All work and no play makes Jack a dull boy
All play and no work makes Jack a lazy boy
Spot the differences, readers.
Hebat tak aku permulaan entry dah sajikan idiom bagai. Mentang-mentanglah esok paper BEL 260. BEL 260 ini macam lebih kurang Englishlah. Eh, bukan macam lebih korang. Ayat apa yang aku guna ni? -____- Memang English pun.
Relax ah derr. Esok English je. Kacang goreng. Pejam mata pun boleh jawab. Tulis pakai jari kaki pun bolehhh.
*kata-kata dari seorang insan di muka bumi yang fana ni
Cis, tak beragak betul. Tahulah kau tu hebat. Tak macam aku ni, cakap English pun tunggang-langgang. Ada hati nak ambil EST pulak masa SPM dulu.
Nasib baik dapat A jugak. Err, perlu ke nak mention -____-
Apa-apa pun berbalik kepada tajuk entry,
This is what we did last night.
Dapat agak? Tungguuuuuuuuuuuuu. Hee :D
*Lama tak dengar lagu "Last Night" by Keyshia Cole featuring P Diddy.
Serious lama gila. Jadi haruslah search dekat YouTube video clip tersebut lantas menyanyi dengan pitching yang lari. Dengan mengabaikan broadband yang terkedek-kedek. Peduli apa aku. *heartless
Aku tak tengok pun sambai habis. Biasalah line laju nak mamp kan. So aku tak tahu video ni ada adegan-adegan yang inappropriate ataupun tak. Korang semua dah besar kan. Kalau nampak benda-benda tak elok tu, tutup mata ye. Nanti tak berkat final exam. Wah, ustazah Melin. Hee :)
**Untuk menghadapi paper BEL, haruslah belajar English melalui movie yeh.
Yang ni takde mana-mana lecturer yang suruh. Aku yang hasut diri sendiri bersama member-member lain. Tulah korang. Lain kali jangan dengar hasutan aku. Hahah.
Bertempat di bilik aku masa Part 1, bermodalkan lappy aku yang tak secanggih mana berserta 1 movie daripada folder Videos aku, dan 2 movies daripada pen drive seorang lagi hamba Allah.
Bermulalah...
MOVIE MARATHON TATKALA EXAMINATION WEEK!!!
Wah, teruja tak teruja tak?
Dengan burger ayam special yang bapaklah-lama-gila-nak-tunggu-siap-aku-sempat-buat-kek-lagi-tau-tak (aku pandai buat kek ke?) dan juga jajan-jajan yang tidak baik untuk kesihatan ya anak-anak, movie dimulakan.
Turn the lights off please.
Masa ni dah bajet-bajet dalam TGV Cinemas dah wa cakap lu.
*versi Kuala Pilahlah -___-
Presenting...
MOVIE 1: THE DISASTER MOVIE
[picture courtesy: Google Images]
Cerita ni memang bangang. Ntah apa-apa. Siapa ntah yang syorkan tengok movie yang satu ni! (Padahal aku) Memang takde motif, budak-budak bawah 18 baik tak payah tengoklah. Kitorang dah lebih 18, jadi takpe. Hahah. Movie ni lebih kurang macam Scary Movielah. Yang macam eww eww disgustingnya. Tengok just untuk release tension bolehlah. Gelak-gelak bagai. Memang kitorang jelah yang buat pencemaran bunyi semalam ketawa berdekah-dekah tak hengat.
Movie ni banyak perli-perli. Imitate watak-watak dalam filem-filem Hollywood sedia ada. Bapak ah. Kung Fu Panda, Enchanted, The Chronicles of Narnia, Iron Man, semua adalah.
[picture courtesy: Google Image jugak]
Amy Winehouse pun kena bahan oh dalam movie ni. Hihi.
Next!
MOVIE 2: 3 IDIOTS
Oh ok fine. Aku baru tengok movie ni. Fine. Lambat. Fineee. -___-
Aku jarang tengok cerita Hindustan sebab lama weh, paling kurang 3 jam kan.
Selalu kalau aku tengok pun aku tidur ataupun aku fast forward.
Namun TIDAK bagi movie ini. Ececehh.
[memang semua sumber daripada Google Imageslah kan]
Sumpah best gila babeng cerita ini. Bestlah. Memang seronok sangatlah. Tak percaya pergi download or curi daripada folder movies rakan anda dan tengok sekarang! Kalau cakap tak best memang something's wrong do dengan korang.
Movie ni best sebab:
-banyak mesej. Sepanjang adalah dalam 3 jam cerita ni kau akan rasa macam,
"Haahlah, betul betul betul!" Aku rasa eloklah student lebih-lebih lagi yang nak exam macam aku ni tengok movie ni. Sarat dengan motivations. Tapi best. Buat korang berfikir. Aku pun tiba-tiba rasa semangat gila nak belajar kuat-kuat masa tengok cerita ni. Sekejap jelah, huhu.
-lawak gila ok! Dari mula sampailah habis memang gelak jelah kitorang kan. Lawak bukan lawak bodoh pun, lawak pandai.
-Sedih pun sedih jugak. Movie ni memang ajar pasal true friendship lah. Sanggup buat apa sahaja demi kebaikan kawan. Macam "Wah bestnya kalau ada kawan macam diorang ni, lagi-lagi Amir Khan, dahlah handsome". Hee. Tengok, aku dah gatal dah. Huhu.
[siapalah aku tanpa Google Image]
Apa tak handsome ke?!
Siapa rasa Amir Khan ni handsome sila angkat tangan macam saya~ Hee ;D
Kesimpulannya, 3 Idiots memang best! Yang tak tengok lagi cepat-cepatlah tengok eh. Huhu. All is well :)
MOVIE 3: 50 FIRST DATES
Movie ni aku tak berapa tengok sangat sebab mengantuk bai. Dah pukul 2 a.m kot masa tu. Tapi tengok jugaklah. Kira macam tengok, tidur, bangun tengok baliklah.
Korang layan drama Seribu Kali Cinta dekat Akasia tak?
Alah, yang Kamal Adli dengan Intan Ladyana berlakon tu. Alah yang ni lah:
Apa kaitan 2 movies ni? Korang tanya aku?
Konsep 2 movies ni sama, iaitu:
Heroin dua-dua cerita ini menghidapi situasi di mana diorang punya short term memory tak tahan lama. Tapi long term memory ok. Boleh Google kalau tak faham apa tu short term dengan long term memory. Tapi aku rasa most orang tahu kan. Dua-dua heroin jadi macam tu lepas accident. Means that diorang face satu hari, lepas bangun tidur, lupa terus apa yang jadi semalam. Benda ni berterusanlah sampai menyusahkan daily life diorang. Datanglah pulak hero kat kawasan rumah heroin tu and fell in love with her. Borak-borak, gelak-gelak, dah macam masing-masing jatuh cinta, esoknya si heroin tak ingat apa-apa langsung. Sadis doh. Ending? Tengoklah sendiri. Hehe.
Memang Seribu Kali Cinta ni copy idea 50 First Dates nilah. Aku syak macam tu lah. Yelah kan. Takkan Hollywood yang tiru Malaysia. Lagipun 50 First Dates tu dah lama dah, dalam tahun 2004. Dalam 80% jugaklah persamaan yang ada.
Tapi overall, 50 First Dates ni memang best. Lawak pun lawak, sedih pun jugak, kesian kot kalau jumpa orang macam tu. Sindrom apa ntah, tak ingat pulak.
OKlah aku dah sakit tengkuk taip entry ini. Err, apa kaitan sakit tengkuk dengan taip entry? Layankan jelah aku ni. Bye bye. Nak prepare untuk paper esok. Wish me luck bebeh. Good luck jugak pada yang nak ambil exam dalam waktu terdekat ni. Jangan nak layan movie macam aku je. Heheh.
Bye bye. Tata. Adios. Assalamualaikum :)
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)
5 taiko kawasan bagi amaran:
haha .sme lah kita. time exam layan movie. nasib baik lepas :)
study woiiii
:)
p/s: ai dah updated blog. [Genius Invention] Roti bakar bercorak comel lepas guna pembakar roti ini.
3 idiot best gila weh.
aal izz well ^^
seribu kali cinta pulak : layannn
sweet sweet :)))
aigoo for becoming paper Bio Melin :DDDD
wahh..
memang giler marathon ney..
haha
time2 exam mmg stress sikit kan..hehe
3 idoits tu best...;_)
Post a Comment