Monday, October 03, 2011

Tak Faham Betul Aku! [Sila Baca Kuat-Kuat Dengan Nada Over]


DEKAT MUKA BUKU (ORANG KUALA PILAH PANGGIL "FACEBOOK")

Bila friends kita ada 4 angka; 

contoh macam ni:



Mereka berkata:

Chehh, bajet hot stuff je budak ni. Bukannya kenal semua orang yang dia approve tu pun. Ni mesti kes desperate nak nampak hot so sanggup add semua orang, approve semua yang add dia. Boleh blahlaa!

Bila jumlah friends kita 



Mereka berkata:

Wehh, tengok total friends dia berapa. Omak aihhh, loser gila. Aku confirm tak ada yang nak click button "Add as Friend' dekat profile dia sebab, alaaa kau tengok je lah default picture dia! Huduh bangat! Photoshoplah sikit kalau rasa diri tu tak berapa cantik/handsome. Adoiyaii kesian aku tengok ni hah. #GelakPegangPerut


Kalau dia ni add kau orang dekat FB, approve je lah. Kesian dia. Aku pernah terjumpa satu phrase ni dekat profile siapa entah aku tak ingat (sebenarnya ingat je tapi nak rahsiakan identiti); macam ni lah lebih kurang:

I'm choosy. So siapa-siapa yang I approve tu berbanggalah ye, sebab anda semua dalam golongan yang ada rupa. Hikhikhik ketawa sopan. I tak naklah ada friend I dekat FB ni muka stok jamban tak flush je ewwwww.
What the??? Lepas tu terus aku bergegas menggeledah Profile Pictures dia, dan hasilnya hekelehhh muka kau dengan muka minah atas ni lebih kurang je oh!. Just kau tambah foundation, lipstick, concealer, fake eyelashes, fake mole dan segala-galanya yang fakelah. Ptuihhh!


What's the big deal? Facebook je kot!
Tak faham betul aku orang-orang yang memandang FB ni sebagai benda paling penting dalam hidup. Well come on lah, Facebook hanyalah satu laman sosial yang kita gunakan untuk mengisi masa senggang. Tak bermakna FB ni menggambarkan semua benda pasal kau. Friends ramai, HOT. Friends 59 orang, TAK HOT. Teori Charles Darwin yang mana satu kau pakai ni weh? (Tersentap Charles Darwin ketika ini kehkehkeh)

In reality,

-ada orang yang hanya add kenalan terdekat sahaja dalam FB
-mutual friends lebih 20 orang baru akan di-approve
-salah ke nak berkawan ramai-ramai through FB? Kalau tak approve kena cop sombong pula. Nak-nak lagi bila kau seorang blogger dah blog reader kau yang add dekat FB. Kadang-kadang mutual friends langsung tak ada, siap bagi message "Akak, saya suka baca blog akak. Tolonglah approve friend request saya tau! Thanks :)"
Tergamak tak ekau nak delete request daktu? Kuang kuang kuang.


BILA ADA ORANG PUTUS CINTA


Ini barulah MENANGIS AIR MATA DARAH wa cakap lu! Aiyokk tak tayokkk sapa buat! Heheheh.



Mereka berkata:

"Hahh, padan muka! Clash pun akhirnya. Rimas aku selama ni asyik-asyik cerita pasal boyfriend/girlfriend, hah ambik kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! Baru ku puas baru ku puas!"

atau


"Ini mesti kes tak pandai jaga boyfriend/girlfriend sendiri ni. Tengoklah gaya dia, pakaian dia, chomot  sememeh semacam je. Kalau aku couple dengan dia pun confirm aku minta putus!"

TAPI BILA DEPAN SI BUDAK YANG PUTUS CINTA TU,

Mereka bersuara:

"Awak awak, awak kena banyak bersabar tau! Biasalah tu dugaan. Tambah-tambah lagi time nak exam besar macam ni. Kuatkan hati tau awak! Saya sentiasa ada untuk awak."

Persoalannya di sini, KENAPA PERLU BERMUKA-MUKA?! 

Tak faham betul aku -.-

Bila kita buat salah sikit semua orang perasan, semua orang kecam kita.
Tapi bila kita berjaya buat something dengan penuh bergaya (ini aku tambah sendiri hehehe) berapa kerat je betul-betul hargai? Berapa ramai je yang offer nak celebrate sama-sama, ucap tahniah, dan berapa ramai pula yang buat muka tak puas hati?

Bila kita cuba nak jadi friendly, senyum dekat semua orang, bertegur sapa tak kira lelaki perempuan, orang cakap kita GEDIK, MENGADA-NGADA, PERAMPAS, PEROSAK KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA ORANG (okay aku tambah lagi).
Tapi bila kita buat muka serious, tak masuk campur hal orang, mereka cakap kita SOMBONG, BERLAGAK, BAJET BAGUS. What the eff people? Memang minta makan selipar mereka ni -.-'

THERE'S A HUGE DIFFERENCE OF BEING 'BITCHY' AND 'FRIENDLY'
Bila kita dapat markah tinggi dalam peperiksaan (skemanya kite awwww), mereka kata kita meniru, bodek lecturer, tulis note atas meja @ tapak tangan, bawak toyol, ceroboh bilik lecturer malam2 sebab nak tengok soalan apa yang akan keluar dan sebagainya.
Bila kita dapat markah sikit mereka kata kita bangang tahap kambing; kalau kambing tu jawab soalan hari tu pun mungkin boleh dapat markah lebih tinggi, tak study, asyik online je, tak pentingkan pelajaran blablablabla. Lepas tu golongan yang konon2 pandai ni mengata dekat belakang kita je, ada mereka jumpa kita personally, tanya apa problem kita selama ni, offer bantuan whatsoever? Non hadooolah kan!

Kesimpulannya, berapa banyak contoh yang aku list ni pun hanyalah sebahagian kecil. Banyak lagi yang jadi dekat dunia ni, aku bet kau orang pun pernah rasa. Betul tak? Biasalah, mulut orang memang tak boleh gam. Kalau boleh confirm aku bawak gam gajah, gam uhu, siap sadur dengan timah lagi mulut mereka. Biar padan muka!


Aku jawab paper CHM 270 hari tu pakai jubah, hari Jumaat. Jangan pulak ada yang cakap "Hekelehhh nak berjubah-jubah bagai, apa kau bajet kau Ustazah Pilihan dekat Astro OASIS ke weh? Konon-konon baiklah tu, sucilah tu, menyampah aku!"

Wakluuuuuuuuuuuuuuuuu!

TAK FAHAM BETUL AKU!!! [nada stress]

Okay chow dulu. Ehh Assalamualaikum. #UstazahPilihan hehe (^,^)






Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

10 taiko kawasan bagi amaran:

Unknown said... BALAS

HAHA - phrase aku lak camni ~~
Berbanggalah kepada yang aku approve kat FB, sebab aku kesian je kat engkorang yg takde rupa :D

^^mylittleworld^^ said... BALAS

hhahaha...you got the point my dear :D
*hny mmpu gelak cam >:) je*

syaza hamid said... BALAS

setiap org yg berkawan kt fb ade mcm2 reason..so tak yah dipertikaikan..kan3x?=)

Elie Lily said... BALAS

kat fb saja dah jadi macam2 hal..
aduhai!

fi said... BALAS

never depends 100% of our life on what others says.. think about the pros and cons first :)

Jom Makan said... BALAS

ade gak pmpuan yang mcm tu ek..jari mmg x blapis lnsung..aishhh..

Melin said... BALAS

@Peqaxlol ;DD
HAHAHA kekejaman di situ weh ;D

Melin said... BALAS

@Aida Ahmad
HAHAHA mohlah kita gelak secaro berjemaah! :DD

Melin said... BALAS

@syaza hamid
Betul betul betul! Sokong 210%!

Unknown said... BALAS

ak jnis xksah sape nk add..ak aprove je..tp pntang ak bile xde gmba lgsung..yg 2 xnk aprove..klu profil buh gmba katoon xpe..jgn dkt album xde lgsung..bleh kire..rsau org nk wat jhat je..

thanx akak kwsan dtg mlawat adik kwasan..