Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday | Immaturity Has No Age Limit






Wordless Wednesdaysatu trend untuk semua bloggers di alam maya. Di mana setiap hari Rabu semua bloggers membuat post tanpa apa-apa caption/penerangan/cerita dan sebagainya, hanya gambar.

HAPPY WEDNESDAY EVERYONE! (Dah senja baru nak wish =.=)


Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, October 12, 2011

Kejadian Sadis Lagi Terhiris Di Permulaan Semester Break =.=





So my last final examination paper was Biology, on 6th October 2011. Demmit, sangat susah okayyy! Tak expect pula paper Bio akan sesusah begitu, or was my preparation aren't enough? Biasalah kan last paper, gap 6 hari sebelum itu pun disia-siakan dengan berfoya-foya sakan. Well, tak adalah pergi clubbing ke apa. Kelab malam mana je ada kat Kuala Pilah tu derr? And so sebab susah sangat and ada masa 3 jam. Yang betul-betul baca dan boleh jawab sikit je, yang lain ikut logik akal. Phewww, berani mati kau Melin. Dan sebab 30 minit terakhir dah tak boleh keluar exam hall, so kalau duduk dalam tu pun tak sure boleh dapat idea lagi bernas nak jawab, I decided to go out early. About 5 minutes before 30 minit terakhir. Macam exam habis pukul 12.00pm, I keluar 11.25am. Okay itu pun nak explain lebihla kan ==" Ditambah lagi dengan mata yang mengantuk tak cukup tidur the night before and fikir nak pack barang yang berlambak-lambak ke dalam luggage sebesar alam (walhal balik esok hari). Tak sempat pun jumpa a few classmates yang terus balik lepas paper. Alaaaa. But never mind then, sem depan muka ini lagi, inshaAllah ada. Hee ;)

To cut story short, (aku dah cakap aku memang tak pandai nak pendekkan intro) my family members (parents & Adik) came to pick me (& my stuffssssssss, like OMG banyak gila, 5-6 kali turun naik hantar barang kot). Yeayyy to semester break! Dalam kepala hotak dah fikir macam-macam. Nak berjimba sakan, nak makan sampai perut meletup, nak tidur like a Sleeping Beauty (beauty ke nyahhh?) and whatsoever yang sounds awesome (^,^)

So here we go! Dari beloved Kuala Pilah (belovedlah sangat) balik Rawang. Weehooo! (literally jumping). Aku pun dah macam ada teori sendiri, duduk dalam kereta lama-lama mesti snap gambar. Wajibbul ghunnah. Kalau tak buat rasa tak senang duduk, nak berak pun tak keluar ohh okay behave!


Gwa dah habis semester 3! Woot woot kau hadooo? *insert eksaited face
Alaaa, lighting tak chantek, kena snap pic lain macam ni!

Mempersembahkan prop-prop seperti:

Angry Birds yang 24/7 marah! Rawrrrr!



Justin Bebear! Still peluk erat okeh walaupun ada kenangan pahit di sebalik teddy ini. Peduli apa aku. HAHA


Jangan tiru aksi-aksi ini dalam kereta masing-masing. 13PG hekhek.




Adik dan handset ZTE barunya. Aku pun macam, "ada brand ZTE ke selama ni?"
Takpe, budak darjah empat mana boleh pakai handset mahal-mahal, akak ekau ni hah tak merasa pun guna BlackBerry lagi sobsobs T__T

Dan sedang khusyuk menghasilkan gambar tak berfaedah ni, time kereta nak belok, opssss kereta terberhenti. Bukan "ter", tapi memang nak berhenti pun. Abah cakap steering (eja macam ni kan?) rasa sangat berat and tak sedap nak drive. Mula-mula ingat sebab banyak sangat barang, and kereta memang jenis besar pun. Takpelah, drive lagi. Drive lagi sampai satu selekoh kat depan, berhenti lagi. Abah turun check apa yang tak kena.


Cuak cuak ke bebehhh

And adalah juga local resident yang berhenti tolong kitorang. Check punya check punya check, belting putus rupanya. AKu actually tak tahu pun pasal belting ni. Hello I'm a girl okay? Yang aku tahu belting ni ada kena-mengena dengan steering. And tiba-tiba pulak lepas tu engine mati tak boleh nak hidup, ntah apa ntah tak tahu nak explain macam mana. Kesimpulannya, rosaklah kereta tu! Phewww sadis. Tersadailah kami anak-beranak kat bengkel. Opss kejadian ni jadi kat Senawang. 


Kereta dengan kami-kami naik tow truck. Phewww time naik turun tu rasa macam naik roller coaster pun ada. HAHA okay hiperbola.


Sementara pomen-pomen tengah check kereta, pergilah mengisi perut yang berkeroncong di gerai Mamak berhampiran area banyak-banyak bengkel tu. Nasib baik jugak ada kedai makan, kalau tak, kebulur pegang perut tengok kereta yang rosak serta mengangkut barang macam nak pindah rumah den tu.

Blablablabla, ENJIN KERETA TAK BOLEH START JUGAK DAN KERETA TAK BOLEH SIAP HARI TU JUGA. Aku dah macam "alaaa macam mana ni?". Lepas tu bincang-bincang Abah suggest bawak barang penting2 dulu, balik naik KTM, esok bila dah siap kereta ni, Abah datang dengan member bawak balik. I was like, "what??? KTM lagi??" Dan dengan itu aku rasa aku dan KTM ada connection yang kuat. Dah boleh anugerahkan aku pelanggan setia KTM dah lepas ni. Macam balik sendiri je kena sesak-sesak naik KTM -.- Mula-mula macam nak memberontak jugak, tapi nak buat macam mana kan. Itu je jalan yang ada. Tengok semua pun dah tension-tension, alaa redah jelah. Asalkan sampai rumah. Huhu.

So angkut luggage baju yang paling besar tu, Abah bawak, bawaklah apa-apa yang penting untuk menanmpung hidup sehari dua, gerak ke KTM Senawang. Sorang mechanic tu hantarkan pergi sana.


Budak ni bukan main suka, sebab tak pernah naik train jauh-jauh. Mula-mula jelah. Lama-lama bosan sebab ramai sangat orang and lama sangat nak sampai HAHA. Baru ekau raso peghasaan den selam ni balik kampus macam mana.

Itu jelah ceritanya. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat, dan kereta pun dah okay. Adalah juga hikmah yang tersirat; antaranya:

1. Dapat eratkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Hihi. Bila je lagi nak naik public transports dengan satu family kan sekarang ni?
2. Dapatlah bagi pengalaman kat budak kecik tu naik KTM, LRT, teksi HAHAHA

So that's all. Happy holiday semorang budak diploma UiTM! (^,^)

#TakAdaKenaMengena: Bukan main comel adik aku time kecik-kecik. Tiba-tiba rindu dia masa kecik. Sekarang dah tak comel HAHA



Till next time,
Budak Chomot




Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, October 05, 2011

Wordless Wednesday | Misspelling All Over The World











PS: Semua sumber imej adalah dari Google Images.

Pffft first time entry "Wordless Wednesday" aku menepati syarat. First, kurang perkataan. Second, hari Rabu wahahaha :D

Till next time. Esok last paper. Weehoo!



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Monday, October 03, 2011

Tak Faham Betul Aku! [Sila Baca Kuat-Kuat Dengan Nada Over]


DEKAT MUKA BUKU (ORANG KUALA PILAH PANGGIL "FACEBOOK")

Bila friends kita ada 4 angka; 

contoh macam ni:



Mereka berkata:

Chehh, bajet hot stuff je budak ni. Bukannya kenal semua orang yang dia approve tu pun. Ni mesti kes desperate nak nampak hot so sanggup add semua orang, approve semua yang add dia. Boleh blahlaa!

Bila jumlah friends kita 



Mereka berkata:

Wehh, tengok total friends dia berapa. Omak aihhh, loser gila. Aku confirm tak ada yang nak click button "Add as Friend' dekat profile dia sebab, alaaa kau tengok je lah default picture dia! Huduh bangat! Photoshoplah sikit kalau rasa diri tu tak berapa cantik/handsome. Adoiyaii kesian aku tengok ni hah. #GelakPegangPerut


Kalau dia ni add kau orang dekat FB, approve je lah. Kesian dia. Aku pernah terjumpa satu phrase ni dekat profile siapa entah aku tak ingat (sebenarnya ingat je tapi nak rahsiakan identiti); macam ni lah lebih kurang:

I'm choosy. So siapa-siapa yang I approve tu berbanggalah ye, sebab anda semua dalam golongan yang ada rupa. Hikhikhik ketawa sopan. I tak naklah ada friend I dekat FB ni muka stok jamban tak flush je ewwwww.
What the??? Lepas tu terus aku bergegas menggeledah Profile Pictures dia, dan hasilnya hekelehhh muka kau dengan muka minah atas ni lebih kurang je oh!. Just kau tambah foundation, lipstick, concealer, fake eyelashes, fake mole dan segala-galanya yang fakelah. Ptuihhh!


What's the big deal? Facebook je kot!
Tak faham betul aku orang-orang yang memandang FB ni sebagai benda paling penting dalam hidup. Well come on lah, Facebook hanyalah satu laman sosial yang kita gunakan untuk mengisi masa senggang. Tak bermakna FB ni menggambarkan semua benda pasal kau. Friends ramai, HOT. Friends 59 orang, TAK HOT. Teori Charles Darwin yang mana satu kau pakai ni weh? (Tersentap Charles Darwin ketika ini kehkehkeh)

In reality,

-ada orang yang hanya add kenalan terdekat sahaja dalam FB
-mutual friends lebih 20 orang baru akan di-approve
-salah ke nak berkawan ramai-ramai through FB? Kalau tak approve kena cop sombong pula. Nak-nak lagi bila kau seorang blogger dah blog reader kau yang add dekat FB. Kadang-kadang mutual friends langsung tak ada, siap bagi message "Akak, saya suka baca blog akak. Tolonglah approve friend request saya tau! Thanks :)"
Tergamak tak ekau nak delete request daktu? Kuang kuang kuang.


BILA ADA ORANG PUTUS CINTA


Ini barulah MENANGIS AIR MATA DARAH wa cakap lu! Aiyokk tak tayokkk sapa buat! Heheheh.



Mereka berkata:

"Hahh, padan muka! Clash pun akhirnya. Rimas aku selama ni asyik-asyik cerita pasal boyfriend/girlfriend, hah ambik kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! Baru ku puas baru ku puas!"

atau


"Ini mesti kes tak pandai jaga boyfriend/girlfriend sendiri ni. Tengoklah gaya dia, pakaian dia, chomot  sememeh semacam je. Kalau aku couple dengan dia pun confirm aku minta putus!"

TAPI BILA DEPAN SI BUDAK YANG PUTUS CINTA TU,

Mereka bersuara:

"Awak awak, awak kena banyak bersabar tau! Biasalah tu dugaan. Tambah-tambah lagi time nak exam besar macam ni. Kuatkan hati tau awak! Saya sentiasa ada untuk awak."

Persoalannya di sini, KENAPA PERLU BERMUKA-MUKA?! 

Tak faham betul aku -.-

Bila kita buat salah sikit semua orang perasan, semua orang kecam kita.
Tapi bila kita berjaya buat something dengan penuh bergaya (ini aku tambah sendiri hehehe) berapa kerat je betul-betul hargai? Berapa ramai je yang offer nak celebrate sama-sama, ucap tahniah, dan berapa ramai pula yang buat muka tak puas hati?

Bila kita cuba nak jadi friendly, senyum dekat semua orang, bertegur sapa tak kira lelaki perempuan, orang cakap kita GEDIK, MENGADA-NGADA, PERAMPAS, PEROSAK KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA ORANG (okay aku tambah lagi).
Tapi bila kita buat muka serious, tak masuk campur hal orang, mereka cakap kita SOMBONG, BERLAGAK, BAJET BAGUS. What the eff people? Memang minta makan selipar mereka ni -.-'

THERE'S A HUGE DIFFERENCE OF BEING 'BITCHY' AND 'FRIENDLY'
Bila kita dapat markah tinggi dalam peperiksaan (skemanya kite awwww), mereka kata kita meniru, bodek lecturer, tulis note atas meja @ tapak tangan, bawak toyol, ceroboh bilik lecturer malam2 sebab nak tengok soalan apa yang akan keluar dan sebagainya.
Bila kita dapat markah sikit mereka kata kita bangang tahap kambing; kalau kambing tu jawab soalan hari tu pun mungkin boleh dapat markah lebih tinggi, tak study, asyik online je, tak pentingkan pelajaran blablablabla. Lepas tu golongan yang konon2 pandai ni mengata dekat belakang kita je, ada mereka jumpa kita personally, tanya apa problem kita selama ni, offer bantuan whatsoever? Non hadooolah kan!

Kesimpulannya, berapa banyak contoh yang aku list ni pun hanyalah sebahagian kecil. Banyak lagi yang jadi dekat dunia ni, aku bet kau orang pun pernah rasa. Betul tak? Biasalah, mulut orang memang tak boleh gam. Kalau boleh confirm aku bawak gam gajah, gam uhu, siap sadur dengan timah lagi mulut mereka. Biar padan muka!


Aku jawab paper CHM 270 hari tu pakai jubah, hari Jumaat. Jangan pulak ada yang cakap "Hekelehhh nak berjubah-jubah bagai, apa kau bajet kau Ustazah Pilihan dekat Astro OASIS ke weh? Konon-konon baiklah tu, sucilah tu, menyampah aku!"

Wakluuuuuuuuuuuuuuuuu!

TAK FAHAM BETUL AKU!!! [nada stress]

Okay chow dulu. Ehh Assalamualaikum. #UstazahPilihan hehe (^,^)






Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)