Tuesday, April 03, 2012

90's Kids Are The Best!





Bila teringat balik, zaman childhood sangatlah awesome I tell you! Eventhough zaman 90-an dulu tak adalah mewah mana, penggunaan computer dekat rumah tak meluas lagi, apatah lagi Internet kan; Facebook Twitter Myspace sekalipun mana wujud lagi, so generasi kami meluangkan masa lapang dengan bermain di luar rumah. Budak-budak sekarang ada? I bet most kids nowadays spend time main X-Box, PS3, DOTA, chat dengan girlfriend boyfriend dekat BBM, kalau keluar rumah pun hangout dekat Mid Valley, Pavillion, bawak DSLR besar gabak gantung dekat leher masuk Cold Storage. Kau capture gambar hape dik? Ikan? Ketam? 


Ohh aku tak jealous pun actually. Sebab childhood aku ada benda-benda ni. Rakan seangkatan, ayuh scroll sehingga ke akhir post ini dan menggamit nostalgia kita wah gituuuu! :D




1.


Magnetic Fishing Game for Kids
Hah benda alah ni salah satu among my favourite toys! Teehee. Sure ramai yang ingat kan? Hihi. Kalau tak silap aku benda ni pakai battery and bila tekan suis ON, berpusing and dekat hujung fishing rod dekat dengan mulut ikan tu ada macam small magnet. Aku ingat lagi berebut-rebut aku, adik aku dengan jiran-jiran aku set masa 2 minit, siapa dapat paling banyak ikan menang. Yours truly adalah juara bertahan okay, ada sesiapa nak challenge? *kibas shawl hihi*


2.

Penguin Climbing Toy
Yang ni aku rasa budak perempuan je ramai layan binatang ni. Ada suis jugak nanti penguin-penguin ni bergerak naik escalator tu, tapi kalau tak penyabar macam aku ni, even escalator tu bergerak pun aku still gerakkan penguin tu pakai tangan sebab nak tengok dia turun slide tu cepat-cepat hikhiks :D


3.



 NES video game console
Duhhhhh ni paling mengimbau memori okay! Rindu gilaaa. Well game ni beroperasi pakai tape macam ni:



Fuhh penat I Google baru jumpa. Thanks Google! Anyeong saehayo! Tiba-tiba tau, ejaan pun macam ape kahkah. Yang tak boleh blah nye kalau kat Malaysia depan tape ni nanti dia tulis 999999 games in 1, woahh bukan main terujalah kan kanak-kanak sekolah rendah seperti aku zaman itu, harga pun murah je kalau tak silap aku, around RM10 macam tu je kot, kalau salah betulkan okay. Memori den ni bukan betul sangat hahah. Bila beli, main games tu, adalah 5-6 games yang berulang sampai ke no 999999. Sabar je lah kan -,-

Antara game yang famous-amous zaman tu adalah: (saja tak nak bagi nama game, nak suruh korang teka sendiri hikhikss)





...dan banyak lagi! (Malas sebenarnya hihi)

4.



(From left to right) Ding Dang, Tora & JoJo
FYI (kepada yang tak tahulah), dalam kotak-kotak ni ada cekelat and mainan pasang sendiri. Selalunya Ding Dang tiap minggu akan ada iklan dekat TV promote mainan baru. Bila tengok iklan tu masing-masing mulut ternganga and bila rasa cambest je gedik-gedik ajak Abah pergi kedai nak beli Ding Dang. Huhu. Ding Dang 60 sen, Tora RM1.20 and JoJo paling mahal, dalam 3 hengget lebih kalau tak silap aku sebab mainan lagi gempak-gempak. Yang bestnya benda ni buat budak-budak jadi lebih kreatif, semua kena pasang sendiri. So generasi 90-an semuanya kreatif dan ada daya imaginasi yang tinggi. Haha gitu tauu :D

5.




Patung kertas (paper doll)

Budak perempuan je kot yang main paper doll ni. Kalau ada budak lelaki yang main jugak aku tak tahu nak cakap apalah kan. Hihi jk jk :D Time nak koyakkan patung dengan bau-baju tu punyalah berhati-hati, takut koyak punya pasal. Bila koyak, even sikit je pun, kemain aku melalak sampai Mak aku pujuk selotape kan balik. Tapi jadi tak berapa lawa dah la kan. Hihi mengada betul aku. Murah je paper doll ni, 20 sen je. Selalu beli 5 set, baru RM1. Hihi. Lepas tu rekruitlah adik dengan kawan-kawan ajak main paper doll ni. Masing-masing tak nak kalah, nak paper doll dia paling cantik. Lepas tu berlakon konon-konon nak pergi officelah, nak beli barang dapur nak masak untuk suami dengan anak-anaklah, macam-macam. Samalah jugak situasi bila dengan patung Barbie:


Kemain sayang tau. Aku ada banyak dulu, buat koleksi. Mana tak nya, kalau pergi shopping mall mesti lari-lari pergi tempat jual patung Barbie dulu. Memang selagi tak dapat buat muka, so Ayah aku beli je hihi. Tidur sama-sama, mandi sama-sama, makan sama-sama. Kau mampu? Hahah. Pernah satu Barbie doll aku kepala putus sebab berebut dengan sorang budak lelaki ni hah. Bila fikir balik aku tak faham kenapa budak tu nak rebut Barbie ni dengan aku -,- Punyalah menangis aku masa tu, mata bengkak-bengkak macam orang baru lepas putus cinta. Parents aku pujuk beli Barbie doll baru pun aku tak pandang sebab Barbie yang kepala putus tu favourite. Haha drama queen sungguh!


Hurm rasanya sampai sini sahajalah ye. Jari anakanda pun sudah lenguh menaip ni. Bajet surat tak rasmi betul ptuihhh. Hihi. Nanti kalau kite rajin kite buat part 2 pulak k? And kawan-kawan yang dibesarkan zaman 90-an boleh komen mention apa-apa nostalgia kita dulu yang kite terlepas pandang. Hehe. Okay bye! Assalamualaikum :)











Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

11 taiko kawasan bagi amaran:

Syafiqah Hashim said... BALAS

yeahh..we 90's kids are awesome ^_^

ecadwinkyasha said... BALAS

90's kids are really awesome...paling suka gk main paper doll.siap ada buku koleksi..siap xbeli makanan waktu rehat untuk bli benda tu :D

Aida_157_Afiqah said... BALAS

yeap3~ sumer aku ade jgak wahahaha except yg penguin n game tuh :P kite mmg AwesOme~ XD

GematriA™ said... BALAS

wakakaka..
terbaik!

Mia said... BALAS

gler la..aku main sume ni dowh!!wakakak..aku suke gler la penguin tuh okey..mainan feveret aku...

.::: Princess MOMOY :::. said... BALAS

suka sangat main paper doll baju lekat2 tu

Bancik said... BALAS

terbaek

Noor said... BALAS

saya pun lagi 90's kids..hiihihi..smua pnah main..

Reena Kamarudin said... BALAS

patung kertas paling best. hahahah.

Butterscotch Fatin ..... said... BALAS

hahaha..weh yg bab patung2 kertas tuhh...ahaha..aq adew!! haha..tapi time tu baru main bpe kali round...tetibe trus buang dlam tong sampah dapur sbb kawan aq kata nti mlm2 dia bgun ambil nyawa kita....hahaha..aq pown trus koyak2kan smuanya...looser!! sgt! haha!!

.::: Princess MOMOY :::. said... BALAS

paper doll tu paling suka main
haha...sampai ilang leher dibuatnya