Friday, November 26, 2010

KOSONG.

KOSONG. ZERO. SIFAR. TELUR AYAM.
first word yang terlintas bile tengok gambar di atas kan?
okay. sekarang bukan sesi mengenal nombor.
bukan juga nak belajar Calculus.
tapi nak cakap pasal satu "KEKOSONGAN" kat dalam hidup aku.

Aku tak tahu apa.
deep inside this heart,
macam ade satu lubang hitam yang besar. gelap. KOSONG.
macam jigsaw puzzle, dah nak siap dah ni.
tapi ade satu missing piece.
still rase tak complete kan?
itulah ape yang aku rase sekarang.
ehh, bukan sekarang. ALWAYS.

Aku tak tahu di mana silapnye.
aku bukan ahli silap mata.
bukan juga pakar psikologi.
aku ade parents, adik-beradik, family, boyfriend, caring friends.
LENGKAP.
tapi ape lagi?
kenapa aku rase macam ni?
orang nampak aku happy.
aku senyum. riang. gelak terbahak-bahak.
tapi, still, aku sendiri rase diri aku ni FAKE.
HIPOKRIT. PLASTIK. BERMUKA-MUKA.
inner self aku tak selari dengan luaran aku.
semacam berperang je.

sekarang aku dah jadi budak cengeng.
ye. aku kuat nangis dah sekarang.
tapi tak tunjuk kat orang laa.
sorang2 tengah malam. atas katil.
entah. terasa emosional semacam.
senang je hati ni nak terguris.

kadang2 aku rase macam lost.
blur.
aku tak tahu aku kat mane, tengah buat ape.
matlamat hidup aku pon tak jelas.
kalau orang tanye,
" weh, nanti kau nak kerja ape ek? "
simply aku jawab, " entahh. "

Oh ALLAH,
aku tahu selama ini aku jauh darimu.
aku lalai. aku leka. aku tak kuat.
aku lemah dengan hasutan syaitan, iblis dan konco-konconye.
kuatkanlah imanku ya ALLAH.
aku nak jadi kuat.
aku kena jadi kuat.
aku nak jadi hambaMu yang solehah.
macam Sumayyah. Siti Khadijah.
hurmm. tak setanding langsung aku dengan mereka.
jauh. macam langit dan bumi.
ape pun Ya ALLAH.
berikanlah aku petunjuk.
keluarkan aku dari kekusutan yang membelenggu ini.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

2 taiko kawasan bagi amaran:

Yong Sofea said... BALAS

melin, tabahkan hati okay! jgn sedih sedih. :")

melin's said... BALAS

thanks Yong (: