Saturday, January 08, 2011

SUMMARY | FIRST WEEK DI KUALA PILAH

letih , homesick , enjoy , gelak ketawa , mengantuk , tidur tak cukup-cukup ,
susah nak tidur susah nak bangun , kelaparan sepanjang masa .

THAT'S MY FIRST WEEK IN KUALA PILAH . I MEAN , MY FEELINGS .

Day 1  | 2nd January 2011 

hari pendaftaran dan juga hari rayuan kolej di mana seawal 6.20am dah ade orang terpacak kat Anjung Seri Perpatih .
cuba bayangkan aku yang sampai pukul 8 lebih ni ( pagi okehh ) .
perghh . ramainye macam rase pergi audition AF9 pulak do . huhu .
berkat kesabaran beratur secara berdiri * of course laa , takkan baring lak en *
selama 2 jam , rayuan kolej diterima . perghh .
< sambil lap peluh > 
tapi tak dapat bilik lame laa . dapat SM 5 . tingkat 4 nombor 3 bilik 1 katil 2 .
jangan serbu ye . huu .
hurm . okay lah kan daripada kena stay luar .
syukur Alhamdulillah . (:

  tengah makan dengan family . abaikan 3bijik jerawat satu row tuh . HAHA .


Day 2 | 3rd January 2011 

hari ni start kuliah . and according to my class' timetable ,
my class start on 12.00 pm . habis 1.00 pm .
heaven gilaa en ? * winkwink *
ape lagi tidur lambat , online ,
dengan fikiran 
" laa . esok class lambat . nak kesah ape . "
and actually ade class BEL 8 pagi .
perghh . memang tak pegi laa en .
budak2 baik pegi laa . kuikuikui .
and seperti yang ku jangka terjadi * ecehh , nyanyi lagu KRU laa pulakk *
lecturer tak masuk pun . so no big deals laa kan . first week . (: 

dan bila tiada lecturer , kita ... ambik gambar ! (:

Day 3 | 4rd January 2011

hari ni first lecture for this semester 2 .
MAT 183 .
so far ok lagi laa . still boleh catch up .
kat sini aku suke Maths do !
HAHA . bekas cikgu2 Add Maths saya sekalian , I LOVE MATHS NOW ! huu . 
mesti kalau mereka tersesat ke belog chomot ini , mesti macam .
" ohh . budak bengap Add Maths dulu ni dah suke Maths siot ! "
err . okay . takde laa dialog camtuh kan . hikhik .

 colourful tak I ? haha ;D


pehal besar beno pipi aku ni weyy . adehh .


Day 4 | 5th January 2011

hari ni pagi-pagi buta pukul 8 am CTU .
bagi yang tak tahu , CTU ni macam Pendidikan Islam laa .
Ustaz Bakhtiar . masuk-masuk kelas dah kena asak dengan soalan 
* perghh . "asak" tu tak boleh tahan . huu . *

" kenapa yang bertudung ni pakai tudung ye ? " 

aku tahu ramai yang nak jawab , ramai yang tengah fikir-fikir nak jawab apa
tapi semua budak perempuan kat situ macam teragak-agak nak jawab .

and then ...

" okayy . semua yang bertudung sila berdiri . dan kalau nak duduk jawab soalan tadi . " 

semua macam cemas . dan masa tu laa muncul macam-macam jawapan .

" err . kewajipan . "
" kalau tak pakai tudung berdosa . "
" Allah suruh . " 

dan kami dibenarkan duduk walaupun muka ustaz cam tak berapa puas hati .
dia explain laa lebih details .
aku nak cerita balik pon macam tak sure , takut tersalah kan .
kalau korang nak tau , sila lah Google " mengapa diwajibkan bertudung " . (:

malam : melawat rumah lama di SM 2 . isk isk :'(
rindu rinduu . terkenang kenangan lama . chewahh .
makan maggi bersam-sama housemates lama . aduh duh duhh . haha.
saje emo lebihh . :P

mari membajet innocent secara berjemaah ! ;D

Day 5 | 6th January 2011

Khamis . takde class langsung rasanya .
just menghabiskan masa wang dan tenaga 
HAHA . okayy melampau .kira exercise laa jalan gi admin , pegi bilik kuliah
tapi takde lecturer pon .
ok lah tu . boleh kurus . hee .

petang :

HBU . agak-agak macam kokurikulum laa .
aku masuk Management of Family Institution
HAHA . anda tak salah bace ye .
memang ade . dan aku sebagai bakal isteri mithali wajib laa masuk benda ni en . huhu . ok . jk (:
best laa . macam , ohh bukan macam , memang belajar agama lagi .
ustaz pon sporting . best best . (:

Day 6 | 7th January 2011 
 
hari ni class sejam je .
rasa membazir iron baju kurung semua nak pakai sejam je .
chehh . pemalas betol .
MAT 183 lagi . buat tutorial . okay laa .

petang : meronggeng di Kuala Pilah bersama 2orang lagi ahli Blooperz
okayy . jangan tanya ape itu BLOOPERZ . tak nak jawab wekk :P
 pegi KFC , pusing2 pekan Pilah , ambik laptop Mimi , beli shawl blablabla
walaupun takde mende kat sane
kopak gak duit aku dalam seratus lebihh
kalau kampus aku kat bandar sebelah shopping mall ngan cinema
camne laa gamaknye kan ?
sobsobs . tolong laa kawal nafsu membeli-belah kau Melin ! 
 
peace yaww ! (:


pic ni tak boleh blahh . penat2 je kitorang senyum sampai terteleng-teleng , muka si Mimi ni sorang je yang nampak . ciss . tangan tak bedung betul . huu .

yeayy ! finally ade gambar bertiga ! (: 
credit to me the photographer ! HAHA 
 
 
 

ok . penat taip wehh . panjang ni . huhu .
bye bye . tata titi tutuuuuuuu ! (: 

 

 


 
 
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

4 taiko kawasan bagi amaran:

Unknown said... BALAS

mmg heaven kalau kelas start tghari ! huhu

Melin said... BALAS

@cim0t_c0mot
haha . tau takpe .
rase macam dunia ni kite yang punye en ? HAHA

Burungman said... BALAS

kelas kami start pukul 7.30 =,.=

Melin said... BALAS

@Nordin
alolo . cian . byk2 bersabar ehh ? hee (: