Dua kertas berlalu dengan jayanya dan dijawab penuh gaya, mutu, dan keunggulan oleh aku.
Chehh. Jangan percayalah. .
CALCULUS
Soalan depan-depan boleh buat aku tersenyum tersengih kambing sehinggakan menimbulkan syak wasangka pengawas-pengawas peperiksaan. Ok tipu.
Soalan belakang-belakang, err. Aku jawab tapi dapat jawapan yang mencurigakan.
Ada ke patut banyak nombor bebenau dan dapat jawapan negatif?
Dan dengan sesuka hatinya pen aku menari-nari di atas buku jawapan
Dan dengan sesuka hatinya pen aku menari-nari di atas buku jawapan
Since volume can't be negative, the negative sign is ignored.
Volume,V= 36782.5 unit^3
*yang ni aku main letak je, ingat aku ni apa nak hafal semua jawapan =,=
Mana-mana makhluk UiTM yang ambil MAT183 mari bertukar pandangan, kalau kau buat sama macam aku jugak marilah
PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
Ohh, paper ni eh? Yang mana eh? Yang baru lepas tadi tu eh?
Eh eh eh?
Heheheheheheheheheh.
Itu sahaja komen yang mampu diberi.
Serious entah apa-apa aku jawab. Kalau terserempak muka si Budak Chomot ini mengulang CTU 151 sem hadapan, buat-buat tak nampak sudahlah ye.
Mesti mak abah aku membebel 560km/saat punyalah kalau repeat paper Agama.
Pasti akan keluar ayat seperti ini:
Mak Abah hantar ekau pergi sekolah agama bertahun-tahun, ini yang ekau dapat?
Yang kau poei gagal paper CTU tu kenapo? Waterpark!
FAKTA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU
*parents aku bukan orang Negeri Sembilan
*istilah WATERPARK bahasa sopan kepada What The F**k itu tidak mungkin diguna pakai oleh kedua ibu-bapa aku yang sweet seperti anak sulungnya juga. Uhuk uhuk
*hanyalah gambaran semata-mata. Namun marilah sama-sama berdoa, tak nak pun kena jugak! Aku paksa ni! Bahawa:
BUDAK CHOMOT TIDAK AKAN REPEAT PAPER CTU DAN MANA-MANA PAPER PUN SEM HADAPAN
BUDAK CHOMOT TIDAK AKAN REPEAT PAPER CTU DAN MANA-MANA PAPER PUN SEM HADAPAN
BUDAK CHOMOT TIDAK AKAN REPEAT PAPER CTU DAN MANA-MANA PAPER PUN SEM HADAPAN
BUDAK CHOMOT TIDAK AKAN REPEAT PAPER CTU DAN MANA-MANA PAPER PUN SEM HADAPAN
haruslah diulang sebanyak 40 kali lagi dengan kuat, berdiri tegak, serta tangan kanan di dada ibarat mahu menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku
Kalau kau sorang buat dah 44 kali
Kalau adalah dalam 10 orang baca entry dekat belog tak glemer va va voom aku ni=
DAH 440 KALI. Waaa.
Kaya mak noks! *kaya apekebendanya pulak? =.=
Heheh. Nanti aku belanjalah sorang satu gula-gula sebijik 5 sen tu, kerat 2 eh. Hee ;D
Entry kali ni aku tak nak letak gambar. Malas nak upload.
Tambah-tambah lagi dengan rangkaian jalur lebar 5 juta giga byte aku *tipu* oleh syarikat milik super senior aku yang sudah melebihi batasannya yang terkedek-kedek tersengguk-sengguk ciss betul-betul menguji imanlah!
Kepada reader yang ada bakat menge-"hack" bukan meng-"hijack" bak kata Lia Si Penjual Jamu. Malu oh sebut salah term. Hahah.
Silalah terima Budak Chomot sebagai anak muridmu, mau belajar dong gi mana mahu mengembalikan kelajuan jalur lebar seperti dahulu kala. Waa, speaking Indon aku yaa. :D
Menghitung hari lebih kurang seminggu je lagi untuk bercuti. Yabeda bedoo!
Tapi malas nak pack barang-barang aku yang InshaAllahlah penuh kereta lagi kali ni sampai nak bernafas pun kena pakai topeng pernafasan *tipu lagi, ampun ampun*
Ada tak yang nak berkhidmat untuk aku, tolong pack segala khazanah alam ni, alah nanti aku bayarlah seringgit dua. Hee
Thanks kepada semua blogger comel-comel, handsome-handsome, cun-cun, gagah perkasa seperti tuan punya bloglistnya juga *err* yang sudi join BLOGLIST BUDAK CHOMOT!!!
Yeayy! Clap clap!
Sorry ada link blog yang tak update lagi, sorrrrrrrrrrry sangat.
Busy dengan exam dan line internet mencemburui kita
Pergi pancung itu line beramai-ramai!
Dan dengan ini secara rasminya penyertaan untuk BLOGLIST BUDAK CHOMOT ditutup.
Ye, sekarang. Sekaranglah. Hehe :D
Aku sangap lapar kek Chocolate Indulgence Secret Recipe lagi ni.
Siapa-siapa yang bermurah hati nak belanja insan yang dari hari tu kempunan tapi tak dapat-dapat lagi nak melahap benda itu lagi ni, penyertaan masih dibuka ye.
Melalui pos tidak akan dilayan, namun wang pos mahupun money order diterima dengan tangan terbuka. Ngehngehngeh.
Weh, aku dengar plus terbaca plus ter segala ter lah PTPTN masuk Isnin ni.
Weh, aku dengar plus terbaca plus ter segala ter lah PTPTN masuk Isnin ni.
Betul ke hah? Harap-harap betullah sebab aku pun dah lama tak berjoli sakan ni. Heheh.
Until then, toodles.
Terima kasih kerana sudi membaca dan layankan aje aku yang masuk air ni. Chiao.
Yang merinduimu,
BUDAK CHOMOT
Apa jadah semua ni? Hehehehe *gelakchomelchomelehtakchomotchomot :DD
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)
2 taiko kawasan bagi amaran:
Good luck for next paper. :)
good luck!!
aza pon ada1 paper lagi isnin depan
:)
Post a Comment