Friday, April 15, 2011

EDISI REVIEW BLOG ORANG | MARI REVIEW FOLLOWER KE-500 BUDAK CHOMOT! :)

Assalamualaikum. Salam sejahtera.


Jawab jangan tak jawab.


Terima kasih.


Aku bila dah dapat mood nak update entry baru dekat belog chomot aku ni, memang satu hari sampai 2-3 posts lah kan~
Hadap je lah ye koranggg!


Aku nak buat edisi baru dalam blog aku ni


Iaitu...


Jeng jeng jeng!




EDISI REVIEW BLOG ORANG !!!


Idea asal edisi ini adalah bila aku tengok followers aku sikit lagi nak genap 500
So aku dengan gediknya melawat ke blog rakan-rakan blogger yang lain dengan membawa mesej


Jom jadi follower ke-500 Melin! Nanti Melin review blog anda :)

Gedik kan gedik kan?

Jadi dengan publisiti mahalan (err, ada ke vocabulary ini dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka?)  genaplah 500 followers aku.
Yeayy! Mari bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan~~~
Ewah, berjoget pula kau yeh.


Di sini haruslah aku mengotakan janji, mak aku cakap tak baik memungkiri janji, ciri-ciri orang munafik tu.
Marilah kita semua mendengar kata mak aku ye :)


Baiklah, ini follower ke-500 yang aku gembur-gemburkan sejak 35 saat yang lalu:



[sila klik pada gambar di atas untuk mengalami keajaiban dunia yang ke-34]

Ye, itu dia cik adik manis kita!!!
Tengok header pun dah tau nama dia MIRA, kalau ada mana-mana blogger lelaki nak mengayat dia pakai tanya nama dia lagi, memang akak nasihatkan kau dik, lempar je selipar bersaiz 6 dekat sebelah kiri paru-paru dia!
Heh. Otai tak otai. Gangster sekolah ni tau tak?
*muka bangga hidung kembang kempis '00'

Mari ke matlamat sebenar entry ni
Kenapalah aku dilahirkan suka merapu dari benda yang nak dibahaskan ke benda yang takde kena mengena langsung? *nanges tersedu-sedan T___T

(kalau kau tekan dekat dua-dua nama, blog yang sama jugak akan muncul! Kuikuikui :D)

Review oleh Budak Chomot (bajet bagus nak review blog orang padahal belog sendiri macam apa je -___-)

Masa untuk blog loading
Cepat. Untunglah siapa yang ada connection internet laju, tak sempat kelip mata blog ni dah fully loading. Yang pakai berukband tahap kelajuan snail pig mahupun mencuri line wifi universiti yang biasanya indah khabar dari rupa, jangan risau. Sekejap je pun loading blog Mira ni. Aku guna WEBSITE INI untuk nak kira speed untuk loading blog. Ini apa yang aku dapat lepas aku masukkan url blog si adik manis ini:


For your information, blog yang ringan adalah blog yang beratnya di bawah 200kb
manakala blog yang berat adalah yang beratnya lebih 200kb
Jadi, blog Mira ni terkategori dalam blog ringan! Yeayy!
Tak adolah ekau bosan malah tension bagai ketiko ekau bukak belog budak sorang ni.
Blog ni ringan sebab tuan punya blog tak banyak pakai animated widget, salah satu faktor yang buat blog jadi berat dan lambat loading. *Cheh, macam pro je aku ni kan -___-

Layout dan design blog
Comel gila okeh! Pink-pink gitu. Very the girlish. 
Kenapa aku taip macam ni pulak tiba-tiba? Hilang macho aku derr.
Tenang jelah bila tengok blog beliau ni, takdelah serabut kepala otak sampai kau rasa nak pecahkan laptop depan mata kau tu.


Sejarah blog

Berdasarkan ciri-ciri stalker berjaya yang aku miliki, aku dapat tahu blog Mira ni baru lagi.
Baru di-create Februari lepas.
Betul tak Mira?
Mana Budak Chomot tahu?
Adalahhh. Biarlah rahsia.
Padahal refer dekat archive. Huhu.
Dalam masa dua bulan ber-blogging dah boleh kumpul 100 lebih followers.
Baguslah tu. Mungkin Mira ni rajin ber-blogwalking and blog dia pun best, no wonderlah ramai nak follow kan? :)
Satu lagi, apa yang Budak Chomot perasan, Mira ni rajin bebenau join segmen, contest, giveaway, blah blah blah...
Tengok jelah entry dia. Bloglist Budak Chomot pun dia join jugak.
Baguslah, perlu dipuji tu. Kita sesama blogger kena saling bantu-membantu.
Orang buat contest, kita join. Orang buat giveaway, kita meriahkan. 
Kalau ada rezeki, boleh menang. Boleh jugak rapatkan silaturrahim sesama blogger.
Tak gitu? In a nutshell, tak rugi apa-apapun kalau join segmen-segmen yang blogger lain anjurkan :)

Satu benda yang paling suka dan paling tak suka dekat blog ini?
Ini berdasarkan pandangan Budak Chomot je tau, jangan ambil hati pulak ye. :)
PALING SUKA: Overall suka. Nice, simple blog. Comey jeh. Tuan blog pun comel dan baik.
Kan kan Mira? Heheh. 
PALING TAK SUKA: Maybe autoplay music yang Mira letak dekat bawah header tu kot.
Bukannya apa, Budak Chomot selalu bukak banyak-banyak blog sekali dalam satu masa.
Bila satu blog dah ada autoplay music, satu blog pun ada autoplay music jugak, lepas tu volume lappy 100%, cuba bayangkan atau cuba try test sendiri. :)
Dah try?

Pening tak?


Bukan tak boleh nak letak lagu dalam blog. Boleh je.
Tapi kalau boleh, letak code mp3 yang boleh pause dan letak area atas blog, area yang senang orang nampak.
Macam Gratisan Musik, dia akan terus start lagu, bila dah habis ulang balik sampailah boleh termuntah-muntah dengar lagu yang sama. Serious. Kalau lagu slow-slow tenang-tenang takpe lagi. Kalau lagu rock kapak? Err, fikir sendiri ye?
Kalau still nak letak lagu dalam blog, try ambik daripada sini dan sini.
Tapi laaaaaagi bagus kalau tak letak lagu dalam blog. Hehe.
Tapi semua orang ada citarasa masing-masing. Depends lah kan :)


Akhir kata, marilah kita ramai-ramai serbu blog Amirah Jamal ni :)


Seranggggggggggggggggg!


Korang kalau nak blog korang kena review jugak, komen dekat entry ni.
InshaAllah kalau ada free times Budak Chomot review.
Budak Chomot pun blogger biasa je pun, bukan blogger otai, famous, mahupun bajet bagus.
Just nak tolong promotekan blog blogger lain terutamanya blogger-blogger baru.
Hehe.
Ataupun jadi follower ke-1000 Budak Chomot nanti, nanti automatic ada satu entry special untuk kamu! Huhu. Berangan nak seribu follower tu! Mimpi itu perlu jugak apa kadang-kadang. Hihi ;D





Nah ambik kau gambar peace no war.
Sebenarnya nak heboh-hebohkan yang aku first time pakai pashmina je. Hikhik.

Bye bye. Sleep tight. Hee :D













Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

3 taiko kawasan bagi amaran:

Anonymous said... BALAS

hehe . thanx sis chomot ! mira terharu nie . nk nangissss . hihi . mira terima nasihatt sis uwhhh . tengkiu very muchhh . winkkk winkkk *

aznilussy said... BALAS

aww aww aww
cantiknye pashmina tu..haha
saya pun nak kene review jgk.haha

shazika said... BALAS

hye bdk chomot..nice review :)