Tuesday, August 09, 2011

Misteri Nombor 5


Assalamualaikum. Hai semua (^,^)

Amacam puasa semua orang? Penuh lagi atau dah ada lopong-lopong? 
Adalah satu tekanan tahu apabila malam puasa pertama sudah berkumandang lagu-lagu raya di corong MP3 telefon bimbit masing-masing. Siap pasang lampu lip lap, pelita, main meriam buluh, mercun bola (OMG lama tak main!) blablabla, lalu menambahkan naluri INGIN BALIK RUMAH yang membuak-buak dalam diri.

Jadi dengan ini pada tanggal 5 Ogos 2011 bersamaan hari Jumaat 5 Syawal Ramadhan dan sudah semestinyalah hari ke-5 berpuasa kan, tepat pukul 5 (sebenarnya tak tepat mana pun, tapi untuk menyedapkan cerita masing-masing kena terima je fakta ini tanpa rasa ragu), sebuah teksi yang memuatkan 2 orang pelajar dengan tekad yang tinggi untuk tiba ke rumah tersayang beserta pemandu teksi (mestilah ada pemandu teksi, takkan teksi bergerak pakai bateri kot) berlalu meninggalkan kawasan hutan simpan Beting.

Hip hip hooray!

Hip hip hooray!

Pa pa pa americano.

Okay okay, masing-masing sudah kembali behave. Kita fast forward cerita ini ke dalam bas, dan teruslah sampai KTM Seremban, senang sikit cerita aku.

Berbuka puasa di dalam train yang sesak hiruk-pikuk dikelilingi strangers namun majoriti saudara seIslam, terpaksa naik coach yang bukan ladies' coach sebab ladies' coach sesak gila nak mamp. Nasib baik dapat duduk menikmati waffle coklat KTM Seremban yang enak lembut empuk siapa pernah makan angkat tangan. 
Dapat bayangkan situasi ini?

Sampai dekat Kajang kalau tak silap, ada satu announcement suara pak cik yang memang tak boleh nak romantik lagi, aku rasa maybe sebab makan banyak sangat berbuka sebelum itu, jadi nak keluarkan suara pun tak larat. Sorry pak cik, no offense! Hehe.

"... penumpang-penumpang sekalian, .... train terakhir, .... Serdang"

Itu sahajalah yang telinga aku dapat capture. Jangan nak cakap aku pekak. Mira pun tak dengar, orang lain pun semua blur. Salahkan pak cik tu! Erk, sorry lagi pak cik. Hehehe. So kitorang pun dengan heartlessnya mengabaikan announcement tadi lalu meneruskan agenda membulatkan perut masing-masing.

Sampai dekat KL Sentral, baru ada announcement yang lebih jelas. terang dan nyata menyatakan bahawa "train akan berhenti di stesen Kuala Lumpur. Ini adalah kerana terdapat gangguan bekalan elektrik antara Kepong dan Kuala Lumpur. Terima kasih"

Ambik kau. Cuak cuak.

Lalu bermulalah sesi dail-mendail ibu bapa masing-masing, bagitahu apa yang jadi.


Abaikan muka busuk dan selekeh itu

And we made our desicion. Jeng jeng jeng. Kitaorang naik LRT Rapid KL dari KL Sentral ke Gombak. Suruh our parents jemput dekat situ hehe. And I have to admit, first time naik LRT RapidKL dan jakun gilaa. Hehe.


Muka bahagia dapat jumpa family terchenta <3

Omaigad baru dua minggu tak balik rumah pun dah rindu tahap gaban. Memang tak boleh study over the sea si Budak Chomot ni. 
Sebab perut macam dah nak meletup, lapar sangat, mari singgah di restoran mamak berhampiran. Makan waffle je kot berbuka dalam train tu wuwuwu T__T


Bersama si adik bongsu yang kuat mentekedarah. Orang lain makan roti canai, mee goreng, dia telan nasi ayam kurma padahal lauk tu ada dekat rumah.

Itu cerita dari kampus balik rumah. Dari rumah balik kampus pula?
Haiyaa banyak malas oh mahu balik, pejam celik pejam celik dah hari Ahad dan kena pulang ke Kota Paris itu. Malasnyeww malasnyewww! Cakap dekat Mak nak balik Isnin, nak ponteng kelas Biology pukul 10 pagi tu, dan parents manalah kan yang bagi anak ponteng kelas? Fine, balik petang Ahad -.-'

Keluar rumah pukul 4 petang, sementara menunggu mesti ambil gambar!
(prinsip mana entah aku tibai)


Suka shawl ini! Extra suka sebab free hehe.


Disebabkan terlampau suka jadi harus snap pic dari angle lain.
Akak India belakang tu buat ape tu? Tak puasa eh? Hikhik.




And Mira tunggu dekat Kepong Sentral, sampai je cepat-cepat text suruh masuk ladies' coach through pintu tengah. Jadi dengan ini kami tidak terpisah hehe. Dan dalam train memang tidur jelah kan, mengantuk gilaaa. Lepas 16-17 kali terlentok (sakit tengkuk tahu?!) tersedar barulah sampai Seremban.

Samapi dah pukul 6.40, cari surau nak solat Asar. And we decided nak buka puasa dekat Terminal 1 Seremban je, solat maghrib dan baru naik bas balik Kuala Pilah.



Say "hye" to Mighaaa! (Mira versi orang pelat R)


Budak bermata sembab tak sabar nak berbuka


Hello, I am Captain America. Terasa Amarika Muuuu bak Amir Maharaja Lawak bila order air ni kehkehkeh.


Si pelahap. Mengapakah aku senyum sedemikian rupa, macam pervert pun ada aku tengok haihhh (-.-")

Dan dengan ini total perjalanan pulang juga = 5 jam

Demikianlah cerita den. MISTERI NOMBOR 5? Saje je buat gempak, barulah kau orang rasa terpengaruh nak baca entry aku kehkehkeh. Apa-apa pun maybe smeua tu kebetulan yang tak disengajakan sahaja. End of story (^,^)

Selamat berbuka puasa dan selamat hari raya!

Ehh belum lagi ke? Ok fine. SELAMAT BERPUASA. Sesiapa yang berbuka makan sedap-sedap mewah-mewah dengan family serta insan kesayangan tu jangan lupakan saya di sini ecehwahhh. ;)



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

9 taiko kawasan bagi amaran:

Yong Sofea said... BALAS

panjang tau cerita kau melin. haha. magic gilo nombor 5 tu. :P

Budak Chomot said... BALAS

@Yong Sofea
Eh mesti! Hehe. Nombor 5 yang magic weehoo :D

afiqazizan said... BALAS

waffle coklat..dah lama tak makan..lenkali klu nak mkn lagi..ajak makan sekali ya..hihi..cehhh no 5 yang misteri ya..(:

Cik Nad A.J said... BALAS

hai ! saya pun bermata sembab juga. ^_~

Lizzie Yasmin said... BALAS

OMG, kalau aku tidak lar nak bukak posa dalam train siap bedal waffle. Sanggup kunyah gula - gula jer.. Segan orang ramai punya pasal..

Budak Chomot said... BALAS

@afiqazizan
Hehe Melin masa tu pun dah lama tak makan waffle lembut sedap macam tu. InshaAllah, datanglah Seremban hehe. Misteri sangat tu :)

Budak Chomot said... BALAS

@Cik Nad A.J
Dah boleh buat geng ,ata sembap ni!
Hehe, japp. Sembab ke sembap eh? Huhu.

Budak Chomot said... BALAS

@Lizzie Yasmin
Haha nak malu apanya. Akak kat depan I siap melantak burger McD lagi. Kitaorang tengok je. Sekarang ni malu makan perut sendiri yang lapar :D

My MiRa said... BALAS

eh eh terkusyuk plak bace ni ehhehe :P