Tuesday, June 07, 2011

Kalau Tak Nak Letak Tajuk Agak-agak Boleh Tak? -.-"

Entry ini sumpah pendek. Kalau kau orang nak buang masa baca entry entah apa-apa ini, dijamin tak banyak manalah masa yang akan kau orang buang.
Faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni? Buat-buat faham jelah ye.




Sekarang aku rasa hidup aku macam serabut, tunggang-terbalik, gegak gempita
(sila abaikan hiperbola aku yang melampau-lampau)
Tapi aku tak tahu kenapa? Agak-agak kronik sampai tahap dah kena buat appointment dengan psychiatrist tak? -____-




Semua benda yang aku buat serba tak kena. Lecturer mengajar dekat depan, tangan laju je salin dekat writing pad, tapi fikiran melayang-layang dah sampai Antartikalah kot gamaknya. Lepas tu berkobar-kobar "balik ni mesti study balik and buat tutorial Calculus tadi tu!
*tangan genggam letak dekat dada, mata pandang kat atas, buat mulut herot, hodoh bebeno!
At last, hampeh bersepah kertas kalkulator pen Koko Crunch kismis atas meja,
aku pergi menghadap lappy update entry ni. Kadang-kadang aku rasa benci dengan diri sendiri. Macam takde chemistry antara inner self. Faham tak? Pernah rasa tak? Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhh!
*tak dapat jerit kuat-kuat malam macam ni, jerit dalam blog pun cukuplah. 
Padan muka berdaghah telinga kau orang sampai terkeluar eardrum. Muahaha.




itu jelah aku nak update. Entah apa-apa kan. Tak rasa lega pun dah mencurahkan perasaan dekat keyboard ni. Wuwuwu.


Aku kena balik rumah jugak minggu ni! Walaupun dua hari, walau apapun yang melanda. Muktamad!





Lepas tu kadang-kadang jarang-jarang senjakala apa-apalah aku rasa aku ni SI HIPOKRIT TERBAIK.
Kau boleh nampak aku tergelak terbahak-bahak dekat fakulti sambil minum air kotak sambil makan kuey tiow goreng berjalan (kantoi aku seorang pelahap), tersengih-sengih kambing, kacau wall semua orang dekat Facebook, tapi aku juga manusia biasa yang tahu sedih dan touching juga. I can't be HAPPY AND SMILING alllllllll the time, like 24/7. Lepas tu bila aku tak senyum and tak tegur kau orang dulu, senang-senang je cakap aku sombong.
What the hell with you people?

Sudahlah. I need a shoulder to cry on T___T

Siapa sanggup? Bhaha.

Babai. Aku nak pergi menyental baju. Anak daghe yang rajinlah katakannn ;)


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

8 taiko kawasan bagi amaran:

Blog User said... BALAS

Buat susah-susah je.
Campak mesin sudah. :P

Jgn malas2 ye melin!

Azlan Strider said... BALAS

aduh..pendek gak entry nie..hehehe..btw baju yang dibasuh cukup x??kalo tak cukup nie ade lagi..hahaha

Regards,
-Strider-

Anonymous said... BALAS

olololo melin tga serabut eh skang ? pegi blakang blok, pastu p hirup udara segar. jangan terjun gaung suda :D

anumuchan said... BALAS

kdg2 senyum kat org tapi tak tyegur pun org ckp sombong gk.tahpape..uhuuu

Melin said... BALAS

@Rafidah Farhana
Anak dara yang rajin sental pakai jari-jari runcing sendiri. Muehehe.

Baik bos! ;)

Melin said... BALAS

@Azlan Hasan
Ehh memang dah inform awal-awal pendek je kan. Eh cukup cukup. Terima kasih :)

Melin said... BALAS

@meLLy!
Belakang blok tak bestlah. Seremban lagi best. lagi best lagi rumah. Teehee :)

Melin said... BALAS

@アヌム ちゃん
Confirm mereka itu bermasalah jiwa dan raga!