Belog aku ni dah enam bulan lebih rupanya. Kalau baby-baby enam bulan dah boleh buat apa eh? Merangkak? Meniarap? Jalan?
Err, macam awal pulak enam bulan dah pandai jalan, pandai cakap semua kan.
Alolo chomel chomel.
Tapi itu kalau babylah, kita cakap pasal blog -___-
Mula-mula aku start register dekat Blogger ni sebab terpengaruh. Well, aku memang cepat terpengaruh. Orang ada blog, aku pun nak ada blog.
Orang dapat duit beriban-riban dengan Nuffnang, aku pun nak jugak. Tapi tak sampai beriban-riban lagilah derr. -___-
Orang nak terjun bangunan, aku... Takdelah nak ikut jugak. Aku masih boleh berfikir secara rasional.
Mula-mula ada blog, aku noob bebeno. Mestilah kan, takkan baru berjinak-jinak dengan dunia blogging dah boleh expert. Entah apa-apa entry aku dulu.
Design tak boleh blah. Siap letak lagu, tukar lagu tiap-tiap hari. Noob.
Sekarang takdelah nak cakap blog aku ni hebat, hebat amendenya, tak semenggah macam melukut di tepi gantang je aku tengok. Hee.
Tapi sekarang aku dah macam mula serious dan addicted nak blogging.
Aku suka baca blog hebat-hebat, blog blogger otai. Best.
Lagi best bila diorang cerita diorang duduk terkangkang depan lappy update entry boleh earn dalam 2k sebulan. Perghhh. Gila mata duitan kan aku.
Mula-mula aku tak percaya, takkanlah dengan blog je boleh buat duit.
Bukan MLM pun.
Tapi aku turut register Nuffnang. Cepat terpengaruhlah katakan.
Dalam sebulan kalau aku online je aku check earnings dekat page Nuffnang, RM0.00 je. Ciss. Bengang je aku.
Padahal blog entah apa-apa nak expect lebih, takkanlah tiba-tiba ada sejuta dalam earning aku kan -__-
Lepas tu aku dah pandai blogwalking. Aku tengok blogger-blogger lain buat.
"Oh, kena blogwalking rupanya. Baru aku tahu. Ingatkan kena duduk diam-diam dekat blog sendiri tunggu orang datang komen entry."
Cheh, pemikiran kanak-kanak tadika.
Kalau kau tak blogwalking, takde siapa tahu kewujudan blog kau weh.
Daripada situ jugak aku dapat tambah followers.
Dari belas-belas dapatlah puluh-puluh, sampailah ratus-ratus.
Ribu-ribu belum lagilah. Tungguuuuuuuuuu. Heheh :D
Lepas tu aku dah maju sikit dah. Sikit je pun, tak banyak.
Blogwalking bukan setakat tinggal jejak dekat Shoutmix mahupun Cbox,
Been here. Followed. Follow me back! [letak emoticon atau smiley chomel-chomel dengan harapan akan di-follow balik]
Annoying gila. Mesti tuan-tuan punya blog-blog yang aku buat macam tu dulu, bengang je dengan aku. Nasib baik diorang tak bakar je blog aku masa tu.
Yelah, masa tu Usop Wilcha tak wujud lagi. Ok fine, tak lawak.
Lepas tu aku tunggu orang follow blog aku secara berjemaah.
Berduyun-duyunlah konon. Haram takde. -___-
Sengal betul aku dulu kan? Lama-lama aku sedar followers bukan segala-galanya.
Memanglah best, rasa gah gila bila followers ramai gila babeng.
Aku tak nafikan. Tengoklah blogger hebat macam Ben Ashaari, Cik Epal, Hanis Zalikha dengan Fatin Liyana. Blog diorang memang aku punya personal favourites.
Follower lebih 10k beb, tapi no wonderlah sebab entry diorang sangat gempak, gaya penulisan diorang aku adore.
Tapi aku tengok ada jugak blog yang best, entry semua sentap-sentap, sarcasm bagai, buat mata kita terbuka luas. Tapi jumlah follower biasa-biasa je.
Ok what. Nampak keihlasan dalam penulisan and maybe blogger macam tu tak gemar publisiti lebih, down-to-earth. Thumbs up.
Daripada situ, aku try improve entry aku.
Buat entry lebih berilmiah dengan ayat lebih proper.
Aku mula dapat banyak komen. Banyak takdelah banyak mana. Banyaklah daripada entry zaman jahiliah aku dulu. Makin terujalah aku nak update entry.
Lepas tu aku renovate blog ni, kalau ada pengikut tegar blog ni mesti tau (kalau adalah),
dulu blog aku ni namanya "Hello People". Hahah, kelakar kan?
Macam entah apa-apa je. Masa tu memang takde idea langsung.
Tukar "the belog chomot" lepas tu, refer tutorial daripada blog lain untuk design blog blah blah blah.
Baru rasa OK sikit. Rasa dah matang sikit. Cheh, matanglah sangat.
Dan sampailah sekarang...
[malas nak cerita lebih sebenarnya, bukan ada orang nak baca pun. Sobsobsobs]
Aku perlukan opinion, komen membina untuk buat blog ni lebih bagus.
Bolehlah komen dekat entry ini. Semua aku terima dengan hati terbuka :)
Eh kejap, nak share something dengan korang:
Yang ni hari ini punya statistics. Japan, United States, Russian Federation?
Err, macam manalah hangpa boleh sesat mai dekat belog ceq ni hah?
This week punya pulak.
Australia tu aku dah taulah siapa. Hee. Poland?
Indonesia tu dah biasa dah. Apa muka aku ni macam cewek-cewek Indon ke?
-___-
Tengok Indonesia lagi. Brunei, Norway.
Haihh, macam-macam.
Last month punya pulak. Macam-macam ada!
Dah macam Astro pulaklah kan. Macam-macam colour.
Tau-tau je aku ni gila colour -.-'
Ada lagi benda nak tunjuk ni haa! Jeng jeng jeng.
Jumpa dekat blog Hajar Azman.
Previous entry aku kan pasal GiveAway Hajar Azman
Aku check out blog beliau, jumpa pulak blog aku dalam bloglist beliau.
Terharu bai :')
PS: Mintak-mintaklah aku menang Giveaway tu. Hee. Gurau je :D
Ini pula di-screen capture daripada blog Rafidah Farhana.
Ini lagi terharu, letak blog aku bawah kategori "Bersinar Seperti Bintang" sebaris dengan Kamal Effendi's Blog, Ayeem Ayam, Wan Cikgu Muzik dan lain-lain.
Double terharu sebab bagi aku blog-blog ni best gile, hebat gile.
Semua nak gilelah kan sekarang. Heheh :D
And one more thing, cik Rafidah ni rupanya member kepada member aku.
What a small world.
Rajin pula komen entry-entry aku.
Tengoklah kejap lagi mesti beliau komen entry ini. Hahah :D
Sampai sini jelah. Panjang-panjang muak pulak.
Actually aku pun tak tahu kenapa aku tempek gambar ni dekat sini. Hee.
Bye bye.
Segala komen amat dihargai :)
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)
7 taiko kawasan bagi amaran:
budak chomot..adah dah datang pujuk nie..haha
wah~
teruskanlah berblogging k!
Meow.meow.meow.
sukanya.awww~
psstt: australia tu macam tau jek..wakakaka :P
@Syuhadah Razali
Takde takde. Nak merajuk lagi. Hehe :)
@cik nurussalwa
Mesti! Blogging is my passion! Hee
@Rafidah Farhana
yeayyyyyyy! cik RF datang komen!
Hehe. Shhh, diam-diam tau. Huhu
bese la..hihi...sikit2..lama2 pro la nt..keep on blogging ya!
Post a Comment