Monday, March 21, 2011

Meraikan Hari Jadi Serta Membuncitkan Perut Di KFC :D




Gambar permulaan bagi memastikan korang melekat dekat sini. Err, melekat ke?



Tajuk macam tak boleh nak skema lagi kan?
Macam innocent je padahal memang bersopan-santun malah lemah-lembut serta memiliki budi pekerti yang tinggi budak yang sedang menulis ni oh.
Ok, aku stop.

20 Mac 2011 merupakan hari lahir gadis ini :



Aznida Azmani <--- klik meh untuk usha belog beliau! :)
19 years old on 20th March 2011.
HAPPY BIRTHDAY AZNI! MAY ALLAH BLESS YOU.
SEMOGA DAPAT DEKAN SEM NI DAN HAPPY ALWAYS TAU!
Yeayy! :DD


Juga yang diraikan adalah kanak-kanak yang genap usia 19 pada bulan Mac ini :



Nana Farzana



Ada blog jugak ni. Klik dekat nama untuk skodeng belog beliau. :)

Well, HAPPY BELATED BIRTHDAY korang!
Sama jugak, SEMOGA DIRAHMATI, SEMOGA DAPAT DEKAN, SEMOGA BAHAGIA SELALU!
Yeayy lagi! Haha :D


Syamil Manoth

Mamat ni dah terlajak umur dah. Dah boleh mengundi pun.
Tapi tak matang tak matang. *sambil geleng kepala selaju mungkin*




Ni je lah yang masih muda dengan bangganya berumur 18 lagi


Sharmimi Zulkarnain and Yours Truly

So, tak salah kalau kitorang beraksi seperti kanak-kanak Ribena memandangkan kami MUDA lagi. Ohh, aku suka nak emphasize perkataan MUDA di sini yeh. Haha :D


Bila hantu ais dah jumpa ais.
Jangan siapa berani kacau.



Budak-masih-lapan-belas
OK. terserlah double chin aku di situ yeh. =,=



Tak buat PEACE tak sah.




Aktiviti sambutan hari jadi ini diadakan di KFC cawangan Pekan Koboi Kuala Pilah.
Yeahh, KFC je pun. Budak baru lahir pun dah muak tengok KFC.
Dan dekat Kuala Pilah je pun. KP=Kuala Pilah, bukan KL=Kuala Lumpur mahupun Kuala Lipis. Ehh, tiba-tiba macam terasa nak makan kuih lapis. Dah, shut up kau Melin. =,="

Dah dekat KFC tu apa lagi aktiviti nak buat kan.
Membuncitkan perut yang sedia ada buncit lah!
Diorang eh, aku tak -____-

Makan, makan dan terus makan.



Sesi menyuap birthday girl


Ni sesi apa ntah aku pun tak tau


Sebelum



Selepas masuk ke dalam perut buncit budak-budak nih



Tapi budak-budak ni bergaya ambik gambar macamlah KFC Kuala Pilah ni :
- salah satu daripada 7 binaan ajaib di dunia
- macam "eh-korang-jomlah-ambik-gambar-dengan-pakcik-KFC-ni (patung je sebenarnya)" , macamlah Pak Cik KFC tu salah seorang ahli Super Junior yang baru buat konsert dekat Malaysia ni. 
OK, aku tak layan K-Pop segala jadah tu, tapi Choi Siwon tu laki aku. Epp, jangan sibuklah kau nak jugak!
- makcik pakcik yang ada kat tempat kejadian pandang-pandang pelik dekat budak berenam ni sambil bermonolog dalaman
" Eh eh budak budak ni, tak ponah jojak kaki dokek KFC seumo hidup gamaknyo"
* ni nak speaking Nogori tapi amatur, camnilah jadinya *

Tak percaya ?
Sila bersedia dengan bukti-bukti ini!


Bukti #1




Bukti #2


Bukti #3

* Bukti-bukti lain haruslah disimpan di Arkib Negara *


Setelah aktiviti makan dan berposing maut depan kamera selesai
Bergeraklah manusia-manusia ini ke terminal Kuala Pilah
Dah namanya terminal bas, mestilah tunggu bas nak balik kampus kan?
Takkan lah nak main batu seremban, menghadiri kursus kahwin mahupun aktiviti-aktiviti lain yang kelihatan pelik dan janggal dilakukan di mana-mana terminal bas.
* Terminal lah sangatttttt -___- *


Perjalanan dari KFC ke tempat bas tu diisi dengan aktiviti menyumbangkan lagu "Akulah Kekasihmu" versi budak-budak kekenyangan, menjerit sekuat-kuat hati kau time lintas jalan padahal takde kereta sangat pun, serta membualkan hal-ehwal yang tidak berilmiah.


Dekat Kuala Pilah kesayangan budak-budak ni
Pukul 10.00 malam dah macam lengang dah
Kedai masing-masing kelam kabut nak tutup, padahal hari Ahad kau boleh kira berapa kerat je kedai yang bukak do. Sadis tak sadis?


Apa-apa pun, kalau jalan tak lengang,
tak dapatlah ambik gambar macam ni !



Gambar bajet Paramore versi Muslim Muslimah wajib ada :D


Tak tahu nak letak caption apa. Korang letaklah sendiri.



Sila tiru aksi ini dekat KL pada pukul 10.00 malam
Nescaya kau akan digilis kenderaan yang lalu-lalang dengan lajunya tanpa sempat menulis wasiat, dituduh gila, serta dihon-hon dan dilemparkan kata-kata yang agak kurang enak didengar.
Pilih satu.


Cukuplah ni. Penat weh update entry dengan line berukband yang macam siput vavi. Kalau si snail pig tu compete dengan line berukband aku sekarang ni pun maybe si haiwan tersebut akan ketawa berdekah-dekah sambil tunjuk middle finger berdasarkan "kelajuan" si beruk.


Bye bye. Aku nak study.
Ye, study. Jangan gelak. Aku kadang-kadang rajin gak ape. -___-




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

6 taiko kawasan bagi amaran:

az timha said... BALAS

hahaha....
fun celebrate birthday smalam
peace =)

Kei Hiroki said... BALAS

eik korang dok kat seat kitorang kelmarin kat kfc tuu..hahaha
*pdahal kfc pilah mmg tu je seat dy =p

misza said... BALAS

besa tul nganga. sudu yang nak masuk kecik jer...^_^

m!3yr4h_LolLy said... BALAS

wah !! meleleh air liur tgk kfc nie.. hihi

sudirman said... BALAS

meriahnya..suka tgk kawan2 mcm nie...tq sebab ada blog saya dalam list blog awak..nnt saya masukkan awk dalam list blog saya..tq

sudirman said... BALAS

tersilap blog lah komen..hahahahhaha...maluuuu