Monday, August 29, 2011

I Ada Mata Baru! You'alls Ada? Non Hadooo~





AMARAN: INI CERITA LAMA YANG DIKEPAM DALAM DRAFT. NASIB BAIK TAK JADI PEKASAM LAGI. SORRY FOR THE LACK OF UPDATES. BUSY BUSY BUSY! MUEHEHE :D




Assalamualaikum dan selamat berpuasa =)

Tajuk memang macam tak boleh annoying plus gedik santai lagi kan? I tahu kalau I ada depan mata you'alls mesti dah kena pelangkung kan? Wuwuwu. Tapi sebenarnya ia adalah reflex action yang menunjukkan keterujaan mendapat MATA BARU!

MATA BARU? Buat transplant mata ke apa budak ni? -.-'


Hiperbola itu mesti, padahal sebenarnya...




CONTACT LENSE BARUUU! Yeayy!

First time beli online tau! Teruja mak, nyahh! Service adalah terbaik dan tidak mengecewakan sama sekali. Kudos! Boleh beli lens lagi lepas ni (^,^)


So, JOM RAMAI-RAMAI BELI CONTACT LENSE DEKAT BarBie Contact Lenses!
Baju raya dah ada, kasut raya, shawl raya, mata raya pun HARUS ada!

Tadaaa! Ini dia! Punyalah excited dapat parcel ni.

Aren't the packaging cute?





Ini ada satu cerita. Disebabkan excited punya pasal, I main bukak penutup botol melulu, lepas tu blur macam mana nak keluarkan lense tersebut dari botol-botol imut sedemikian. Nak tercabut dah tangan I kepak-kepak benda tu, still takde tanda-tanda nak terbukak. Adakah patut botol-botol ini ku campakkan ke dinding sehingga pecah demi mengeluarkan kanta lekap itu? Desis hati kecilku (ayat novel keluaq dahhh)

Dan dalam zaman teknologi ini, marilah kita meng-Google selagi boleh! I LOVE GOOGLE! Tanpa Google saya tak mungkin mampu menyiapkan lab report punya discussion, menggodek gambar untuk diletakkan ke dalam blog saya, juga memuat turun lagu siulan muda-mudai sekarang. Terima kaih Google :') *ambik feel buat ucapan time menang award

Dengan penuh noob-nya, jejari runcing ini menaip:

Cara nak bukak botol contact lense

Ehh adalah!



Cepat-cepat klik!


Ohh begitu rupanya. Barulah hamba tahu! Credits for Beauty korean lens on Facebook atas note diorang. Macam tahu-tahu je ramai (termasuk I) tak reti nak buka penutup botol tu heheh.


Dan sesiapa nak tahu cara-caranya boleh baca sini,
















  




Atau boleh terus LIKE page ini: Beauty korean lens on Facebook (^,^)

Dan selepas diikuti langkah-langkah tersebut dengan penuh precaution, siap pakai goggles dengan lab coat (tipu) terselamatlah kanta lekap itu, keluar menghirup udara bebas. (I pun tak tahu kenapa entry kali ini pakai perkataan poyo-poyo. Ke memang selama ini macam ni? Err, layankan je lahh! (^,+)


Sila jangan tegur bengkak bawah mata bak mata panda tu! Sensitip mak tau. Perhatikan contact lense yang disumbat ke dalam mata sahaja. Nampak natural je kan. Tak adalah macam mata minah saleh tersesat dokek Kuala Pilah serta bertudung kan muehehe.


Colour: Dark brown
Diameter:
Power: +3.75 left, +3.75 right [tinggi bukan tahap kerabunan I? Total +7.00 lebih tuu. Sob sob sob menyesal time kecik-kecik saja tengok TV dekat-dekat, main game lama-lama, untuk memakai cermin mata yang dirasakan cool pada zaman hingus meleleh tu. Dasar budak-budak. Tapi nasib baik power both my eyes sama, jadi tak ada masalah kalau tertukar mana kiri mana kanan, sama saja dong!)
Purchased at: BarBie Contact Lense (click!)
Price: RM20 (postage fee: RM6)
Comment: Overall okay. Colour best! Senang nak pakai. Murah pula itu. Namun demikian lens ini adalah lebih nipis jika dibandingkan dengan lens dari brand Barat seperti freshkon, Blincon, dan lain-lain. (Lens ni dari Korea) So kena extra hati-hati, tak perlulah gentel sekuat hati untuk mengelakkan kekoyakkan (ada ke perkataan ni) ye. Karang menangis tak berlagu macam I cerita dekat sini hah.

Okaylah bye bye! Malam esok balik kampung dekat Perak yeayy!



Pening kepala I fikir ucapan Raya untuk korang tau! Hehek.


Di kesempatan ini, saya Melin Chomot (nama sebenar sila cari sendiri) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir Batin. Maaf dipinta andai ada perkataan dan penulisan saya selama ini di dalam blog ini menyinggung hati dan sanubari anda. Saya hanya manusia biasa. Nak minta maaf dekat I? Takpe, dah maafkan semua dah :) Makan ketupat rendang lemang serunding kuih raya semua tu ingat-ingatlah saya di sini. Muehehe. Kalau nak bank in duit raya dekat account I PUN BOLEHHHHHHHHHH! Minimum adalah 50 hengget ngehngehngeh. 

Bye! 




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Thursday, August 11, 2011

Agenda Yang Tidak Kita Sedari


Assalamualaikum.

Ini pun short entry juga. Nak share something dengan korang.
Dan harap anda semua share dengan orang-orang terdekat juga ye!

Tadi merayau-rayau dekat Facebook, terjumpa satu status yang berbunyi:

PERHATIAN !!! (kepada yang masih tak tahu...)1. cuba anda buka mana-mana blog kawan anda.
contoh : aaaaa.blogspot.com
2. kemudian, edit url blog tersebut. hilangkan huruf "s" pada perkataan blogSpot.
contoh : aaaaa.blogspot.com

Dan dengan penuh rasa curiosity yang tinggi, I try taip my blog URL.

Instead of "melinmelin.blogspot.com/", I typed "melinmelin.blogpot.com/"

See the difference? Yeah, exactly no 'S'

Then, terus tekan ENTER.

Dan sekarang masing-masing boleh cuba, buka 'New Tab'

APA YANG ADA DEPAN MATA ANDA SEKARANG?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saya sangat terkejut. Seriously. Sampai macam tu sekali 'pihak itu' nak pengaruh 

minda semua orang dalam dunia, especially umat Islam.

Cuba bayangkan, kanak-kanak moden berusia 7-8 tahun, nak buka 'the belog 

chomot'lah kononnya, (perasan sahaja), dan tersalah taip jadi 'blogpot' pulak.

Bayangkan bila mereka baca, budak-budak kan, otak senang terpengaruh. 

Nauzubillah.



INI BUKAN BENDA REMEH, CUBA PANDANG SECARA SERIUS. INI HANYALAH 

SALAH SATU DARIPADA PROPAGANDA DAN AGENDA YANG 'MEREKA' CIPTA. 

BAGAIMANA DENGAN YANG LAIN? WALLAHUALAM.



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Beginilah Nasib Diriku



Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak :)

Entry tiga jengkal sahaja panjangnya demi menunggu waktu berbuka puasa.

Tengok gambar ini dan hayati maksud tersirat ye kawan-kawan.


Sorry kualiti gambar kurenggg. Syahdu sangat teringat lemang rendang lembu dekat kampung halaman sampai tangan menggigil time nak snap gambar. Hehe.

Ye, seperti yang kelihatan, dua bulatan merah itu menunjukkan mereka pasang lampu lip-lap di tingkap bilik masing-masing sejak hari-hari terawal Ramadhan lagi. TOLONG BAGITAHU MACAM MANA I NAK BENDUNG RASA HOMESICK YANG KETERLALUAN APABILA SETIAP KALI JENGUK KE LUAR TINGKAP NAMPAK INI?
Tekanan perasaan tahu?

Belum masuk lagi segelintir mahasiswa-mahasiswi yang menjadikan "Dendang Perantau" dan "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" sebagai nada dering telefon bimbit. Ohoy, puasa dulu baru raya okay? (Padahal hati sayu dengar lagu-lagu sedemikian)

PS: Sabtu ini berkemungkinan satu Kuala Pilah akan menghadapi gangguan bekalan elektrik. Adakah ini satu alasan yang munasabah untuk pulang ke rumah lagi sekali? Muehehehehe (^,^)

Yang benar,
Anakmu di perantauan(lah sangat) yang merindukan suasana rumah juga mercun bola serta pop-pop.



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Tuesday, August 09, 2011

Misteri Nombor 5


Assalamualaikum. Hai semua (^,^)

Amacam puasa semua orang? Penuh lagi atau dah ada lopong-lopong? 
Adalah satu tekanan tahu apabila malam puasa pertama sudah berkumandang lagu-lagu raya di corong MP3 telefon bimbit masing-masing. Siap pasang lampu lip lap, pelita, main meriam buluh, mercun bola (OMG lama tak main!) blablabla, lalu menambahkan naluri INGIN BALIK RUMAH yang membuak-buak dalam diri.

Jadi dengan ini pada tanggal 5 Ogos 2011 bersamaan hari Jumaat 5 Syawal Ramadhan dan sudah semestinyalah hari ke-5 berpuasa kan, tepat pukul 5 (sebenarnya tak tepat mana pun, tapi untuk menyedapkan cerita masing-masing kena terima je fakta ini tanpa rasa ragu), sebuah teksi yang memuatkan 2 orang pelajar dengan tekad yang tinggi untuk tiba ke rumah tersayang beserta pemandu teksi (mestilah ada pemandu teksi, takkan teksi bergerak pakai bateri kot) berlalu meninggalkan kawasan hutan simpan Beting.

Hip hip hooray!

Hip hip hooray!

Pa pa pa americano.

Okay okay, masing-masing sudah kembali behave. Kita fast forward cerita ini ke dalam bas, dan teruslah sampai KTM Seremban, senang sikit cerita aku.

Berbuka puasa di dalam train yang sesak hiruk-pikuk dikelilingi strangers namun majoriti saudara seIslam, terpaksa naik coach yang bukan ladies' coach sebab ladies' coach sesak gila nak mamp. Nasib baik dapat duduk menikmati waffle coklat KTM Seremban yang enak lembut empuk siapa pernah makan angkat tangan. 
Dapat bayangkan situasi ini?

Sampai dekat Kajang kalau tak silap, ada satu announcement suara pak cik yang memang tak boleh nak romantik lagi, aku rasa maybe sebab makan banyak sangat berbuka sebelum itu, jadi nak keluarkan suara pun tak larat. Sorry pak cik, no offense! Hehe.

"... penumpang-penumpang sekalian, .... train terakhir, .... Serdang"

Itu sahajalah yang telinga aku dapat capture. Jangan nak cakap aku pekak. Mira pun tak dengar, orang lain pun semua blur. Salahkan pak cik tu! Erk, sorry lagi pak cik. Hehehe. So kitorang pun dengan heartlessnya mengabaikan announcement tadi lalu meneruskan agenda membulatkan perut masing-masing.

Sampai dekat KL Sentral, baru ada announcement yang lebih jelas. terang dan nyata menyatakan bahawa "train akan berhenti di stesen Kuala Lumpur. Ini adalah kerana terdapat gangguan bekalan elektrik antara Kepong dan Kuala Lumpur. Terima kasih"

Ambik kau. Cuak cuak.

Lalu bermulalah sesi dail-mendail ibu bapa masing-masing, bagitahu apa yang jadi.


Abaikan muka busuk dan selekeh itu

And we made our desicion. Jeng jeng jeng. Kitaorang naik LRT Rapid KL dari KL Sentral ke Gombak. Suruh our parents jemput dekat situ hehe. And I have to admit, first time naik LRT RapidKL dan jakun gilaa. Hehe.


Muka bahagia dapat jumpa family terchenta <3

Omaigad baru dua minggu tak balik rumah pun dah rindu tahap gaban. Memang tak boleh study over the sea si Budak Chomot ni. 
Sebab perut macam dah nak meletup, lapar sangat, mari singgah di restoran mamak berhampiran. Makan waffle je kot berbuka dalam train tu wuwuwu T__T


Bersama si adik bongsu yang kuat mentekedarah. Orang lain makan roti canai, mee goreng, dia telan nasi ayam kurma padahal lauk tu ada dekat rumah.

Itu cerita dari kampus balik rumah. Dari rumah balik kampus pula?
Haiyaa banyak malas oh mahu balik, pejam celik pejam celik dah hari Ahad dan kena pulang ke Kota Paris itu. Malasnyeww malasnyewww! Cakap dekat Mak nak balik Isnin, nak ponteng kelas Biology pukul 10 pagi tu, dan parents manalah kan yang bagi anak ponteng kelas? Fine, balik petang Ahad -.-'

Keluar rumah pukul 4 petang, sementara menunggu mesti ambil gambar!
(prinsip mana entah aku tibai)


Suka shawl ini! Extra suka sebab free hehe.


Disebabkan terlampau suka jadi harus snap pic dari angle lain.
Akak India belakang tu buat ape tu? Tak puasa eh? Hikhik.




And Mira tunggu dekat Kepong Sentral, sampai je cepat-cepat text suruh masuk ladies' coach through pintu tengah. Jadi dengan ini kami tidak terpisah hehe. Dan dalam train memang tidur jelah kan, mengantuk gilaaa. Lepas 16-17 kali terlentok (sakit tengkuk tahu?!) tersedar barulah sampai Seremban.

Samapi dah pukul 6.40, cari surau nak solat Asar. And we decided nak buka puasa dekat Terminal 1 Seremban je, solat maghrib dan baru naik bas balik Kuala Pilah.



Say "hye" to Mighaaa! (Mira versi orang pelat R)


Budak bermata sembab tak sabar nak berbuka


Hello, I am Captain America. Terasa Amarika Muuuu bak Amir Maharaja Lawak bila order air ni kehkehkeh.


Si pelahap. Mengapakah aku senyum sedemikian rupa, macam pervert pun ada aku tengok haihhh (-.-")

Dan dengan ini total perjalanan pulang juga = 5 jam

Demikianlah cerita den. MISTERI NOMBOR 5? Saje je buat gempak, barulah kau orang rasa terpengaruh nak baca entry aku kehkehkeh. Apa-apa pun maybe smeua tu kebetulan yang tak disengajakan sahaja. End of story (^,^)

Selamat berbuka puasa dan selamat hari raya!

Ehh belum lagi ke? Ok fine. SELAMAT BERPUASA. Sesiapa yang berbuka makan sedap-sedap mewah-mewah dengan family serta insan kesayangan tu jangan lupakan saya di sini ecehwahhh. ;)



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Saturday, August 06, 2011

SEGMEN BUDAK CHOMOT | REVIEW JANGAN TAK REVIEW! : Review Blog #4: oh ! OKAY. :)



Assalamualaikum. Salam Ramadhan, salam Satu Malaysia :)

Kita kembali kepada 'SEGMEN REVIEW ME-REVIEW DAN TER-REVIEW'!!!
Setelah berkurun lamanya ditinggalkan, fuh fuhhhhh berhabuk sudah segmen ini.
Namun jangan risau semua blogger yang join segmen ini, blog-blog anda akan masih di-review dan dipromosikan di sini. Senyum sikit muehehe :)

Okay, back to the Ampang point, blog bertuah kali ini adalah....


So tak kisahlah hangpa semua tengah okay ka tak okay ka tengah kebuloq sebab pagi tadi tak bangun sahur ka tengah makan maggie perencah kari sambil baca entry ni ka (ops!), anda akan cakap "oh ! OKAY." apabila singgah ke blog si gadis ini.

Tak percaya? Klik gambar bawah ni hah. Penat den screen capture lepas tu upload balik dekat sini. Sila hargai ye (^,^)

#click untuk berhijrah ke blog beliau. 
I suka ayat dia, kalau tak nampak meh sini I taipkan balik, I ni kan sungguh considerate orangnya muehehe. "...sebab blogger dia macam sempoi-sempoi boleh buat kawan main guli." Amboiiii, kenapa perlu main guli? Marilah kita menjadi kawan sepermainan bermain Angry Birds, Counterstrike, dan Dota barulah into trend youuuuuu! Okay gedik nak mamp -.-

Kembali ke Angkasapuri.

Masa untuk blog loading

In a blink of eyes! Like seriously! Maybe ada kaitan dengan url blog yang berbunyi http://onlythreesec.blogspot.com/  jadi haruslah mengambil masa tiga saat sahaja untuk blog fully loading. Kalau lebih 3 saat tu, silalah meratapi nasib masing-masing kerana mempunyai internet connection yang selaju siput vavi. Jangan nak curi broadband I yang super laju ni pula ye muehehe.


Jenis blog


Blog personal wanita (hehe comel tak kategori yang aku reka ni? Please cakap comel!)
Content
Nice! "Nice'' di sini bermaksud blogger ini tidak membosankan readers dengan entry yang berbaur keskemaan dan kemengantukan (mati aku kena kejar dengan cikgu BM aku buat ayat macam ni. Lari!) Beliau mempunyai sense of humour yang boleh membuatkan urat kentut masing-masing putus forever. Dan dalam setiap entry mesti ada at least satu gambar, which is good, supaya boleh attract readers baca. Keep up the good work :)


Lagu dalam blog?

Perghhhh TAK ADA! Ini I suka you! Muahmuahmuah!

Design blog 

Okay, tak terlalu sarat. Simple pun simple tapi tetap cute. Tapi satu je, welcoming message tu:


Agak menggangulah. Ehh bukan 'agak', MEMANG! *sigh
Cik blogger manis, kalau boleh remove je okay yunk? Setiap kali nak ke page lain benda ini muncul dan selagi tak tekan OK tak akan hilang-hilang, maybe kesan masa panjang nanti readers akan lari. Perghhh aku punya imagination tak boleh jauh lagi kan? It's totally up to you, I just bagi pandangan je. No offense, peace ;)

Berapa lama dah ber-blogging?

Berdasarkan pemerhatian (ececehhh), blog ini sudah wujud sejak September 2008 lagi. Phewww lagi senior dari blog I lagi, "Hai kakak senior!" hehe.


Blogger ini seorang yang...
-kelakar
-bijaksana dan juga bijaksini. She's taking foundation in electrical power engineering at UNITEN. Good luck dear!
Honestly, kami tak kenal, jadi tak kenal maka tak cinta kan? So kalau nak keluar sama-sama belanja I makan belanja I tengok wayang, apa salahnya muehehe.

I think sampai sini je lah. Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, dan selamat bersahur! (^,^) 
















Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Tuesday, August 02, 2011

Wordless Wednesday Versi Tak Sabar-sabar Nak Tunggu Rabu | Kembar Harimau Bintang Berjaya Ditemukan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Pakej bagi salam panjang-panjang, tajuk entry panjang, tapi jangan risau nak merepek sikit je ni muehehe.


Awak semua percaya tak kalau kite cakap harimau bintang suka bergambar?
Siap pose syok sendiri dekat toilet kampus pulak tu! Alamak, harimau bintang pun pergi belajar tuuuu! Bak kata pepatah, 'menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China', tak gitu? Hehe.

Dan dengan ini mempersembahkan:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaa!


Muehehe tak payah nak harimau bintang sangatlah kan! Si Chomot ni je lah!
Haihh nak buat saspens pun tak jadi kehkehkeh.


Muka kalau tak teruja gila babeng time bergambar memang tak sah. 
Yang penting double chin dengan mata panda tu mahal okay! 
Bukan semua orang ada! Kepada sesiapa yang berminat nak beli lemak berlebihan bawak dagu dan juga mata-lebam-secara-semulajadi-bukan-stok-kena-belasah-gangster-Kampung-Pisang, harap maaf memang tak dapek ahh! Persoalannya dekat sini ada ke yang nak beli? =="


Ada member memberikan petua sebegini rupa;
"Kau dah tahu ada jerawat sekelompok dekat pipi kiri tu tak payahlah nak tayang kesan noda dan cela (jerawat je pun) yang sangat tidak cool itu depan kamera!"
Perghh anda memang genius dengan idea sedemikian wahai sahabat, atau kite yang mangkuk kurang brilliant sangat benda tu pun tak reti nak cover? Dan sekarang memang gambar aku lepas ni tayang pipi kanan je, setidak-tidaknya sebelum jerawat itu menemui jalan penyelesaian yang efektif untuk dilenyapkan. Minta-minta pipi kanan tidak pula dihinggapi acne fuh fuh fuhhh!



Gedik pulak minah ni bulan-bulan Ramadhan sebegini. Adoiyaiii.




Nak juga bajet seperti blogger fashionista yang list segala mak datuk brand yang dipakai di badan!

Leopard-printed shawl: Ditaja oleh keysha1111.blogspot.com/ [rujuk entry ini]
White shirt: Unbranded, RM25
Inner coklat: Inner je kot, ada siapa kisah pasal brand dan harga ke? Hehe
Jeans: Applemint
Beg pink: Miss T, RM65 (tapi pakai seminggu dah koyak grrr)
Watch: Polo Club Brittania sponsored by Mr. A (sebab tu dah agak retak pun pakai jugak huhu kite ni memang tak pandai jaga ke sobsobsobs)
Cincin tunang: Wakluuuuuuu! Belajar tak habis lagi derr hehe.

Kesian sekian sahaja laporan saya, Melin Chomot, untuk Buletin-Pukul-Berapa-Pun-Boleh! hanya di the belog chomot.

Selamat berpuasa! Puasa jangan tak puasa tau (^,^)



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Monday, August 01, 2011

Ceritera Dinner Saya :)

PERHATIAN: ENTRY INI MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA "KITE AWAK" SEBAGAI USAHA MENJADI BUDAK BAIK SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI.


Assalamualaikum! Tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala! (^,^)

Boleh tak entry kali ini kite nak cerita pasal dinner kite Sabtu lepas? Aikk bila masa pulak kite pandai mintak izin ni? Tak ponah-ponah kan? Kalau awak semua cakap tak boleh pun kite peduli apa, kite nak cerita jugak! *hentak-hentak kaki 120 batu sesaat. Omangai gedik gilaaaa!

Dinner? Dinner apa? Ohh lupa pulak nak cerita. Actually ini dinner maa adalah anjuran Society of Science (SCISIS) UiTM Negeri Sembilan. Julung-julung kalinya diadakan tau! Bangga dan mengembangkan kedua-dua lubang hidung empat meter persegi sebab dapat join. Tempat hanyalah untuk 350 yang terawal, dan ucaplah tahniah dekat kite sebab berjaya merebut tempat tersebut! Erkk.

Kejap nak tepek gambar invitation card.



Kenapa dinner ada limit?
- sebab course Diploma in Science adalah course paling ramai student dekat kampus kite ni. Maybe dalam 75% kot. Haha suka hati tibai percentage, tapi ni nak cerita betapa ramainya budak course kamilah. Dan agaklah mustahil untuk menyumbat semua budak Sains daripada part 1 hinggalah ke part 5 dalam tempat yang terhad ruangnya, iaitu Melang Inn. Yang tak dapat, tak sempat join tu jangan sedih okay? There's always next time, inshaAllah :)
*cara menaip macam kite ni VC UiTM je, lempang sikit nak? Muehehe

Dan nak dijadikan cerita, kite tak ada mood sangat pun nak pergi dinner ni. Tak tahu kenapa. Maybe satu minggu yang agak menyakitkan jiwa dan raga telah terjadi dan memberi kesan kepada mood manusia yang mahu pergi ke dinner pertama ini.

Lack of preparation. Baju shawl wedges pun main tangkap muat je. Tambah rushing masa lagi, kelam kabut jadinya. Biasalah dinner mesti start dalam pukul 8, lepas maghrib kan? Dengan nak sembahyang, makeup (tak berapa makeup mane pun), pak cik taxi yang dah sampai pukul 7.50malam, inilah keputusannya.


Padan muka, Melin Chomot, Budak Chomot, ambek memang betul-betul chomot terus jadi! Sobsobsobs *nangis 25 batu sesaat :'(

Selekeh kan? Tak payah nak sedapkan hati I, memang sangat selekeh. Rasa macam mahu bunuh diri ketika itu juga. Astaghfirullah. Takdelah, just rasa menyesal tak guna masa dengan sebaiknya buat preparation yang lengkap, tengok-tengok orang lain bukan main vogue dan kite tak se-vouge mereka. Agak down di situ T__T

But anyway thanks to the hormones sebab mengambil masa yang sangat sekejap untuk stabilize. Tepuk tangan dekat Melin Chomot sebab berjaya mengawal emosi! Muehehe. Dalam taxi senyap 5 minit sampai cakap dekat member "aku tak nak pergi dinner ni" dan tiba-tiba otak berfungsi, "kenapa aku perlu jadi childish? Dinner bukan hanya pasal appearance semata-mata, go have fun with your friends dan kau kan dah bayar RM30? Rugi weh kalau nak patah balik! Seminggu boleh menanggung makan tuuu" And here I am, redah je! Hehe 

Dah sampai! Memang mesti kena snap gambar secara berdozen!



Marilah berkenalan dengan kawan-kawan saya yang cantik! Kite dah puji cantik ni apa lagi belanjalah kite bukak puasa dekat hotel lima bintang! Muahaha. Semua single lagi, nak nombor phone sila mintak sendiri. Gerenti tak dapat sebab semua garang-garang. Hehe.


Butterscotch Fatin yang sangat gorgeous malam itu. Terus rasa nak ajak couple dengan I muehehe.


Boleh tak kalau nak gambarkan dinner ni melalui gambar sahaja? Layankannnn! Zassss!

*gambar-gambar di bawah adalah tidak mengikut kronologi kejadian sebab owner blog pemalas nak mampus betul





Apa kes focus point macam kat aku ni? Terasa seperti gergasi berjubah -.-'


Credits to Mira dan DSLR barunya wink wink (^,+)


Pipi tu aset weh!


Waiter bangla tu pun nak interframe jugakkk! Pun bolehhhh!


Sebenarnya nak tutup jerawat dekat pipi dan promote kuih bingka (eh?) dalam satu masa. Sambil menyelam minum 100 plus weh.



Mamat dekat depan tu memang retarded sikit. Fuhhh kutuk tanpa beralas betul kite ni kan muehehe sorry! :D

Maisara, budak Science perempuan paling tinggi yang kite kenal. Time ni pakai wedges 38 inci pun tak boleh kalahkan dia. Lepas ni kena pakai kaki yang orang pakai kat circus tu kot untuk kelihatan lebih tinggi daripada beliau hehe.



Time ni dah nak balik dah.



Serious cool!


Kemain eksaited nampak belon. Dasar kanak-kanak hingusan.


Nak letak jugak gambar makanan kita orang malam tu dengan tujuan kalau awak semua baca entry ni time puasa di siang hari akan terliur satu baldi. Keji sungguh perangai. Kata nak jadi budak baik -.-'


Zoom lagi biar awak semua tak senang duduk mahupun berdiri muehehe. Overall RM30 kita orang hari tu is nothing compared to these yummy food! Memang berbaloi baloi kalah Kamdar weh! Dari appetizer, main course, desserts, satay Pilah segala bagai, semuanya memuaskan hati dan jua perut gendut memasing.


Nasi warna-warni, terbaik dari ladang Melang Inn. Nak tambah tapi maluuuuu.
I kan pemalu orangnye, tak gitu kengkawan? Hehe ;) 


Tengok tu, gambar tak bersusun.
 Ini appetizer, bubur pisang tak silap. Time ni tahap kelaparan tak boleh digambarkan dengan kata-kata lantas terus melahap dengan rakus sampai tak pandang langsung student buat performance atas pentas. Muehehe no offense. Perut kosong mesti diiisi :)

Actually banyak je lagi gambar tapi malas nak upload semua. Hehe malas aje yang timbul kan. I happy sangat malam tu, puas hati dengan dinner ni. Big claps to the organizer. You guys did a great job! Harap-harap event macam ni akan ada lagi dan lebih ramai yang boleh datang. inshaAllah :) 

Cukuplah sampai sini, panjang-panjang awak smeua muak pulak! Hehe.
Okbye. Selamat berpuasa! (^,^)V


UPDATE: Pengat pisanglah, bukan bubur pisang! Maluuuuuuu. Nampak sangat jarang masuk dapur muehehe.


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)