Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Tajuk memang bajet-bajet comel letewww. Ingat kau sorang je ada final exam tatkala semester 2? Bahagia sangat leteww jawab paper final kan?
#sarcasm terhadap diri sendiri. Entah bila semua ini akan berakhir -____-""
## "letewww=lah tu". Jangan fikir lain pulak yeh. Hee.
Entry kali ini di-request oleh Cik RF (RF=Rafidah Farhana) yang comel macam blog beliau juga. Sedapnya nama awak! Rasa nak makan je tau nama awak tuh! Hehe.
Teringat pulak member lama, Rafidah dengan Farhana.
Hai Rafidahhhh! Hai Farhanaaaaaaa!
*sambil lambai-lambai tangan. Harap-haraplah diorang baca, harap-haraplah diorang baca. Puh puh puhhh.
Mari tengok ini:
Beliau menyuruh saya update entry pasal exam saya pula. Beliau kata mesti mengarut nanti.
Ayat memang macam tak boleh skema lagi kan. Hee.
Kantoi saya seorang yang kuat mengarut. Hikhikhik. *gelak sopan sambil tutup-tutup muka
Macamlah kalau Cik RF tu tak suruh, kau tak update blog dan tak mengarut kan Melin? Hee.
Maka, beginilah sedikit sebanyak yang boleh saya perkatakan mengenai peperiksaan akhir bagi semester kedua saya.
Memang skema. Jangan tegur. Hari ni memang hari skema sedunia, tak tahu ke? :D
Perihal CALCULUS I dan TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM, telah saya komen DEKAT SINI BUKAN DEKAT SANA :)
INTERMEDIATE ENGLISH (BEL 260) 25/4/'11
First time dalam sejarah hidup aku dekat UiTM Kuala Pilah ni keluar awal time final. Time test dengan quiz selalu jugaklah aku keluar awal, bukan sebab terror sangat, tapi sebab kebuloq dengan dah tak tau nak jawab apa dah. Dan baru sem 2 ini aku berjinak-jinak untuk jadi otai Kampung Pisang, sem 1 aku baik gile doh. Percayalahhh. (tiba-tiba ayat dah tak skema lah kan) "Ter"meniru, "ter"ponteng kelas, err aku insaf sekarang.
Berbalik kepada topik asal, (kenapa aku tak boleh cakap straight to the Ampang point? Mesti elaboration jauh menyimpang -___-) boleh tahan jugaklah paper BEL haritu.
Tak nak cakap lebih-lebih nanti kau orang cakap aku riaklah pulak kan. Den ni hah orang kampung, cakap omputih pun terkedek-kedek. Apatah lagi nak mengeja kan. Hihi. Tapi overall boleh jawablah, essay pun macam agak common takdelah sampai tergaru-garu kepala sehingga kelemumur bertaburan satu dewan peperiksaan ewww, senang cerita bolehlahhhhh. Hee.
Target? B is OK to me. But if my lecturer insisted on giving me A+, what can I do right? Hee *poyolah kau!
"Itulah pentingnya English Edukesyennnnn", ujar Usop Wilcha kepada rakan-rakannya, Husin dan Abi Hurairah
BASIC ANALYTICAL CHEMISTRY (CHM 256) 27/4/'11 YAKNI SEMALAM ITU SEMALAMMMMMM HARI INI AKU HIDUP DALAM DUNIA YANG AMAN ERR -___-"
Ambik kau last minute punya study. Semua chapter punya notes bentang depan mata -____-"
Oklah juga. Tapi harus dinyatakan bahawa isu chromatography tidak mendapat tempat di hati saya. Hafal ayat sebijik-sebijik je, lepas tu nak tulis atas paper tak ingat, maka entahlah ayat tu betul ke tak. Huhu. Goreng jangan tak goreng ye kanak-kanak. Tips yang tak patut diamalkan jika inggin menggapai dan menggengam GPA empat rata yeh.
Yang lain-lain boleh jawab namun tak secemerlang anda semualah kan. Banyak calculation dan soalan-soalan yang selalu masuk test dan past year. Nasib baik boleh buat, tapi tak tahulah betul ke tidak kan. Hee.
Target? Err, no komen.
Terpancar cahaya keimanan beta. Kau hado?
Opss, mak cakap jangan riak. Tak baik tak baik.
Pemandangan belakang haruslah dimosaickan untuk mengelakkan bakal mak mertua aku mati meninggal dunia terkejut sebab KEMAS sangat. Well, dulu aku sekolah dekat Tadika KEMAS! Hee -___-
METABOLISM AND CELL DIVISION (BIO 150) BARU JE TADI. HIHI :D
Haha. Hahahaha. Mari bergelak ketawa lagi. Inilah jadinya bila subjek baca-membaca kau buat endah tak endah je kan. Esok nak exam, malam tu baru kelam-kabut menggelabah puyuh nak baca satu buku Biology yang tebal tu. Ingat boleh serap sekelip mata letewww. Aku jawab tadi memang entah apa-apalah kan. Uhuk uhuk uhuk.
Tak tahu nak cakap apa, sama-sama kita nantikan keputusannya. Jeng jeng jeng.
LULUS pun cukuplah derrr.
COMING SOON: MECHANICS II AND THERMAL PHYSICS (PHY210) SABTU 30/4/'11 MERANGKAP LAST PAPER DAN BALIKKKKKK! HEE
Nak cakap favourite, tak favourite subject sangatlahh. Tapi bolehlah jugak kalau nak dibandingkan dengan Biology. Aku memang kalau bukak buku Biology je terus rasa nak tidur weh. Serious. Dari Form 4 dulu oh. Aku pun tak faham kenapa aku ambil Diploma in Science yang bergelumang dengan Biology ni. Isy isy isyyy.
So, Mr. PHY210. See you soon. Tak payah nak bagi soalan hardcore-hardcore sangatlah ye. Kesianlah dekat aku dan makhluk-makhluk DIS yang lain. Tau tau?
* buat muka kasihan untuk memancing simpati. Walaweyhh.
Dan sejurus selepas berakhirnya paper itu nanti (kita sekarang bercakap tentang benda yang tak berlaku lagi, so it's FUTURE TENSE! Tiba-tiba -___-) aku dijadualkan dijemput oleh Mak Abah Angah Adik dan kereta yang berbakti untuk mengangkut barang-barang harta pusaka aku yang melimpah ruah ke ladang gandum beserta aku-aku sekali. Tengok tu. Satu family nak jemput tau! Sukanya sukanya sukanyaaa. Hee. InshaAllah kalau takde aral melintang dan kalau umur aku panjanglah kan. :)
Dan cuti semester ini akan jadi HAPPENING sebab:
Dah nama semester break, mestilah takde class kan.
Kalau ada class jugak haruslah dibaling mercun mancis dan meriam buluh ke arah class tersebut. HAHAHA *evil laugh :DD
-boleh tidur lambat, bangun lambat (macam dekat kampus aku tak buatlah kan. Hee)
-makanan sedap-sedap tak payah bayar, tak payah beratur panjang-panjang dekat Anjung Seri Perpatih demi sepolistrene nasik. Ececehh. Memang gemuklah aku naik sem 3 nanti kan. Tunggu jelahh.
-berlipur lara depan TV plasma dengan siaran Astro yang macam-macam ada *gaya Pak Cik Abbas* Dekat kampus tengok Maharaja Lawak dekat YouTube je kan, penyebab 5GB broadband aku digunakan dengan cepat, kalau nak harap Wifi memang berkurunlah kan nak tunggu buffering -___- Namun tidak lagi dengan kehadiran Astro Warna di rumah! Dapatkan sekarang! Hee.
-akan update blog sekali setengah jam. Haha. Tengoklah nanti ye
-akan berjimba-jimba bersama family dan rakan-rakan yang turut sama bercuti semester mahupun dah habis matriks mahupun asasi. Untunglah. Belanja aku tengok movie yuk! Hee
- nak belajar masak dengan Maklah cuti sem ni. Hee. Harapan weh
-tak payah nak bergelumang dengan tutorialsssssss, lab reportssssss, assignmentssssss, testssss, dan segala benda yang perlu kan 's' dalam kadar yang banyak sebegitulah kan
dan banyak lagi...
I CAN'T WAIT
SEMESTER BREAK! COME TO MAMA YAWWW! Hee
OKlah babai. Nak tengok movie SAW di malam Jumaat sebegini sambil belajar Physics sambil pack barang. Yeah yeahh. Tolonglah percaya aku memang buat benda-benda ni serentak. Multitaskerlah katakan. Wee.
Poster pun dah menggambarkan ke-psycho-an movie.
Main cabut-cabut gigi geraham bai. -___-
Ada bran? Kepada anda yang gemarkan movie yang bercorakkan korek-korek mata, potong-potong kaki dengan gergaji, cungkil-cungkil perut orang, anda disarankan untuk menonton!
Dah babai.
Babailah aku kata! Hee.
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)