Showing posts with label facts. Show all posts
Showing posts with label facts. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Tak Boleh Cool Lagi Ke?

Hai semua orang. Ada benda nak share dengan korang ni haa.


Jeng jeng jeng!


Presenting 12 COOLEST FACEBOOK PROFILE!!!


#1






Claudio Nader

-seorang perancang media
- menentang krisis dengan membuat satu transformasi kepada Facebook beliau kepada satu resume yang gempak seperti di atas! Teruja sekejap. Teehee (^,^)


#2







Alexandre Oudin

- pelukis dari Perancis
- dilaporkan sebagai pengguna Facebook pertama menggunakan profile Facebook baru ini dengan trend sebegini. Cool bukan? :)

#3







Jon Yang

-walaupun nama beliau agak kelakar tapi profile FB dia gila cool wa cakap lu!


#4




Adrian Buendia


#5






Tim G

- punyalah semangat mamat ni sampai buat video sendiri nak padankan dengan FB dia


#6

 


Ouri Stopek

- walaupun mamat ni macam tak berapa senonoh dan childish, kreatif apa bai!


#7




Max hape entah nama dia -.-

- mamat ni gabungkan profile lama dengan baru.
Perasan tak status dia dekat atas macam profile lama tu?
Rinduuu. Macam mana dia buat eh? *wondering

#8



Niki Anatasov

- agak-agak kalau nak berkenalan searchlah nama dia lepas tu add.
Single lagi dia ni. *suka hati aku je :D


#9

Massimo Burgio

#10




Katie Sokoler

- satu-satunya PEREMPUAN dalam carta ni. Bukan aku bias ke apa -.-
- photographer minah ni. Patutlah gambar smart-smart.

#11



Ross *****
(misterius benar kamu dong!)

- seram pulak tiba-tiba tengok profile dia ni

#12




Antonio Riqueno Azzolini
(tergeliat lidah aku menaip ni. Err, ada kena mengena ke?)


Okay, itulah diaaaa!
Nampak sangat aku ni takde kerja kan? Huahuahua.
By the way, mana favourite korang? Share sharelah. Penat aku copy paste ni tau.
Huhu. By the way, credits to: SINI

Kalau rasa profile FB korang cool dan creative jugak, and patut ditempek dekat belog chomot ni, tinggal link dekat komen bawah.
Haha. Kalau nak jugaklah kan :D
Bye bye! 

Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, March 16, 2011

10 CIRI-CIRI LELAKI DIBENCI WANITA . MESTI BACA !


Assalamualaikum .


PERHATIAN KEPADA PEMBACA the belog chomot INI YANG RASA DIRINYA LELAKI ,
ANDA DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA ENTRY INI HINGGA KE PENGHUJUNGNYA .
KEPADA PEMBACA WANITA PULA , JANGAN BIMBANG , JANGAN RISAU , JANGAN RAGU .
ANDA JUGA DIBENARKAN MEMBACA .
NO OFFENSE . :D


10 CIRI-CIRI LELAKI DIBENCI WANITA

10 . Lelaki yang panas baran

Chill lah bro !

Adalah normal untuk kita sebagai manusia biasa berasa marah .
Tapi agak-agaklah , takkan lah benda-benda kecil pun nak naik angin kot .
Lagi parah bila baran sampai menggunakan kekerasan .
Pecahkan barang , menyakitkan orang yang dimarah mahupun orang yang takde kena-mengena dalam gambar pun .
Isk isk isk . Sadis tak sadis tu .
Tak salah kan control perasaan marah tu . 
Agama Islam sendiri pun suruh umatnya banyak bersabar , right ? :)

9 . Lelaki yang pendiam tahap gaban

Lelaki nerd juga mungkin tergolong dalam group ini

Hah . Ni lagi satu .
Kalau lelaki pendiam , tanya sepatah jawab sepatah , tanya tiga puluh ratus pun jawab sepatah ,
memang ...
Grr . Most wanita tak suka kot . Mereka akan rasa rimas .
Apatah lagi bila wanita itu banyak cakap macam aku  dan lelaki yang sangat pendiam akan membuatkan wanita rasa tidak selesa dan akan simply assume lelaki tu membosankan .


8 . Lelaki yang gila seks
< gambar tidak dapat diletakkan untuk menjaga sensitiviti dan kanak-kanak bawah umur >


Yang ni of course lah kan . Wanita mana yang suka .
Jadi tolonglah . Tahu lelaki ni kuat berimaginasi .
Tapi tak perlulah sampai cerita fantasi seks kau tu dekat wanita-wanita , especially yang kau baru kenal .
Wanita tu akan cakap , " Err . Pervert apa mamat ni ? "
Lagi satu kalau saja menggatal pegang-pegang tangan , raba-raba bahagian sensitif 
Memang nahas lah kau si lelaki kabaret .
Tak pasal-pasal kena takik dengan tumit kasut tinggi . 


7 . Lelaki yang cakap besar 

Buruk rupa tahu orang suka cakap besar ni ? Haha


Tak perlu cakap berdegar-degar . 
Kau hebat . Kau boleh buat semua benda . Kau awesome .
Itu kau boleh buat , ini kacang je , itu takde hal lah .
Annoying kau tahu tak ?
Kalaulah memang kau betul-betul hebat pun , no need lah nak kecoh-kecoh .
Kalau kau humble , lagi kau dipandang sebagai "macho" dari kaca mata wanita-wanita anggun tahu tak ?
Haha .


6 . Lelaki yang suka memandang rendah akan orang lain

Yang ni boleh kira macam pandang rendah tak ?
Haha . Nampak sangat tak tahu nak letak gambar apa -___-


Even kau ada kelebihan , contoh kau pandai , kau kaya , kau terror main bola ke ape2 lah
Itu bukan tiket kau nak kutuk-kutuk orang lain .
Bukan bermaksud kau boleh senang-senang pandang rendah dekat orang lain .
Mana tahu orang yang kau hina tu lagi bagus daripada kau sebenarnya .
Perempuan akan nampak kau sebagai seorang yang pathetic bila kau buat macam tu .
Percayalah . 


5 . Lelaki yang gatal , miang , dan yang sewaktu dengannya


Kau tengah dating dengan awek kau .
Tengah duduk makan-makan kat restaurant .
Sekali lalu pulak awek blonde muka iras-iras Hanis Zalikha , sexy macam Maria Ozawa .
kau pun pandang awek tu tak berkelip bijik mata sambil air liur meleleh .
Ewww . Sangat menjengkelkan bebeh .
Lepas tu pura-pura nak pergi toilet padahal kau kejar awek tu nak mintak nombor phone .
Pangggggggggggg !
Sekali kena lempang dengan awek blonde tu .
Panggggggg lagi !
Lempangan oleh awek kau pulak .
Moral : Jangan nak menggatal sangatlah .



Sakit bang kena lempang ? ;DD




4 . Lelaki yang suka mengungkit-ungkit


Yang ni , yang ni .
Benda dah lepas tu lepas lah . Yang kau nak bising-bising balik tu kenapa ?


3 . Lelaki yang cakap dengan perempuan macam komander nak bagi arahan berkawad

Wanita ni makhluk yang lemah .
Yang sukakan perhatian , kasih sayang .
Bukan untuk diherdik dan ditempik .
Apa salah ke cakap elok-elok dengan wanita ni .
Cakap dengan aku , salah ke ?
Jatuh ke air muka kau ? Hilang ego ke ?
Tak faham betul aku lelaki macam ni . -___-


2 . Lelaki yang bajet handsome , bajet pandai , dan segala-galanya nak bajet lah


Haha . Aku tak nak komen panjang .
Kome fikir lah sendiri ! Teehee .


1 . Lelaki yang ... 


Rambut = checked !
Muka = ala-ala Robert Pattinson tu kot !




Tinggi = Walaweyhh !
Style = awesome gilaa !




Kereta = err . Lamborghini ?


checked , checked , checked !


Tapi ...........


Kenapa lah mamat ni GAY pulak dah !!!
Adoiyaii .



Mata pasangan ini terpaksa di-mosaic-kan untuk kepentingan bersama




Tahukah kamu Nabi tak akan mengaku umat bagi orang-orang yang melakukan hubungan sejenis ?
Isk isk isk . Kalau ye pun kecewa dengan perempuan tak payah lah sampai jadi gay .
Bunga bukan seekor . 
Err . 
Tapi kenapa lelaki gay ramai yang handsome hah ?
Isk isk isk . * nanges *




HAHA . Fuhh . Habis pun . 
So amacam ?
Ada tak ciri-ciri tu kat korang ?
Kalau rasa macam ada , dan kalau rasa macam perempuan tak berapa suka nak bergaul dengan korang .
Faham-faham lah ye .
Berubahlah ke arah positif .
Bukan berubah just untuk tackle perempuan je tau .
Untuk kebaikan diri korang jugak .
And girls , do you agree with me ?
Give me five if you do !
Teehee . :D


P/S : Kalau ada sapa-sapa yang nak @ dah buat entry pasal ciri-ciri perempuan yang dibenci lelaki .
Sila inform Budak Chomot . Nak baca jugak ! Hihi .
P/S/S : Maaf atas penggunaan bahasa " aku kau " dan maaf kalau terasa .
Entry ini tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia .
Just nak bagi info je . Hee . Sorry ;D
P/S/S/S : AKU BUKAN ANTI LELAKI .


Haha . Till then .
Toodles ! :))
<3


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)