Saturday, March 26, 2011

Unplanned Destinations Yang Superb! :D


Memang sangat tak boleh blah bila niat asal nak menziarahi kawan sekelas yang sakit namun terlajak sampai ke Seremban 2.
Jangan salahkan kami. Kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Dah memang tertulis kat takdir yang kitorang akan jejak kedua-dua kedua belas-dua belas belah kaki(6 orang x 2 kaki = 12 kaki)dekat Jusco Seremban ni.
Hah, sudah. Kau jangan nak salahkan fate pulak ye si Chomot!

Aku rasa hari Selasa memang hari buat kerja jahat merangkap kerja gila.
Kalau semak balik entry aku yang lepas-lepas, asal aku post pasal hari Selasa je, mesti ada benda pelik-pelik yang jadi. Sudah, hari Selasa pulak nak dipersalahkan =,=

Fakulti Sains Gunaan UiTM Kuala Pilah -> Pasaraya Aktif Melang -> Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah -> Jusco Seremban 2 

Mencabar tak mencabar tak? ;)

Berikut merupakan gambar kami di hadapan Pasaraya (pasaraya lah sangat!) Aktif di Melang untuk menunggu kereta sewa tiba. Check 'em out!














Mimi suruh upload gambar ni sebab dia cakap dia comel kat tengah-tengah tu.
So aku sebagai kawan yang baik pun upload lah! Teehee. Motif? =.=



Tak camwhore tak sah!

Ada surprise untuk korang ni. Kami jumpa budak ni dalam dok tunggu-tunggu tu :


Nampak tak saya nampak tak saya? 

Tadaaaaaaa!


Chomel tak saya? Chomel tak saya? Hee. Cakk!






Alolo tomey tomeyy. Tiba-tiba rasa nak kahwin cepat-cepat nak anak comel macam ni. Huhu



Ok, ada cerita memalukan. MEMALUKAN.

Nampak kereta ni?



Remaja belasan tahun berenam ni pun dengan segeranya menyumbatkan diri ke dalam kereta Kenari tersebut.
Punyalah padat, mengalahkan ikan dalam tin sardin, mengalahkan kepadatan MILO FUZE,
dan tiba-tiba

Adik, bukan kereta tu lah! Kereta ni! <sambil menudingkan jari ke arah sebuah kereta Wira>

Cit. Semua buat muka tak malu, keluar kereta tu, berhimpit-himpit pulak dalam kereta Wira tu. Haha. Sambil gelak-gelak. Orang yang ada kat sekeliling tempat kejadian dah pandang-pandang pelik, gelak-gelak kot. Memang kitorang suka meMALUkan diri masing-masing. =,=

This is our driver!




Phewwitttttttttt ;D


Ok, satu lagi, driver berhemah kitorang ni tak tarik handbrake time nak undur kereta.
Buat kesekian kalinya ditegur oleh tuan punya kereta. Terima kasih.

Bergerak ke hospital! Sakit bontot punggung pingggul aku do.



PARKING SENGET
Bahan bahan :D




Sesi ziarah-menziarahi, bergelak-ketawa-macam-hospital-tu-kitorang punya-sambil-dipandang-slack-oleh-orang-sekeliling dan macam-macam lagi. Terima kasih sekali lagi.


This is Mira. Get well soon :)










Sesi lawatan ni sekejap je sebenarnya. Lepas tu plan-plan, bisik-bisik, soseh-soseh, untuk pergi ke Seremban lantas mengabaikan lecture Calculus pada pukul 2pm.
Sorry Miss, terskip class pulak secara berjemaah.


< Harap-haraplah Miss tak baca dan tak tahu kewujudan the belog chomot ini.
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. >


Sekarang cuba kau bayangkan journey dari Kuala Pilah yang hulu ke Seremban yang maju.
(Majulah tu. Ada Big Apple Donuts, Manhattan Fish Market <serious teringat Anwar Hadi. hehe>, Secret Recipe, TGV, blah blah blah... ) 


KAT KUALA PILAH ADA SEMUA TU???


Tolonglah transfer UiTM Negeri Sembilan ini ke Seremban yo.
* Padahal duduk dekat Kuala Pilah pun poket selalu kering, apatah lagi di bandar Seremban yang menggugat iman untuk berbelanja lebih agresif =,="" *


Dan cuba imagine aku yang hanya dapat duduk dalam surface area 25cmx25cm je ni.
Hukhuk.



Muka tersenyum palsu padal bontot dah berkematu.
Wahh, dah boleh buat pantun yaww! Hee :)


Here we are! Jusco Seremban 2!!!
* Jusco time ni rasa dah macam Disneyland dah. Punya lah happy setelah sepurnama memerapkan diri di dalam hutan. *
* Setelah berpusing-pusing ibarat LE TOUR DE SEREMBAN akibat masing-masing tak peka dengan jalan semasa. Kanan lah kiri lah U-turn lah. Dalam setengah jam jugak lah nak locate JUSCO ni. *


Lepas dah park kereta elok-elok, bergeraklah mencari surau.
Dah pukul 3 lebih kot, sembahyang jangan dilupakan ye.



Dear CELCOM, ingat muka-muka ini untuk duta anda yang seterusnya ya :)




Dan MAKAN TIME!!! :D


Ni nak ceghita kat hampa ni haa.
Kejadian menyakitkan hati dan jiwa serta raga. Kalau ada bakul time tu maybe bakul tu juga akan dilemparkan.
Setelah tawaf dekat semua outlet yang menyajikan makanan untuk perut,
kami mencapai kata sepakat untuk memilih...






JOHNNY'S (bukan nama sebenar)



Bukan logo sebenar







Dan ternyata pilihan kami SALAH kerana




Pekerja (or maybe I should type "pekerja-pekerja" ) dekat situ are SUPER RUDE!!!
Kau dah kenapa ambil order macam nak cari gaduh, suara nak tekan-tekan, menjawab, tak respect customers, bajet bagus.
Mak bapak tak ajar ke weh?!!
Ke kau yang tak boleh diajar dah?!!
Mamat Bangla dekat depan restaurant YANG KAU KERJA tu pun lagi polite berjuta-juta kali daripada engkau lah wey!
Buat malu kaum sendiri je.
Woi NAZIF@RAZIF (apa-entah-nama-kau-macamlah-aku-kisah-pulak-kan-nama-kau-yang-biadap-tu) YANG KERJA DEKAT JOHNNY'S JUSCO SEREMBAN 2 DAN GENG-GENG PEKERJA KAU TU :
- Tak payah nak kurang ajar sangat lahhhhhhhhhhhhh.
Kau kerja dekat Johnny's tu je pun, bukan kau punya restaurant and aku tak rasa mak bapak kau punya jugak! Kau dah kenapa nak pandang slack kat kitorang? Ingat kitorang takde duit nak bayar ke? Ingat kitorang ni bangang macam kau ke? At least we are still students, in an UNIVERSITY. Kitorang akan dapat Diploma. Yeah well, memang baru Diploma je pun. And we are trying hard to further our studies to a higher level. Nak berjaya dalam hidup. Kau? Aku bukan nak pandang hina orang yang kerja waiter, ambil order dekat restaurant ke apa, tapi aku nak tanya BUDI BAHASA kau, ADAB MELAYAN CUSTOMER kau, senang cerita MANNERS SESAMA MANUSIA lah kan, KAU LETAK MANA WEH?
- Aku tak rasa kau budak DEGREE, PhD, budak Medic ke yang tengah cuti sem buat part time kerja dekat JOHNNY'S tu. Aku tau. Mengaku jelah, SPM kau fail, tengah tunggu result SPM ke, and ehh, result keluar dah eh? Kau dapat berapa? Lulus ke? Aku tau.
SEBAB APA? People with education takkan tunjuk kekurang-ajaran dekat orang lain, apatah lagi customer dekat restaurant tempat kau bekerja. Hari tu manager kau takde kan?
Sebab tu lah kau dengan geng kau berani perli-perli CUSTOMER SENDIRI, sampai nak LEMPANG segala, terima kasih sangat lah ye. Kitorang tak hadap pun makanan dekat tempat kerja kau tu. Tak mati pun tak makan BBQ Chicken Rice dengan steamboat dekat situ. Tak lalu nak makan yang di-serve oleh orang takde adab ni. So chow dulu lah ye.
INGAT : CUSTOMERS ARE ALWAYS RIGHT.





Pernah belajar ni tak? Ke nak aku ajarkan?


Dah, malas nak emo emo ni.




Lepas tu kitorang beralih arah ke PIZZA HUT pula.
Sumpah lapar, order laju-laju, buat muka kebuluran.
Aman sikit dekat Pizza Hut ni, staff tak kurang ajar pun.
And aku baru nak try pizza yang cheese tu.
OK, loser. Lambat gila baru try.
And sumpah sedap gilaa!
* Or aku yang terlebih lapar sampai semua benda akan jadi sedap hatta tisu, garpu sekalipun? #sarcasm *


Lepas makan, BOWLING!


Tak nak cerita banyak sebab SCORE AKU PALING TINGGI. Sangat lah kannn. Fine.



Tengok! Paling TINGGI kan?



Yang ni namanya BOLA BOWLING. Bukan BOLA-BOLA API YE.


Pilih bola macam pro je padahal ________ =,=""


Tak dapat tengok movie, ambik gambar dengan poster movie pun jadilahh -___-





Dipendekkan cerita, dalam pukul 7 lebih, bergerak balik ke kampus yaw!





Mamat sorang ni pulak drive. Tak berhemah langsung bawak laju-laju sampai kitorang jerit-jerit bagai, lagi suruh slow lagi dia laju. Ciss, tak makan saman betul.


Stop dekat Petronas solat Maghrib.


Singgah Pilah Street beli makanan.


Singgah Admin hantar lab report Bio pada pukul 8.30 malam
* Jangan tiru aksi ni wahai student berdedikasi sekalian!


Dah, balik tidur.
Sangat penat tau tak?
Memang tak sentuh buku lah satu hari kan? *sigh
Apo nak jadi lah ekau ni Melin =,=


Above of all, enjoy jugak lah hari Selasa 22 Mac 2011 ni.
Walaupun macam-macam jadi =,="


Dah, habis. Bye!























Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

5 taiko kawasan bagi amaran:

Meeja said... BALAS

hah , ini ke date yang jiran(Azni) aku cakap tuu ? cisss

followed ! Secret Recipe yaww !

az timha said... BALAS

hahaha,,hari yg bersejarah

Anonymous said... BALAS

haha. berjalan sakan ye!

Unknown said... BALAS

amboi kemaen kome ye!

aznilussy said... BALAS

mimi!bukan nie la.nie ari selasa punye.aishhh
melin,yeah finally....
gile emo pasal johnny's tu.huhu
sakit ati kan.
korang sume...JANGAN teringin nak makan kt sane kalu ORANG GILE tu ada kat situ!ngahaha