Monday, April 18, 2011

Study days yang aman dan tenteram.


Memang sebelum masuk exam hall nanti kena buat gaya macam ni dulu baru boleh masuk.
Kalau tak buat kena repeat paper sem depan.
Baik korang practice sekarang.


UiTM memang terbaik bagi study days 4 hari sahaja bagi kanak-kanak yang menuntut Diploma Sains. Ingat sains rumah tangga ke yang kebanyakan orang expert dan jawapan boleh dihentam-hentam ditibai-tibai digoreng-goreng secukup rasa?


Pure science do.


Kau ingat senang belajar Biology, Physics, Chemistry, Calculus dalam satu masa?


Tak ke kena berhempas-pulas bagi student yang TAK study constant dari satu masa ke satu masa, satu subjek satu jam tiap-tiap hari, focus dalam kelas time lecturer mengajar BUKANNYA pergi mengumpat si Joyah belanja si Meon makan dekat Pilah Street, mengutuk mamat dekat Anjung yang miang keladi. Maaf Joyah dan Meon. Namun pekerja Anjung itu takkan ku maafkan sama sekali.


Namun aku bersyukur ada jugak 4 hari ni. Kalau takde aku nak jawab apa time exam nanti?
Adakah aku akan melukis gambar reben di setiap penjuru kertas ataupun design header sebesar-besar mungkin dekat kertas A4 tu nanti?


4 hari ini jugak aku rasa hari paling aman dan damai dalam kalendar 2011 aku.


Lengang je. Ibarat si Usup Wilcha cakap, "pada suatu hari burung-burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira~"
Sila angkat tangan macam sayaaa


Tengok luar tingkap takde pemandangan budak-budak tergopoh-gapah pergi kelas sdengan sekeping roti dekat mulut.


Err, akulah tu. Harapanlah aku pergi class awal kan.


Apa-apa pun aku nak cakap GOOD LUCK dekat semua makhluk yang bakal berentap dalam Anugerah Juara Lagu Maharaja Lawak final exam April 2011.


Gwa dah wish luck kat lu tu, tak reti-reti nak wish gwa luck pulak ke derr?


Haihh.


I follow you, you follow me back yaw!


Uhuk uhuk. Makan dalam.


Bantal busuk dengan teddy bear dah menggamit-gamit aku supaya beradu di atas katil yang empuk tak berapa nak empuk sangatlah kan.


Babai.


I LAP U POREBER AND APTE




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

0 taiko kawasan bagi amaran: