Sunday, March 27, 2011

Tiada Tajuk.



Hai.
Nama aku Melin.
Ye, aku ada nama penuh. Dalam IC tulis macam ni: Nur Amalina Izzati binti Ahmad Marzuki.
Aku appreciate, aku suka nama panjang aku.
Suka hatilah kau nak panggil aku apa, asalkan appropriate dan elok didengar.
Kau boleh judge aku ikut suka hati kau.
Aku tak kisah. Sumpah.
Kau boleh bawak mulut pasal aku. Talk about me behind my back.
Lantak kau lah, takkan aku nak selotape mulut kau kan?
Aku takkan sumbat sapu tangan dalam mulut kau bagi kau senyap.
No, I ain't a kidnapper. And aku tak teringin pun nak kidnap kau.
Baik aku buat kerja lain yang lebih berfaedah seperti makan aiskrim Cornetto Show Me Your Love ke, seterika baju ke, tekan kalkulator kuat-kuat ke
Anything lah senang cerita. Jangan risau, kau selamat.
Aku tak se-psycho itu untuk menculik kau, call parents kau mintak duit tebusan.
Apa kau ingat kau HOT sangat ke?
Aku tak kacau hidup kau, kenapa kau perlu kacau hidup aku?
Takde benda lain nak buat eh?
Kesian kau. Lecturer kau takde bagi assignment ke tutorial ke?
Or kau dah siap semua?
Walaweyhhh. Oh, lupa. Mestilah. Kau kan hebat. Yelah, budak Dekan kan.
Sebab tu lah kau buat cerita pasal aku eh?
Nak isi masa senggang kau? Bagus bagus.
Buat je lah, aku MEMANG suka. Terlebih suka.
Sampai banyak masa berlebihan nak stalk page FB aku.
Lepas tu kutuk-kutuk.
Wey, FB aku FB aku lah. Suka hati aku lah nak tulis apa pun. nak upload gambar apa pun.
Takkan aku nak tulis pasal kisah hidup kau, upload gambar kau, buat gambar kau as profile picture aku? Eh, kau sape dalam hidup aku?
Aku nak berwall-to-wall, berkomen-komen dengan boyfriend aku pun, apa kau kisah?
Kacau hidup kau ke? Sikit pun tak aku rasa.
Depan aku, perghhh, macam good-good je kau kan?
Pijak semut pun tak mati. Bila kau angkat je tapak kaki kau,
Si Semut tu boleh je tunjuk double middle finger dekat kau sambil berkata
" Hek elehh. Lembik punya olang! Pijak aku pun tak mati! "
Padahal, belakang aku...
Bukan main kau bad-mouth aku sambil makan kuaci.
Bukan nak ajak aku sekali, offer kuaci ke, pop corn ke, kan best.
Boleh mengeratkan silaturrahim, menjalin ukhwah yang kukuh sesama kita.
Aku tahu aku bukannya baik sangat, tak macam kau.
Aku tak pandai macam kau.
Aku tak hot macam kau.
Aku hanyalah si chomot berdouble-chin serta berperut buncit.
Tak sama level dengan kau.
But, FYI, I ain't here to please you.
Aku suka ayat tu. Lantak kau lah nak cakap bukan aku yang invent ayat tu kan.
Cedok ayat orang je. Yelahhh. Aku kan tak sepandai kau.
OKlah, budak tak pandai ni nak pergi belajar Physics.
Cakap lah apa-apa, aku belajar macam mana pun takkan jadi sepandai kau kan?
Aku dah dapat agak dah ayat yang bakal keluar daripada mulut kau.
Bye bye lah Budak Pandai, Budak Hebat Segala-galanya.
Aku tahu kau mesti akan baca entry ni punya.
Berdegar-degar je cakap 
" Bajet bagus je blog chomot dia tu. Termuntah-muntah aku baca blog dia tu. "
Derr, kalau dah termuntah-muntah kau baca jugak kenapa?
Tau pulak kau aku pergi KFC hari tu, aku salah masuk kereta, adik aku sunat hari tu.
Mana je lagi kau tahu benda-benda tu kalau tak baca blog aku?
Aku bukannya nak bajet bagus konon-konon ada orang obses dengan aku sampai stalk bagai
Serious. Aku tak hadap pun benda tu.
Eh dahlah. Malas nak beremosional semua ni.
Muka berkerut je do aku taip semua ni.
Nanti timbul kedut-kedut halus semua. Kau yelah, tak payah risau semua tu kan.
Kulit kau kan halus licin umpama bidadari.
Hurmmm.
End.




JANGAN TANYA AKU SIAPA "KAU" YANG AKU MAKSUDKAN.
AKU TAKKAN JAWAB.
SEKIAN TERIMA KASIH.












Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

6 taiko kawasan bagi amaran:

aznilussy said... BALAS

whoa...chill melin.
biar la 'kau' tu nak cakap apa pun.
mulut orang kan..bukan mcm mulut tempayan yang boleh kite tutup2.
at least bile 'kau' tu kutuk kamu,kamu dapat pahala dye.
bahaha padan muke pahala 'kau' tu transfer kat kamu.relax eh melin.
tape2,dye kutuk orang sekali.
tapi x fikir orang lain kutuk dye bape kali kan.. ^__^

Nordin said... BALAS

kesian cik melin kita ni...

areteacar said... BALAS

cik melin, nama awk pnjg mcm nama rumate cik tikah. nama dia..
amira natasya farahana. fuh!! pnjg2.. haha..

amirahmnoor said... BALAS

anda seperti sangat marah. chill rilex lah sis. mama's got your back!

amirahmnoor said... BALAS

chill rilex lah sis, seperti sangat marah anda. mama's got your back girl!

az timha said... BALAS

i know that people.. :)
tapi aq xpasti dy dekan ke x..
rasa xpon