Monday, June 20, 2011

Bila Enam Anak Dara Ke Seremban, Makanya...

ENTRY PENUH DENGAN GAMBAR. KALAU ALLERGIC TENGOK GAMBAR SYOK SENDIRI TAK PAYAH BACA PUN TAKPE. I DON'T MIND. YANG NAK TERUSKAN MEMBACA JUGAK I SAYANG YOU'ALLS KETAT-KETAT SEKETAT SELUAR I YANG DAH MAKIN KETAT SEBAB I DAH MAKIN GEMUK. ERK. MUAH MUAHH.


Jadi seperti yang dirancang adalah dalam sepurnama perancangannya (kalau tak tipu tak sah, I'm sorry!) maka bertolaklah anak-anak gadis kepada ibu bapa masing-masing ini ke Seghomban (Seremban je sebenarnya)


Ini cerita hari Sabtu. Tarikh? kejap nak check calendar.
Hah, 18 Jun 2011.


Jadi malam sebelum itu, Jumaat malam Sabtu, haruslah overnight di bilik rakan seperjuangan untuk memastikan tidak kelewatan kebangunan. Aku ni dah kenapa sebenarnya (-.-") Tengok movie A Little Thing Called Love yang sangat sweet dan asyik terjerit-jerit bukan sebab apa, sebab si Mario Maurer itu handsome nak mamp. Awhhhhhh. Falling in love. Gedik gedik gedik.


Nak tempek gambarlah jugak. Bukan apa, aku kan baik. Kesian kau orang kena Google pasal si dak Mario tu pulak, jadi aku tolong Google Imagekan untuk korang lepas tu upload dekat sini. Baikkan aku? Hehe.



Handsome kan boyfriend I? Ok fine tiba-tiba nak mengaku boipren kau dah kenapa kan. Menurut hasil kajian I, dia ni mix Thai-Germany ohh-patutlah-handsome-gila-babeng tapi GAY! What the eff? -___-
(Aku tak tahulah betul ke tak kann)

Ehh ini semua bukan objektif utama entry aku kali inilah.

Maka dipendekkan cerita tapi still tak pendek-pendek sebab aku ni drama queen suka buat cerita panjang-panjang, kami pun bersiaplah di pagi Sabtu yang hening tersebut.

Weh pinjam iron. Baju aku kedut sikitlah ni.

Ehh kau ada blusher! Nak try nak try *maka ditonyoh-tonyoh ke pipi nasib baik tak berubah jadi badut

Cepatlah buat shading dekat hidung aku!

Dah siap. Maka mesti ambil gambar.


Ehh ni ikut ketinggian ke hape? Cheh bajet paling tinggi :D



Tak payah nak tabik sangatlah kannnnn


Jangan tiru aksi ini. We all profesional jadi takpe.
Lori lalu pun tak sanggup nak langgar. Heheh.

Actually masa ni tengah tunggu taxi. Punyalah lama. Pakcik taxi pun makeup jugak kott.


Punyalah serious muka call pak cik taxi. Yang si Dahlia ni aku tak tahu motif dia apa. Sengal! Si Fatin kat belakang susah betul nak diajak bergambar sekali. Huhu.

Dipendekkan cerita lagi, kitorang naiklah taxi menuju ke Pilah Station. Nama nak glamour je kan padahal... -___- Empat orang dekat belakang dan sekali lagi bontot pinggul aku menjadi mangsa kesempitan.


Dalam taxi pun nak camwhore jugak. Sabor jelahhh :D


Inilah Pilah Station yang aku gembar-gemburkan


Time ni tengah tunggu dua orang lagi.
Beli tiket awal-awal lepak-lepak sambil menyaksikan dua tiga buah bas ke Seremban bergerak T___T



Dalam bas dah! Muehehe.
Belakang sekali, tepi sekali, kanan sekali. Best gilaa gwa tidur sampai mimpi-mimpi Mario Maurer derr. Hahah.

To make it short, here we are! SEREMBAN 2!

Bas sampai Terminal One and ambik taxi lagi pergi JJ Seremban 2.
Not badlah, RM10 bahagi 3 orang. Jauhnya macam dari kampus ke Pilah tapi RM12. Isy isy isyy. lepas tu taxi baru colour biru pulak tu. Woot woot. Batak sekejap.

Sampai je JJ, perut lapar mintak diisi. Breakfast makan roti je kot wehh.
Tapi usha tiket movie dululah kann. 


Konon comel lettew ambil gambar dekat poster movie budak-budak?
Sedarlah sikit tahun depan kau dah genap 20 tahun wehh -___-


My simple outfit of the day.
Belum makan lagi perut dah gendut. WHAT THE HEYY?


Tiba-tiba terasa macam dewasa pula dalam gambar ni. Muehehe.

JOM MAKAN WEH, AKU LAPARRR!

Teruslah menyerbu Secret Recipe sebab dah lama (lamalah sangat) tak membaham Chocolate Indulgence. Lepas tu bawak pergi Pizza Hut. Rutin biasa.
Kidnap makanan dari tempat lain bawak makan kat tempat lain. Don't try this at home.


Cik Dahlia tu bengang betul sebab saiz lain gila walhal harga sama. Tak tahulah memang macam tu ke apa. Last-last bedal je apa yang ada.


Muka bangga culik Secret Recipe ke Pizza Hut tanpa rasa bersalah :D


Budak tiga orang ni share pizza yang ni. Tapi aku bedal jugak.
Cheese dia terbaik dari ladang oh, melimpah ke ladang gandum.



Yang ni Cik Dahlia punya. Aku tibai jugak.
Time tengah panas nak melecur mulut I tauu.



Aku punya ni je. Individual meal. Kelihatan sungguh self-centered di situ.
Add-ons pun tak ambik, penjimat cermatlah katakan. *tangan di dada mata ke atas
Hell no, yang ni pun makan dua slices je, dua slices lagi tapau bawak balik. Cepat je kenyang.




Dah kenyang barulah boleh shopping tanpa gundah gulana.
Gambar ni dekat Skinfood. I tak beli pun. Sobsobsobs.

Eh ehh, nak dekat pukul 1.30lah. Jom tengok movie!!!

Movie apa? Jeng jeng jeng.





SUPER 8!

Baru tau nak faham gambar poster ni kena sengetkan kepala 90 darjah. Maka terteleng-telenglah kanak-kanak ini. Bayangkan sendiri. Comel kan. Muehehe.

Bestlah jugak. Daripada 5 bintang aku rate 4 bintang. Sinopsis? Cari sendiri. Malas nak buat. Heheh.
Tapi berbaloilah tiket RM12 tengok movie ni :)

Lepas tu sambung jalan-jalan. Masuk situ masuk sini. Tapi beli sikit je. Ngehngehngeh.

Apa yang dibeli? Ini je. I bukan anak Tan Sri dan tidak ditaja oleh mana-mana sugardaddy pun kan. Duit PT pun parents pegang masuk bulan-bulan sebab nanti sejarah lama berulang di mana tak sampai sebulan RM2000 dah habis. Sobsobsobs. Jadi haruslah berbelanja dengan berhemah! Teehee


1) Note book: Student mana yang tak perlukan note book bukan? Lagi lagi student yang rajin macam aku ni haa. Uhuk uhuk. Mula-mula tengok RM3.60, ehh murah je terus dengan rakus ambil bayar. Bayar-bayar ambik kau, RM8.60 rupanya hanya untuk buku garis-garis sedemikian. Grrr. Semua salah price tag yang membuatkan 8 kelihatan seperti 3 (or aku yang salah tengok? -__-)

2) L'OREAL Paris White Perfect Facial Foam: Tengok macam best and affordable and aku tak pernah pakai pencuci muka L'oreal. Terasa dewasa pula tiba-tiba. Muehehe. Selalu sangat tukar facial wash sebab nak tau skin aku sesuai dengan brand apa. Hopefully yang ni lah kan :)

3) ellianto Oil Free Liquid Foundation in 02 Sand Beige: Ohh aku sekarang dah macam jatuh chenta dengan products ellianto ni haa. Hari tu beli eyeliner perghh terbaik cakap lu. Suka sangattt! *gedikgedik Foundation aku memang menanti hari nak habis je so aku usha-usha foundation ni macam best and 50% less kot. Mestilah beli kalau tak menyesal di kemudian hari! teehee :D

4) SIMVUE Colour Bigger Eyes in Hazel: Ini aku suka. Yeay mata baru yeayy!
RM80 for 3 months siap dapat casing and solution sekali. Tapi actually aku nak cari hazel yang macam coklat muda tu tapi dapat ni pulak. Yang ni stock colour coklat nak dekat-dekat hitam tu. Takpelah sebab bila pakai tak nampak fake dengan garisan colour tu, mata pun makin besar yeayy! Nantilah aku post gambar aku bermata baru ye kawan-kawan :)

5) Buku log kecil: Nak buat buku log procedure sebelum masuk lab Chemistry :)

6) Seventeen magazine Jun 2011: My favourite magazine ever! Tak kisahlah aku dah nineteen tapi still nak baca Seventeen. Peduli apa aku, duit aku. Nanti dah anak empat lima orang pun nak baca juga magazine ni. Wekkk :P



Saya minat sangat dengan HAZAMA AF! Saya suka sangat bila beliau menang AF9 baru-baru ni. Saya bergolok gadai jual tanah semua semata-mata nak undi beliau sorang. Sedihlah lepas ni AF dah tak ada. Tak bermakna sudah hidup saya selepas ini. "Petikan temubual ke atas Mak Joyah"

Budak rajin membaca dan MPH tidak dapat dipisahkan. Heheh.

Lepas tu macam gian pulak nak karok, nak karok dekat Green Box macam mahal pulak and dalam 2 jam. Time tu dah pukul 4 lebih, so takut balik lambat pulak kan. Jadi keputusan dicapai untuk karok hanya dekat karaoke jamban. First time ni beb!


Berkaraoke dengan penuh penghayatan


Suara aku entah apa-apa sebab aku selesema serta sakit tekak (alasan)

Lepas tu baru nyanyi dalam tiga lagu, nak pilih lagu keempat. Stuck. Hang. Segalanya yang sewaktu dengannyalah! Ciss. Macam-macam kitorang buat still tak boleh. Yang peliknya bayar ikut lagu. 9 lagu, sorang tiga lagu. What the fish betul. Lepas tu dah tensi takde mood nak melalak dah, terus gerak -___-



Memang jamban betul wa cakap lu!

Jadi blah blah blah beli makanan Big Apple, McD, burger Jusco, ice blend Each A Cup, The Chicken Rice Shop. We all pun baliklahhh. Cerita tamat.

HAHA. Tak berilmiah langsung entry ni kan. Harap panjang lebih 400 words dah boleh hantar untuk assignment BEL311 je kan? Muehehe.

Tapi overall hang out ini sangat best sebab boleh merapatkan silaturahim sesama rakan (skemanya aku) serta menyusutkan duit di dalam purse masing-masing T___T.

Penat jangan cerita sampai nak taip entry ini pun kaki dua-dua belah sakit gila T___T
Nak ponteng kuliah esoklah. Ok bye! :D












Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

14 taiko kawasan bagi amaran:

al_hakim said... BALAS

wah..sakan..=P

♥ p a A n i ♥ said... BALAS

singgah sini :)

Budak Chomot said... BALAS

@al_hakim
HAHA mesti!!! :D

Budak Chomot said... BALAS

@♥ p a A n i ♥
Okay thanks :)

Sarah Mohd Saleh said... BALAS

byknyerrr xtvt die.mst karok kat boling nih..hee...

shalina samsudin said... BALAS

wah ! bestnya ! :D

Budak Chomot said... BALAS

@Sarah Mohd Saleh
Ehh mesti! Tau takpe. Biasa datang Jusco Seremban eh? :)

Budak Chomot said... BALAS

@shalina samsudin
Best sangat-sangat :)

Rafidah Farhana said... BALAS

Hei melinn!!
Simpan sikit duit tuuu..

Nanti kan kita nak keluar sama-sama :D

imanbieyha said... BALAS

eh eh, kita di kampus y sama :) wlcome to uitm pilah dear hehe

Budak Chomot said... BALAS

@Rafidah Farhana
HAHA. Dah pokai dah ni. SObsobsobs. Ehh awaklah belanja kite kan? Muehehe :D

Budak Chomot said... BALAS

@imanbieyha
Really? Waa excited excited. Welcome? Dah 3 sem kat sini oh. Huhu.

haikalblank said... BALAS

teringat 2 tahun kt matrik pilah dulu haa. pilah? aku taw ada snuker je banyak. HAHA

bustand lepak kedai mamak tu makan cendol, carik prebet sapu. :D

*outing semata - mata beli 'gula2' dan bermain snuker. Pergi cc pun kadang2. hehe :P

Budak Chomot said... BALAS

@haikalblank
Laaaaaaaaaa matriks Pilah ke? Haiii! Hehe. Mesti rindu semua tu kan? Datanglah melawat Pilah lagi. Hehe