Sunday, May 29, 2011

Gwa Budak Part 3!

Yes semester break dah tamat yakni sudah melabuhkan tirainya.
Sigh tak payah nak sigh sangatlah.
Walaupun buat 354655 status dekat FB "aku tak nak balik, aku nak cuti lagi!" pun kau still kena pulang ke tempat selayaknya kau berada juga. 
Dan itu semestinyalah kan terjadi dekat aku -___-




Well, packing last minute yang menyebabkan berdozen-dozen benda tertinggal.
Sejadah, kain batik nak buat alas iron sebab takde ironboard (aku tak pandai pakai kain batik okay), baju seluar shawl favourite, dua bentuk cincin dan sebagainyalah.
Haihh. Ini kena balik hujung minggu ni untuk ambil barang-barang itu!
Alasan semata-mata


Aku berjaya dapat duduk kolej, bunyi macam aku berjaya selamatkan orang daripada dibunuh je kan?
Bilik lama, rumah lama sem lepas.
Pelajar baru (PB) ramai gila weh. Patutlah muka tidak familiar serta bersiar-siar di sekitar kampus dan gedung Econsave memakai kad matriks kertas macam budak sekolah tu, tapi warna kuning sikit kalau aku tak silap.
Budak-budak baru nak kenal dunia. Teehee.


Enough dengan mengumpat orang.
Walaupun ada benda yang terjadi tak mengikut kehendak aku tadi, yang menimbulkan kebengangan serta kekecewaan (orang yang rapat dengan aku je tahu apa), tapi aku still bersyukur.
Everything happens for a reason.
Aku kena belajar untuk jadi lebih kuat. Yeahh *genggam tangan letak kat dada dengan muka penuh keazaman


Dan esok bermulalah sesi pembelajaran aku (kalau lecturer masuk di minggu pertamalah) sebagai seorang kanak-kanak girang Bahagian Tiga.
Dah daftar kelas baru, so azam kenalah baru.
Nak dapat Dean List. Well, aku tak pandai macam kau kau kau dan ehh kau juga, sehingga 2 sem terlepas mendapatkan Anugerah Dekan sedemikian. *sigh again
Macam mana nak rembat ANugerah Naib Canselor ni? -___-
Tapi aku bolehhhhhhhhhhh! Nak berubah jadi rajin, ulat buku, geeklah sem ni.


Kesian kau orang baca azam yang sama tiap sem tapi tak kesampaian jugak kan
*sigh untuk kali ke32423
Eh, banyak betul aku mengeluh. Kata nak jadi kuat sekuat Tiger Biskuat.


Aku tinggalkan korang dengan gambar hasil kamera termahal di angkasapuri
(aku tipu)



Nak buat muka taiko sambil buat jari biar matching dengan tajuk entry tapi aku terlupa yang aku dah makin tua. Ingatkan I baru darjah 2 you -.-



Mak aku cakap aku memang suka camwhore dalam kereta sejak dari dalam perut lagi. Kalau ada orang hala kamera kat mak aku time mengandungkan aku, dan lokasi adalah di dalam kereta, cepat-cepat aku keluar sambil buat peace.
Lantak ekaulah nak percayo ko tidak -___-


Overall daripada sesi photoshoot syok sendiri ini, aku paling suka ini gambar lah habibi maulana sekalian!
Dah jadi profile picture dekat FB dan weh, suka hatilah nak tepek dekat blog juga! Broadband aku!
Rasa macam aku gadis ayu yang dah siap sedia untuk dirisik je. Kan kann?
Okay, nah pisau, dah boleh bunuh aku sekarang jugak!




Muka bengang sebab Angah cilok ikan keli dia masa lunch.
Dasar dua budak paling gemuk di alam semesta 


Bebear dan cadar biru barunya.
Eh memang beli cadar ni ada tulisan Melin Chomot Pornography Photography tu sekali.
Apa tak cukup cool ke?



PS: Weh masuklah segmen aku! mentang-mentang aku bukan BEN ASHAARI (aku tak linkkan pun korang mesti kenal dia punya) kau orang tak layan segmen aku tu kan? Merajuk 234jam -___-


Tapi yang dah join tu THANKSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.
Hiperbola nampaknya di sini. Kau oranglah manusia paling comel aku pernah jumpa! Awh sila terharuuuuuuu.


Out.


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

SEGMEN BUDAK CHOMOT | REVIEW JANGAN TAK REVIEW! Moh Ler Join! ;D

Assalamualaikum!


Kali ni Budak Chomot nak buat satu SEGMEN boleh tak?


Korang cakap tak boleh pun, still nak buat jugak! Muehehe ;D


Segmen ni namanya:


SEGMEN BUDAK CHOMOT | REVIEW JANGAN TAK REVIEW!


Syarat-syarat nak join:



1. Nampak banner kat atas tu? Banner ke? Wuwuwu. 
Sorry, buruk. Eden ni tak reti pakai photoshop. T__T
Click dekat banner nak bagi besar lepas tu save, upload balik dalam entry nanti.

2. Chopp. Entry? Entry apa pulak ni?
Nak join kena buat satu entry khas.
Kandungan entry? Review the belog chomot ini. Hehe.
Komen pasal design blog, content, apa-apa improvement yang patut dibuat, apa-apa jelah yang anda nak review. Hehe. Nak kutuk pun takpe. Serious ni. ;D

3. Sebagai balasan. Budak Chomot akan review blog anda semula. Kira macam mutualism lah. Sama-sama untung, boleh share traffic ;)

4. Terbuka kepada follower the belog chomot & terhad kepada 10 orang sahaja.
Jadi bertindak cepat!

Hehe. Itu saja. Bye bye ;)







Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Friday, May 27, 2011

SEPAH Maharaja Lawak Kata Barang Yang Lepas Jangan Dikenang!

Hah kalau kau pembaca setia the belog chomot mesti kau perasan ada yang berubah kan?


Ok tak ok tak? Teehee ;D


Tukar background image colour purple ni barulah rasa macam kena dengan jiwa aku.
Purple is sooooooooooooooo me yaw!
Haha. Kalau boleh semua nak colour purple. Tapi blog je tak purple lagi.
Agak pelik di situ dulu namun kini aku dah rasa lengkap dah.


Penukaran serba sedikit blog ini adalah berpunca juga oleh blogger-blogger yang dah review blog aku melalui segmen ini.
Kalau nak join pun boleh juga, masih ada tempat kosong :)


Eh ehh header tu header tuuuuu.
Kejap nak jugak tempek walaupun korang dah boleh tengok header ni dekat atas kan.
HAHA peduli apa aku.




Nice kan?


Actually tak berniat pun nak tukar header. Header dulu yang ditempah dari Gajah Comel Tutorial pun okay je. Ramai cakap comel!
Teehee.


Tiba-tiba dekat FB ada seorang blogger merangkap kawan kepada kawan kite yang post gambar header ni dekat wall.
I'm like, wahhhhhh. Terharunyaaaaaa.
Dahlah cantik gituu. Susah-susah je awak ni Rafidah Farhana. :')
Tapi takpe, kite suke. Hehe.
Lepas tu mengada-ngada pulak budak chomot ni nak yang transparent header pulak. 
Cik RF ni pun edit pulak jadi transparent and upload dekat photobucket.
Awhhh, double terharuuuuuuuu :''))


Jadi marilah ramai-ramai singgah dekat blog INI!!!
Pergi mintak header free dekat beliau.
Eheh. Takdelah, gurau je ;D
Cepat follow blog itu! Paksa ni paksa ni.
Cakap Budak Chomot suruh. Teehee.


Okaylah babai. Kite sebenarnya dalam mood agak berduka lara sebab...






Adalah. Nanti kite bagitahu. Huhu.




Btw, Ahad ni dah kena balik kampus. Tak sukalah. Tak puas cuti lagi.


Tajuk entry memang tak ada kena mengena. Peace yaww! :DD


Bye bye ;)


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Thursday, May 26, 2011

IniMelinChomot. Muehehe ;D



Sebab ada orang request entry ini, kalau takde aku tak update.


Poyolah kau! 


Tak nak ngomong banyak, let the pictures tell the sory yaww!


Cekidaud! (check it out versi anak-anak muda sekarang)


PS: Kalau tak nampak, boleh tekan dekat gambar untuk enlarge yeh.
Kalau tak nak pun takpe, mak tak paksa. Uhuk uhuk.


PS #2: Ini cerita basi sebenarnya. Rujuk saja pada tweet di bawah.



Kau tengok cobaan berani mati minah ni


Ehh dia replylah! Terkesimalah jugak 86 saat.

Excited sebenarnya tapi bajet-bajet cool gituuu


Nak jugak excited mamat ni. Takdo sobabnye eh nak excited eden tweet ni haa.


Cobaan meneruskan perbualan atau lebih tepat lagi peng"tweet"an


Ohhh. Walaupun tak tahu kat mana. Daa.


Dia nak tanya jugakkkk


Ohh sama negeri. Thanks Anwar Hadi sebab tambah general knowledge aku secara tidak langsung.


Lepas tweet ni terus dah tak berbalas =="

Itu je motif entry kali ini. Saje nak kecoh-kecoh yang aku berbalas tweet dengan ANWAR HADI.

Kenal siapa kan? Alahhh Anwar Hadi tulah.


Senang cerita mamat ni Vloggerlah, YouTuber (adakah perkataan ini wujud sebegini rupa? Kita hentam sajalah Labu). Video beliau semua best-best dan bagi pengajaran dekat kita semua.

Dalam banyak-banyak video mamat ni, ni favourite aku kot:


And lagi satu yang aku suka pasal mamat ni adalah sikap HUMBLE dan TAK SOMBONG beliau tu.
Aku tweet entah apa-apa pun dia reply. (walaupun tergantung sekerat jalanlah)
Soalan aku dekat Formspring pun beliau jawab.

Tak macam orang-orang famous lain, sombong bukan main.
Ada yang tak famous mana pun, suam-suam kuku je. Itu pun mau kerek ke derr?
Huhu. Siapa makan cili, sendiri rasa pedaslah kan.
Siapa makan ayam BBQ, meh aku nak sikit. Kempunan ni weh -.-"


Setakat ni jelah. Cerita panjang pun buat sakit jari aku je taip. 
Korang bukan nak komen pun entry dekat belog chomot aku ni. Sobsobsobs.

Nota kaki: Ada orang Iceland, Poland, US, Japan tersesat dekat blog aku ni.
Wonder jugak aku apa keywords yang diorang cari sampai membawa ke belog ini. Muehehe.

Lastly, jangan lepaskan peluang menyaksikan Angry Birds di Malaysia dan juga boleh menang kereta Mazda !!!

Toodles! Love you all ;)


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah :)

Boleh tak nak mulakan entry ni dengan syukur Alhamdulillah sambil senyum lebar-lebar sampai koyak mulut?


Tengok. Hiperbola dan manusia bernama-manja-lah-kononn Melin ini memang tidak boleh dipisahkan. Sue me -.-"


Anyway, Assalamualaikum.
Tak jawab dosa, kalau jawab, muah muah muahh, I love you porebe apter laa.


Seperti yang kamu semua sedia maklum, apatah lagi jika kamu sendiri merupakan student UiTM, ataupun boipren gepren adik kakak abang menuntut di universiti ini, 25 Mei 2011 merupakan hari keputusan rasmi final examination sem lepas :)
Of courselah sem lepas kan, takkan sem depan pulak. Hang jangan nak buat cheq konpius naa ;D


Pagi-pagi lepas solat Subuh, konon-konon nak tidur balik, tapi hati tak tenang.
Lebih kurang macam makan tak basah mandi tak kenyang laa.
Mataku melirik kepada laptop beserta broadband di atas meja. Chewahhh ayat karangan BM time muda-muda ;D
Lalu dengan itu, terus kuatkan semangat ready nak tengok apa pun keputusan yang mendatang. tengok, double chewahh boleh tak? ;D


Bukak FB dulu, walau apa-apa pun FB tetap di hati. Muehehe.
Tengok dekat News Feed semua sibuk cerita pasal results.
Ada yang happy bukan main, ada yang frust menonggeng, ada yang bising sebab tak boleh check results lagi.
Tapi mostly cakap Alhamdulillah, results okay. Dengan segala smiley yang wajarlah kann ;D
Masa tu dah macam, "Ohh, ramai yang okay ni. InshaAllah aku okay jugak kot"
Cubaan menyedapkan hati sendiri walhal semalam tak boleh tidur gelisah fikir results. Actually pukul 1 pagi macam tu dah boleh check results, tapi takut punya pasal, kecoh dekat rumah cakap, "malam ni Along nak tidur awal"


Poyo kan aku? =="


Dipendekkan cerita, lepas banyak kali aku refresh page Student Portal UiTM, still dekat Examination Result- Pautan Ditutup -.-
Check email, tak boleh login. Invalid ID and password.
What the hey semua ni? -.-""


Nasib baik ada seorang classmates bagitahu kena tekan dekat HOME, and lepas tu terus automatik keluar Do you want to see your Examination Result for current semester (Sem 2 2010/2011) now? 


Pehh. Buat cuak je ohh. -.-


Menggigil-gigil tangan mata tertutup sebelah tekan dekat See Exam Result tu weh.
Serious tak tipu. Dia punya gelabah adalah macam gelabah time nak akad nikah.
Percayalahhhh!
Err, aku dah nikah ke? Muehehe :D


And...


Jeng jeng jeng!


Jyeahhhhhhhhh!



Fine. Takdelah aku sechomel ini -.-"

Success tak success manalah kan. Takdelah sampai dapat empat rata, flat flat ape tu eh? Aku orang kampung so tak tahu. Bhahaha.
Tapi cukuplah dengan usaha aku yang tak seberapa, sambil pegang buku Physics sambil blogwalking. Kau mampu? OK, unsur riak di situ. Abaikan abaikan.

Di kesempatan ini, nak cakap BIG FAT THANKSSSSSSSSSSSSSSS (terima kasih besar gemuk! Hehe, takdelahh) dekat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hal ini.

Kepada Mak dan Abah, terima kasih banyak-banyak. Takde mereka tak tahulah macam mana. Mak sampai puasa sunat tiap hari yang aku ada paper. Terharuu.
Tulah pengorbanan seorang emak nak tengok anak dia berjaya kan?

Adik-adik aku, thankslah jugak walaupun tak tahu pun nak thanks sebab apa. Hehe. For your supports and prayers kot ;)

Encik Aizat Mokhtar, thanks jugak. Selalu ada untuk motivate. Tak dapat Dekan pun. Jadi deal itu berkuburlah ye? Uhuk uhukk.

Lecturers, owe you guys a lot! <3
Thanks sebab bersusah payah menaburkan ilmu, jawab segala soalan pelik-pelik student ini, dan segala-galanyalah. Semoga murah rezeki dan diberkati selalu.
Macamlah diorang baca blog aku ni, tapi suka hati aku jugaklah! Muehehe.

Friends, yang tak kedekut ilmu, sanggup ajar aku yang lambat pikap ni, yang bagi aku tiru time test sama-sama belajar sebelum exam. Sayang korang ketat-ketat ;)

Ada member komen cakap aku bagi ucapan macam menang award. Haha. Biasalahh. Macam tak kenal aku derr.

Dan kawan-kawan UiTM yang lain, yang jauuuuuuh lebih cemerlang dang gempak resultnya daripada aku, CONGRATSSS! 
You made it! Bangga ada kawan pandai-pandai macam korang.
Ehhh, sebelum terlumpa nak jugak cakap TAHNIAH dekat Cik Kasuma yang dapat 4.00 dua kali dekat ASASI PASUM tu wehh. Hehe. Bangga dengan kau weh. Aku tahu kau baca entry ni punye. You kan penyokong setia I. Muehehe ;D

Aku dapat berapa?

Alaaa, tak payahlah tanya. Ucapan je macam dapat 5.00 flat tapi result tak semenggah weh. Muahaha. Tapi bagi aku OK je, ada improvement daripada sem lepas. Tapi pointer korang mesti lagi tinggi punyalah.


Nah ambik kalau rasa bosan and kepochi sangat, klik dekat gambar and kira sendiri. Muahaha.
Lepas tu tepuk tangan kat diri sendiri sebab berjaya bongkar satu kes. Heheh.

Oklah bye bye, perut berbunyi kruk krak kruk krak dah ni. 
Out pergi membuncitkan perut.

PS: Bila duit PTPTN nak masuk? Purse makin nipis ni wehh -.-'

PS yang kedua: Tekan bawah ni tau. Terima kasih! Hehe ;D
|
|
|
|
v

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Monday, May 23, 2011

Keysha Contest (Aku & Tudung)

Yo what's up bebehh!


Eh ehh, silap! 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Sopan-santun tak kiteww? Boleh jadi calon menantu pilihan makcik-makcik yang memiliki anak teruna yang hot lagi gagah perkasa tak? Agagaga.


JK= Just Kidding yaww!


Kali ni kite nak kecoh-kecoh kat awak semua yang kite nak join contest!


Contest ni nama die:


Keysha Contest (Aku & Tudung)

Baca nama Keysha ni, terus nak nyanyi lagu "Your Love Is My Drug"

Your love your love your love is my drug <sambil headbanging>


Tick tock on the clock!

Err. Bukan eh? Sorry sorry. Ingatkan Ke$ha artis Hollywood tu.

Tapi Keysha nilah! Muehehe ;D

Taraaaa!



Cute kan cute kan? ;) (ini bukan bodek)

Kalai sibuk mahu join jugak, boleh click dekat gambar and taraa!

Dah ada dekat blog dia dah.

Boleh baca syarat-syarat nak join jugak :)

Dan dengan rendah dirinya macam takkan menang je aku ni kan, pertaruhkanlah gambar ni: 


Gambar basi. Tolong hadiahkan aku 45 ketul pashmina lagi -.-

Dan mahulah juga tag beberapa orang! 3 orang je boleh sebenarnya -.-


[ secara random sahaja okeh ;D ]

Yang lain-lain tu, takkan tengok je kot. Mehlah support contest ni.
Keysha ni blogger baru lagi. Chehh, macamlah aku blogger otai sangat -.-

Till then bye bye. Doakan aku menang. Muahaha.





Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Sunday, May 22, 2011

Kalau Orang Lain Buat Sesi Menternak Lemak, Aku Nak Buat Sesi Bajet-Membajet Boleh?

Assalamualaikum. Hello semua :)


Sem break ni aku tak tahu kenapa nafsu nak makan (nafsu makan tau weh, jangan fikir lain) menurun secara mendadak. Like, seriously!


Dekat kampus, heh, bukan main kau, itu nak makan ini nak makan.
Berangan nak berjoli dekat Secret Recipelah, Manhattan Fish Marketlah, Wendy'slah,
segala bagailah.
Kalau boleh setiap masa nak mengunyah. Nampak plastik pun macam sedap.
Kronik.


Tapi dekat rumah yang makanan banyak, nak pergi menternak lemak mana-mana pun boleh, kenapa mesti jadi begini?
What the hey, man?!!


Jadi entry ini bukan nak cerita pasal makanan.


Nak makan pergi masak kat dapur ekau tuh. Jangan harap makanan nak tersembul keluaq dari blog aku ni.


Actually aku terjumpa satu tutorial pashmina yang besh!


Taraaaaaaaa! XD


KLIK SINI!!!


Jadi aku pun terus teruja untuk mencubanya. 


Lalu berlakulah sesi bajet-membajet ini:


AMARAN: Kalau rasa nak termuntah tak payah tengok ye, yang lemah semangat juga perempuan mengandung tidak digalakkan untuk terus scroll ke bawah


.
.
.
.
.
.
.
.





Ambik kau nyahhh. Macam retarded je bentuk love aku -.-



Lepas tu terus jadi retarded betul-betul. 
Eh taklah. Kecik bebenau mata aku -.-


Nah hadap muka basi tanpa make-up. Muahaha.



Bajet bajettttt :D


Sekali lagi bajettt -.-"



Artistik tak gambar aku ni? Muehehe.


Belakang tu memang tote bag MRSM K**nt** dengan matrix card UiTM K**l* Pi**h
(kenapa aku perlu bintang-bintangkan ni?)
Nampaklah aku ini menghargai tempat-tempat di mana aku belajar bukan? Muehehe ;D


Kita kembali dalam segmen "Mari Membajetkan Diri Anda Bersama Melin Chomot"

Sudah-sudahlah tu.
Sebagai reward korang sanggup tengok gambar-gambar bajet plus perasan aku ni tanpa tutup mata dan muntah-muntah,




Hambek ni!!!




Ambil ni sorang satu. Jangan berebut.
kemain jiwang aku kan. Suka hati akulah.

MELIN CHOMOT LOVES YOU!!!

Thanks singgah belog aku yang entah apa-apa ni. 
Sesungguhnya korang memang orang yang handsome, kacak, cantik, comel, bijak, baik, bla bla bla (semua yang positiflah)

Bye bye. Sesi menternak lemak dan menembamkan pipi pulak!

Chiao ;D

Lots Of Love,
MELIN CHOMOT :)










Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Thursday, May 19, 2011

Siapa Tergigit Cili, Dialah Rasa Pedas!

Assalamualaikum ^^,


FYI, yang tergigit cili tu aku sendiri! Sadis tak sadis? 


Ini bukan kelas peribahasa ye anak-anak, tapi ini kenyataan!
Betul-betul bukan cobaan!




Tak beradab betul sandwich ni, sardin, sardin jelah.
Yang tersesat cili sebesar alam tu kenapa oh? *padahal aku yang buat sandwich tu -.-"
Yang aku gigit kenapa? Waaaaaaaaaaaaaaa. Pedas makkkkkkk!


Lebih-lebih lagi aku yang memang dilahirkan tak tahan pedas yakni tak boleh kahwin dengan orang nogori (ada kena-mengena ke?). Konon-konon lidah western letewww. Haihhh.


Kalau nak tau apa aku rasa, ce try korang gigit cili sorang satu.
Gigit begitu saja dengan muka innocent okeh?
Nak lagi thrill gigit cili padi.


Tapi apa-apa pun kita mesti cool bebeh!




Senyum, tak perlu kata apa-apa! :) :) :)


Nak lagi cool, LIKE page blog ini. Tak guna baca tiap-tiap entry kalau tak like kan? *ayat provoke


Klik dekat SINI or like je dekat sidebar sebelah tu.
<--------Nampak tak? Hehe, tak nampak tak tahulah nak cakap apa :D


Thanks to Nuffnang yang dengan baik hati serta budinya memberikan dua ketul BE kepada tuan hamba. Terharu bai. Hukhuk.






Pergi SINI dan SINI JUGA. Paksa ni!


Sebenarnya aku tak tahu tujuan sebenar entry ini ditaip. Kebosanan mungkin?
Korang yang baca ni pun mesti takde kerja jugak kan? Muahaha.


Ok dah, sebelum merepek lebih lanjut, bye bye!


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)