Saturday, April 09, 2011

Untunglahhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D



Hai. Aku lagi. Hehe.
Just nak bagitahu aku happy sebab sekarang aku dekat rumah.
Last balik before final exam.
Lega oh jejak kaki kat rumah. Lupa segala masalah dan assignment dekat kampus.
Sekejap jelah tapi.

Broadband aku dekat rumah ni macam "Walahhhh! Lajunya kau!"
Dan dengan ini aku bertekad untuk meng-update entry lagi.
Rasa macam tiap setengah jam nak update do. Woohoo. Melampau!

Sekarang macam phenomena semua orang nak sebut:

Untunglahhhhhhhhhhhhhhh

Dengan ekspresi muka "tangan di dada, mata ke atas".

Dan tadi aku pergi menempek dekat belog orang lain dan aku terjumpa something yang aku rasa best dibuat untuk membuang masa serta tenaga menaip.

SENARAIKAN 30 PERKARA YANG BUAT ANDA RASA BERSYUKUR MENJADI DIRI ANDA SEKARANG :) 

Oleh itu, marilah kita start.

On your mark, get set, GO!!!

Lari lari kudaku lari!


Err.




Saya, Budak Chomot, a.k.a Nur Amalina Izzati, (bukan sepatutnya Nur Amalina Izzati a.k.a Budak Chomot ke? Err. Gasakk!) BERSYUKUR dan RASA BERUNTUNG (mentang-mentang aku duduk dekat Bukit Beruntung!) kerana...

1. Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam dan dibesarkan dalam ajaran Islam. (walaupun mungkin saya tak berapa alim pun, saya cuba untuk improve dari hari ke hari. Do pray for me :))

2. Saya bersyukur saya merupakan anak sulung dalam keluarga.
Jadi anak sulung best sebab semua benda kau dapat dulu. Lepas dah boring baru pass kat adik-adik. Muahahaha *evil laugh :DD

3. Saya bersyukur saya mempunyai keluarga yang bahagia.

4. Saya bersyukur ada boyfriend yang caring walaupun beliau jauh di Australia sana.



5. Saya bersyukur tinggi saya 164cm.



6. Saya bersyukur walaupun saya suka makan banyak-banyak, online banyak-banyak, tidur banyak-banyak, berat badan saya tak naik-naik. (except lemak dekat pipi dengan bawah dagu lah. Wuwuwu *nanges T___T)
Thanks to the metabolism.

7. Saya bersyukur saya rabun tapi boleh berlagak macam tak rabun dengan memakai contact lens warna gedik-gedik.

8. Saya bersyukur dapat peluang belajar dekat universiti walaupun pointer tak hebat mana. Ramai orang tak dapat sambung belajar pun. So, akan saya guna peluang ini dengan sebaik-baiknya! (muka semangat dan mata bersinar-sinar)

9. Saya bersyukur blog ni ada orang baca walaupun tak sepopular blog Hanis Zalikha, Cik Epal, Fatin Liyana, mahupun Ben Ashaari.

10. Saya bersyukur blog ni ada 426 followers (ketika entry ini ditulis). Thanks korang! :) Terharuuu :')

11. Saya bersyukur current earnings dekat Nuffnang bergeraklah jugak walaupun tak banyak mana.

12. Saya bersyukur saya seorang student science yang tegar sejak dari Form 4 hinggalah ke universiti sebab banyak peluang kerja dan semua benda dalam hidup ni berkaitan dengan science.



13. Saya bersyukur saya cepat detect bila wang balance yang saya dapat kurang daripada yang sepatutnya. (Nak cakap konon-konon expert kira duit lah)
Tapi kadang-kadang kalau duit balance terlebih saya diam je. Hehe.

14. Saya bersyukur sentiasa ada orang yang care akan saya. Kalau sakit mesti ada yang ziarah ataupun tolong saya ataupun hantar text sweet cakap "Get Well Soon".

15. Saya bersyukur saya ada kawan-kawan yang tak lupakan saya walaupun dah study lain-lain tempat.

16. Saya bersyukur saya pernah sekolah asrama dulu. Banyak benda saya belajar daripada situ.

17. Saya bersyukur saya ada lappy dan broadband yang laju ketika di kampus di kala rakan-rakan lain merungut wifi lembab. 

18. Saya bersyukur ada parents yang superb.

19. Saya bersyukur tiada lesen kereta tapi sentiasa ada orang yang sudi nak tumpangkan saya kalau nak pergi mana-mana.

20. Saya bersyukur bila ada orang LIKE status atau gambar saya dekat Facebook.

21. Saya bersyukur saudara-mara saya sangat prihatin dan suka bagi duit raya banyak-banyak. Hehe.

22. Saya bersyukur saya jarang sakit.

23. Saya bersyukur tulisan saya cantik walaupun font suka berubah-ubah.

24. Saya bersyukur bila ada dua tiga orang cakap blog saya best. Terima kasih.

25. Saya bersyukur jadi warganegara Malaysia yang aman damai.

26. Saya bersyukur senang cari saiz baju.

27. Saya bersyukur saya ada handset berkamera walaupun hanya 2 megapiksel.
Bolehlah snap pic masuk blog ni tanpa mengharapkan camera orang lain.



28. Saya bersyukur saya seorang yang mementingkan persahabatan.

29. Saya bersyukur saya masih bernafas untuk menaip benda-benda ini.

30. Saya bersyukur anda masih baca list kesyukuran saya ini.

HAHAHA. Habis pun.

Kalau korang nak buat jugak macam ni, buatlah. Hehe.

OK bye bye. Ngantuk sudah. Night people.









Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

5 taiko kawasan bagi amaran:

[ apexogamy ] said... BALAS

syukur2, alhamdulillah.. *blog ni best lah.. huhu :P

sopiah said... BALAS

saya bersyukur sebab saya boleh komen entry awak yang ni. :D

kAmi dAn mEreKa said... BALAS

syukur sebab tinggi kite same!!
=)

Melin said... BALAS

@[ apexogamy ]
Alhamdulillah.
Err, tak payahlah puji cenggitu ye. Huhu

Melin said... BALAS

@Yong Sofea
Haha nice one.
Aku pun bersyukur jugaklah kalau macam tu :)