Monday, August 29, 2011

I Ada Mata Baru! You'alls Ada? Non Hadooo~





AMARAN: INI CERITA LAMA YANG DIKEPAM DALAM DRAFT. NASIB BAIK TAK JADI PEKASAM LAGI. SORRY FOR THE LACK OF UPDATES. BUSY BUSY BUSY! MUEHEHE :D




Assalamualaikum dan selamat berpuasa =)

Tajuk memang macam tak boleh annoying plus gedik santai lagi kan? I tahu kalau I ada depan mata you'alls mesti dah kena pelangkung kan? Wuwuwu. Tapi sebenarnya ia adalah reflex action yang menunjukkan keterujaan mendapat MATA BARU!

MATA BARU? Buat transplant mata ke apa budak ni? -.-'


Hiperbola itu mesti, padahal sebenarnya...




CONTACT LENSE BARUUU! Yeayy!

First time beli online tau! Teruja mak, nyahh! Service adalah terbaik dan tidak mengecewakan sama sekali. Kudos! Boleh beli lens lagi lepas ni (^,^)


So, JOM RAMAI-RAMAI BELI CONTACT LENSE DEKAT BarBie Contact Lenses!
Baju raya dah ada, kasut raya, shawl raya, mata raya pun HARUS ada!

Tadaaa! Ini dia! Punyalah excited dapat parcel ni.

Aren't the packaging cute?





Ini ada satu cerita. Disebabkan excited punya pasal, I main bukak penutup botol melulu, lepas tu blur macam mana nak keluarkan lense tersebut dari botol-botol imut sedemikian. Nak tercabut dah tangan I kepak-kepak benda tu, still takde tanda-tanda nak terbukak. Adakah patut botol-botol ini ku campakkan ke dinding sehingga pecah demi mengeluarkan kanta lekap itu? Desis hati kecilku (ayat novel keluaq dahhh)

Dan dalam zaman teknologi ini, marilah kita meng-Google selagi boleh! I LOVE GOOGLE! Tanpa Google saya tak mungkin mampu menyiapkan lab report punya discussion, menggodek gambar untuk diletakkan ke dalam blog saya, juga memuat turun lagu siulan muda-mudai sekarang. Terima kaih Google :') *ambik feel buat ucapan time menang award

Dengan penuh noob-nya, jejari runcing ini menaip:

Cara nak bukak botol contact lense

Ehh adalah!



Cepat-cepat klik!


Ohh begitu rupanya. Barulah hamba tahu! Credits for Beauty korean lens on Facebook atas note diorang. Macam tahu-tahu je ramai (termasuk I) tak reti nak buka penutup botol tu heheh.


Dan sesiapa nak tahu cara-caranya boleh baca sini,
















  




Atau boleh terus LIKE page ini: Beauty korean lens on Facebook (^,^)

Dan selepas diikuti langkah-langkah tersebut dengan penuh precaution, siap pakai goggles dengan lab coat (tipu) terselamatlah kanta lekap itu, keluar menghirup udara bebas. (I pun tak tahu kenapa entry kali ini pakai perkataan poyo-poyo. Ke memang selama ini macam ni? Err, layankan je lahh! (^,+)


Sila jangan tegur bengkak bawah mata bak mata panda tu! Sensitip mak tau. Perhatikan contact lense yang disumbat ke dalam mata sahaja. Nampak natural je kan. Tak adalah macam mata minah saleh tersesat dokek Kuala Pilah serta bertudung kan muehehe.


Colour: Dark brown
Diameter:
Power: +3.75 left, +3.75 right [tinggi bukan tahap kerabunan I? Total +7.00 lebih tuu. Sob sob sob menyesal time kecik-kecik saja tengok TV dekat-dekat, main game lama-lama, untuk memakai cermin mata yang dirasakan cool pada zaman hingus meleleh tu. Dasar budak-budak. Tapi nasib baik power both my eyes sama, jadi tak ada masalah kalau tertukar mana kiri mana kanan, sama saja dong!)
Purchased at: BarBie Contact Lense (click!)
Price: RM20 (postage fee: RM6)
Comment: Overall okay. Colour best! Senang nak pakai. Murah pula itu. Namun demikian lens ini adalah lebih nipis jika dibandingkan dengan lens dari brand Barat seperti freshkon, Blincon, dan lain-lain. (Lens ni dari Korea) So kena extra hati-hati, tak perlulah gentel sekuat hati untuk mengelakkan kekoyakkan (ada ke perkataan ni) ye. Karang menangis tak berlagu macam I cerita dekat sini hah.

Okaylah bye bye! Malam esok balik kampung dekat Perak yeayy!



Pening kepala I fikir ucapan Raya untuk korang tau! Hehek.


Di kesempatan ini, saya Melin Chomot (nama sebenar sila cari sendiri) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir Batin. Maaf dipinta andai ada perkataan dan penulisan saya selama ini di dalam blog ini menyinggung hati dan sanubari anda. Saya hanya manusia biasa. Nak minta maaf dekat I? Takpe, dah maafkan semua dah :) Makan ketupat rendang lemang serunding kuih raya semua tu ingat-ingatlah saya di sini. Muehehe. Kalau nak bank in duit raya dekat account I PUN BOLEHHHHHHHHHH! Minimum adalah 50 hengget ngehngehngeh. 

Bye! 




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

7 taiko kawasan bagi amaran:

AesyaZealous said... BALAS

kite pun same..ade lens baru..hehehe

Syafiqah Hashim said... BALAS

woww! murah nyaaa..pika belum pernah beli lenses korea..takot effect mata..but, pika nak try order lahh..MURAH!!
kalau beli kat freshlook tu RM129.90, (sebab ikut power & free solution and cases)..perghh..boleh beli 6 lenses..huhuu..

thanks share!

selamat hari raya! ..

Yong Sofea said... BALAS

kemain kau makin galak pakai contact lens sekarang. hehe

M Firdaus Mohd said... BALAS

macam complex gila je nak pakai dia. takpa2., saya lelaki, memang wajar tak pakai. :)

afiqazizan said... BALAS

Selamat hari raya aidilfitri melin..maaf zahir dan batin..:)

Amanda Eltiqaz said... BALAS

wah..murah okay! last akak beli RM30++ before tu RM27++ (tu pun dh perasan murah dh..huhu..) but this one really cheap~

nnt nk promote kt adik.hik hik.

cik aletheea : said... BALAS

hahahha...
siap ada toturial nak buka cover botol tue.....heheheh