Sunday, August 12, 2012

Of Project Bio300 and Surprise Birthday Partayyyy! ☺



Pada hari Sabtu yang lepas (4/8/2012), kami berlima iaitu saya yang bernama Melin Budak Baik, Dahlia, Elle, Alyne, dan Miza telah pergi berjalan-jalan tetapi dengan menaiki kereta (apakah?) untuk mengambil angin dan mengambil air. Kemain tak cukup lagi ke air dekat kolej sehingga nak ambil air merata Negeri Sembilan? Disebabkan saya yang bertanya, jangan risau saya akan menjawab sendiri. Nampak sangat syok sendiri. Kami telah mengambil enam sampel air untuk dijadikan bahan kajian untuk projek Bio300 yang diwajibkan untuk semua pelajar Part 5 Diploma in Science UiTM. Kami telah menjelajah ke tiga tourism spot cuti-cuti Malaysia di sekitar Negeri Sembilan.



Barisan penumpang seat belakang hewhewhew. Budak tengah tu bukan group projek Bio300 kami, menyibuk je ikut huhu


Lokasi pertama:

Jeng jeng jeng (jeng jeng jeng ni bukan nama tempat, ini adalah untuk memberi efek kejutan kepada para pembaca)

JERAM TENGKEK, BATU KIKIR, BAHAU

Kami adalah sangat teruja dan haus juga ketika menjejaki destinasi pertama ini. Kami berasa haus kerana kami pergi pada bulan puasa di mana kami semua berpuasa dan juga kerana kami puas berkaraoke lagu-lagu yang berkumandang di radio ketika dalam perjalanan.

Kami pun bergegas merentas lautan api gunung berduri ombak tsunami (hiperbola itu penting) untuk ke puncak air terjun tersebut. Setibanya di sana, kami mencedok air ke dalam botol minuman dan melabelnya sebagai Jeram Tengkek (A). A adalah untuk "Atas", bukan Apple ye adik-adik. Ketika kami sedang leka mencedok air, merasa kedinginan air sahaja sebab nak mandi tak boleh, memotret gambar (wah gitewww), tiba-tiba... (tak payah nak tiba-tiba sangat) kami terlihat sepasang kekasih dalam keadaan mencurigakan di sebalik batu belah batu bertangkup. Keadaan mereka sewaktu itu terpaksa dirahsiakan kerana blog ini bersifat U, iaitu Umum dan mungkin dibaca oleh kanak-kanak bawah 18 tahun. Kami adalah sangat terkesima jadi kami hanya pandang-memandang antara satu sama lain dan terus bergegas pergi atas faktor keselamatan. Kami hanya mampu mencegah dengan hati namun agak berasa kecewa juga kerana pada waktu itu saya memegang sebuah kamera digital dan boleh saja digunakan untuk snap gambar mereka. Untung-untung boleh kena tarik jadi wartawan 999 mahupun Mastika.



Sesi memunggah barang


Camwhore kejap



Budak-budak ni pun nak jugakkk



The waterfall



The water sample



The new M-Pop girls' group muehehe


Beri laluan beri laluan hero nak turun buang air ehh ambil air



The empat dara pingitan hikhikhiks *gelak malu-malu*


HUTAN SIMPAN GUNUNG TAMPIN, TAMPIN

Selepas itu, kami telah pergi ke tempat yang telah ditaip di atas. Malas nak taip dua kali. Macam ni punya orang pun ada kan isy isyy kutuk diri sendiri. Elle selaku pemandu telah menjalani ujian pemanduan secara percuma di mana liku-liku telah diharungi, dan kami berempat yang lain memberikan sokongan dari belakang dan tepi. Setelah hampir 20 minit juga dengan bantuan uncle serta nyonya yang lagi steady dari kitorang, jalan kaki beb naik gunung setinggi Everest (tipu), tiba-tiba kami terasa tua dan malu akan stamina masing-masing; kami pun sampai... Kami dapati ada sekumpulan anak muda (lelaki) bermandi-manda siap bubble bath sekali tau, dalam hati macam "heyyy, habislah sampel air kami nanti dicemari sabun kamu semua!" Disebabkan air hanya ada di kawasan itu dan adalah sangat tidak berbaloi usaha kami memandu hingga ke puncak kasih kitaa berserikan rona lukaaa (betul ke lirik aku? Sorry Kak Ziana, kirim salam dekat Anuar Zain!) ambik kan dah ternyanyi lagu Ziana Zain, kami menunggu mereka habis mandi. Mereka pun datang menghampiri kami dan menanyakan tujuan kami ke mari. Barulah kami tahu mereka bukanlah penyangak seperti yang disangkakan kerana mereka memberi sedikit nasihat (kemain nasihat) supaya berhati-hati kerana takut ada binatang buas ataupun orang India yang mabuk. Dengan senang hati kami pun mengambil sampel air yang diperlukan. Tamat cerita destinasi kedua.



The signboard



Aloloo Elle tomei tomei hekhekss




ULU BENDUL, KUALA PILAH

Destinasi terakhir kami jejaki pada lebih kurang pukul 5 petang. Pada waktu ini, kami amatlah berasa letih dan mengantuk sekali, dan tiada cerita menarik yang terjadi. Jadi mengantuklah kamu semua baca paragraph ini muahahahahaha (gelak kejam) Cuma kantoi pak guard di situ tak puasa dan berusaha menyembunyikan rokok di tangannya. Kami yang blur kerana hampir sehari suntuk berjalan memburu air untuk mengkaji E.Coli di dalamnya, hanya dapat menangkap ketidakpuasaan pak cik tersebut 10 minit selepas itu.



Inilah Ulu Bendul. Siapa mengaku orang Kuala Pilah tapi tak familiar dengan Ulu Bendul dah boleh terjun dari katil sekarang


Jadi tamatlah sudah pengembaraan kami. 3 air terjun, 2 sampel air dari puncak dan kaki air terjun, genaplah enam sampel air yang kami perlukan. Kami pun berbuka puasa ibarat gelandangan di Econsave. Gelandangan sangat minum ice blended Cool Station RM3+ segelas. Selepas itu kami reserve satu meja di Melang Pot dan meng-order makanan sepenuh hati, jiwa raga dan bakul Econsave. Sure, gelandangan moden sangattt. Kami pun menunaikan solat Maghrib di masjid berhampiran. Dah solat barulah best nak mengembungkan perut bukan? Wink wink ^^, Kami pun makan sambil memberi komentar pedas namun membina terhadap atlet rejam lembing wanita Olimpik 2012 di kaca TV.

Jeng jeng jeng lagi...

Di samping menumpukan perhatian terhadap destinasi pengambilan sampel air, otak kami ligat berfikir akan rancangan surprise birthday party Miza. Kami bersekongkol dengan housematesnya yang kelam kabut di rumah sedangkan kami seronok berfoya-foya dan nasib baik si mangsa juga turut serta berfoya-foya. Sungguh senseless budak ini, langsung tidak memberikan setitis syak wasangka terhadap kami. Ketika berbuka puasa, kami sedaya upaya memastikan rancangan berjalan lancar dengan berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa isyarat. Tak payah bahasa isyarat pun, mangsa langsung tidak menyedari kami banyak terlepas cakap dan sengaja melengah-lengahkan waktu pulang ke rumah. Siap beli makanan untuk surprise birthday party sendiri tau. Epic sangaaaaaaat ☺

Malaslah mahu cerita panjang-panjang, kesimpulannya rancangan kami tidak dikesan langsung oleh si mangsa. Kesimpulannya, surpriseeeeee! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Miza, happy birthday to youuuuu! Ngee. Let the pictures do the talking lah kan, since I'm not good with words. Ehekss.



The birthday cake. 20 tahun. Booo Miza booo! Tuaaaaaa!



Jahanam kek tu si birthday girl ni kerjakan. Haiyaaa macam mana mahu kahwin ni hoy



Antara makanan yang dah seminggu selamat di dalam perut. Mungkin ada juga yang telah dinyahtinja. Ewwwww



Sebahagian yang memeriahkan majlis. Effort sangat Elle berdiri atas kerusi nak snap pic kitorang :P Aku dah macam gergasi berkaki panjang berstokin belang-belang pink kuning -,-


Sebenarnya tu je gambar yang ada hahahaha demmit gambar ramai-ramai lupa nak ambik -.-""

Itu je kot. Till next time! Till entah-bila-aku-rajin-nak-update-blog-lagi! Ehh by the way Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya! ☺







.
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

3 taiko kawasan bagi amaran:

shafiqabdshukor said... BALAS

fuyoo.. seronoknya..
jalan2 cr air..
dulu time blaja kat matrik N9 selalu g ulu bendul tu.
hehehe

Mia Lia said... BALAS

sebaik gambar aku xde kan..kalo ade delete je..fufu..

seronok korang mengambil angin kan..yg aku surprise tu si parkinson mizah boleh lak tlg ambikkan gambar tu..=.=

.::: Princess MOMOY :::. said... BALAS

alolo...meriah jer
dah lama x gi ulu bendel
waktu momoy membesar di sana
tiap2 minggu mesti pergi