Saturday, January 22, 2011

memori zaman kecil | part two | edisi pembaca berita

Assalamualaikum .

okayy . entry kali ni nak sambung balik pasal MEMORI ZAMAN KECIL .
tapi kali ni kita fokus pada skop lain pulakk .

kau bajet kau film director ke nak cakap camtu hah ? -_____-

dah dahh .
sambung .

masa kecik2 dulu aku suka tengok berita
paling suka berita kat TV3
aku tak sure dulu nama dia BULETIN UTAMA jugak ke or lain
tapi yang penting , point aku sekarang ni ,
AKU SUKA BACA *ehh silap * TENGOK PEMBACA BERITA BACA BERITA



dulu takde laa macam ni kan . dulu cam agak old-fashioned laa .
tak jumpa lak logo yang lama . huhu .


aku akan tengok pembaca berita tu dengan penuh khusyuk dan tekunnya
siap tiru gaya diorang sekali
terlopong - lopong mulut
ciss . tak senonoh betul .
mak aku pun mula - mula bangga laa aku suka baca berita
tapi lama - lama pelik apehal laa anak sulung beliau sorang ni

Puan Mak : Along , kenapa suka sangat tengok orang baca berita ?
Aku 7 tahun : Entah laa mak . Cam best je . Cool semacam .
* okayy , tipu . takde laa aku cakap camtu dengan mak aku . *
Puan Mak : Isyy . Pelik - pelik je Along ni laa .
< Puan Mak berlalu meninggalkan aku terus terlopong depan TV >

sebenarnya kan ,
aku ingat pembaca berita semua tu hafal semua berita terkini yang dorang cakap tu .
kan mata dorang 24/7 je kat kamera .
dekat meja tu ada kertas , dorang tak tengok pon .
so aku assume dorang hafal semua skrip berita yang panjang2 uhh .
loser gilaa kan aku ?
haktuihh .


contoh pembaca berita yang mata terpaku 24/7 dekat kamera


satu hari tu aku tengok berita dengan Encik Abah .
time pembaca berita tu baca berita dengan mata dekat kamera je tu ,
( yang aku ingat dorang hafal ) -____________-
lepas tu ada gambar muncul
kalau tak silap aku gambar orang jahat kena bawak gi lokap kot
huhu
aku pun slumber je cakap

" Seronok laa pembaca berita tu kan . Time ada gambar dia boleh tengok skrip dia kan Abah ? "
aku cakap kat Encik Abah sambil tersenyum-senyum kambing
Encik Abah macam konpius , tapi dia iyekan je apa yang aku cakap 
isyy , Encik Abah ni pun . bukan nak betulkan apa yang aku cakap .

and satu hari tu ...
jengjengjeng
< saspens saspens >
aku tengok Puteri Impian 
alaa yang Amy Mastura berlakon tu


cerita ni hah . boleh tahan best laa jugak bagi pemikiran budak 7 tahun macam aku dulu .

dalam satu babak tu ada pasal Amy Mastura ni kerja kat stesyen TV ke ape ntahh
pastu dia macam leka
and benda yang dia control tu dah jadi tak terkawal
korang tahu ape benda tuh ?

ni haa .
BENDA YANG TUNJUK SKRIP BERITA DEKAT PEMBACA BERITA 


aku tak tahu apa nama benda ni .
sapa tahu boleh tak tolong bagitahu dekat aku kat ruangan komen ?
thanks :)


aku pun macam cisss !
pakai benda tu ke rupanya
mati-mati je aku ingat nak jadi pembaca berita kena genius tahap dewa sebab kena hafal berita panjang2 tu , banyak2 dalam masa yang singkat
aku tertipu do
" Tipah tertipu bangg ! "

daripada filem tu baru laa aku tahu hakikat yang sebenar .
and sejak tu aku dah tak berapa suka tengok berita dahh
and kalau tengok pon takde laa mulut terlopong masa zaman jahiliah kau dulu tu .
HAHA . jom ramai-ramai gelakkan aku jom .
sengalll . :P

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

2 taiko kawasan bagi amaran:

Marya Hana . said... BALAS

sbb filem puteri impian tu lah i bercita2 nak kerja belakang tabir .. huhu. :)

Budak Chomot said... BALAS

@Marya Hana .
Ohh yeke ?
Wohoo :D