Tuesday, April 05, 2011

Nak Cecite Pasal Mak Aku :)





Assalamualaikum. Have a good day everyone. (^,^)


Kali ni aku nak cerita pasal mak aku. Mak yang melahirkan aku ke dunia yang fana ni. (Ayat kalau tak bombastik tak sah. Hee :D) Mak yang paling aku sayang. Well, beliau sorang je kan mak aku. Takde beliau, takde aku.







Beliau yang ku panggil Mak :)


Mak aku ni chomel sangat tau. Bukanlah nak bodek untuk mendapatkan wang saku lebih untuk bershopping sakan, (tapi kalau Mak nak bagi pun Along terima je. Hehe), bukan juga untuk mendabik dada masuk bakul angkat sendiri mahupun masuk lif tekan sendiri bila aku cakap mak aku chomel menandakan aku pun chomel jugak. Aku tetap chomot ye readers tersayang sekalian. 


Mak aku ni sempoi, sporting, kira boleh buat kawan lah. Garang garang jugak. Kalau beliau marah, meremanglah jugak bulu roma. Aku selalu merajuk kalau beliau marah aku, masuk bilik, tak nak makan semua, lepas tu mak aku datanglah pujuk. Mengada-ngada tak aku? Haha. Kiranya beliau ni penyayang lah, tapi maybe tak tunjuk sangat kot. Yelah kan, mak mana tak sayang anak. Habaq mai kat cheq cepat! Aku nak cakap rapat sangat dengan mak aku tu takdelah rapat sangat, ada jugak benda yang aku tak cerita dekat beliau, aku buat blog ni pun beliau tak tahu do. Hehe. Tapi boleh get along well lah. Antara Mak dengan Abah, aku rapat dengan Mak lah. Beliau rajin teman aku shopping, pandai dan suka memasak, kalau nak balik kampus or asrama dulu mesti beliau dah sediakan seplastik ataupun lebih makanan. Nasi putih satu tupperware, lauk bertupperware-tupperware, air mineral, semua dah siap dalam satu plastik. Kadang-kadang beliau gorengkan aku nugget ke karipap ke bawak makan dalam perjalanan. Aku main ambik je plastik tu tanpa usul periksa pun. Chomel kan chomel kan? Hee :D


Time Form 4 aku duduk hostel dekat Kuantan. MRSM. Bila aku balik rumah je, mesti makanan sedap-sedap. Kira you name it, you get it lah lebih kurang. Aku ni dahlah hantu ayam. Kalau kat rumah memang heaven lah dengan nasi ayam, nasi tomato dengan ayam masak merah, ayam kurma, semua jenis lauk berunsurkan ayam lah senang cerita. Perghhh. Memang terbaiklah wa cakap lu. Aku yang tengah taip ni tiba-tiba terasa lapar, terbau-bau my mom's cooking. Sobsobs :'( Dahlah kategori sedap mak aku masak macam sampai kau rasa nak jilat malah telan pinggan sekali do. OK, melampau lah tu telan kan. Dekat maktab makanan apa je lah kitorang dapat kan. Bihun keras macam dawai, ikan jacket yang banyak tulang serta sisik pun tak buang, blah blah blah. Kalau satu hari tu lauk ayam semua budak memang berpusu-pusu lah turun DS (Dewan Selera, selera lah sangattt =,="). Yang aku ingat time hari Jumaat tengahari je makanan gerenti sedap dengan nasi tomato ayam masak merah, daging black pepper, dan lain-lain. Kenapa aku cakap pasal makanan ni? Err =.= Just nak bagitahu bila dah balik rumah makan masakan mak aku tu memang dah rasa tak nak balik maktab lah. Bila esok dah kena balik, malam sebelum tu sedih je ohh, malas jangan cerita lah.
Rasa macam nak bawak Mak aku balik hostel sekali. Huhu. Childish betul pemikiran.



Zaman muda-muda. 
Aku terfikir balik, "perlu ke ambik gambar depan bas" ? Persoalan di situ.




Kalau dengan Mak aku ni, kau nak borak pasal apa pun boleh. Mak aku minatlah jugak layan AF, Mentor, Juara Lagu, sinetron Indon bagai tu. Aku pun kadang0kadang berjangkit jugak tengok sinetron Indon daripada Mak aku ohh. Benci Bilang Cinta. Tiap petang aku tengok Mak aku melekat depan TV tengok cerita tu, aku mula-mula macam "Cerita apalah Mak tengok ni?". Mak aku pun cakap "Cubalah tengok. Best". Ok, dipendekkan cerita lepas tu aku pulak yang addicted dengan sinetron tu. Sebab Baim Wong (kalau tak silap aku lah) handsome gila bai. Haha. Gatal. Hari Sabtu ada marathon cerita tu tau dekat Astro Prima dari pukul 2 sampai 5 macam tu lah, aku tak ingat sangat. Hah, time tu muka kitorang je lah depan TV. Siapa alih channel lain memang nahas lah. Huhu. Miss those moment :)





Ni lah Baim Wong. Handsome tapi smoke. Chehh =,=



Mak aku ni suka jugak merepek. Macam aku jugaklah. Mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan? Haha. Selalu jugaklah aku, mak aku, adik perempuan aku bawah aku (sekarang Form 5), bergurau senda dengan merepek. Sorang start habislah, yang lain sambung merepek jugak. Gelak sampai keluar air mata bagai. Huhu. Pernah satu hari tu, aku kat asrama, eh asmara, macam bosan-bosan dan tension sebab time tu time SPM, aku pun mesej lah Mak aku. Kantoi aku Lembaga Disiplin Pelajar yang bawak handset ke sekolah. Aku text macam ni:


Ke hadapan ibundaku yang tersayang. Ibunda sedang berbuat apa? Anakanda di sini merindukan ibunda serta yang lain-lain di singgahsana kita. Anakanda berasa agak tertekan di sini dengan peperiksaan yang bakal anakanda tempuhi.

Kau cakap sekarang sengal tak sengal? Aku time taip ni tergelak-gelak sorang-sorang sampai roommate aku pun pandang pelik. Sekali mak aku balas macam ni:

Duhai anakanda bunda sulung yang tersayang, janganlah anakanda berasa tertekan sebegitu. Bunda juga tertekan membaca pesanan dari anakanda yang berbunyi sebegini rupa. Bunda sedang menjamu selera dengan ahli keluarga yang lain, namun anakanda sentiasa bunda fikirkan. Dah makan ke belum? (tiba-tiba moden! Haha) Bunda sentiasa mendoakan kejayaan anakanda bunda yang jauh di mata, namun dekat di hati (buat tagline TV9 pulak dah Mak aku ni. Huhu)

Aku gelak dah memang bertan-tan ah time ni. Layan je Mak aku ni. Roommate aku yang baca SMS tu sekali pun cakap, "Wehh, sporting gila mak kau! Kalau aku mesej macam tu mesti Mak aku ingat aku buang tebiat doh. Huhu".

Lepas tu aku kalau on phone dengan Mak aku, memang orang tak boleh agak aku tengah gayut dengan mak sendiri. Macam cakap dengan kawan. Macam cakap dengan boyfriend. Boleh gelak-gelak bagai, tapi still jaga bahasa lah. Gila apa cakap main lepas je, kena cop anak derhaka pulak aku nanti. Kiranya rapatlah.


Lagi satu, pasal SMS lagi. Mak aku taip SMS comel. Taip penuh sebijik-sebijik perkataan tu. Rasa macam baca esei Bahasa melayu je. Lepas tu takde tanda baca semua, last sekali baru ada noktah. Senang cerita macam ni lah:


Hai buat apa mak dengan adik dengan abah tengah makan kat restoran yang kita makan ramai-ramai haritu yang sedap sangat tu jangan jealous.

Aku dengan Angah, adik bawah aku, pernah jugak ajar Mak aku tulis singkat-singkat. Tak payahlah taip banyak sangat. Tapi still macam tu jugak. Takpelah Mak, asalkan Mak bahagia. Hehe. 


ALONG SAYANG MAK SANGAT-SANGAT :D



Mak aku dengan anak beliau 3 orang yang chomel-chomel terutamanya yang baju hijau tu. Haha :D


PS: Aku balik rumah minggu ni. Ehek ehek. :D






Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

5 taiko kawasan bagi amaran:

Woofer Storm said... BALAS

aik..terasa nak jadikn mak mentua pulak..haaaaaahaaaa

Taufiq Tiramisu said... BALAS

u have a great mom..tetibe rindu mak kat umah..hehehe

Melin said... BALAS

@Woofer Storm
Haha. Mak mentua terus eh? Huhu

Melin said... BALAS

@Taufiq Wr
I know. Bersyukur sangat.
Tengah rindu mak jugak ni. Huu

kAmi dAn mEreKa said... BALAS

mak mane tak sayang anak kan,,

*nak terus kol mak,
hehe =)