Saturday, June 25, 2011

Kenapa Aku Cakap Blogger Lelaki Senang Nak Dapat Followers Berbanding Blogger Perempuan?

Tajuk macam tak boleh nak kontroversi lagilah kan? Eh kontroversi ke?
Pergi tanya dekat Mak Jemah yang duduk corner lot tu kontroversi tak tajuk entry aku kali ini.
Dan jutaan terima kasih kepada yang terus klik dekat tajuk entry aku dekat dashboard disebabkan curious nak tahu kenapa.


BLOGGER LELAKI LEBIH SENANG DAPAT FOLLOWERS BERBANDING BLOGGER PEREMPUAN?
Bincangkan.

Tadi aku ambil peperiksaan percubaan SPM Bahasa Melayu peringkat Asia Tenggara keluar tajuk ni, hah ambik kau terkulat-kulat aku nak jawab.
Baiklah aku mengaku di sini secara terang-terangannya aku menipu -.-
Pertamanya adakah waktu begini merupakan trial SPM (Asia Tenggara pulak tu, fail bab penipuan doh kau Melin T__T) walaupun aku mempunyai seorang adik perempuan Tingkatan 5 yang single jadi jangan minta nak berkenalan dengan dia kecuali kalau kau betul-betul tampan berdada bidang plus six pack OMG dan mempunyai jutaan dolar US di dalam akaun. Tahap kekiutan confirmlah ikut kakak sulungnya yang tengah menaip ni kan, namun aku lebih comel plus sopan santun mungkin? Dah sudah jangan throw up dekat sini, kotor blog I nanti nyahh.


Keduanya umur aku sudah 19 walaupun tak genap lagi, heck kau jangan anggap aku repeat SPM. Terasa terhina aku tahu tak?


Baiklah enough with that crap thingy, back to the topic. Ewah kau cakap Bahasa Albania doh :D


Meh sini aku ulang balik tajuk yang akan kita kupas bak epal sejurus selepas ini


KENAPA BLOGGER LELAKI LEBIH SENANG DAPAT FOLLOWERS BERBANDING BLOGGER PEREMPUAN?


Daripada mana aku dapat hipotesis ini? Mudah jawapannya. Daripada pemerhatian bai. Ada mata yang rabun tapi gedik tak nak pakai spectacles lantas disumbatkan dengan lensa fake berwarna-warni lalu perhatikan keadaan di alam blogging ini yaww.


ALAM REALITI
Siapa cakap PEREMPUAN LEBIH RAMAI DARIPADA LELAKI sila angkat tangan, tegak je tinggi-tinggi tak payah mengada nak angkat tangan macam Usop Wilcha.


Yeahh, you're wrong!


*klik dekat gambar untuk tumbesaran berganda. Aku buta IT so tak reti nak enlarge gambar sobsobsobs. Btw credits to http://utusan-malaysia-online.com/




Terbukti kini lelaki lebih ramai. Tak percaya? Percayalah! 


Kenapa dekat Universiti perempuan lagi ramai?


Tanya aku buat apa. Maybe ramai dekat pusat serenti, sekolah juvana, penjara, jadi KL Gangster ke apa ke mana aku tau. Ehh jangan serang aku pula lepas ni. Aku tahu yang baca entry ni tak tergolong dalam golongan yang disebut, kan kan? *tarik nafas, takut pulak aku kena hentam nanti weh. Muahaha* Eh ramai je lelaki educated wey, golongan profesional semua tu. Jadi ini entry bukan berat sebelah nak melagakan lelaki perempuan ye. Aku matang *sambil buat muka serious


ALAM BLOGGING

Perempuan lebih ramai mempunyai blog. Tak obvious lagi ke? Ce blogwalking sekarang? Dalam 10 blog berapa blog je yang ownernya lelaki? Tak sampai 5 kan?
Jadi tersimpul erat di sini bahawa blogger perempuan lebih ramai.


Hal ini adalah mungkin kerana: (ayat karangan keluar)
-golongan lelaki merupakan perahsia yang tidak akan menggembar-gemburkan kehidupan sehariannya kepada umum melalui blog. Tengoklah, berapa kerat je blog personal lelaki? Yang dok gebang dalam blog hari ni dia buat apa, makan apa, pakai baju colour apa? Tak banyak kan? Rare sangat. Most blog lelaki membincangkan pasal bola, gadget, cerita lucah, Maharaja Lawak. Boringggg.
-golongan lelaki bukan sepanjang masa menghadap laptop. Kalau bosan tahap gaban pun mungkin mereka akan keluar main bola cuci-cuci mata kot entah aku tak tahu aku bukan lelaki, jangan tanya aku lagi full stop


Jadi bila seorang lelaki itu create account dalam Blogger, lantas menjadi addicted untuk menaip entry hari demi hari, PROBABILITY UNTUK BELIAU MENDAPAT BILANGAN FOLLOWERS RAMAI ADALAH LEBIH TINGGI DARIPADA BLOGGER PEREMPUAN.


1. TAHAP KETERUJAAN BLOGGER PEREMPUAN UNTUK FOLLOW BLOG LELAKI

Bila blogwalking, tinggal jejak dekat Shoutmix, CBox dan segala jenis mak nenek chat box di blog, kalau jumpa blog lelaki mesti macam "Ehh blogger lelakilah!" Biasanya perempuanlah macam ni, kalau spesis lelaki tapi bernafsu songsang tu mungkin juga kot. Nak-nak lagi kalau si blogger lelaki type handsome bak model tepek muka besar-besar banyak-banyak dekat blog. Blogger perempuan mana yang tak nak follow bai? Weh aku cakap terus-terang ni. Sama jugak macam blogger lelaki yang follow blogger perempuan yang cun-melecun sebab nak stay update dengan daily life dia, nak tengok gambar dia yang chomels chomels. Agree? Extra point kalau si blogger tu single. Ehh memang blog ni kadang-kadang boleh jadi tempat cari jodoh jugak ke hape muehehe :D


Dan aku personally follow blog Budak Lelaki Sebelah Pintu sebab owner blognya handsome. Kenyataan berani mati ni weh teehee :D


Eh tercuri gambar pula. Sorry En. Hizami Rahim. Muehehe.

Tapi kau orang jangan ingat aku syok dekat mamat ni pulak tau. Aku kan dah bertunang hehehe. Just aku nak tunjuk satu contoh blogger handsome dengan bilangan followers yang ramailah. Tapi mamat ni tak depends on rupa semata-mata je, blog beliau memang best pun so no wonderlah ramai minat kann.


2. BLOG LELAKI GEMPAK-GEMPAK SEBAB MOST LELAKI HEBAT BAB HTML CODING, DESIGN, BLAH BLAH BLAH. AKU TAK HEBAT SEBAB AKU BLOGGER PEREMPUAN ERR


Contoh terbaik gwa boleh bagi: TENGOK BLOG LELAKI NI HAH!

Blog mamat ni sangat kreatif sebab beliau pakai Flash kalau tak silap aku. Aku kan noob bab-bab ni. Dengan kartun-kartun bukak buku semua tu buat blog beliau menarik dan nampak unik. And berduyun-duyunlah nak follow kan?


Satu lagi BLOG NI HAH. Design superb yang amat dan banyak tutorial pulak tuuu.


Bukan nak kata blog perempuan selekeh-selekeh, blog aku sorang je yang chomot sebenarnya sobsobsobs. Tapi aku nak buat point macam ni, suka hati akulah kan? Muahaha.


Dan sebab-sebab lain anda boleh tambah sendiri. Kita bertukar-tukar fikiran ye kanak-kanak, yang tak puas hati dengan statement aku pun boleh berdebat dekat sini *ewahhh sambil hunus keris


Kesimpulan yang boleh aku simpul kat sini, tak kisahlah blogger lelaki ke perempuan, sama je. Kita support satu sama lain. Tak payah gaduh-gaduh masam muka sebab followers lagi ramai ke, traffic lagi tinggi ke, earning Nuffnang lagi banyak ke, semua tu rezeki masing-masing.

SIAPA LAGI NAK SUPPORT BLOGGER KALAU BUKAN BLOGGER SENDIRI

So keep on blogging, bloggers! *semangat tiba-tiba :DD




UPDATE: SEBENARNYA TADI AKU TER-PUBLISH ENTRY NI TAPI TAK SIAP LAGI. ADA PULAK 3 4 ORANG YANG KOMEN. KORANG TAK PELIK KE ENTRY AKU TERGANTUNG? MUEHEHE. INTERNET MACAM SHIT, PUBLISH LAJU PULAK. HAIHHH.


Till the next entry bye bye!


PS: Sorry bloggers yang join segmen review blog aku hari tu. Aku busy sikit sekarang ni. InshaAllah aku akan review blog kau orang balik. Jangan risau. Chill je :D




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

33 taiko kawasan bagi amaran:

AZRI said... BALAS

ye ke?
nape den x dpt ramai follower mcm blog ni?

sila jawab...hahaha

Azmira Yusof said... BALAS

hahah laki tu kacak sngt .. walaupun display pic Justin bieber

AmyZana said... BALAS

hahaha. yeah! contoh paling dkt yg sye knl is Mas Ahmad Safwan bru start blogging bulan feb 2011 tp followers dah beriban pulak! :o

a said... BALAS

kih3..sabor jek lah kan..blogger lelaki ramai yg blog sal gadjet kot.. kadang2 malas jek nak baca..tapi smua tuh bagi info yg berguna..:)

Melin said... BALAS

@azrijohan
Eleh nak rendah diri pulak! Ramailah tuuu! :D

Melin said... BALAS

@Azmira Yusof
HAHA. Justin Bieber hot awhhhh! Muehehe

Melin said... BALAS

@AmyZana\
Yup yupp. Tu contoh terbaik jugak. Tapi I tak ikut sangatlah blog beliau.

Melin said... BALAS

@Bluewendy
Tulah pasal. Huhu

:: cikNuurul :: said... BALAS

ohhoi,ptotla CN punyer folowers xsmpai beriban pon,.rpenyer CN xske letak gmbr muke,.huh,.ape kene mengene ke ni weh?,.haha,.

fatinShuk said... BALAS

ehehe .. i sokong ! always cam tu lah selalunye ..

Unknown said... BALAS

dah 3 bulan blog baru 290 follower banyak hape,,,nak uplode gambar hensem la lepas nie..XD

khairina izzati said... BALAS

yaa saya sokong anda. sangat betul (:

Benrauf said... BALAS

Hahaha. Memang betul lah ramai lelaki kat pusat serenti tapi meh aku jawapkan sikit dari mana datangnya lambakan lelaki tersebut. Jumlah tu termasuk jugak jutaan pemilik IC merah -penduduk tetap- dari pelbagai negara terutamanya Indon yang kebanyakannya adalah lelaki. Juga termasuk juga ratusan ribu penerima MyKad Sabah dan projek-projek MyKad yang lain berketurunan India, Paki, Bangla, Rohingya, Indon, Siam dan Philippines yang hampir semuanya adalah lelaki. Jadi memang le golongan ni tak masuk Universiti. Kat U pun ikut kos kan. Kalau masuk kos engineering dan teknikal, awek muka tempe pun boleh jadi hot sebab kekurangan sumber pencuci mata. Walaupun pompuan ramai berpelajaran tapi ramai juga yang bekerja di kilang-kilang sehingga tumbuhnya pelbagai keyword berkaitan awek kilang di google. So tak ada masalah dgn gender kot. Betul lah blogger lelaki kurang berbanding perempuan. Lepas tu banyak yang bercerita pasal tech, dan kurang menjalankan aktiviti follow memfollow. Tak semesra blogger wanita. Susah benor nak dapatkan follower lelaki. Tak support jantina sendiri betul. hahaha. Wokeh.

tieykah said... BALAS

Hahaha!satu lagi,bloggers lelaki kebanyakn entry diorang macam besh lor.

Lawak:)

apeXogamY said... BALAS

alamak laki lagi ramai.. susah lah nak cari jodoh ni..haha, patot lah blog den tak popular.. muka tak cukop kacak ghupe nye...hgahahahahha

Melin said... BALAS

@**::CIKNUURUL::**
HAHA maybe ada kot. Kalau letak gambar cute cute chantek chantek baru ramai nak follow kot. Muehehe

Melin said... BALAS

@Cik Fatin Shukri
Kan? Dah lama perhati benda ni sebenarnya :)

Melin said... BALAS

@Bro ahmad
Sila sila sila! Confirm terus 2900 followers anda. HEHE

Melin said... BALAS

@khairina izzati
Thanks :)

Melin said... BALAS

@Benrauf
Perghhh panjang bebeno komen. Tapi setuju 110% dengan anda! :D

Melin said... BALAS

@tieykah
Hahah tu maybe salah satu penyebab jugak :)

Melin said... BALAS

@apeXogamY
HAHA :D

Liyana Zahim said... BALAS

Oh wowwwwwww~~~~~ Very profound observation huh? Hahaha.

Melin said... BALAS

@Liyana Zahim
HAHA I guess :)

cik jannah said... BALAS

saya pulak tade sapa sudi nak polo..:( heheh

Anif Abdullah| AA said... BALAS

nice entry..cubaan yang berani dlm bentuk perbandingan gender..Setiap orang diciptakan dengan tarikan tertentu.. maybe gurl,lebih suka cerita hal peribadi pada umum.. lelaki ni ,suka pada info dan gadget :)

ms kay said... BALAS

HAHA!

cik kay rase, yang penting isi belog tu..

depends pd blogger tu mcm mana dia bermain dengan words like cik melin kita neh :D

Melin said... BALAS

@Cik Jannah

Elehhh rendah diri pula, padahal followers ramai je :)

Melin said... BALAS

@Anif Abdullah

Thanks :)

Melin said... BALAS

@kAyShaari

HAHA. kenapa dengan cik melin kite ni main words gaya apa? Hehe

Haikal Blank said... BALAS

bila komen blog laki lebih2 biasanya tak dijawab. gadis komen dijawab. Ahh, mungkin nampak GAY mungkin bila balas komen lelaki...HAHAHAHA



erk, lantaklah wanita sedikit ke ramai dekat Malaysia. Makan nasi gak.

Hizami Li said... BALAS

senyum je la.
:D

.::: Princess MOMOY :::. said... BALAS

haha... sorang je ke blogger boy yang letak gambar
ecece...