Sunday, April 17, 2011

TIPS | Menghadapi Final Exam =.=""

Hai!!!


Time ni budak-budak Diploma UiTM mesti kelam-kabut makan tak kenyang, mandi tak basah, berak tak basuh, ok fine, awal-awal entry dah tak senonoh.


Sebab apa?


Final examination dah dekat wehh!






Huhu. Macam ni lah suasana dekat UiTM cawangan Negeri Sembilan ni. Lebih kuranglah.
Ada yang relax je, entahlah dah study awal-awal kot. Ada yang bertungkus-lumus 20 jam menghadap buku sampai muka pun jadi macam buku. MukaBuku! Facebook!
Ohh, ok. Tak lawak pun.
Tapi yang tengah menaip ni macam takde kesedaran sivik je.
Masih lagi bangun tatkala matahari dah 75 darjah dari kepala, online FB serta ber-blogwalking.
Oi Melin! Pergi study! Paper Calculus nanti memang tanya pasal HTML code nak tempek dekat Blog ni lah kann? =,= 
*sarcasm untuk diri sendiri dan mungkin juga anda yang menghadapi situasi yang sama dengan saya


Alang-alang dah buang masa update entry baru ni kan, apa kata kita buang masa lagi dengan memberi TIPS MENGHADAPI FINAL EXAM? :)


A: Boleh pulak buat pakej membuang masa. Chit! Masa itu emaslah!
B: Adakah berkongsi tips itu membuang masa? Tidak! SHARING IS CARING!
A: Kau nak buat TIPS NAK HADAPI FINAL EXAM, tapi kau? Jangan cakap tak serupa bikinlah!
B: Hello. Takkanlah kau expect aku makan study, minum study, masuk bilik air pun baca notes?
Take it easy weh. Ni aku nak cecite sikit ni.
A: Cecite cecite!


Buat jadual study (last minute) yang efficient dan make sure ikut jadual tu tau!

Kalau 2-3 hari nak start final exam tu dah kira last minute weh. Mengaku jelah. Tak perlu nak back-up diri sendiri cakap awal lagi, malam masih mudalah bagai. Apa esok pukul 8 pagi nak exam Calculus malam sebelum tu baru selak buku tutorial MAT 183 yang berhabuk dan dah dimakan anai-anai sebab nak buat exercise limit? Baru limit weh, belum implicit differentiation, related rates, maximum and minimum problem dan yang sewaktu mahupun lebih susah daripadanya? Err, aku yang taip ni pun sendiri takut.

Dalam study week ni buatlah satu jadual. Jadual cikai-cikai je. Tak payahlah sampai guna photoshop, tahulah hebat, sampai member tanya kau buat apa kau jawab tengah buat jadual belajar pakai Photoshop. Aku sula siapa-siapa yang buat macam tu karang! Sila takut yeh. Senaraikan semua subjek yang korang ambil sem ini dan tengok priority untuk sesuatu object tu macam mana.


Contoh:


Sem ni aku ambil


MAT 183 (20 APR)
CTU 151 (23 APR)
BEL 260 (25 APR)
CHM 256 (27 APR)
BIO 150 (28 APR)
PHY 210 (30 APR)

Gila tak gila Chemistry dengan Biology takde gap!
Tak puas hati betul aku! =,=

Lepas tu muhasabahlah diri sekejap. Tengok subject mana kau yakin boleh score, subject mana yang lemah. Tapi kau muhasabah sorang-sorang senyap-senyap cukuplah.
Tak payah berdegar-degar cakap sampai satu blok dengar yang 

Aku bukan nak cakap besarlah, bukan nak riak, bukan nak ujub mahupun bangga diri. Tapi aku memang terror plus hebat plus expert Physics do. Kau bagi jelah soalan macam mana pun sure aku boleh jawab sambil makan kuaci. Alah setakat PHY 210 korang yang MECHANICS II AND THERMAL PHYSICS tu aku bukan revise sangat pun, tapi surelah aku boleh jawab sebelah mata je wehh. Bukan nak berlagaklah~

What the hey man?!! Trylah cakap macam tu aku CONFIRM satu kampus akan benci kau, bukan setakat student, lecturer, staff, lembu kerbau dekat Kuala Pilah ni semua pakat-pakat anti kau tahu tak?

Baiklah, berbalik kepada isu yang kita bincangkan sebentar tadi, teliti satu-satu subject, tengok carry marks kau dapat berapa. Kalau ok, oklah. Kalau tak berapa ok tu yang perlukan penjagaan rapi tuh. Focus dekat subject killer sebagai contoh Physics, (Physics lagi =,=") lebihkan jam belajar subject tu daripada subject lain. Buat banyak exercise, past year, bincang ramai-ramai mengenai pelajaran ye, bukan mengenai Maharaja Lawak baru-baru ni ye.


Satu lagi, situasi yang aku biasa tengok.


Bila first paper Calculuslah contohnya, kebanyakan student aku rasa akan focus dekat subjek tu je. Time study week buat tutorial sampai khatam satu buku. 
Subjek lain?
Esok nak paper malam sebelum tu baru bertungkus-lumus minum Nescafe, Kopi Jantan, Kacip Fatimah bagai sebab nak stay awake. Esok-esok time nak jawab paper mengantuk, tak boleh jawab sebab otak dah nak meletup.


Katakan TIDAK kepada situasi di atas!


Time study week semua subject kena cover bai. Malam sebelum tu selak-selak nota ringkas sudah. Tidur awal. Take a good rest.


Jaga pemakanan

Yang ni pun jangan pandang remeh ye. Makanan kena jaga.
Apa kaitan pemakanan dengan exam?

YOU ARE WHAT YOU EAT. Lebih-lebih lagi dah waktu suntuk nak final ni, tabiat makan tu penting.
Kalau boleh jangan makan
- kepala ikan
- epal hijau
- minuman@makanan yang bersemut
Lebihkan
- makan kismis
- protein macam ayam, ikan
- minum air mineral @ air masak banyak-banyak
- minum susu
- ambil vitamin untuk otak, minum pati ayam BRAND's ke


Penting tau semua ni. Karang dah baca notes bagai nak rak, time nak jawab atas paper LUPA apa yang dah dibaca.
Naya tak naya? 

Check preparation untuk masuk exam hall

Print slip exam. Kalau boleh laminate. Buat banyak copy ke. Takdelah terganggu nak jawab exam nanti bila slip exam hilang ataupun tertinggal dekat bilik.
Check stationeries. Pen kalau dah nyawa-nyawa ikan tu belilah baru, tak payahlah berkira sangat. Pembaris, pensil, compasses (jangka lukis) kalau perlu, calculator tu check battery, nanti time jawab paper Calculus calculator mati tak ke rasa nak meraung kuat-kuat, takkan nak pakai sempoa pulak kan =,="


Minta restu ibu bapa, guru ataupun pensyarah, kawan-kawan

Ingat tak time nak SPM mesti ada majlis restu ilmu bagai kan? Sebab apa pihak sekolah buat macam tu? Mestilah ada sebabnya kan. Aku personally fikir benda-benda ni macam preparation dari segi emosi dan rohanilah. Let say kau ada buat salah dekat si polan bin si polan, tapi si polan tu tak tahu pun salah kau, contohnya kau termasukkan lipas dalam air dia ke, terjatuhkan berus gigi dia dalam lubang jamban lepas tu letak balik berus gigi dia dekat tempat asal ke. Ewww gelimat gelimat. Tak ke benda-benda macam tu akan menggangu fikiran korang? Nak-nak lagi bila si empunya berus gigi tak tahu menahu pun apa yang terjadi. Ok dah tak payah sebut dah pasal berus gigi tu. Geli pulak aku bayangkan. Apatah lagi yang gaduh sampai declare Perang Dunia Ke-18 tu kan? Honestly, mengaku jelah kan, dekat hati masing-masing mesti ada sekelumit rasa kesal, tapi ego nak mengaku. Cara terbaik adalah MINTA MAAF.
0-0 baliklah. Tak best oh nak exam tapi ada konflik-konflik sedemikian. Kalau susah sangat nak bersua muka pun maafkan jelah semua orang. Tak baiklah dendam-dendam ni. Yang tu dengan kawan, dengan parents, dengan lecturer? Orang yang lebih dewasa daripada kita?
Maybe diorang ada rasa terkilan dengan sikap kita ke, we never know. Dengan perkataan MAAF dan MINTA RESTU secara general pun boleh melembutkan hati tau. Lagi-lagi bila ibu bapa, lecturer doakan kita, moga-moga semua urusan dipermudahkan. Perkara macam ni boleh buat hati jadi tenang nak jawab exam. Kesimpulannya, FORGIVE AND FORGET. Tahun depan buat lagi. Hehe. Kidding :)


Bertawakkal kepada Allah

Segala usaha, inisiatif, kita dah buat. Mungkinlah tak perfect. Tak confident boleh dapat Dean List apatah lagi 4 flat kan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau kita belajar kuat-kuat tapi takde rasa rendah diri, confident terlebih, tak dekatkan diri dengan Tuhan, tak mustahil results akan turun mendadak walaupun kau top student satu Malaya pun weh. Banyakkan berdoa, beribadat. We are nothing without our creator. Aku pun takdelah alim sangat, tak pakai tudung labuh, bangun sembahyang tahajud tiap malam ke, ini jugak reminder untuk diri aku sendiri. Try improve dari hari ke hari. Kita saling menegurlah. Everyone makes mistakes. Takde sape yang perfect.


Aku rasa sampai sini jelah ye. Aku share tips ni bukan sebab aku bajet aku pandai, nak sekolahkan orang ke apa. Just nak share dengan my beloved readers. Aku tak dapat Dean List pun, yet aku tahu ada yang baca ni pointer lagi tinggi daripada aku kan? No offense, all right?


Lastly, aku nak cakap GOOD LUCK dekat semua orang yang bakal bertarung untuk Final Exam. Chaiyok chaiyok! Moga sama-sama dapat results gempak! Yeahh!






Nah ambik lagu ni untuk korang. Aku pun tak tahu ada kena mengena ke tak. Hee





Bye bye! Gambatte!


PS: Maaf atas penggunaan kata "AKU" pada yang lebih berusia. Juga maaf kalau ada words yang menyinggung perasaan. Yang buruk datangnya dari kita, yang baik semuanya dari Allah S.w.t :)
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

2 taiko kawasan bagi amaran:

Nia Suraya Idris ^^ said... BALAS

hamboiiii panjang bebonauuu.
menusuk kalbu semua ada lah!

wah wahhh SEMANGAT MELIN!! YEAH!
>.< agogogo for FINALE Melin :D

all the best dear :)
May Allah gives the strength for us :)

Anonymous said... BALAS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...
Kalau nak nOta untuk sem 2 bOleh x ? ;)
*pretty please ... hehehe ;D