas nak cerita panjang pasal ni, korang mesti dah tengok sendiri dekat Astro Citra saluran 132 kan?

Langganlah pakej Mustika! Boleh tengok Maharaja Lawak sekali!

Tiba-tiba nak promotelah kan

Kalau tak tengok lagi, pandai-pandailah Google ke Youtube ke. Jahat betul aku ni. Bukan, aku bagi korang berdikarilah!

Sebenarnya motif entry aku ni adalah untuk cakap pasal 


RUPA


APPEARANCE dalam Bahasa Perancisnya



Kita mesti dah sedia maklum kan, kalau orang cantik@handsome@cute@miut segala bagai tu pasti orang ramai akan berkata:

Wahh! Comelnya@cantiknya@handsomenya dia tu! Mesti best jadi dia kan?

Ataupun

Phewwittt. Awek cun @ comel tu. Nak berkenalan boleh?

*yang ni selalu jadi dekat perempuanlah aku rasa. Ada ke lelaki kena ngorat macam ni? Takut pula aku membayangkan -.-


Macam mana pula kalau seseorang itu kurang cantik @ tak handsome @ jongos dan yang sewaktu dengannya?

Eeeee! Bengangnya aku dengan mamat tu! Dahlah tak handsome, gatal, miang, merempit pulak tu. Eh memang muka pecah rumahlah aku tengok dia tu!
Dan ini

Elehh! Sombong pulak minah ni. Kalau cantik takpe jugak, ni pipi tak mancung, hidung tersorong-sorong!

Err, salah ea?

Nampak tak? Sedar tak? Perasan tak?

Orang cantik selalunya dikaitkan dengan kebaikan walhal tak baik mana pun orang cantik tu

Orang tak berapa cantik selalunya dikaitkan dengan keburukan walhal taklah jahat mana orang tak berapa cantik tu

Korang dapat tangkap tak point aku?
Berpeluh-peluh aku taip nak bagi contoh kat korang ni tau tak -.- 


Inilah realiti.
Bukan dalam masyarakat Melayu je, semua manusia sukakan kecantikan. Yang buruk dihina dikeji.
Muncullah Ugly Betty, Halimah Jongang dan lain-lain sebagai bahan jenaka.







Tapi fikir-fikir balik, apa guna KECANTIKAN sahaja kalau PERIBADI BURUK?




Kalau CANTIK tapi OTAK KOSONG?




Memang bila kita cantik, kita akan rasa yakin pada diri. Orang cantik biasanya rasa selesa dengan diri sendiri. Yelah, dah cantik kan.


Sebab tu perempuan berlumba-lumba nak jadi cantik sampai sanggup berhabis wang ringgit beli macam-macam produk kecantikan.




Sampai ada yang merana sebagai kesan bahan kimia berbahaya dalam certain produk kecantikan.








MERANA SEBAB NAK CANTIK




Begitulah besarnya impak KECANTIKAN dalam hidup.




Dunia ini hanyalah sementara. Janganlah sampai nak ubah apa yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita semata-mata nak jadi cantik.
Sampai sanggup buat cosmetic surgerylah, botoxlah, cucuk sana cucuk sini sampai muka pun dah pelik. Fake.




Allah tak akan bagi beban pada umatNya sampai umatNya tak boleh tanggung


Semua yang jadi ada hikmah.


Kalau kita dilahirkan cantik, kita diuji dengan kecantikan itu sendiri. Allah nak uji kita sama ada kita kan lupa diri, bongkak ataupun still to-earth dan taat kepada Allah.


Kalau kita dilahirkan tak berapa cantik, Allah uji nak tengok kesabaran kita. Sama ada kita nak ubah ataupun accept anugerah Tuhan dengan seadanya.


Macam tulah :)


Tapi apa-apa pun,


EVERY GIRL IS PRETTY IN HER OWN WAY


Kadang-kadang confidence yang boleh buat kita nampak cantik. Tak perlu mekap sampai 5 inci semua tu.

So bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Terasa matang pulak aku buat entry macam ni. Hehe. Entry ni macam lebih untuk perempuan, tapi lelaki pun boleh nak hayati apa yang kau cuba sampaikan ni.


Sampai sini saja :)


Kalau suka, boleh like. Kalau terlebih suka silalah komen dan follow ye. Hehe :)


Bye!  







Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

10 taiko kawasan bagi amaran:

Dalila Samsudin said... BALAS

wahh seram gila tgok yg pkai botox tu ==" meremang bulu roma huhu ! setuju dengan entry awak ! 11000% !

ZWAN SABRI said... BALAS

btol tu btol.. klaw tengok org yg chantek jer, pasti ramai yg akan kata dia tu baiklah, pandailah itula inilah.. tp klaw tengok org yg hodoh plak, mulala kata bodohla, jahatla, busukla.. HUHU

MySuaraBlog: MALAYSIA Di Tangga Yang Ke-5

nadia natasya said... BALAS

yupp betul sangt2 :)
Allah dah kasi ape yg terbaek :)
bersyukur je laaa

Blog User said... BALAS

Saya tahu saya cantik! *baca dengan nada menyanyi lagu sekolah*

semangat panda terlebih.

miradyana said... BALAS

kecantikan luaran tu smentara je.. :)

Ain Zulaikha said... BALAS

betul orang cantik tak semestinya baik dan orang baik tak semestinya cantik.. :) tapi tak elok sangat kalau obses sangat nak cantik sampai nak buat guna2 tu haishhh simpang

Anonymous said... BALAS

polow bek . tq. geli ar tgk pompuan omputeh tu ;(

Unknown said... BALAS

kecantikkan datang dari hati budi yang baik...

Nia Suraya Idris ^^ said... BALAS

yahhh agree! so trueee one dear :D
sedang sedang sajaaaa pon bolee :)
no need to fake kan your natural beauty. cooool one >.<

penyisir rambut said... BALAS

betul3...
sume nye ciptaan Tuhan...
nak ubah2 tu nape??
yg perlu diubah pgai kite tu haa...
dr tak baek ke baek...
huu...