Assalamualaikum ☺
Seronoknyewww menjengkelkan hati kamu semua dengan lepas bagi salam terus tepek gambar diri sendiri harharharharhar
Sebab macam mainstream sangat update status pepanjang dekat Pesbuk, "Hai nama saya Melin Chomot dan saya akan menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk, ehh tak!, nombor pelajar 2010blablabla ingin memohon ampun maaf kepada seluruh umat manusia jika ada terkasar bahasa terlempang muka terpijak kasut etc etc halalkan makan minum whatsoever", maka kita buat macam tu dekat sinilah. Hai nama saya Melin Chomot okay dah malas nak type lagi sekali macam mana jari nak jadi runcing menaip pun malas apa kena-mengena pun aku tak tahu
Jadi dengan ini bukanlah menandakan Hari Raya bakal menjelang tiba, Hari Raya Haji pun lambat lagi, Big Bang datang pun lambat lagi eh tiba-tiba pula hewhew; maka mungkin antara kamu semua tahu bahawa kanak-kanak diploma UiTM seMalaysia dan mungkin juga jika di planet Marikh ada UiTM, maka mereka pun akan ber-final exam lah. Kelingnya ayat aku --" Lepas tu macam mainstream jugak mintak ampun, mintak doakan, sebelum hari pertama exam, so kat sini nak buat cenggitu lepas paper ENT300 semalam yang macam errr apa-apa je lah
Tengok huraian melebih-lebih; nampak tak main point dia cumalah AKU TENGAH FINAL EXAM NI, KALAU BAIK HATI DOAKANLAH KEJAYAAN AKU, MAAFKAN KALAU ADA BUAT SILAP. Dan untuk mengelakkan nampak self-centered sangat saya juga mendoakan kejayaan kalian semua dan semoga bergembira ketika semester break yang bakal menjelang tiba. Nampak tak permainan dia baru habis satu paper dah fikir cuti sem.
K bye.
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)