Monday, August 01, 2011

Kenangan Berpuasa Time Kecik-kecik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Bagi salam penuh, jawab salam pun biar penuh, so puasa tahun ni kena puasa penuh! Amacam cool tak pantun aku? Erk, pantun? -.-'

Esok dah nak puasa. Ahlan wasahlan ya Ramadhan! Semoga kita sama-sama memperolehi nikmat dan barakah di bulan mulia ini (^,^)


Bercakap tentang PUASA, teringat pulak kenangan berpuasa time kecil dahulu.
Jom imbas sama-sama! Mana tahu ada yang sama ke teehee ;)


1. Dulu masa umur 6, 7 tahun, masa mula-mula nak belajar puasa, Mak dengan Abah akan bagi RM1 untuk setiap hari yang berjaya puasa sampai azan maghrib berkumandang. Punyalah eksaited sampai dengan penuh konfidennya berazam nak puasa 30 hari, so boleh dapat RM30 dan berlagak dengan kawan-kawan. keji sungguh perangai. Tapi disangkakan panas hingga ke petang, baru pukul 11 pagi dah geledah peti ais cari makanan. Hikhik. Overall sebulan tu paling banyak dapat RM8 kalau tak silap time darjah 2 kot, Abah bagi duit syiling seringgit tu tiap hari yang penuh dan cepat-cepat masuk dalam tabung yang bank bagi, yang ada suara "pandai adik simpan duit, esok simpan lagi" Bahagianya saat itu hanya aku dan Tuhan yang tahu (^,^)
KORANG PUN SAMA JUGAK TAK?


2. Pagi-pagi boleh tahan lapar lagi. Menjelang pukul 12 tengahari je dah mula gelisah. Jeling-jeling peti ais, usha-usha bawah tudung saji, tengok-tengok jam. Tapi still nak bertahan lagi, pergi dekat peti ais, bukak pintu peti ais atas bawah, duduk depan tu lama-lama, konon nak bagi sejuk sikit. Pukul 2 petang, tengah panas gila nak mati tu, pergi mandi lama-lama. Dah mandi segar sikit. Lepas mandi tidur sampaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai waktu bukak puasa nak dekat. Hehe tak senonoh kan?


3. Dalam pukul 4 petang lepak dengan member-member seperjuangan stok main guli, lompat tikus, batu seremban sama-sama. Lepas tu tak sampai setengah jam dah penat. Masuk rumah ramai-ramai, landing atas sofa, jari masuk dalam lubang hidung lantas terus korek hidung dengan rakus. Hahah. Member jerit, "weh, puasa mana boleh korek hidung!" Aku pun tersedar, tapi jari still korek hidung, malah lebih dalam dan masyuk muahaha hampeh sungguh. Namun puasa masih diteruskan. Sekarang baru aku tahu, ada ustaz cakap tak apa puasa korek hidung atau telinga, asalkan bukan rongga makanan. Yeayy dengan ini tindakan aku semasa zaman jahiliah itu adalah betul! Muehehe.


Masyuk macam ni lah gwa layan kenikmatan mengorek bijih muahaha :D




4. Pergi bazaar Ramadhan satu keluarga. Punyalah happy tengok macam-macam makanan ada. Tarik tangan Mak dengan Abah beli tu beli ni. Tapi yang paling penting adalah donut coklat. Balik rumah, volunteer nak letak semua makanan yang beli kat bazaar tadi dekat pinggan, letak atas meja makan. Rajin kan muehehe? Tapi sebenarnya ada agenda tersendiri! Bila letak donut coklat dekat pinggan, mestilah ada coklat melekat dekat tangan kan? Sebab malas punya pasal nak pergi sinki basuh tangan, aku pun jilat jari aku yang bercoklat tu. Memang fingers licking good betul. Kejadian ini terjadi selama 3 hari dan hari keempat tu kantoi bila Abah masuk dan nampak apa yang aku buat. Choyyy. Pura-pura tak sengaja padahal memang sengaja. Hehe sorry Abah ;)


5. Time tadika bawak air pergi tadika (apa ayat aku ni?) time bulan puasa. Air bukan calang-calang, bukan air masak biasa, air Vico pekat likat favourite kite dan juga kawan-kawan setadika. Letak pulak dalam botol jernih, memang semua orang nampaklah kan. Lepas tu minum tanpa rasa bersalah depan khalayak ramai. Sejurus selepas itu ramai-ramai serbu Cikgu Dersimah (cikgu tadika aku) minta kebenaran nak buka puasa.


CD (Cikgu Dersimah) : Aik, kenapa tiba-tiba nak buka puasa pulak ni?

Siti (kawan aku) : Amalina tu tak puasa pun. Dia minum Vico. Sedaplah cikgu. (sambil buat muka kesian)

CD : Haihhh Amalina ni...............


Hebat tak pengaruh aku? Muahaha hampeh sungguh. Cikgu, sekarang saya dah tak minum Vico depan khalayak ramai dah. Saya minum dalam locker je sorang-sorang muehehe


Itu je laa sedikit sebanyak experience aku. Banyak lagi actually tapi nak jimat tenaga menaip je hehe. Kau orang macam mana pulak? 
Ce kongsi ce kongsi. Boleh cerita dekat ruangan komen bawah ni (^,+)


Anyway, SELAMAT BERPUASA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAH SEDUNIAAAAAAA!
JANGAN PUASA YANG YUK PAGI-PAGI BUKAK PERIUK TAU! Hehe :D






Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

4 taiko kawasan bagi amaran:

Chuu Muqhlis said... BALAS

mase kecik2 mmg besh woh!
lepas mgrib paling best, main mercun
padahal raya belum lg wahaha XD

Anonymous said... BALAS

Bukan rongga makanan lar. Rongga yg terbuka. Telinga, hidung, mulut tu antara rongga terbuka. Korek hidung boleh, tapi makruh. Puasa terbatal apabila korek yang terlampau dalam. setakat bhgn luar, kasi bersih2 sikit xpa. Sama gak dgn telinga. Mata pun sama, perlu di elakkan menggunakan eye more ketika berpuasa. :)

Selamat berpuasa. Semoga dicucuri rahmat-Nya. Amin~

Cik Asma BLuppy said... BALAS

byk kantoi pose ni... hehehe
selamat berpuasa=)

Rafidah Farhana said... BALAS

Wehei, sengal T_T
semua cerita pasal makanan. Menyesal aku baca ditengahari 1 ramadhan.