Tuesday, June 28, 2011

Kalau Kau Still Tak Rasa Jengkel (Annoyed) Dengan Situasi-situasi Ini, Kau Memang Super Cool Yang Amat! [Bahagian Dua]

Apa pasal tiba-tiba bahagian dua ini? Nampak sangat kau bukan pembaca tegar mahupun subscribers atau stalker terhebat di alam semesta TBC (The Belog Chomot) ini. Klik sini untuk baca bahagian pertama. Haha kan dah kena tipu, bukan klik situ, tapi SINI :D


Nak cakap pasal benda-benda annoying kena jadi annoying juga. Tak gitu? Sabar je lah kau orang yang tersesat membaca entry budak mengada-ngada ni kan? Muahaha suka aku :D


Baiklah kita start.




On your mark, get set, go!





EHH SORRY TERBUAT KORANG ANNOYED PULAK! TEEHEE :D

1. Bila pagi-pagi kau dah mengeliat lompat bintang tekan tubi 100x untuk memulakan hari kau yang indah (indahlah sangat), kau pun mengambil tuala sambil menyanyi riang. Kau masuk bilik air untuk mandi dan apabila paip air dibuka, AIR KARAT YANG KELUAR INSTEAD OF AIR BERSIH DAN SUCI MURNI or could be worse TAK ADA AIR! What the eff? Tapi bagi kes yang aku nak sebut ni AIR KARATlah sebab aku menghadapinya pagi tadi. Nak tak nak kau terpaksa mandi tanpa menghiraukan keadaan dan warna air tersebut sebab kau dah lambat dan kau bersiap punyalah lama sampai kawan sekelas pun akan merungut menunggu kau. Nasib baik air dekat sinki bersih dan adalah rupa air semulajadi jadi kau boleh mencuci muka dan menggosok gigi dengan aman dan tidak rasa bersalah. Lepas ni kalau aku balik rumah Mak aku terkejut kenapa rambut aku berwarna merah keperangan, aku nak jawab "air dekat kampus karat"
Jimat sudah kos untuk kau dye rambut, cool juga ya. Namun still ANNOYING juga.


2. Situasi bila kau dengan girlfriends dan rakan-rakan baik berjalan berpimpin tangan bergelak ketawa riang bersama bergosip sakan dengan nada suara yang high-pitch dan teruja, tiba-tiba ada mamat muka jerawat batu menyampuk "Hah tu lah pasal!", "Betul betul betul!" tanpa rasa bersalah dan memberi salam sejahtera. Dan kau berperasaan seperti, "ada aku cakap dengan kau ke?" namun tak terluahkan lalu diganti dengan pandangan jengkel yang kosong terhadap kumpulan pelaku jenayah sedemikian. ANNOYING BUKAN?


3. Orang yang cakap macam tak ada pendirian. Sekejap itu sekejap ini. Ehh kalau aku sepak muka kau pun macam best kan? Boleh tak stick dekat satu benda je? Yang buat kerjanya kau, yang ngomong serupa keling itu hanya pandai mengarah. ANNOYING BUKAN?


4. Kau order makanan dekat Anjung mana-mana tempat makan sambil tengok menu yang tertera. Bila makana dah siap kau dengan tersengih-sengih kambing keluarkan duit dari purse dan hulur duit RM3.00 nak bayar nasi goreng ayam yang kau pesan tadi. Tiba-tiba, "eh dikkk, RM4.50lah". Kau pun dengan muka inesen membalas "eh, dekat whiteboard tu tulis RM3.00 je?" "Oh tu salah tulis tu, RM4.50 sebenarnya" jawab si peniaga sambil senyum-senyum apa kau ingat seronok sangatlah kan? Nak tak nak kau kena bayar je takkan nak cancel and perut pun dah berdenyut-denyut kebuluran. Namun otak ligat berfikir mungkin itu suatu taktik, semua orang kena macam tu, ingat dah murah tapi mahal juga sebenarnya. Dan cuba bayangkan orang yang hanya ada RM3.00 sahaja dalam poket? Macam mana mereka mahu bayar? Considerlah sikit. ANNOYING BETUL!


5. Pekerja kedai yang asyik mengekor ke mana kau pergi di dalam kedai tempat kerjanya. Woi, muka aku ni macam pencuri sangat ke? Tak cukup dengan CCTV berlambak-lambak nak mengekor belakang bontot aku lagi? Kalau MNG ke Zara ke Roxy ke takpe jugak, ni kedai baju Heng Liao sahaja. Grrr. Customers need privacy okay? Cadangan aku kau cakap dekat member seperjuangan "ehh, memang aku suka ada orang ikut aku membeli-belah kalau boleh sampai fitting room pun ikutlah sekali eh" dengan nada kuat kalau bawak microphone pun lagi bagus. Grrrr.


6. Line wifi yang macam shit. Kau dah download movie sampai 96% and tiba-tiba "No internet connection". Apa kau rasa? Ehh memang sukalah kan. Bukan tak ada broadband, tapi nak jimat quota 5GB tiap-tiap bulan makanya operasi muat turun mestilah menggunakan sumber internet yang percuma tapi macam harammmmmmmmmmmmmmmmmmm.


7. Couple yang meraba-raba tangan masuk dalam baju seluar dalam panggung wayang. Kau ingat aku dekat belakang ni tak nampak? Eh lepas tu ada pula shawl atas kepala tutup aurat, takut pula dosa freehair kan? Tak faham aku. Memalukan sungguh. Nak tegur takut diapa-apakan jadi terpaksa membenci dengan hati sahaja. Astaghfirullahalazim.


8. Tengah nak memahamkan Physics dalam kepala hotak, budak-budak dekat kelas sebelah bising macam tahap budak kelas belakang dekat sekolah teruk-teruk. Terjerit-jerit. Terkinja-kinja lelaki perempuan. Weh, dah pegang title budak universiti kot. Behavelah sikit. Padanlah muka kena sound kannn. Annoyed betul aku!


9. Lelaki gatal dan miang keladi yang gatal minta nombor telefon budak perempuan yang naif di bus station ataupun megamall. Eh nombor katil hospital kau tak mintak pulak kan?


10. Pinjam barang orang buat macam harta sendiri, ehh MEMANG AKU SUKA



Annoying tak minah pipi berjerawat ni snap pic tepi pintu konon-konon ayu lettew? :DD

Bye bye. Nak tidur mimpi indah, tak nak mimpi yang annoyed. 
Love you all muah muah muah ketat-ketat.

TAK PAYAH NAK ANNOYING SANGAT!


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

19 taiko kawasan bagi amaran:

ain revival said... BALAS

yang no 6 tuh mmg selalu kena..nyampah kot! ase nk lempang2 jep broadband tuh~

fiqaliqa said... BALAS

haha. betul tuu annoying2. sape yg x annoyed tu memang tabik laaa. hmm

yanAmran said... BALAS

harus annoyed nih ...yg first skali graphic yg gerak2 tu ..sgt annoying kepantasan sperti usain bolt dan tukar2 kaler ...

no 1 ... dah dua hari kan ??bau dia tak yah citer lah ... mmg tak byk kerja nak menyimbah air sinki dalam bilik air ...

2&5 mmg thumbs up ...

overall sistuasi yg perlu kan semngat kesabaran yg tinggi ..haha ...

kerah idea lg utk 3rd sequel pula ... :D

Khaisya said... BALAS

hehe..no.6 tu mmg grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....

ms kay said... BALAS

no 5. tu best brooo.
paling mencik bila kita nk pilih barang orang kedai tu ikut2.

nak tips?
kau biar je dia ikut kau pusing2 kedai tu, then kau blah tanpa beli apa2. lakukn sejam dua lebih afdal.

kita annoyed, dia annoyed.
fair bukan? teehee :D

fifianggun said... BALAS

yang harga makanan tu tak patut,,,, ade ke on list tak sama dengan harga y patut bayar,,annoyinggggggnyyewwwwwwww

sopiah said... BALAS

omg, mandi air karat tuh yang tak tahan wehhhh! eueueueuue. maktab pun air tak berkarat kenz.

syahrul nazrin said... BALAS

yg no.6 tu kalo nak slamat download tnpe hilang download nye gume IDM.
software tu akan menyimpan data yg tgh download walaupun laptop tu terpadam atau internet terputus.bole mnymbung smula download tu selepas dihidupkan semula. :D

Melin said... BALAS

@ain revival

Sekali tengah khusyuk melempang broadband, sang broadband pun menjerit terlolong-lolong kesakitan! Saspens tak saspens tak? Dah boleh buat filem macam ni :D

Melin said... BALAS

@fiqaliqa

Sebab tu tajuk dicipta sedemikian rupa, yang tak rasa annoyed langsung boleh dianugerahkan manusia paling cool dekat planet Marikh :)

Melin said... BALAS

@yanAmran

Perghhh budak kampus komen entry I! Ngehngehngehh. Haruslah menjengkelkan kau orang yang baca entry jengkel-menjengkel ni bukan?
Bab-bab air karat tu hanya kite-kite je yang tau, orang lain jangan nak jealous. 3rd sequel memang nak buat versi filem punnnn

Melin said... BALAS

@Khairul Antasha

Kalau you grrrrrrrrrrrrrrrr i lagi grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr dengan jumlah r paling banyak dalam duniaa

Melin said... BALAS

@kAyShaari

I like you bro. Nanti kita berduet melakukan sebagaimana cadangan kau tu ye. Tempat sasaran mula-mula Gedung Kuala Pilah ni hah. Muehehe

Melin said... BALAS

@fifianggun

Ehh memang annoying! Nak je ambil whiteboard list menu dengan harga tu lempang-lempang muka semua yang terlibat. Grrr.

Melin said... BALAS

@Yong Sofea

Hah memang. Karat pun karatlahhh yang penting aku nak mandi jugak. Heartless gituuuu

Melin said... BALAS

@syahrul nazrin

Ohh really? thanks for sharing. Perlu cuba sejurus selepas ini! :D

cik jannah said... BALAS

haha..lagi annoyed bila org pinjam barang kita tak ingat

vampire's lovex said... BALAS

hahaha no. 2 tu tak annoy sangat,tp lebih kepada lwak pon ada... hahahha...


sabar je la

Cik TK said... BALAS

no.1 tu dah biasa da... time dok kat u, selalu je x de air, atau air berkarat.. huhu~ pernah la jugak sampai g kelas termasukla time exam sekalipun tak mandi... time exam tu, memang tak berapa selesa la...