Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Gedik plus lorat benau si Budak Chomot ni nak buat tips pasal Nuffnang. Bajet pro.
Padahal blogger picisan je pun terkapai-kapai di arus pemodenan.
Ok sumpah aku sendiri pun tak faham motif aku taip macam tu. =,=
Al-kisahnya bermula apabila dua tiga ratus manusia yang mempunyai blog dan juga telah mendaftarkan diri dengan Nuffnang yang juga membaca ataupun terbaca belog buruk chomot aku ni dapat tahu aku dapat Buffered Earning (short form: BE) daripada sekian sekian sekian dan sekian sekian sekian.
Isyy, you all ni. Mana you all tahu hah?
*soalan gedik padahal kau yang terkinja-kinja terjimba-jimba show off BE kau dekat belog kau derr.
Mereka pun bertanya kepada si Budak Chomot
*gaya cerita bed time story dekat budak-budak tak baligh lagi
Weh, Chomot! Apa je yang kau buat hah sampai boleh dapat BE? Aku seketul BE pun tak menjelma ke pangkuan aku lagi ni. Kau pakai bomoh eh?
Err. Terkesima aku sebentar bersama Kit-Kat.
Lepas tu pulak,
Untunglahhhhhhhhhh dapat BE. Bukan nak share tips dengan kitorang kan. Fineeee. Macam niewwww lah memberrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Terkesima lagi aku dengan muka innocent yang chomot.
Hello bai, AKU TENGAH TAIP TIPS UNTUK SHARE DENGAN KAU LAH NI!
AKU KAN MEMANG SUKA MENGAMALKAN BUDAYA SHARING IS CHARING NI
TADI AKU NAMPAK KAU MAKAN COKLAT CADBURY, BUKAN NAK SHARE DENGAN AKU
Sobsobsobs *tiba-tiba dengan sengajanya
Lagi satu,
Melin Melin Melin Melin Melin... Nak tanya sikit boleh? Sokseksoksek. Bisik bisik. NUFFNANG tu apa eh? Err. Hehe
Saya pun tak tahu Nuffnang tu apa awak.
Sejenis makanan mungkin?
Hehe. Hanya menjadi kebudak-budakkan je lah awak. (Just Kidding)
SELAMAT BERNUFFNANG!!! :)
Baiklah kanak-kanak,
TIME FOR THE TIPS!!! :DDD
Sebelum tu, BUFFERED EARNING ni sebenarnya adalah :
- sejenis iklan di mana bloggers dibayar mengikut unique impression yang dibeli oleh advertiser
- di-update secara harian
- apabila BE sudah tamat tempoh, ia akan menjadi Metered Earning (ME) dan nilainya akan dimasukkan ke dalam Current Earnings <sebab tu boleh jadi banyak tu, dan sebab tu jugak ada blogger yang boleh earn sampai ribu-riban tu y'alls!>
- pihak advertiser akan memilih blog yang mereka pilih untuk mengiklan kan produk mereka berdasarkan demografik pembaca blog anda, desirability of ad units, membership exclusivity & writing style
-new blogger biasanya jarang (tapi tak impossible) diberi BE sebab pihak pengiklan kurang keyakinan akan blog mereka. To make it simple, korang tahu kan orang business. Mesti la mereka nak promote their products on a right place
-BE ni adalah jenis iklan yang tidak bergantung kepada click on ads untuk menaik kan earning nya. Tetapi bergantung pada jumlah unique visitor korang
Faham tak?
Untuk mendapatkan Buffered Earning, kita haruslah...
Aktif berblogging.
Personally, aku rasa benda ni paling penting. Tak perlulah aktif sangat sampai kalau kau kerja doktor kau terus quit untuk tumpukan sepenuh perhatian dekat blog kau. Kalau kau student terus tekad nak stop study sebab nak jadi active blogger. No no no. Tak perlulah drastik sampai begitu sekali. Takut mak tau. Huhu. Just selalu update entry, entry pun tak payah lah asyik cerita pasal kisah hidup kau je, kalau kau tu selebriti bolehlah, tapi aku tak cakap pun tak payah cerita pasal hidup kau langsung. Agak-agaklah. Aku pun cerita pasal hidup aku yang ntah apa-apa kat blog merepek aku ni jugak. *tersedak. Kadang-kadang tu tulis (atau taip) entry yang berilmiah (macamlah belog aku ni berilmiah sangat), yang orang boleh tau info-info, tips, petua nenek moyang kau ke apa ke. Kalau kau syok sendiri tulis entry panjang berjela kalah novel Alaf 21 tapi takde orang baca pun tak guna bai. Rajin-rajinlah blogwalking. Pergi blog blogger lain, tinggal jejak dekat chatbox, follow ke, komen ke, daripada situ orang lain akan sedar kewujudan blog kau. And most of them akan pergi blog kau balik. Yang ni basic lah. Semua blogger baru wajib tahu. Dari sini Nuffnang akan perasan keaktifan korang ber-blogging, lalu menghadiahkan korang seketul malah berketul-ketul BE! Yeayy! :D
Isi "Blogger Bio Survey" dekat www.nuffnang.com dengan gempak
Kalau korang perasan, ataupun tak pernah perasan, dekat page Nuffnang kan ada ni:
Hah. Dah perasan dah sekarang? Hehe.
Dekat sana adalah soalan-soalan yang diberi. Jangan risau jangan takut.
Tak perlu jawab soalan Calculus ke Physics ke apa.
Diorang just tanya occupation, hobbies, blog kau pasal apa, blah blah blah...
Kat sinilah korang kena jawab betul-betul dan dengan spesifiknya serta meyakinkan semua pihak.
Time ni jugaklah nak buktikan time SPM dulu kau dapat English A+++ ke.
Aku rasa nak jawab dalam Bahasa Melayu pun boleh. Tapi better jawab dalam English lah.
Yang tak berapa hebat English macam aku ni pun silalah sediakan Google Translate ke, dictionary tebal-tebal ke, member yang speaking berhabuk ke dekat sebelah kau time isi survey ni.
Haha. Kesimpulannya, kat sini kau ceritalah blog kau ni macam mana, diterima ke tak, cakaplah kau yakin boleh promote ads company-company ni dengan baik.
Dan kalau rajin updatelah survey ni selalu. Pakai ayat gempak-gempak jugak. Hehe.
Barulah pihak Nuffnang akan nampak kesungguhan korang lantas menangis terharu lalu menghadiahkan BE untuk kome sekalian. :)
Letak iklan Nuffnang dekat tempat yang senang orang nampak dalam blog
Yang ni pun penting. Biasanya letak iklan dekat sidebar ataupun kat bawah header blog.
Tempat yang spesifik. Takdelah letak dekat paling bawah. Nak kena scroll habis baru cakk! Nuffnang kau dekat situ rupanya.
Isy isy isy, tak patut tak patut.
Nak tahu macam mana nak letak iklan Nuffnang?
Pergi dekat page Nuffnang --> klik dekat "Add Ads" Kat situ adalah serba sedikit tutorial.
And one more thing, tak salah malah lebih bagus kalau letak lebih daripada satu iklan kat satu tempat je.
Ada tiga tempat letak ads ni tau, letak tiga-tiga pun takpe.
Dengan ini probability untuk orang klik dekat ads tu akan meningkat.
Nak buat "floating Nuffnang ads" pun boleh. Jenis yang stick dekat tepi bawah blog tu.
Tapi kalau rasa semak tak payah pun takpe.
Ikut citarasa sendiri lah. :)
Jaga bahasa anda!
Kat atas tadi aku dah mention pasal writing style kan.
Writing style bagi aku haruslah:
1. Tak payah nak guna short form sangat lahhh. Ni blog, bukan SMS.
Aku rasa better kau tulis seketul-seketul dengan ejaan yang betul.
Contoh:
Aku tak tahu nak makan apa hari ni. Serious.
Bandingkan dengan ini:
aq x taw nk mkn pe ary neh. Siyes.
Apatah lagi ini:
Are-koo tark tawuuu leww nak makan pewww ari niewww. Siyessssssss.
Got the differences?
Kalau kita perhatikan pun, blog, page, website yang dah establish, yang famous, tak guna writing style macam tu. Maybe ni salah satu rahsia kejayaan mereka kan?
2. Jangan banyak sangat mencarut, mengutuk, taip benda lucah.
Nuffnang pun tak nak bagi BE nanti karang -___-
Create ticket dekat "Contact Us" dekat page Nuffnang
Hah. Ni nak habaq mai satu trick untuk dapat BE secara berhemah.
Hehe, aku pun baru je dapat tau.
Dah pergi dekat Contact Us kan?
Nanti akan ada Create New Ticket macam ni:
Klik dekat "Blogger Enquiries/Suggestions"
Tekan "Next"
Korang buat-buatlah tanya macam:
@ What does it take for a blog to receive Buffered Earning?
@ How do I earn Buffered Earning with Nuffnang?
Dan tekan priority: High
Submit ticket
Actually aku pernah buat macam ni, dan esoknya tup tup 2 BE sekaligus do!
Woot woot!
Tak tahulah kebetulan ke apa ke or memang Nuffnang bermurah hati nak bagi BE dekat blogger yang tanya macam tu.
But tak salah mencuba kan?
Buatlah wey! Hehe :)
Aku rasa setakat ni jelah. Kalau ada apa-apa nak tanya komen dekat sini ok?
Bila dah dapat BE, dah cash out duit dengan Nuffnang nanti, ingat-ingatlah belanja aku eh?
Aku tak mintak banyak. Kek Secret recipe sebijik cukuplah. Hee.
Till then, toodles! Love ya :)
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)