Friday, April 08, 2011

KEKASIH VS SAHABAT | MANA LEBIH PENTING?

Assalamualaikum. Selamat sejahtera.


Just a quick entry. Tak ambik masa lama pun.


Cuba bayangkan situasi ini:


Kawan anda, yang anda sangka selama ini ikhlas berkawan dengan anda, konon-konon kawan sampai matilah kan. Tapi sampai satu masa, anda dapat rasa yang si "kawan" itu lebih mementingkan boyfriend atau girlfriend lebih daripada friendship yang anda jalin bersama selama ini. Sampai sanggup bermasam muka tak bertegur sapa sebab nak pertahankan jugak kekasih dia tu. 


Apa anda akan lakukan?


@ Still bertegas dengan pendirian anda. 
"Dia yang kena minta maaf dengan aku, pujuk aku balik, bukan aku yang terhegeh-hegeh nak kejar dia balik".
Kiranya selagi dia tak minta maaf jangan haraplah friendship tersebut akan jadi macam dulu balik.


@ Rendahkan ego dan start it all over again.
Anda yang approach kawan anda itu dan slow talk dengan dia.
Berterus-terang dan cakap apa yang anda tak puas hati.
Mungkin suasana akan jadi tegang seketika, asalkan friendship anda dengan dia tak putus macam tu saja.


@ Gunakan orang tengah mahupun surat layang
Anda tak sanggup or sakit hati nak bersua muka dengan dia lalu menggunakan medium sebegini untuk meredakan perhubungan korang.


Or any other opinion?


Mari kongsikan di sini. Mungkin anda juga pernah atau sedang mengalami situasi yang sama. <--kenapa dah macam iklan je. Huhu.


PS: Friendship vs Love
Love relationships tak ada jaminan untuk kekal selamanya.
Yes, kawan yang betul-betul kawan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawannya.
Namun kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
Kalau dah jodoh tak ke mana.
Tapi FRIENDSHIP?




I bet true friends, sincere friendships will remain forever.




FRIENDSHIP IS..... Pictures, Images and Photos






Anda pulak macam mana. Lebihkan KEKASIH ataupun KAWAN?








Wallahualam.
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

4 taiko kawasan bagi amaran:

maisarah said... BALAS

semestinya kawan. pakwe @ makwe belum tentu dia akan kekal selamanya dengan kita. tapi kawan selagi kita laksanakan tugas sebagai kawan dgn baik, selagi tu lah akan kekal. n kawan jugak yg akan nasihat kita. kalau lebihkan suami @ isteri berbanding kwn tu patut. tapi kalau pakwe @ makwe tak nak lah.

n kalau jadi kwn baik sendiri nak putus kwn sbb pakwe @ makwe, mye akan face to face. nasihat dulu, kalau dia tetap nak lebihkan org tu nak buat mcm mana. doakan yg terbaik je utk dia. :)

sopiah said... BALAS

depends jugak. kalau kawan sejak pakai lampin, takkan nak lebihkan kekasih yang baru kenal sebulan.

aznilussy said... BALAS

saya setuju dgn yong sofea.
depends wooo..
n kalau kawan macam ***** memang tak la kan.

Unknown said... BALAS

setuju juga ...
saya setuju dgn yong sofea.
kalau kawan nusuk dari belakang takkan ada gunanya .

by : defboyzman.blogspot.com