Thursday, March 03, 2011

Saya Nak ...

Assalamualaikum readers tersayang :D

Mari mengisi masa senggang dengan menyenaraikan wishlist " SAYA NAK ... " buat masa kini .
Starting time : 2125 3 Mac 2011
:D

1 . Saya nak balik rumah betul di Rawang , Selangor esok !
Rumah betul ye . Bukan rumah sementara di kampus , rumah tumpangan , mahupun rumah berhantu berhampiran Wet World , Shah Alam .
* err . ape kau merepek ni ? =.= "
Mood : Excited gila babeng . Sebulan dah tak jejak kaki kat rumah do .
Tapi hanya balik untuk weekends saje .
Wuwuwu . * sambil kesat kesat hingus  hidung * =.=

2 . Saya nak makan banyak - banyak !
Terutamanya masakan bonda terchenta .
* ni memang betul-betul homesick ni *
Selain itu , mari ke Pizza Hut , Resepi Rahsia ( Secret Recipe ) , TGI's Jumaat ( TGI's Friday ) , KFC ( nak 3 layer ! Tak try lagi ni . Wuwuwu ) , serta lain lain .
Macam sempat sangat lah kan nak mentekedarah 
* betul ke aku eja ni ? Hentam je la janji aku bahagia *
dalam masa dua hari lebih yakni 48 jam lebih sahaje ?
Persoalan di situ . Mari lakukan eksperimen . :D

3 . Saya nak duit banyak banyak jatuh dari langit !
Ok , kelihatannya mata duitan . Tapi peduli apa aku . Haha .
Mahu melepaskan gian-bershopping-namun-niat-terpaksa-ditahan-kerana-kepokaian-dari-segi-ekonomi =,=
Nak beli itu , beli ini , itu , ini , mereka , begitu , begini .
Baik Budak Chomot . Behave . Kawal diri anda .

4 . Saya nak dekan sem ini !
Daripada sem lepas kau nak tapi tak dapat kan ?
Huhu . * nanges T__T *
Dapat tepat tepat 3.50 pun cukup lah .
tak harap pun dapat 4 flat
Kalau dapat Alhamdulillah la .
Cepat sebut 
" MELIN AKAN DAPAT GPA 4 FLAT SEM INI "
sebanyak 40 kali , nescaya akan dimakbulkan 
Haha :D
Berangan tanpa usaha takde guna baiii .
Aku tengah berjuang mati-matian merajinkan diri study ni .
Doakan lah akan berterusan wey .
Sebab ada lah orang tu sogok aku dengan material kalau aku dapat Dean List 
so disebabkan aku ni agak materialistik
* boleh kau mengaku secara terbuka dekat the belog chomot ni ? =,= *
mari lah kita berusaha mendapatkan Dekan !
Err . Bolehkah begitu ? Huu .

4 . Saya nak jadi rajin !
Yang ni aku tak nak komen lebih .
Ye , aku memang pemalas . Sobsobs . Sedih makk . :'(

5 . Saya nak awak !
Haha . Ni gedik sebab tak tahu nak tulis apa dah ! Haha 
Mari gelakkan aku beramai-ramai :DDD

Masa untuk menempek gambar yang tiada kaitan dengan entry !
Check it out yaww . :D


Budak pelik yang camwhore yang pipi mengalahkan pinggan dan jerawat di pipi kiri semakin menjadi-jadi dan tak tahu nak salahkan siapa .
Cuba teka siapa budak ni ? Haha . Semput aku :D


Awas !!!!
Longkang di hadapan anda .
Sorry gambar blur , padan muka korang . < gelak Dajjal >
Nampak longkang tak ? Kalau nampak , memang sah korang menipu . Aha :D


Auto-Teller-Machine ( ATM ) Bank Islam di UiTM kampus Kuala Pilah yang banyak berjasa kepada aku dan seluruh warganya . Ayat tak menahan .
Dan sila salahkan Encik ATM ini kerana sering menggoda aku untuk withdraw duit secara istiqamah sehingga menyebabkan kesurutan wang dalam akaun hamba . Sobsobs .


Situasi bila tak focus dalam kuliah .
Please don't try this at your class ever ever ever ever ( sampai infinity EVER aku ni taw ! )


Nak Dean List tapi buat benda pelik pelik bila lecturer berpeluh peluh mengajar kat depan ?
What the heyy !
Seseorang sila lempang aku dan sedarkan aku daripada mimpi yang panjang 
* Sambil nyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku by Ana Rafalli versi sumbang mambang oleh Budak Chomot *

Sekian sudah segmen merepek sambil makan kerepek kita buat hari ini .
Kalau korang berjaya baca sampai ke perkataan INI
Tahniahhh !
Memang sah kome kome ni takde kerja lain yang lebih berfaedah untuk dilakukan .
Dan alang alang dah kat sini apa kata klik kat iklan Nuffnang saya di bawah header serta di sidebar sebelah kanan screen laptop anda .
Sila klik banyak2 .
Senang je . Nanti saya dah cash out duit Nuffnang tu saya tempek lah gambar makanan kat belog chomot ni buat tatapan anda sebagai balasannya . Haha

OK . Enough is enough Melin .
Pergi basuh baju . 
Boom !
Bye bye :D








Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

3 taiko kawasan bagi amaran:

dd said... BALAS

melin is oily melin. ahaks~

Melin said... BALAS

@dd
Sobsobs . Patut le jerawat menjadi jadi tumbuh kat muke aku do . Huhu

Lyeah said... BALAS

hahaa. conteng2 tu normal thing kot? tp so far tak pernah buat lagi :P
kat sekola selalu la buat.