Sunday, September 18, 2011

Rezeki Pertama Dengan Nuffnang. Alhamdulillah (^,^)



Assalamualaikum. Selamat hari-hari. Marilah pergi Hari-Hari!

Erkk. Line pertama dah awkward. Jangan bimbang. Tuan blog bukanlah tuan empunya Pusat Pakaian Hari-Hari, beliau cuma terlebih excited.

Sebab?

Sebab ni kot.













Tak payah enlarge tau gambar dekat atas ni. I malu -.-

Alhamdulillah, cashout pertama dengan Nuffnang lepas dah nak hampir setahun bertatih dalam dunia belog-membelog ni. Ewahh kau, ayat nak ayat Cerekarama je! Hekhek. I blogger biasa-biasa je. Tak adalah dapat ribu riban Ringgit Malaysia sebulan. Takde takde. That is so NOT me.

Walau tak banyak mana pun, still bersyukur sangat-sangat. Weh, DUIT kot? Siapa tak nak? MONEY IS IMPORTANT YAWW IN THIS WORLD! Nak-nak lagi kau ada blog je kau dah boleh dapat duit. Bukan kena bertukang siang malam! Nah hadap terkeluar sudah perangai mata duitanku ini. Ampun ampunn. Janganlah me-reject saya ye wahai jejaka-jejaka tampan sekalian. Aduiyai aku ni dah kenapa?! Back to the point, cheque dari Nuffnang ni sampai last week kot kalau tak silap. Memang menantikan kehadirannya pun sebab bila dah tekan butang 'Cashout' memang akan ambil masa sebulan pun untuk cheque sampai rumah. Gaya macam cheque tu ada kaki, jalan sendiri datang rumah aku kan? Err, creepy!

Nak snap pic cheque tu pun tak dapek ler, sebab teman tak pegang pun cheque tu apatah lagi nak snap gambar kan kome-kome? Sebab tulah print screen kat page Nuffnang je. Alkisahnya aku (sekejap aku, sekejap I, sekejap teman, cheq, aku sendiri pun dah pening) ada dekat kampus meneruskan pembelajaran dan bila Mak hello-hello cakap ada cheque atas nama aku, terus suruh Abah redeem cheque tu bagi pihak gwa (tengok tu, gwa pulak, aku memang ada masalah dengan kata ganti nama diri sejak kecil -.-')
Memang dah bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal peluk dengan patung Angry Birdslah kan. Duit dekat purse dah susut, nak minta sikit dekat ibu bapa segan, hilanglah macho kan, cheque Nuffnang, kau memang penyelamat! AKU CHENTA KAMU NUFFNANG! Dapatlah aku meneruskan hidup, beli kopi, susu, gula, pampers easy fit anak, eyeliner, air mineral blablabla. Semua ni rezeki anak-anak. Jangan salah faham, anak tekak, anak tudung tau!

Akhir kata, kalau ada yang cakap Nuffnang penipu, bila dah cukup RM50.00 nak cashout tiba-tiba tup tup terus jadi RM0.00, cheque tak sampai-sampai, hentikanlah tohmahan melulu itu ye tuan-tuan dan puan-puan. Nuffnang is the best! Dah dapat duit cakap macam ni lah kan. Hikhikhik. Biasalah tu cheque sampai lambat, beribu-ribu lemon blogger dalam Malaysia yang cashout earnings masing-masing derr. Nuffnang, saya amat memahami anda. SILA BAGI SAYA BUFFERED EARNINGS BANYAK-BANYAK YE SEJURUS SELEPAS INI! MUEHEHE BUAT FONT KECIK NI HARAP-HARAPLAH ORANG TAK PERASAN KUIKUIKUI.

PS: Ini bukan entry kipas bontot Nuffnang. Semuanya ikhlas dari hati owner blog yang start final exam semester 3 esok. Marilah mendoakan kesejahteraan bersama-sama.

Sorry entry kali ni mungkin membosankan dengan kekurangan gambar. Camera kena rembat si adik budak SPM sobsobsobs T__T









Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

4 taiko kawasan bagi amaran:

Pendamba Mawar said... BALAS

da cash out.untung la..pendamba la xgerak2 nuffnang nyer..

meh komen entri saya jua

Melin said... BALAS

@Pendamba Mawar
Alhamdulillah. Lepas ni geraklah tu Nuffnang awak. Okay :)

ms kay said... BALAS

how to get the earning.? haha. kay ta pena dpt pape pun -.-"

myraVea said... BALAS

Alhamdulillah, lepas ni mesti banyak BE bakal dapat..banyakkan bersabar, banyakla dapat..hehe..

thanks drop blog sis ye dear..kalau terjumpa dekat kampus tu, meh2 tegor meh ;)