Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah :)

Boleh tak nak mulakan entry ni dengan syukur Alhamdulillah sambil senyum lebar-lebar sampai koyak mulut?


Tengok. Hiperbola dan manusia bernama-manja-lah-kononn Melin ini memang tidak boleh dipisahkan. Sue me -.-"


Anyway, Assalamualaikum.
Tak jawab dosa, kalau jawab, muah muah muahh, I love you porebe apter laa.


Seperti yang kamu semua sedia maklum, apatah lagi jika kamu sendiri merupakan student UiTM, ataupun boipren gepren adik kakak abang menuntut di universiti ini, 25 Mei 2011 merupakan hari keputusan rasmi final examination sem lepas :)
Of courselah sem lepas kan, takkan sem depan pulak. Hang jangan nak buat cheq konpius naa ;D


Pagi-pagi lepas solat Subuh, konon-konon nak tidur balik, tapi hati tak tenang.
Lebih kurang macam makan tak basah mandi tak kenyang laa.
Mataku melirik kepada laptop beserta broadband di atas meja. Chewahhh ayat karangan BM time muda-muda ;D
Lalu dengan itu, terus kuatkan semangat ready nak tengok apa pun keputusan yang mendatang. tengok, double chewahh boleh tak? ;D


Bukak FB dulu, walau apa-apa pun FB tetap di hati. Muehehe.
Tengok dekat News Feed semua sibuk cerita pasal results.
Ada yang happy bukan main, ada yang frust menonggeng, ada yang bising sebab tak boleh check results lagi.
Tapi mostly cakap Alhamdulillah, results okay. Dengan segala smiley yang wajarlah kann ;D
Masa tu dah macam, "Ohh, ramai yang okay ni. InshaAllah aku okay jugak kot"
Cubaan menyedapkan hati sendiri walhal semalam tak boleh tidur gelisah fikir results. Actually pukul 1 pagi macam tu dah boleh check results, tapi takut punya pasal, kecoh dekat rumah cakap, "malam ni Along nak tidur awal"


Poyo kan aku? =="


Dipendekkan cerita, lepas banyak kali aku refresh page Student Portal UiTM, still dekat Examination Result- Pautan Ditutup -.-
Check email, tak boleh login. Invalid ID and password.
What the hey semua ni? -.-""


Nasib baik ada seorang classmates bagitahu kena tekan dekat HOME, and lepas tu terus automatik keluar Do you want to see your Examination Result for current semester (Sem 2 2010/2011) now? 


Pehh. Buat cuak je ohh. -.-


Menggigil-gigil tangan mata tertutup sebelah tekan dekat See Exam Result tu weh.
Serious tak tipu. Dia punya gelabah adalah macam gelabah time nak akad nikah.
Percayalahhhh!
Err, aku dah nikah ke? Muehehe :D


And...


Jeng jeng jeng!


Jyeahhhhhhhhh!



Fine. Takdelah aku sechomel ini -.-"

Success tak success manalah kan. Takdelah sampai dapat empat rata, flat flat ape tu eh? Aku orang kampung so tak tahu. Bhahaha.
Tapi cukuplah dengan usaha aku yang tak seberapa, sambil pegang buku Physics sambil blogwalking. Kau mampu? OK, unsur riak di situ. Abaikan abaikan.

Di kesempatan ini, nak cakap BIG FAT THANKSSSSSSSSSSSSSSS (terima kasih besar gemuk! Hehe, takdelahh) dekat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hal ini.

Kepada Mak dan Abah, terima kasih banyak-banyak. Takde mereka tak tahulah macam mana. Mak sampai puasa sunat tiap hari yang aku ada paper. Terharuu.
Tulah pengorbanan seorang emak nak tengok anak dia berjaya kan?

Adik-adik aku, thankslah jugak walaupun tak tahu pun nak thanks sebab apa. Hehe. For your supports and prayers kot ;)

Encik Aizat Mokhtar, thanks jugak. Selalu ada untuk motivate. Tak dapat Dekan pun. Jadi deal itu berkuburlah ye? Uhuk uhukk.

Lecturers, owe you guys a lot! <3
Thanks sebab bersusah payah menaburkan ilmu, jawab segala soalan pelik-pelik student ini, dan segala-galanyalah. Semoga murah rezeki dan diberkati selalu.
Macamlah diorang baca blog aku ni, tapi suka hati aku jugaklah! Muehehe.

Friends, yang tak kedekut ilmu, sanggup ajar aku yang lambat pikap ni, yang bagi aku tiru time test sama-sama belajar sebelum exam. Sayang korang ketat-ketat ;)

Ada member komen cakap aku bagi ucapan macam menang award. Haha. Biasalahh. Macam tak kenal aku derr.

Dan kawan-kawan UiTM yang lain, yang jauuuuuuh lebih cemerlang dang gempak resultnya daripada aku, CONGRATSSS! 
You made it! Bangga ada kawan pandai-pandai macam korang.
Ehhh, sebelum terlumpa nak jugak cakap TAHNIAH dekat Cik Kasuma yang dapat 4.00 dua kali dekat ASASI PASUM tu wehh. Hehe. Bangga dengan kau weh. Aku tahu kau baca entry ni punye. You kan penyokong setia I. Muehehe ;D

Aku dapat berapa?

Alaaa, tak payahlah tanya. Ucapan je macam dapat 5.00 flat tapi result tak semenggah weh. Muahaha. Tapi bagi aku OK je, ada improvement daripada sem lepas. Tapi pointer korang mesti lagi tinggi punyalah.


Nah ambik kalau rasa bosan and kepochi sangat, klik dekat gambar and kira sendiri. Muahaha.
Lepas tu tepuk tangan kat diri sendiri sebab berjaya bongkar satu kes. Heheh.

Oklah bye bye, perut berbunyi kruk krak kruk krak dah ni. 
Out pergi membuncitkan perut.

PS: Bila duit PTPTN nak masuk? Purse makin nipis ni wehh -.-'

PS yang kedua: Tekan bawah ni tau. Terima kasih! Hehe ;D
|
|
|
|
v

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

6 taiko kawasan bagi amaran:

Anonymous said... BALAS

Congrats lah weh :)

Blog User said... BALAS

Wallaa~ Tahniah beb!

Anonymous said... BALAS

sempat agi sebot nama aku ye...
haha,thanx gano! :D
anyway,congrates!! :B

nanad said... BALAS

congratz~:)

Melin said... BALAS

Thanks semuaaaaaaaaaaaa.

Aku tahu Anonymous tu siapa! Hehe

aznilussy said... BALAS

jeles la kamu dapat A ctu.
aaaa..rase nk bako uma ustaz.haha
nways congrats yaww :)