Friday, April 15, 2011

Dato' VC UiTM di Kampus Kuala Pilah Yaw!





Pergh. Dato' VC UiTM nak melawat UiTM dari kampus ke kampus oh!
Histeria seketika ibarat Justin Bieber nak melawat kawasan kampus-dalam-hutan kami ni.
Meh meh nak letak gambar Dato' VC kami ni eh...





Cakk!! Inilah beliau! *excitednya aku
Bolehlah klik dekat nama beliau untuk ke page FB beliau~ :)
Friendly gilaa kot Dato' ni
Hari tu aku pernah terbaca ada budak mengadu takda duit dekat page beliau,
boleh pulak Dato' ni jawab 

Pergi je minta duit dekat HEA kampus masing-masing


Wahh, terkedu den. Terbaik dari ladang science lah!
Pergi HEA, mintak berapa banyak duit kau nak, lepas tu "Nah! Ambik duit kau! Pergi balik!"
Heaven wa cakap lu!
Namun setelah aku berfikir masak-masak kalau aku buat macam tu

mungkin aku akan ditertawakan lantas niat itu dibatalkan dan terus di-delete dari to-do-list aku. =.=


TO-DO-LIST!    Melin Chomot punye!
1. Buat lab report
2. Lab report lagi
3. Assignment, tutorial
4. Revise balik semua subject untuk final
5. Settlekan past year
6. Basuh baju (sumbat dalam washing machine sudah)
7. Update blog (yang ni pun kena masuk TO-DO-LIST ke? =,=)

8. Mintak duit dekat HEA (yang ni Ayahanda Sahol yang suruh!)


Tengok? Kan aku dah potong tu? Huhu.

Kesimpulannya, aku punya elaboration dah lari daripada tujuan asal entry ini.
Straight to the titik, hari Rabu lepas, 13 April 2011, merupakan tarikh keramat untuk kami warga UiTM Kuala Pilah.
Ini adalah kerana (dah macam karangan budak sekolah menengah dah aku rasa)
OUR VC IS COMING YAWWW!
(Sila baca: VC=Vice Chancellor ataupun dalam Bahasa Mandarinnya Naib Canselor, bukan VC=Video Clip, bukan VC= Video Cam, bukan VC= Vono Campbell's, nonono! Bukan ye!)

Malas nak membebel panjang
Tengok jelah gambar-gambar ni
Yang penting class petang tu cancel! Haha *dasar student pemalas


Benda ni dipacakkan khas untuk sambut Dato' VC kitorang tau!
Aku yang hari-hari menuntut ilmu dekat sini takde pun terpacak gambar aku besar-besaran kat sini! Sentap tahu tak! Hahah
(PS: Ok fine, gambar dicuri dari Page MPP UiTM N9 =,=")



Dia mai dah. Dia mai dahh.
(Gambar curi jugak ni)

Sementara itu, di bahagian atas Anjung Selera Perpatih...
Yeah, fine. Kampus kitorang takde dewan macam kampus lain.
Buat dekat cafeteria 2 tingkat ni jeh. Sobsobsob *nanges guling-guling
Tapi Dato' VC dah janji nak buat dewan dalam 3-4 tahun lagi
Waaa *nanges lagi kuat
Time tu aku dah keluar pun dari sini kot. Uhuk uhuk.



Macam nilah suasananya.
Ni gambar bukan curi-curi, gambar dihasilkan oleh kamera handphone murahan aku sahaja.
Yelah, aku kan takde DSLR, lomo bagai semua tu. *ayat sentap tiba-tiba


Haruslah meng-camwhore-kan diri yeh! Hihi :) 


Aiyakk! Mana mata aku hilang? Takuttt!

Dengan itu haruslah mengheret rakan sebelah untuk bergambar bersama-sama


Haa, kan dah jadi.
Nak jadi kawan aku kena bertahan dengan kerenah aku yang suka ambil gambar tak kira masa dan keadaan. Sabo je lahhh~

Lepas sesi nyanyi lagu negaraku, lagu UiTM, lagu Wawasan Setia Warga UiTM,
sesi soal jawab, sesi bagi ucapan semua...

Jom serang booths yang ada! Taraaaaaaa!

Setiap course yang wujud di bumi UiTM Kuala Pilah ini diberi peluang untuk hias satu booth dan letak benda-benda berkaitan course masing-masing.
Time ni havoc tak hengatlah.
Dato' VC pun melawat dari satu booth ke satu booth. Cayalah Dato' !



Yang ni keadaan dekat booth Diploma in Science AS120
HIDUP BUDAK SCIENCE!
Tiba-tiba semangat kenegaraan meluap-luap 



Dan harus jugalah mengabadikan kenangan dengan rakan-rakan seperjuangan
Kenapa muka aku nampak paling evil sedangkan aku yang paling innocent? =,=""


3 anak dara jurusan Science yang berbaju coklat
Dari kiri: Promote roti, muka angkuh, muka apa kau buat tu weh! Hahah
Kredit to Azni yang memotret gambar kami di depan rumpunan manusia
Memang kami suka mencapub-mencapub ni kan. Hee

(PESANAN PENAJA: Sila klik pada nama untuk skodeng belog mereka :) Hee)


Dato' nak balik dah.
Bye bye Dato'!
Ikan puyu, ikan tenggiri,
Lain kali datanglah lagi!
Wahhh, ada bakat jugak aku berpantun ek?
Beli jangan tak beli. Huhu.
PS: Gambar curi lagi, untunglah kamera mahal~ Sentap lagi.
Takpe takpe. Huhu.

Till then. bye bye!
Study week (or should I say study days?) dah mula.
Wish me luck for final exam ya? Teehee ;)

With love,
Budak Chomot :)

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

5 taiko kawasan bagi amaran:

sopiah said... BALAS

oh datuk sahollll ^___^

[ apexogamy ] said... BALAS

uit, xde dewan? isk3..
btw, terbaek dari science pon boleh..haha :D

myul asyraaf said... BALAS

gmba terakhir ada gmba saya :)
baju ijau.nmapak kepala jaaa.haha

Meeja said... BALAS

nak ade lomo pun boleh ~
haha

Nia Suraya Idris ^^ said... BALAS

amboi muka megah?
huhu terimo jola jang yee ^^
hidup Melin hee tetibe :D