Friday, January 21, 2011

memori zaman kecil | part one


Assalamualaikum . :)

kali ni aku nak cerita pasal zaman aku muda-muda dulu
yakni time aku kecik-kecik


tak payah cari aku yang mana . gambar curi kat Google je ni .
aku kat kampus . gambar kecik2 kat rumah . sobsobs . T___T

tinggi pon dalam 120cm je dulu
haha 
tapi beb aku boleh dikategorikan dalam kategori tinggi jugak laa
kalau beratur je mesti dekat belakang 
paling koman pon kat tengah2 laa

rindu situasi ni :

" okay murid-murid . beratur ikut tinggi .
yang rendah di depan . yang tinggi di belakang . "

time ni semua tak nak mengaku rendah
termasuklah sorang budak kechik ni
nak jugak pergi belakang-belakang

tinggi : Eh awak . Awak rendah laa . Pergi laa beratur kat depan .
kechik : Mana ada ! Orang tinggi laa . lagi tinggi daripada awak tau !
tinggi : Perasan laa awak ni .
kechik : Kalau tak percaya , jom kita ukur ketinggian nak ?

* sumpah skema gile . dialog sampah rekaan aku semata-mata .

Si Kechik taknak kalah .
walaupun nampak sangat Si Tinggi tu panjang adelah dalam sehasta daripada dia

 

HAHA . takde laa sampai cam ni kan .
picture courtesy ofselangor2u.com


still nak jugak ukur sape lagi tinggi
siap jengket-jengket kaki laa
panggil seorang mangsa keadaan yang ada berdekatan

" Awak awak , boleh tolong tengok tak ? Sapa lagi tinggi ? "

yang si mangsa keadaan pon , tengoklah sampai terteleng-teleng kepala
yang si Kechik jengket-jengket
si Tinggi wat muka redha je

" Ermm . Dia ni lagi tinggi . "
< menuding jari kepada si Tinggi >

time tu Si Tinggi tergelak-gelak kegirangan
( sebab menang laa konon , lagi tinggi )
Si Kechik ni wat muka sedih
terpaksa redha beratur kat depan

" Takpe awak . Saya tak nak kawan awak ! "

zaman-zaman kecik aku time dalam awal2 2000 tu .
phrase TAK NAK KAWAN ! ni memang hot setap laa .
kalau sebut je rasa cam
wahh , up-to-date nye aku !
tapi at last , kawan jugakk .
main jugak ting-ting , batu seremban , saidina sama-sama
haihh . budak-budak kan ? :)

and aku paling rindu ni

" Angkat tangan "
" Jatuh tangan "
" Senang diri "
" Jaga sedia "

phewwwwwwwwwww.
menggamit nostalgia silam betul .
selalu buat benda-benda ni time beratur kat luar class , sebelum masuk class
or dekat assembly sekolah
ketua kelas muka bangga je time suruh wat benda2 ni
yang budak2 nerd ni bersungguh-sungguh laa buat dengan badan tegak je
yang agak terserlah keotaian tu buat bodoh-bodoh je
nak tak nak je
aku selalu wat camtu
cam " What the heyy nak kena wat semua ni ! "
dan sekarang aku pulak yang rindu
kenapa laa sebelum masuk class kat Universiti ni takyah buat camtu ?
HAHA . okay merepekk .


waa ! kerinduannn ! T__T
PS : juga bukan gambar aku .


seronok je kan jadi budak kecik
tak perlu susah2 fikir itu , fikir ini 
tak payah wat assignment , takde final
takde masalah2 putus cinta
takde jerawat
errr
buat homework pon senang je
colour2 je
aku excellent do colour2 ni !
sampai dua kali wakil pertandingan mengaler * erkk . mewarna . * ;)


mari mari kita mewarna ! :))

1 . time kat tadika . aku siap paling awal . tak menang pon .

2 . time darjah 4 . wakil sekolah pergi MPPJ . tak menang jugakk .
MPPJ = Majlis Pembandaran Petaling Jaya

aku jugak top student dulu time muda-muda
PELAJAR TERBAIK TADIKA KEMAS SG PELONG 1998


tadika KEMAS kesayangan yang juga bukan gambar milik aku . huhuu .
teringat lak adik aku cakap ,
" Mak , kenapa nama tadika Along tu KEMAS ? Kenapa tak SEPAH ? "
ciss . bengong betol . :P


haha . bila ingat balik cam kelakar je . sekarang hampehh . :P
pastu kat sekolah rendah muka aku memang tiap-tiap tahun dpat top 3
memang 6 tahun sekolah rendah tu tiap-tiap tahun 
pergi Anugerah Kecemerlangan Akademik
parents aku bangga je 

" Nak pergi mana cantik-cantik tu Kak Mar ? "
baca : Kak mar merujuk kepada ibunda aku terchenta :)
" Pergi sekolah . Anugerah kecemerlangan . Along dapat nombor satu lagi tahun ni . "
" Ohh . Tahniah eh Along . Bukan macam anak mak cik tu , pemalas , nombor corot , blablabla ... "

bangga sial ! HAHA . okay cukup . jangan riak .
sekolah rendah je kott .
bila masuk sekolah menengah aku makin down .
tapi PMR Alhamdulillah dapat straight A's
SPM tu slack gila-gila . ciss . 

okay laa . nanti aku sambung memori aku yang lain lak .
banyak ni ! hehe .

Anyway , thanks for reading . :)

bye bye !










Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)